Isnin, April 25, 2011

Hana Yori Dango x3

Aaaahhh~ manga shoujo yang Koro baca sekejap jek and the rest Koro tengok versi drama xD Tapi yang hebatnya bukan takat versi Taiwan jek. Koro dah tengok versi Jepun dan Korea skali. Huahaha! xD

Koro start dengan versi Taiwan sebab itu yang memula kuar pun =P Masa tuh baru pas layan kegilaan terhadap My MVP Valentine. So tengah nak mencari citer taiwan lagi yang cambest la lebih kurang. Just a short note. Sampai skang Koro masih sker ngan boyband Wu Wu Liu Liu (5566) tuh xDDD~ Okeh berbalik ke topik asal. HYD versi Taiwan diberi nama lain --- Meteor Garden. Sebab apa? Mungkin based on satu scene dalam drama tuh di mana lelampu dihias dalam bilik San Chai cam seolah-olah berada kat satu taman angkasa dengan bintang-bintang berkerlipan. Agaknyerla hahaha main tibai je haku xDDD~

Anywayz, MG dibintangi Barbie Tsu sebagai San Chai (Makino Tsukushi) dan Jerry Yan sebagai Dao Ming Si (Domyouji Tsukasa). Turut terlibat adalah Vic Zhou sebagai Hua Zhe Lei (Hanazawa Rui), Vanness Wu sebagai Mei Zhuo (Mimasaka Akira) dan Ken Chu sebagai Xi Men (Nishikado Soujiro). Masa nih keempat-empat mamat ni selesa digelar sebagai F4. Siap jadi boyband lagi. Sempat lak release beberapa lagu atas nama F4. Tapi sebab langgar copyright mangaka atas pemilikan nama F4 tuh, diaorang terpaksa tukar jadi JVKV (Jerry+Vic+Ken+Vanness). Macam-macam hal xD

Versi Taiwan cam biasa.... lebih memberatkan emosi so jalan citer memang diaorang try sebaik mungkin ikut storyline manga yang asal tapi ada la tambahan sket di sini sana. Feeling memang feeling. Ble meleleh air mata kalau layan dengan serius. Masa Koro tengok, Koro rasa Jerry Yan memang okeh bawak watak Tsukasa tuh untuk versi Taiwan. Camtuh gak ngan Vic Zhuo. Muka dia innocent sangat. Koro siap tengok lagi sequel citer ni (MG II). Yang sekuel lak pasal diaorang kat Barcelona and Dao Ming Si hilang ingatan. Koro rasa, MG la citer Taiwan antara dua darjat paling jiwang skali xD Koro memang sker! (^O^) --- tapi My MVP Valentine masih lagi cambest la kekekeke...

Pastu tak lama kendian, Jepun lak release diaorangnyer adaptation. Guna nama asal manga tuh --- Hana Yori Dango. Pelakon utama si Matsumoto Jun daripada boyband Arashi sebagai Domyouji Tsukasa. Koro dulu kenal Arashi masa diaorang nyanyi lagu tema untuk Kindaichi xD So masa si Matsumoto Jun tuh diumumkan sebagai Tsukasa, memang looking forward la tengok cane dianyer lakonan xDDD Inoue Mao tuh first time Koro kenal dia. Tapi dia memang comel and padan untuk watak Makino Tsukushi tuh. Oguri Shun lak sebagai Hanazawa Rui. Malangnya masa dia lakonkan watak tuh, badan dia cam keding amat so Koro tak berapa nak pandang dia wakakakaka... Tapi dia dah lebih tough dalam Hana Kimi dan tambah gempak dalam Tokyo Dogs. I like! xDDD~ Yang Koro sker dalam F4 versi jepun tuh Matsuda Shota yang jadi Nishikado Soujiro. Hensemmmm!!! x3 Lagi hensem daripada abang dia si Matsuda Ryohei tuh (kenal Ryohei masa berlakon citer Nana sebagai Ren). Watak Mimasaka Akira lak disandang oleh Tsuyoshi Abe. Maaf la Abe... Koro tak kenal dirimuuuuu... Owh! Dx

Satu je ble kata pasal versi jepun... best giler! xD Versi Jepun tak terlalu melodramatik. Kalau lawak memang lawak giler. Kalau scene kiut memang kiut. Kalau scene sedey memang sedey. Dan yang penting... Koro sker tengok Matsuda Shota! Wakakaka xDDD~ Papehal pun, Inoue Mao memang cambest lakonan dia sebagai Tsukushi. Patutla menang beberapa anugerah dengan drama tuh =D Matsumoto Jun cam kureng sket bawak watak Tsukasa tapi dia tetap pilihan cambest untuk watak tuh. Cuma dia takde badan se-tough Jerry Yan la kekekeke...

