Khamis, Mac 19, 2009

DBE ka???


Hoh.

Rabu lepas tengok wayang kat Mines.
(By the way, banyak gak ekk perubahan kat sana. Maklumlaaa... dah lama tak pergi ekekeke...)

Movie apa lagi pergi tengok? Mestilah DB-Evo tuh. Sebagai peminat setia DB, nak tak nak, kenalah layan DB-Evo nih gak xD Kebetulan Rabu tu Super Wednesday so dapatlah beli tiket dengan harga RM6.

Huiyooo~... Ramai gak pergi tengok DB-Evo. Tambah pulak dengan cuti sekolah masa tuh (berakhir 22 Mac nih lalalala~ xD). Line-up masuk kawasan cinema dah sesak, apatah lagi bila dah masa wayang nak start tapi takde sape nak bukak laluan masuk tuh lagi (=__=)

Anyway, sebaik saje laluan dibuka, ramai berpusu-pusu hulur tiket untuk dikoyakkan (wakakaka xD) lalu seterusnya memasukkan diri memasing dalam bilik nombor 5 itewww... xD

Koro dan Ryu-kun dapat seating yang ngam-ngam. Kiranyer, tak perlu dongak, mahupun mengecikkan mata untuk menonton layar. Walaupun seating cambest, akhirnyer terjadi hampes. Kenapa ekk?

Semuanya gegara sekumpulan bebudak remaja takde kesedaran sivik, masuk lewat waktu tayangan dah start - babak Goku tengah komplen pasal basikal dia cedera parah (kira dah lama tuuuuu dari scene starting) - siap berdiri tak hingat dunia sambil slurp air - pulak tuh siap bersembang dengan member sebelah camla takde penonton lain belakang diaorang yang terpaksa teleng-teleng kepala nak ejas penglihatan untuk tengok scene tuh.

Akhirnya, babak konghajau itu selesai jua apabila Ryu-kun yang hangin, melunjur ke depan untuk sound sket diaorang sumer tuh.
Ekekekeke~ xDDD

Okeh. Kita kat mana tadi? Oh yeah. Pasal DB-Evo xD~

Secara overall, bagi Koro, citer tuh takdela segempak mana. Keciwa uhuhuhu... Walaupun si Justin tuh comey tapi dia tetap tak sesuai sebagai seorang Goku ... (T^T) Dan ada keserabutan dalam sesetengah scene.

[1] Tak citer pun camne Piccolo terlepas?! ... (O_o) Ke nak save part penceritaan nih untuk sequel kedua? (o_O)

[2] Musykil tul ... Goku henshin jadi Oozaru sebaik saje gerhana tiba, dia pun membesar la jadi gorila gabak tuh. [Oppp! Terbubuh spoiler lak. Huahahaha~ xD Takperlah, alang-alang cerita nih dah kuar 12 Mac, kira okayla kalau spoiler dah terdedah xP]. Persoalannya di sini ... baju oren yang dia pakai tuh elastik sangat ka? (O__O) Masa jadik Oozaru, baju tuh membesar dengan dia. Bila kembali henshin jadik Goku balik, baju tuh cam okeh jer. Kecut balik la pulak. Tak koyak pun. Hoh. Kalau camnila kes dia, mesti Hulk nak kontek Goku tanya mana dia beli baju oren tuh xDDD~

[3] Uiks? Mai ada power tetukar muka la pulak! Cane? Takde pulak tunjuk apa eksperimen dia buat dengan darah Chi Chi tuh sehinggakan dia boleh henshin jadi Chi Chi klon tuh. At least, Piccolo tunjuk la gak camne dia kuarkan mende alah yang cam alien tuh yang serang geng baik kat gunung berapi tuh.

