Koro dah lama tak update blog. Dah bersawang bagai. Boleh
jual stok sesawang nih kat spiderman dah rasanya. Ahahaha… Anyway, Koro
teringin nak hidupkan blog ni. At least sempena dah sampai penghujung tahun
2014 nih kan? Ecehceh…
Kebetulan tengah masyuk layan lagu Gackt yang baru tak baru
ni. Di samping nak celen sket k-pop fever yang tengah melanda kebanyakan
Malaysians kat luar sana *le sigh* Koro bukan peminat tegar Gackt xD Tapi
lelagu dia Koro ada gak layan la. Ada yang best, ada yang tak best bagi Koro.
Janji bukan k-pop. Nyahahaha xDDD
Anywayz, sikit sinopsis pasal PV (promotional video) “P.S. I
Love U” nih. Watak perempuan nak hantar design jam tangan dia. Usaha dia
disokong oleh kawan laki dia. Kira bestpren la nih hoho… Tapi dia jatuh sakit
lak and doktor sahkan dia terminally ill rupanya. Kira takde harapan nak pulih
la. Sedih la dia kan. Bestpren dia siap memarah doktor lagi paksa doktor cari
jalan untuk pulihkan gak perempuan tuh. Tapi nak wat cane kan. Si perempuan tuh
tetap gak usahakan satu design jam. At least sebagai distraction daripada fikir
pasal penyakit dia la kan. Bila dah siap, si bestpren beriya nak hantar ke
kompeni jam tangan yang perempuan tu aim nak hantarkan.
Masuk pulak tetengah meeting masa designer lain tengah
bentangkan design memasing. Si bestpren siap melutut/sujud merayu agar diaorang
at least consider untuk tengok design perempuan tuh. Pastu scene seterusnya
tunjuk si bestpren tengah tepon perempuan tu untuk notify design dia menjadi
pilihan. Perempuan tu happy la kan tapi dia masa tu tengah nazak la kiranya.
Kira berita design dia diterima tuh perkhabaran terakhir dia terima sebelum
menghembuskan nafas terakhir la. Beriya laki tuh berlari nak sampai ke spital
cecepat bila dengar cam talian terputus.
Tapi terpaksa stop jap kat persimpangan laluan keretapi.
Masa tuh dia tersedar kehadiran ‘roh’ perempuan tuh. Dari jauh dia nampak roh
tuh ucap “sankkyu”. Laki tuh tau dia tak sempat. So dia meraung terduduk jela
kat situ antara gembira dan duka. Scene terakhir tunjuk laki tuh selak-selak
design perempuan tu. Rupanya ada mesej terakhir terselit.
“P.S. I LOVE U”
Terus laki tuh nangis sebab at least dia tau perempuan tuh
sukakan dia gak and dia tak bertepuk sebelah tangan.
Apa Gackt buat sepanjang PV tuh? Duduk nyanyi kat kerusi je.
Ahahaha xDDD Memang jalan citer PV yang klise tapi yang penting di sini adalah
kesedapan lagu. Ekekekeke… Lagu nih pun kalau ikutkan, dinyanyikan daripada ‘yang
meninggalkan’ nyer point of view. Okay, da habis citer pasal PV tuh, Koro nak
selitkan gak link PV tuh kat sini. Berserta lirik dalam romaji kot-kot ada
sesape nak berkaraoke ke. Sila la layan ekk...
P.S. I LOVE U [GACKT]
Itoshii anata e
Moshi kono tegami wo mitsuketa toki
Soba ni dareka ga fuange na kao shite mitsumete iru nara...
Yomu no wa yamete kuremasu ka?
Asu wo mukaeru anata e
Ima mo mada watashi ga kurushimetemasen ka?
Tachidomattemasen ka?
Yasashii anata no bukiyou na kotoba ga
Zutto kokoro no sasae deshita
Motto anata to issho ni itakarete
Kanashikute kanashikute ima ga mienakute mo
Anata wa mou furi mukanai de
Daisuki na daisuki na anata dake wa douka
Waratte kuremasu ka
Kono ai wa FOREVER LOVE
Ima wo ikiru anata e
Anata to no deai wa watashi no subete
Tada shiawase sugite...
Demo watashi wa anata no kizunde yuku jinsei no
Kakera shika nai no desu
Dakara,
Kanashikute kanashikute ima ga mienakute mo
Anata wa mou furi mukanai de
Daisuki na daisuki na anata dake wa douka
Koisuru koto ni obienai de
Kono ai wa FOREVER LOVE
Tatoe chiri to natte
Kogarashi ni dakarete sora ni kiete mo
Anata no egao mo
Taemanai yasashisa mo
Kesshite wasurenai kara
Mou ichido mou ichido mata umare kawatte
Anata no koto mikaketa toki wa
Taisetsu na taisetsu na anata no soba de warau
Suteki na hito imasu you ni
Suteki na hito imasu you ni
sayonara
P.S. I LOVE U
---
Hooo… best woo kalau terasa nak feeling-feeling sambil layan
lagu nih xP Anywayz, khas buat Gackt fans, ada developer siap wat app lagi
berlatarkan lagu ni dan berkonsepkan ala-ala nak meluahkan perasaan kat Gackt
tapi tak mampu so sekadar boleh berangan dari jauh jela xP
Dapatkan app tersebut di [SINI]
Sikit info pasal app tuh. Kalau korang penah main jenis date
sim (orang jepun sker benor main jenis cam nih xP) so app nih kira korang nak
mengorat Gackt dalam pelbagai jalan citer. Ada yang Gackt jadi doktor, korang
jadi nurse. Memacam ahh. Pastu pepandai la pilih dialog yang membuatkan Gackt
akan makin tertarik kat korang. Muehehehe… Memana Gackt fans yang tegar for
sure akan layan jiwangs dengan app nih xD
Okay, last promo. Kalau berminat, boleh berkunjung ke [SITE] nih untuk tetengok gak beberapa fans cover lagu nih.
Peace out xD
1 rantbacks:
Suka ada peminat gackt di Malaysia ni.. :)
Catat Ulasan