Selasa, Januari 10, 2017

Plastik kah haku? =P

[ Tak pasti tu monster ke buah berbulu... hurmmm... ]

Tajuk bukan main. Ahaks xD Anyway, bermula 1 Januari 2017, kerajaan negeri Selangor menjalankan kempen tanpa plastik dan polisterin hari-hari. Yeshhh... say no to plastic, bebeh! Ada pros dan cons. Yang setuju mestilah berhujahkan "langkah ini dijangka dapat menyelamatkan alam sekitar dengan berkurangnya penggunaan plastik blablabla..." gituuu~... Then caj 20 sen untuk setiap plastik yang ingin dibeli.

Koro rasa okay kot. Tapi tapi... cam takde perubahan sangat pun? Last-last orang bayar jek 20sen untuk dapatkan plastik =P Dan penggunaan plastik masih akan berleluasa di luar sana xD

Pendapat Koro la kan. Kalau pasaraya tuh sendiri provide beg kitar semula untuk pelanggan guna, pelanggan dah tak perlu nak request/beli plastik. Secara automatik, pengurangan penggunaan plastik pun akan berlaku sebab takde sape nak mintak dah xD Beg tu caj la 20sen macam caj kat plastik tuh. Provide beg tu secara percuma pun takpe. Lagi bagus. Hihihi... Rasanya ni lagi efektif kot? Sesama happy. Pelanggan happy dapat shopping, isi barang dalam beg kitar semula (sama ada berbayar atau free) di samping kumpul beg tuh sebab setiap kali shopping asyik dapat/beli jek hihihi... Pasaraya pun happy pelanggan shopping dan tak perlu bagi beg plastik dah (tapi kena spend bajet sket untuk dapatkan stok beg kitar semula ekekeke...). Kerajaan Selangor pun happy sebab kempen berjaya bila orang dah tak guna beg plastik. Kan? Kan? Kan?

Koro tekankan pasaraya sendiri yang kena provide beg kitar semula tuh. Kalau boleh yang standardized cam ada kaler/corak khas. Sebab kalau nak bawak beg sendiri masuk, mestilah yang bermacam warna, corak dan saiz. Pastu ada pasaraya yang tak kasi bawak beg masuk. Kalau ada pun yang bagi, mesti kena zip-tie bagai tuh. Macamana nak shopping isi barang kalau beg kena ikat? (TAT) So, nak senang, pasaraya sediakan beg yang standard dan semua orang akan sedia maklum itu beg shopping untuk isi barang shopping. Pengawal/guard pun takkan sesuka hati pergi ikat mati beg tuh xD Next time shopping, boleh bawak beg tuh atau beli baru lagi (sebab lupa bawak yang sedia ada ahaha).

Cuma kemusykilan Koro...
1. Siapa yang sudi bekalkan beg kitar semula ke seluruh pasaraya di Malaysia?
2. Beg kitar semula akan diperbuat daripada apa kalau nanti dah berlaku pengurangan bebahan untuk kitar semula? =P
3. Beg kitar semula tuh jenis plastik ke kanvas/kain ke kertas? Kalau kertas, mampu tak digunakan untuk tahan bebanan berat cam detergen or minyak masak?

Kalau tak nak sediakan beg, sediakan kotak =D Yang terpakai pun takpe. Asal boleh guna untuk isi barang (a.k.a. kotak-kotak yang masih berkeadaan baik, tak berlubang dan tak lunyai). Pastikan gak ada disediakan heavy-duty tape untuk setup balik kotak yang dileperkan tuh jadi kotak balik xD Cuma lepas tu ada masalah untuk sumbat kotak tuh dalam kenderaan la. Ahahaha xD Melainkan pelanggan bawak kereta besar atau lori xP Pastu gak ada masalah pelanggan tuh dalam dilema nak kena simpan ke buang kotak atau hantar ke pusat recycle bila dah simpan bebarang shopping dia kat rumah xD Dah jadi satu keje pulak nak kena buat trip ke pusat recycle setiap kali lepas shopping xP

Apa-apa hal pun heharap at least kempen nih berjaya dalam misinya. Koro rasa, Koro akan sokong 100% kalau caj 20sen tuh dikenakan untuk skali shopping tuh xD Maksudnya, takdelah kena bayar 20sen untuk setiap plastik. Uhuhuhu...

Rabu, Januari 04, 2017

Terus Bertahan!


