Rabu, Mac 21, 2007

onigiri dessho~!!

First off, saya kena tag! So pekata kita mulakan entry dengan mempamerkan desktop pc kat opis? ^_^


ahaha... guna Paint jer buat wallpaper ni xD Ta-daa!! Jadi harap Oro-san berpuas ati haha xD

Nape tajuk entry onigiri? Sebabnyer saya teringat satu scene ni dalam Furuba. Masa tu Tohru tengah citer kat Kyo. Dulu masa bebudak, dia join satu permainan ni nama Fruits Basket.

Permainan ni bermula dengan menamakan diri setiap pemain dengan buah. Tapi bila sampai part Tohru, dia diberi gelaran Onigiri. Onigiri ni nasi kepal. Bukan buah. Tapi Tohru tak kisah sebab bagi dia, onigiri memang sedap.

Last last bila permainan dah berlangsung, baru Tohru sedar, sejak tadi, onigiri langsung tak dipanggil. Baru dia sedar, yang dia sebenarnya takdela seikhlas mana pun diajak bermain. Dia duduk sengsorang jer kat kerusi cam orang bodo memerhatikan kengkawan yang lain berseronok. Sebab dia bukan buah. Dia onigiri.

Tersentuh jap part tuh. Scene tuh menunjukkan sikap manusia yang sker menyisihkan mereka yang berlainan. Kira cam prejudis. Cam racist. Sikap tuh masih ada pada manusia zaman millenia nih ... T^T ... sebab tuh perang berleluasa cam takde tetanda nak berhenti.

Anyway, berbalik kat kes onigiri tu, ada gak Tohru citer satu lagi citer kat Kyo. Citernya lebih kurang camnila. Dalam satu pekan nih, wujud satu komuniti onigiri. Memasing cemburu ngan dengki antara satu sama lain. Onigiri nih jeles onigiri lagi satu terer masak ke hape ke. Camtula.

Tohru kata, tu sumer sebab onigiri-onigiri tu tak nampak pickled plum [lebih kurang cam inti onigiri tula] kat belakang diri sendiri. Cuma nampak pickled plum orang lain. Kiranyer, secara kiasan, maksudnya, kita nampak kelebihan orang lain dan akan rasa jeles atas kelebihan tuh sedangkan diri kiter sendiri ada kelebihan spesel, cuma kita tak nampak sebab 'pickled plum' kiter terletak kat belakang kiter.

Dalam erti kata lain, kiter patut bersyukur ngan keadaan diri sendiri and hormati kelebihan orang lain. Tak perlu jeles-jeles. Tak perlu minta lebih. Hidup kena saling menolong sebab tuh setiap orang diberi kelebihan yang berbeza. Uwaaahhh... bes kan citer onigiri Tohru? ^_^

Tohru citer kat Kyo tuh sebab dia nampak Kyo jeles kat Yuki sebab Yuki diterima kuarga Sohma sedangkan dia cam outcast. Kyo nak sangat diterima sebagai ahli kuarga Sohma. Yuki lak jeles kat Kyo sebab Kyo pandai bergaul dengan mereka yang bukan kuarga Sohma. Yuki nak sangat diterima sebagai kawan dan bukannya sebagai pujaan.

Walaupun saya tak berapa suka shoujo tapi Furuba memang shoujo yang lain daripada lain. Hmm hmm... ^_^

Camne nak wat onigiri ekk? Kepal kepalkan nasik camtuh je ker? ^_^

Onigiri the movie!! xD Sila rujuk smilies cbox untuk barisan para pelakon hahah xD



Onigiri versi Zoro xD Spoiler sket bagi mereka yang tak dan belum lagi baca One Piece volume 39 xP



Ohh!! Dah jumpa! Cecara nak buat onigiri versi kalau duduk kat USA haha xD



Hmmm... seaweed senang nak cari [selalu makan haha xD] and then beras... ble guna beras biasa ke? O_o ... and then mende alah flakes tuh.. hmmm... terasa nak wat onigiri coklat filling lak xD

9 rantbacks:

Tanpa Nama berkata...

biasa makan sushi kan? tengok beras yang digunakan utk buat sushi.. beras dia pendek2 pastu melekit dan senang nak dikepal-kepal sebab banyak kanji.. kat Jepon jer beras ni ditanam tapi kalau nak beli kat Malaysia carik kat Carrefour ada jual.. hohoho...

kalau dah buat kasi aku sket nak rasa... hahaha....

k o r o m y s t berkata...

Eh kat carrefour ada jual ker? O_o

Kena carik kat bahagian jual beras ek? Nak try lah nanti xD

Pastu saya email sket kat Oro-san hahah xD

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

ohohoh, mana barisan pelakonnya..

ada tomoya tak? :)

ehhe, koro tak tukar desktop ke? pakai yg dolu gak ke?


saya pun nak emelnya... ehhehehe

k o r o m y s t berkata...

Hehe... ni anime la Puteh.
Fruits Basket.
Pernah dengar tak?
Kadang-kadang orang panggil citer ni sebagai Furuba [Furutsu Basuketto]

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

loor malu.. malu!

ngeh ngeh ngeh

cite prince of tennis the movie tu ada dalam notebook aku skrg.. ehheheh, copy dari kawan...

tapi tak sempat nak nonton lagi!

nanti jumpa bleh bagi koro..

ehhehehhee

k o r o m y s t berkata...

Eheh... dah beli xD

Tapi nyesal beli.
Citer tuh sungguh me-nensen-kan.
Tezuka Kunimitsu cam pondan jer tengok.
Arghhh!!

Momoshiro tak diberikan peranan utama T_T

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

dah tengok.. dah tengok.. ehehehhehe

momoshiro sapa maa?
suka kapten pasukan dia..

rasanya pelakon dia sume best je.. ehehhehe, tapi mmg tak pernah baca komik, jadi tak tau jalan cite yg sebenar....

anyway, cite tu bg aku mmg besh!

oohohohoho

oohohoho,
watak heroin macam koromyst looorr...

Lil Tiger berkata...

Onigiri. HOW CUTE!!! *bounce-bounce*
They sell onigiri in my skul canteen. NON-halal. Haiz.
But the inti was tuna. not dat nyummy juicy plum. Weird. Tuna.. inside onigiri..
*barf*

k o r o m y s t berkata...

Puteh~
Sker si Tezuka??? O_o
Uhh... manga version Tezuka lagi machos T^T

Nana~
But but... I like tuna in onigiris... xDDD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...