[Rrrwwwrrr!! :: imej b-ball marah ihsan Google Image :P]
Psssttt... Sebelum nih Koro ada blog totally in 'broken english' xD Tapi Koro dah private-kan from public viewing sebab dah lama giler tak hapdet. Lagi satu, Koro malas nak menten bebanyak blog nih. Mwaha. Even FB pages pun banyak nak kena menten. Anywayz, sebelum set ke private, Koro sempat skodeng beberapa posts kat situ. Then ada satu yang menarik jiwa raga Koro untuk rasa nak copy-paste kat sini. Bwaha! xD
Amendenya? Citer yang Koro tulis tapi sampai skang takde sambungan. Habis chapter one camtuh jek. Mwaha! xD Koro sendiri bila baca balik cam... alaaaaa... takkan sampai sini jek! Oh noes! Koro sendiri pun tak sangka boleh tulis camtuh zezaman transition antara sekolah menengah ke uni dulu xD Masa tuh memang giler menulis. Siap berlambak dalam satu file. Bila baca balik cam owhhhh... lawak giler pemikiran time tuh xD
Tapi beza ngan citer nih. Citer nih ada nada serius sket. Ada tema. Ecehceh~... xD Ada hala tuju ngan motif bak kata orang. Tuh yang rasa cam takdela segan sangat nak featured-kan balik. Ahaks xD So... apa lagi. Jom baca! Ngeeeee~ xD
============================================
Got nothing to write today. So here's a little something I wrote back in the old days haha. It's in Malay. Umm... informal Malay to be exact hehe... Sorry that no translation is provided. Feeling lazy to do so xP
Rika mengerling ke arah papan skor elektronik di tepi gelanggang. Terlalu jauh! Dia mengetap bibir. Ambang kekalahan seakan menyapa. Tatsuya yang berada di sebelah mula resah. Tangannya masih menggenggam erat botol air mineral besar berisi bebola pachinko yang digunakannya sebagai alat sorakan. Jangan kalah! Terus bertahan!
"Tatsu…" Rika menoleh ke arah Tatsuya yang masih menunggu harapan terjadinya suatu keajaiban saat itu juga.
"Jangan bimbang, Rika! Mereka pasti akan menang. Sikit je lagi!" Tatsuya seakan lebih berusaha meyakinkan dirinya sendiri.
Rika mengeluh. Pandangannya kembali terarah ke gelanggang. Para pemain pasukan kolej mereka kelihatan lesu tidak bermaya. Ternyata stamina menjadi kelemahan utama. Ditambah pula dengan kehebatan pihak lawan dari setiap segi. Setiap passing dihalang dengan ketangkasan steal pihak lawan. Pemain Point Guard pasukan lawan memang lincah tak terkata.
Hotaro Renji. Rika menyelak majalah bola keranjang keluaran tahun lepas yang dibawanya bersama. Posisi PG dan amat berbakat dalam teknik steal dan fake. Mahir dalam hantaran tanpa pandang 'no-look-pass' hinggakan dia diberi gelaran 'Kami no Passes'. Seakan memiliki mata di keseluruhan tubuhnya. Pemain pilihan untuk menyarung jersi kebangsaan kalau tidak kerana kecederaan yang dialaminya musim lalu.
"Tatsu, mungkin tahun ni bukan milik kita," tutur Rika perlahan penuh pengertian.
"Jangan cakap macam tu. Buzzer masih belum dibunyikan. Masih ada masa untuk kolej kita mengejar mata. Budak Renji tu pun bukannya kuat sangat! Dia masih belum pulih daripada kecederaan dia dulu. Peluang masih ada untuk kolej kita!" ujar Tatsuya penuh bersemangat, enggan mengaku kalah.
Tatsuya tahu walaupun dia berkata sedemikian rupa, namun jauh di sudut hati, dia sendiri sukar mempercayai bahawa kemenangan bakal berpihak kepada mereka. Renji terlalu hebat!! Dia bermain seakan tidak pernah cedera! PG kolej mereka berdua tidak mampu memberi saingan langsung.
Sememangnya Renji adalah bintang pasukan bola keranjang Kolej Takanawa.
Sorakan penonton begitu gemuruh setiap kali pasukan lawan mendapat bola. Terutamanya apabila Renji menjadi dalang utama.