[Rrrwwwrrr!! :: imej b-ball marah ihsan Google Image :P]

Psssttt... Sebelum nih Koro ada blog totally in 'broken english' xD Tapi Koro dah private-kan from public viewing sebab dah lama giler tak hapdet. Lagi satu, Koro malas nak menten bebanyak blog nih. Mwaha. Even FB pages pun banyak nak kena menten. Anywayz, sebelum set ke private, Koro sempat skodeng beberapa posts kat situ. Then ada satu yang menarik jiwa raga Koro untuk rasa nak copy-paste kat sini. Bwaha! xD

Amendenya? Citer yang Koro tulis tapi sampai skang takde sambungan. Habis chapter one camtuh jek. Mwaha! xD Koro sendiri bila baca balik cam... alaaaaa... takkan sampai sini jek! Oh noes! Koro sendiri pun tak sangka boleh tulis camtuh zezaman transition antara sekolah menengah ke uni dulu xD Masa tuh memang giler menulis. Siap berlambak dalam satu file. Bila baca balik cam owhhhh... lawak giler pemikiran time tuh xD

Tapi beza ngan citer nih. Citer nih ada nada serius sket. Ada tema. Ecehceh~... xD Ada hala tuju ngan motif bak kata orang. Tuh yang rasa cam takdela segan sangat nak featured-kan balik. Ahaks xD So... apa lagi. Jom baca! Ngeeeee~ xD

============================================

Got nothing to write today. So here's a little something I wrote back in the old days haha. It's in Malay. Umm... informal Malay to be exact hehe... Sorry that no translation is provided. Feeling lazy to do so xP


Terus Bertahan!


Rika mengerling ke arah papan skor elektronik di tepi gelanggang. Terlalu jauh! Dia mengetap bibir. Ambang kekalahan seakan menyapa. Tatsuya yang berada di sebelah mula resah. Tangannya masih menggenggam erat botol air mineral besar berisi bebola pachinko yang digunakannya sebagai alat sorakan. Jangan kalah! Terus bertahan!

"Tatsu…" Rika menoleh ke arah Tatsuya yang masih menunggu harapan terjadinya suatu keajaiban saat itu juga.

"Jangan bimbang, Rika! Mereka pasti akan menang. Sikit je lagi!" Tatsuya seakan lebih berusaha meyakinkan dirinya sendiri.

Rika mengeluh. Pandangannya kembali terarah ke gelanggang. Para pemain pasukan kolej mereka kelihatan lesu tidak bermaya. Ternyata stamina menjadi kelemahan utama. Ditambah pula dengan kehebatan pihak lawan dari setiap segi. Setiap passing dihalang dengan ketangkasan steal pihak lawan. Pemain Point Guard pasukan lawan memang lincah tak terkata.

Hotaro Renji. Rika menyelak majalah bola keranjang keluaran tahun lepas yang dibawanya bersama. Posisi PG dan amat berbakat dalam teknik steal dan fake. Mahir dalam hantaran tanpa pandang 'no-look-pass' hinggakan dia diberi gelaran 'Kami no Passes'. Seakan memiliki mata di keseluruhan tubuhnya. Pemain pilihan untuk menyarung jersi kebangsaan kalau tidak kerana kecederaan yang dialaminya musim lalu.

"Tatsu, mungkin tahun ni bukan milik kita," tutur Rika perlahan penuh pengertian.

"Jangan cakap macam tu. Buzzer masih belum dibunyikan. Masih ada masa untuk kolej kita mengejar mata. Budak Renji tu pun bukannya kuat sangat! Dia masih belum pulih daripada kecederaan dia dulu. Peluang masih ada untuk kolej kita!" ujar Tatsuya penuh bersemangat, enggan mengaku kalah.

Tatsuya tahu walaupun dia berkata sedemikian rupa, namun jauh di sudut hati, dia sendiri sukar mempercayai bahawa kemenangan bakal berpihak kepada mereka. Renji terlalu hebat!! Dia bermain seakan tidak pernah cedera! PG kolej mereka berdua tidak mampu memberi saingan langsung.

Sememangnya Renji adalah bintang pasukan bola keranjang Kolej Takanawa.

Sorakan penonton begitu gemuruh setiap kali pasukan lawan mendapat bola. Terutamanya apabila Renji menjadi dalang utama.