[4] Haaa... bercakap tentang scene gunung berapi tuh... Koro giler tak puas hati! (T^T) *mulut muncung sedepa* Langsung tak nampak sape lawan sape! Gelap giler! Tetiba jer Goku ngan Muten Roshi tengah dok belasah-belasah alien-alien tuh. Tetiba je entah dari mana Goku dapat senjata ke sebahagian anggota menatang tuh untuk slice menatang lain. Arghhhh!! Koro cukup tensen dengan scene tuh. Rasa cam nak pause and tambahkan brightness jek (T___T)

[5] Dari dulu lagi, Koro tak berapa gemo watak Chi Chi tuh. Dalam citer nih, lagila rasa nak tembak jer dia ngan Cero. Wakakakaka xD~ Watak tipikal seorang pompuan snobby tapi perasan bagus. Bukti? First, dia cam kapel dengan mamat negro tuh masa awal-awal cerita. Second, bila mamat negro tuh kena 'belasah tanpa kena belasah' ngan Goku, dia selamba derk je kapel ngan Goku pulak. Third, wat party besar-besaran tak hingat and jemput cam bebudak kaya jek. Korang ada nampak tak bebudak nerd kat situ? Ada tak? Ada tak? Huh.

Gitula pandangan Koro pasal citer nih. Takmo komen pasal wewataknya sebab memang dah jauh menyimpang dari asal. Takleh nak kata apa dah xDDD

Papehal pun, kalau nak tengok DB-Evo ni, korang tunggula ending credits dia sampaila lagu Ayumi tuh habis (Rule - Ayumi Hamasaki). Sebab akan ada extended scene kat situ. Cam kalau korang tengok Ironman dengan Hulk. Perasan tak dedua citer tuh pun ada scene tambahan pas ending credits? xDDD~

Kitaorang stay tengok sebab Tensai dah bagitau awal-awal xDDD~ Tapi ramai yang tak tau, terus meluru kuar sebaik saje ending credits bermula. Yelaaa... takleh nak salahkan diaorang.

+ Mungkin diaorang dah tak larat nak muntah tengok citer merepek amat tuh.

+ Mungkin diaorang nak gi toilet tak tahan nak berak ke kencing ke.

+ Mungkin diaorang nak balik cepat sebab dah rindu sangat dengan rumah (home sweet home lalalala~).

+ Mungkin diaorang nak stay tapi pasangan diaorang lak nak balik sangat la pulak (berdasarkan alasan-alasan di atas kot huahahaha xD).

+ Mungkin diaorang horror tengok wajah Piccolo tanpa tentekel feymes dia... mana tau kan? (kes peminat setia Piccolo yang keciwa giler dengan rupa Piccolo DBE ekekeke~ xD)

Anyway, kalau diaorang nak buat sequel pun, Koro tetap akan tengok gak. Wakakaka~... siap punyala kutuk tapi last-last nak tengok gak sequel dia. Apa kes, kan? xP

Takdela.
Alang-alang dah tengok yang first, baik teruskan jek.
Kalau trilogi pun trilogi la.
At least, rasanya mungkin DBE lebih up sket daripada Spiderman.
Huahahaha~ xDDD

3 rantbacks:

Tensai7 berkata...

baju x koyak 2 belakang cite ah..
ni, yg palaing penting sebagai otaku DB, xkanle hang x pasan kot kalo org saiyan ni nak jadi oozaru dia kena de EKOR dulu.. tapi si goku DBE tu de ke ekor????? O_O
wkt 1st2 tgk tu dah rasa cam ngarut dah sebab tetba je dia leh jadi oozaru TANPA EKOR!!!
lainle kalo dia jadi oozaru cam vegeta dlm DB GT tu yg mana dia xde ekor tapi leh jd oozaru blk dgn bantuan mesin bulma..
2 baru logik!

k o r o m y s t berkata...

Ada la ekor dia tuh sorok kat mana-mana xD

Goku Chatwin segan nak tunjuk kot wakakakaka~ xDDD

Hahah. Sebab tuh wa kata citer nih tak umphhh langsung. Efek CGI memang lawa tapi jalan citer and keaslian dragonball nyer cam iskkk... (T__T)

LiYAnA sYAmiMy ♥ berkata...

lor... mg bleyh jadi pengkritik movie lah... tensai dn koro.. xyah gaduh2.. ;))))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...