Selasa, Mei 31, 2011

Cuti Cuti Korea xD

Okay seperti yang dijanjikan, Koro nak buat entry pasal apa yang berlaku sepanjang Koro di Korea. Tapi sebelum apa-apa hal, Koro kena wawarkan dulu yang gegambar mengiringi entry mungkin tak disertakan. Ada bebeberapa sebab utama. Antaranya... malas. HUAHAHA!! Alasan tipikal xP Takdela. Alasan sebenarnya, tak tipu nih... memang betul nih... gegambar tuh sumer kat laptop lain. Tumpang letak sementara sebab rupanyer slot 659 gambar tak cukup untuk 8 hari 6 malam nyer stay kat Korea tuh. Mungkin sebab selain gegambar tempat dan kawasan, Koro pun menggatal amek gegambar bilik hotel termasuk la tandas-tandas dia. Mwaha! xD

Tapi jangan risau. Kalau ada masa, Koro hapdet balik entry nih dan masukkan gambar. Yeshhh! Koro akan memaksa diri untuk menjadi rajin xP

Anyway, Koro nak tulis ikut kronologi la. Tersusun sket. Ecehceh... Kita bermula pada tarikh bertolak ke Korea bebeh!

>>>>>

8 Mei 2011 (Ahad)

Berkumpul kat KLIA sekitar 9 malam. Flight pukul 11. Dapat tau rombongan seramai 22 orang termasuk group leader (wakil travel agency). Naik Korean Air. Ada entertainment system kat kepala seat xD Perjalanan amek masa dalam 6 jam ke atas (lupa dah kekekeke...) so sepanjang masa tuh layan citer I Am Number 4 dan Tangled. Tapi dedua tak sempat habis xP I Am Number 4 tuh tak abis sebab tak bape gemor nak teruskan tontonan. Hero dia tak ensem. Harap badan je lawa. Cet. Tapi badan Teri Lautner lagi nyamnyam. Mwaha! xD Tangled tak habis sebab tak sempat nak habiskan dah kena pulangkan headset! Huwaaaa... takper takper... aim balik Malaysia nanti nak tengok balik xD Pape hal pun, adalah dimaklumkan, Korea tak mengamalkan sangat censorship. Jadi, antara movie yang boleh dipilih adalah movie Anne Hathaway ngan Jake Gyllanhael tuh. Yang pasal cinta ngan seks tuh. Pepaham la ekkk xD Begitu jugak ngan citer The Mechanic. Sila tonton dengan berhati-hati xDDD~

Kitaorang sampai kat airport Incheon, dedekat area Seoul. Incheon airport tuh kira cam KLIA la sebab terletak jauh sket dari bandar. Anywayz, kitaorang tak terus lepak gi hotel. Pergi redah lebuhraya sampai la ke Seoul dan singgah kat area dedepan umah Presiden diaorang. Diaorang panggil Blue House. Ecehceh... xD Masa tuh dapat la nampak polis ngan national security diaorang bertungkus-lumus kerja tanpa mengira panas atau hujan. Kalau hujan, bukak payung. Diri menten tegak kat posisi memasing. Kagum aaa!

Pastu dibawa ke Istana Gyeongbokgun. Huwaaaa... nama pun cam payah nak sebut! Dx Istana lama tuh tapi terletak kat area bandar. Magik... magik... tapi tula, takkan nak robohkan tempat bersejarah ye dak? Terpaksa la bina bangunan-bangunan moden sket keliling istana xD Tour Guide kitaorang, Mr. Park, kata istana tuh didirikan kat situ sebab feng shui bagus. Banyak angin. Kat gerbang dapat nampak tulisan cina and bukan korea. Ni disebabkan dulu Koreans guna tulisan kanji cina tuh. Lelama pastu baru ada tulisan sendiri. So, kebanyakan tinggalan lama, sumer masih guna tulisan cina.

Masa tuh kebetulan ada upacara pertukaran syif pengawal. Hoh. Berwarna-warni pakaian diaorang. Sumer pakai baju tradisi yang kalau korang tengok citer cam Ijimae tuh... haaa.. cam tuhla xD Siap ada pancaragam lagi iringi pertukaran syif tuh. tapi main alat muzik tradisi la. Tak cam pancaragam sekolah mahupun tentera atau polis. Orkestra RTM lagila takde kena mengena xDDD~ Dah habis tengok persembahan tuh, baru gerak masuk istana tuh. Haik. Ble masuk ek? Haha yeshhhh tapi kena bayar tiket. Tiket tuh mungkin nak support maintainence fee kot jaga kawasan tuh =P

Dapatla tengok bilik tidur raja sumer tuh. Ada satu umah tuh, ada sembilan bilik saling connected. Tapi yang menariknyer, takde sape dibenarkan duduk kat bilik yang akan halang raja daripada dapat hembusan angin dan sinar cahaya. Kalau ada orang pun nak duduk situ, cuma dikhaskan untuk sida jek. Sape sida nih? Biasanyer sida nih terdiri daripada lelaki yang dah kena chop off dianyer anu. Iskkk... sadis tul zaman tuh xD Alasan utama perbuatan tuh untuk menjadikan sida tuh bukan laki dan bukan pompuan. Nyahhhh auwwww~ xD Kalau punishment zaman dulu tuh pun bukan cecalang. Salah sket jek potong anggota badan. Main chenchang ikut sedap hati jek huhuhuhu...

And then dalam area tuh jugak dapat tengok singgahsana raja. Besar giler untuk sorang duduk. Ehhh... ke ada tempat khas untuk permaisuri duduk gak? xD Tapi memang besarla. Macam sebongkah trapezium gabak kat tetengah dewan. Bongkah trapezium tuh lak ada tangga untuk raja naik.

Pas da lunch semua tuh, bertolak kat Cheju Island. Kalau tak silap Koro la. Koro sendiri pun hengat-hengat lupa. Pasal Cheju nih, Koro sambung lain kali lak. Nak kena recall balik memory nih xDDD~

2 rantbacks:

nurul berkata...

salam..
ala..nape xde gambar..gambar tu menceriakan hidup anda..
the picture of ur life..he3..-)

k o r o m y s t berkata...

Haha tula... patut letak gambar baru lebih cambest. Huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...