Tatsuya menggigit bibir. Masa semakin suntuk dan kolej mereka ketinggalan begitu jauh. 150 mata berbalas 34. Kekalahan yang sudah diramal kebanyakan penonton. Malah mungkin ada di antara mereka mengatakan 34 mata itu cuma mata ihsan Kolej Takanawa kepada Kolej Seika.
"Seika!! Bersemangat!! Teruskan usaha!!" hanya sorakan semangat sahaja yang mampu diberikan Tatsuya saat itu.
Rika di sebelah cuma membisu. Pandangannya menyoroti ketua pasukan bola keranjang kolej mereka. Betapa dia bertungkus lumus cuba menyeimbangi suasana permainan. Malah kesemua 34 mata itu adalah sumbangan dia seorang. Tetapi mana mungkin. Cuma mengharapkan dia seorang pasti tak akan membuahkan apa-apa hasil.
Jika Renji adalah bintang Kolej Takanawa, Mitsuru Hidetada pula adalah bintang Kolej Seika. Tetapi yang membezakan antara kedua-dua pasukan adalah kemahiran pemain lain dalam pasukan masing-masing di mana kesemua ahli pasukan kolej lawan merupakan pemain berkemahiran tinggi dan ternama sedangkan kolej mereka cuma memasukkan pemain daripada kelab bola keranjang kolej yang langsung tak dikenali mana-mana majalah sukan.
Akhirnya buzzer dibunyikan menandakan masa tamat. Kemenangan diraih Kolej Takanawa dengan mudah dan ternyata badi kekalahan Kolej Seika berterusan buat kesekian kalinya.
"Tatsu…" Rika menggigit bibir melihat sahabatnya yang menunduk hampa.
"Sikit lagi… sikit lagi…" suara Tatsuya bergetar.
"Tatsu, sudahlah. Kolej kita dah kalah," Rika menepuk bahu Tatsuya perlahan cuba memujuk.
Rika sememangnya sedia maklum akan obsesi Tatsuya terhadap bola keranjang. Malah mereka berdua memilih untuk memasukki Kolej Seika semata-mata kerana mengagumi pemain lagendanya, Jiro Yui.
Malangnya, beliau meninggal dunia akibat kesesakan nafas sebaik sahaja selesai membantu pasukannya menjulang trofi kejuaraan. Dan sejak itu, kekalahan sentiasa menghantui pasukan bola keranjang Kolej Seika. Sumpahan yang seakan tidak akan berakhir walaupun dengan kehadiran pemain berprofil tinggi, Mitsuru Hidetada.
Agak pelik juga kenapa pemain berbakat besar itu memilih Seika sedangkan tawaran daripada kolej lain berlambak-lambak. Malah Kolej Takanawa sendiri ada menghantar tawaran. Mungkin Mitsuru pun seperti kami, fikir Rika. Mengharapkan sumpahan atas bola keranjang Seika berakhir suatu hari nanti.
Matanya mengerling ke arah Mitsuru yang terduduk keletihan di atas gelanggang. Dia memiliki segalanya. Ketampanan, kemewahan dan juga bakat besar dalam bola keranjang. Cuma… adakah semua itu cukup untuk mengangkat sumpahan durjana itu?
"Rika, jom gerak."
Ajakan Tatsuya yang secara tiba-tiba itu mematikan lamunannya. Emosi Tatsuya mungkin dah pulih walaupun tidak sepenuhnya. Senyuman yang terpamer kelihatan hambar menyembunyikan riak kekecewaan di hati.
"Jom," balas Rika tanpa banyak soal.
******************************************
Yea well... I kinda got influenced by some oriental stuffs haha xD
===================
Nampak dak? Nampak dak? Ada pengaruh SlamDunk yang kuat di situ? Bwahahaha xDDD Tetiba bila baca balik, terbayang semula rangka jalan citer yang cuba nak ditulis time tuh. Rivalry dalam school ngan b-ball. Pencarian teammates berbakat --- twistnya kat sini, yang tak pernah tau pun cane nak main b-ball tapi terer dalam bidang sukan yang lain xD Usaha untuk kembalikan kegemilangan pasukan b-ball. Owhhh... terasa nak sambung tulis tapi takde masa xD Lagi-lagi dah berkarat dah tulis-tulis bahasa gini. Kalau tulis balik pun, nak kena tukar nenama nihon ke unsur kemelayuan sket. Bwaha xD Ada yang sudi nak take over tugas ni? Tapi jalan citer pikir sendiri la xP

0 rantbacks:
Catat Ulasan