Koro tengok sumer HYD-related stuffs yang Jepun. Tak kirala HYD Return ke... HYD Final ke... HYD spesel... sumer Koro dah tengok! xDDD HYD spesel tuh lebih kepada Tsukushi bawak family dia jejalan kat luar negara dengan bajet terkawal. Kiranya cam guide kepada kita cane nak travel tanpa berbelanja besar xD Pastu last-last citer tuh, diaorang bertembung dengan F4 yang akhirnya bagi diaorang pengalaman lebih cambest (cam naik helicopter sumer tuh xP) dalam pelancongan diaorang. HYD Final sambungan daripada HYD Return yang mana Tsukasa dah nak kawen dengan Tsukushi. Malangnya, tiara warisan kuarga kena curi la pulak and Tsukasa dan Tsukushi kena berusaha dapatkan mende tuh balik. HYD Return tuh babak akhir dia yang Tsukasa lamar Tsukushi tuh =D Babak akhir dalam HYD lak yang Tsukasa berangkat ke luar negara tuh.

Hahaha... nampak sangat Koro memang fanatik kepada versi Jepun nyer =P Bebaru nih, Koro disuruh untuk layan yang versi Korea nyer lak. Tajuk Boys Over Flowers. Wahhh... Korea nyer versi tajuk omputih ekk? =P Koro amek masa hampir sebulan baru tergerak hati nak tengok xDDD~ Sowieeee... just Koro tak berapa nak adjust tengok Makino Tsukushi versi Korea. Cam... iskkk... Inoue Mao gak paling comel (TAT)

Tapi sebab dah orang suruh kan, terpaksa la layan gaks xD Lagipun Koro pun curious gakla cane Korea nyer adaptation. First impression, Korea nyer version sama cam Taiwan nyer sebab cuba sehabis mungkin mengikut storyline manga dengan beberapa twist tambahan (cam Tsukushi versi Korea kerja part time kat kedai bubur, etc.). Dan Korea nyer version pun memberatkan emosi dan perasaan jiwang cam Taiwan nyer versi.

Lee Min Ho membawa watak utama sebagai Gu Jun-Pyo (Domyouji Tsukasa). Koro setakat ni cuma kenal selebriti lelaki Korea cam Rain, Lee Jun Ki, Won Bin dan Jang Hyuk jek so Lee Min Ho tuh first time Koro tengok xD First impression... whoahhh! Ada iras muka Jerry Yan aaahhh! (O__O) Watak heroin lak disandang Koo Hye Sun sebagai Geum Jan-Di (Makino Tsukushi). Kim Hyun Joong sebagai Yoon Ji-Hoo (Hanazawa Rui), Kim Bum sebagai So Yi-Jeong (Nishikado Soujirou) dan Kim Joon sebagai Song Woo-Bin (Mimasaka Akira).

So err... *garu paler*... Koro sedar dalam versi Korea, banyak giler lagu latar dimainkan. Cam kalau scene Ji-Hoon berdua-duaan ngan Jan-Di jek, for sure korus lagu Because I'm Stupid dendangan SS501 berkumandang. Taula Hyun Joong tuh leader boyband tuh =P Aiiii... tak pepasal Koro dah tersangkut dengar lagu tuh hahahaha xDDD~ Opening song lak dendangan T-Max di mana Kim Joon (yang jadi Woo Bin) tuh yang nyanyi.

Pendapat Koro pasal versi Korea ni? Hmm... Koro rasa yang cambestkan versi ni adalah Lee Min Ho jek =D Kalau takde dia, Koro tak terasa nak tengok uhuhuhu... Maaf bagi peminat citer ni versi Korea di luar sanaaaaa (TAT) ...tapi Koro tak berapa nak trima Koo Hye Sun sebagai Geum Jan-Di uhuhuhu... Koro lebih sker tengok bespren dia tuh. Lagi comel (TAT) Setiap scene Jan-Di dengan Ji-Hoon, Koro tak berapa feel dianyer sweetnyer uhuhuhu... pastu tiap kali tengok Jan-Di dengan Jun-Pyo, cam rasa kalau la Jun-Pyo tuh ngan Ga Eul uhuhuhu...

Koro rasa versi Korea okayla. Masih ble diterima. Mungkin jadi kegilaan kepada mereka yang start layan HYD versi Korea dulu. Tapi bagi mereka yang start layan dari zaman MG dulu... heeee... tak tau la nak kata =D Atau untuk peminat k-pop, mungkin diaorang akan mempertahankan versi korea sebagai versi HYD paling cambest =P Takpela. Setiap orang ada minat tersendiri xD~

Tapi sekadar suka-suka, Koro rasa kesimpulan daripada tengok tetiga versi, Lee Min Ho memang sesuai untuk watak Tsukasa, Vic Zhuo untuk Hanazawa Rui dan Inoue Mao untuk Tsukushi =D Wahahahaha campur! xD

2 rantbacks:

Tensai7 berkata...

If Yamapi yg bwk watak Tsukasa ok dak? xD Tapi rsnya Hiroki atau Hiro lagi sesuai memandangkan derang 2 memang dah biasa dgn watak ganas + gila2

Haha, ok pe Rui keding dah dalam manga pun badannya takdelah tough sangat pun an xp Bila Oguri kena bwk watak Sano, mungkin lepas tu dia workout gegila kot nak kasi badan tough n muscular xD

antara Inoue Mao & Ueno Juri sape lagi comel~?? xD

k o r o m y s t berkata...

Inoue Maoooooooo!!! xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...