Tatsuya menggigit bibir. Masa semakin suntuk dan kolej mereka ketinggalan begitu jauh. 150 mata berbalas 34. Kekalahan yang sudah diramal kebanyakan penonton. Malah mungkin ada di antara mereka mengatakan 34 mata itu cuma mata ihsan Kolej Takanawa kepada Kolej Seika.

"Seika!! Bersemangat!! Teruskan usaha!!" hanya sorakan semangat sahaja yang mampu diberikan Tatsuya saat itu.

Rika di sebelah cuma membisu. Pandangannya menyoroti ketua pasukan bola keranjang kolej mereka. Betapa dia bertungkus lumus cuba menyeimbangi suasana permainan. Malah kesemua 34 mata itu adalah sumbangan dia seorang. Tetapi mana mungkin. Cuma mengharapkan dia seorang pasti tak akan membuahkan apa-apa hasil.

Jika Renji adalah bintang Kolej Takanawa, Mitsuru Hidetada pula adalah bintang Kolej Seika. Tetapi yang membezakan antara kedua-dua pasukan adalah kemahiran pemain lain dalam pasukan masing-masing di mana kesemua ahli pasukan kolej lawan merupakan pemain berkemahiran tinggi dan ternama sedangkan kolej mereka cuma memasukkan pemain daripada kelab bola keranjang kolej yang langsung tak dikenali mana-mana majalah sukan.

Akhirnya buzzer dibunyikan menandakan masa tamat. Kemenangan diraih Kolej Takanawa dengan mudah dan ternyata badi kekalahan Kolej Seika berterusan buat kesekian kalinya.

"Tatsu…" Rika menggigit bibir melihat sahabatnya yang menunduk hampa.

"Sikit lagi… sikit lagi…" suara Tatsuya bergetar.

"Tatsu, sudahlah. Kolej kita dah kalah," Rika menepuk bahu Tatsuya perlahan cuba memujuk.

Rika sememangnya sedia maklum akan obsesi Tatsuya terhadap bola keranjang. Malah mereka berdua memilih untuk memasukki Kolej Seika semata-mata kerana mengagumi pemain lagendanya, Jiro Yui.
Malangnya, beliau meninggal dunia akibat kesesakan nafas sebaik sahaja selesai membantu pasukannya menjulang trofi kejuaraan. Dan sejak itu, kekalahan sentiasa menghantui pasukan bola keranjang Kolej Seika. Sumpahan yang seakan tidak akan berakhir walaupun dengan kehadiran pemain berprofil tinggi, Mitsuru Hidetada.

Agak pelik juga kenapa pemain berbakat besar itu memilih Seika sedangkan tawaran daripada kolej lain berlambak-lambak. Malah Kolej Takanawa sendiri ada menghantar tawaran. Mungkin Mitsuru pun seperti kami, fikir Rika. Mengharapkan sumpahan atas bola keranjang Seika berakhir suatu hari nanti.

Matanya mengerling ke arah Mitsuru yang terduduk keletihan di atas gelanggang. Dia memiliki segalanya. Ketampanan, kemewahan dan juga bakat besar dalam bola keranjang. Cuma… adakah semua itu cukup untuk mengangkat sumpahan durjana itu?

"Rika, jom gerak."

Ajakan Tatsuya yang secara tiba-tiba itu mematikan lamunannya. Emosi Tatsuya mungkin dah pulih walaupun tidak sepenuhnya. Senyuman yang terpamer kelihatan hambar menyembunyikan riak kekecewaan di hati.

"Jom," balas Rika tanpa banyak soal.


******************************************

Yea well... I kinda got influenced by some oriental stuffs haha xD

===================

Nampak dak? Nampak dak? Ada pengaruh SlamDunk yang kuat di situ? Bwahahaha xDDD Tetiba bila baca balik, terbayang semula rangka jalan citer yang cuba nak ditulis time tuh. Rivalry dalam school ngan b-ball. Pencarian teammates berbakat --- twistnya kat sini, yang tak pernah tau pun cane nak main b-ball tapi terer dalam bidang sukan yang lain xD Usaha untuk kembalikan kegemilangan pasukan b-ball. Owhhh... terasa nak sambung tulis tapi takde masa xD Lagi-lagi dah berkarat dah tulis-tulis bahasa gini. Kalau tulis balik pun, nak kena tukar nenama nihon ke unsur kemelayuan sket. Bwaha xD Ada yang sudi nak take over tugas ni? Tapi jalan citer pikir sendiri la xP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...