Isnin, April 18, 2011
Huhu henpon da nazak giler (=A=)
Koro dah lima tahun guna Samsung D600. Beli dengan gaji pertama. Kekal guna sampai skang. Tapi maklumla, setiap barang mesti ada jangka hayat dia. Henpon Koro tak terkecuali. Setelah masuk tahun kelima, dia dah mula mereng. Menunjukkan nyenyawa terakhirnya. Skang ni kalau tak cas sehari, bateri ble mati owhhhh~ Even if tak guna (=A=)
Button kanan dah setahun kojol. Koro sendiri pun kagum ble survive tanpa guna button tuh sampai skang. Ahaks. Terer... terer... terer terpaksa xD Skrin lak piksel dah pecah. Ble nampak gegaris lurus horizontal. Nak tulis sms pun dah payah sebab huruf I dah macam L. Nombor apa tah lagi. Adusss... tapi tah cane Koro masih ble sms dengan keadaan camtuh. Ni kira sebab dah hafal kedudukan huruf nih xD
Sound pun dah tak berapa clear. Tapi sekali-sekala dia ble gak tetiba menyaringkan diri xD Pendek kata, memang dah patut kena humban masuk tong sampah dah xD Nak trade in pun dah tak laku nyer. Tapi Koro sayang nak buang. Kalau beli yang baru, Koro tetap nak simpan henpon samsung tuh. Kenangan tuuuuu! Apa tah lagi beli guna gaji pertama xD Syahduuuuu~
Skang Koro tengah skodeng henpon sony eric lak. Saje tukar taste. Dah penah merasa Nokia. Dah 5 tahun guna samsung. So skang nih nak beralih ke sony eric. Dulu sker layan belek-belek walkman phone. Tapi skang terasa nak rembat henpon full touch skrin lak. Maklumla... candy bar dah penah guna. Slide pun. Flip tak minat sangat sebab lecehs. Skang nak touch. Zaman ni kan zaman reraba. Auw! xD Hahahaha...
Memula target Xperia X10. Tapi skali tengok Xperia Neo cam menarik gaks. Bila sevey X10, memang dah turun harga gegiler aaa. Dulu masa baru kuar, dalam 1k lebey. Skang dah jadi 600-700. Pastu dedengar otouto pun tengah sevey Neo gaks. Wahahaha! Moh la kita sesama rembat Neo ekk? xD
Tapi buat masa skang Koro masih takde fulus. Huuuuu... (TAT)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 rantbacks:
nape x guna pic hp sendiri. baru a lagi ngam
Malas xD Nak kena tangkap guna kamera. Pastu masuk dalam pc. Pastu baru leh haplod. Kan senang gugel jek? xDDD~
Catat Ulasan