Rabu, Disember 10, 2014

Rubber-Looming~!! (^O^)

Koro haz officially joined le craze.
OTL

Segalanya bermula bila Koro try out jenis yang Y-loom tool tuh xD Beli dengan harga RM2 ke berapa tah. Lupa xD Ada yang siap tampal gambar Frozen untuk melariskan loom bands tuh kekonon tuh rubber loom brand Frozen xP

[Y-Loom tool and Hook --- lebh kurang camni la yang Koro guna cuma Y-loom Koro slim sket xD]

So dengan tool bentuk Y tuh, Koro boleh loom guna 2 teknik yang paling sempoi a.k.a. teknik mudah belajar untuk beginners cam Koro. Apa dia? Teknik Fishtail dan Inverted Fishtail! (^O^) Memacam warna gelang yang Koro dah buat menggunakan dedua teknik looming tu.

Pastu bila terasa diri dah terrer sket (konon! wakakaka...), Koro mula google teknik-teknik lain yang semestinya kena guna loom tools yang lebih canggih sket. Pendek kata, yang lebih banyak prongs/pins dia. So, Koro mula berjinak-jinak browse Lazada tetiap kali terasa ada kelapangan waktu (ecehceh...) mencari set rubber loom yang dijual pada harga mampu beli xD Tapi setiap kali browse, Koro just add to wishlist jek xP Koro pun dapat tau ada pelbagai jenis brand rubber loom kits nih cam DIY Loom Bands, Rainbow Loom, Wonder Loom, Sunshine Loom, Cra-Z-Loom ... memacam ahhh! Even yang bootleg version (takde jenama weihhh!) pun bersepah jek jual merata xD

Kebetulan, Koro pergi Litt Tak Warehouse Sale 5-7 Dec lepas. Kat situ ada jual beberapa loom kits bawah RM20. Apa lagi, beli la sebijik dua! xD Loom tool dalam kit tuh takde la secantik mana tapi at least boleh digunakan untuk try aplikasikan teknik-teknik yang lebih advance sket =P Pastu boleh connect secara memanjang dan connect secara sisi cam tool yang original punya. Bolehlaaaaa... xD Lagipun Koro baru nak berjinak-jinak. Kira oraitla guna yang memurah dulu untuk testing kan? xD Muehehehe... Karang bila da terer bangat, baru la layan yang kaw-kaw orinyer. Siap beli/guna bands jenis metalik tuh. Fufufufu... Buat sementara masih tahap hingusan nih, marilah merendah diri dengan menggunakan kit memurah dulu xP

Bila dah ada loom tool lebih advance nih, Koro mencuba lak teknik Hexafish pulak. Hexafish amek masa yang lama gila (TAT) Terasa cam lelabah anyam sesawang dia pun hado. Unfhhhh... (TAT) Tapi Koro terus bertahan untuk cuba siapkan. Sebab bila da mula kelihatan hasil dia... cam terus rasa semangat untuk continue till the end. Ho yeah! Gambatte~!! (^O^)

Nanti dah siap Hexafish 6-pin/prong, Koro nak buat Hexafish hexagon-prong/pin lak xD Hoh. Semangat nih xD Pastu buat gaya Dragonscale cuff... waterfall bridge... chevron... huwahhhh!! xD Memacam teknik kau! Hamekkkk xP Pas da mahir segala-mala teknik yang ada, Koro nak try jenis yang boleh selit beads pulak =D Then advance-kan diri untuk belajar yang jenis lucky charms lak. Koro tingin sangat nak wat charm minion. Buat bentuk buah ke... dan impian paling hebat --- buat rubber charms bebentuk kepala kamen rider. Muhahaha!

Koro belajar semua nih sendiri bebeh. Sifu Koro adalah para loom-youtubers kat channel ngan site memasing xP Seriously... mende alah nih bukan susah nak belajar pun. Yang penting ada usaha, kerajinan dan minat untuk mencedok ilmu dari pelbagai sumber. Kalau Koro boleh buat, maka sesiapa kat luar sana pun boleh! (^O^) Lagipun, mende nih activity crafty. Rangsang otak kanan. Di samping wat bracelets cecomel. Pastu boleh jadi gifts pulak tuh kat kengkawan. Lagi puas terasa sebab sendiri buat.

So mari beramai-ramai ber-looming yo~!! xD

 [Y-tool yang digunakan untuk create inverted fishtail black & white bracelet]

 [Hasil yang dah siap. Ta-daaahhh!! Black & White dan Cotton Candy. Dedua dihasilkan menggunakan teknik inverted fishtail]

 [Inverted fishtail rainbow! Cantik dak? Hoho...]

 [Fishtail technique. Yang nih guna bands dari kit jenama 'Frozen' (konon. Wakakaka xD)]

 [Hexafish technique attempt! (^O^) Ignore dulu bands purple black tuh. Tuh tak jadi nyer tapi malas nak cabut lagi xP]

[Dah mula nampak hasil hexafish-nyer! Owh tak sabar nak siapkan! xD]

Khamis, Disember 04, 2014

LINE I LOVE COFFEE ~ chuuuu! x3

[LINE app logo]

Sejak first time install LINE app kat fon, game app ni la Koro first sekali install. Dulu kat fesbuk giler main summer springs. Pastu sedih sebab game tuh kena shutdown huhuhu... Tapi akhirnya terubat juga hati bila LINE memperkenalkan ILC diaorang nih. Kiut giler xD Koro memang sker game jejenis simulasi kiut-miut nih xP

[LINE I Love Coffee]

Koro skang baru merangkak naik level 44. Dulu aim nak stop bila sampai level 50. Sebab masa tuh, tuh level yang paling highest boleh dicapai. Skang dengan kekerapan updates, level cap dah dinaikkan jadi 60 lebih so Koro kenala revamp balik misi dedolu untuk capai at least level 60 pulak. Muehehehe~... xD Tapi tuh la. kekonon nak stop. Tapi teruskan gak xD Alih-alih dah sampai level 40 lebih. Giler ahhh! xD

Koro remain setia ngan game nih sejak memula mende nih diperkenalkan. Memacam updates diaorang letak. Dulu nak expand coffee shop kena guna cash (yang kena beli guna duwet betul) huhuhuhu... tapi skang diaorang bagi kelonggaran dengan expand menggunakan gold (yang baaaaaanyakkkk sangat dan cherries). Okayla tuh. Pasal jumlah gold and cherries yang diperlukan, Koro no hal. Kumpul slow-slow. Lelama dapatla jumlah yang diinginkan. Tak getuhhh...? xD


Kat LINE sendiri, Koro join beberapa ILC groups. Untuk kekorek info pasal quests ngan tetolong sesama ahli untuk revive memana kopi or kuih basi. Ekekekeke xD Salah satu info yang kritikal yang Koro rasa cam nak kena hafal lak (wakakaka) adalah respon setiap pelanggan bila kita touch diaorang. Sebab kengkadang certain quest require certain feedback dari certain customer. Haizzzz...

[A sample of a LINE ILC quest which requires player to tap on customers to hear out their reaction]

Sib baik ada ahli group sanggup compile-kan beberapa feedbacks so Koro just nak kena refer list nih jelah tiap kali ada certain quest requirement yang memerlukan mende alah tuh xD Sankkyu bebeh! I love you guys! x3

[I LOVE COFFEE customer reaction list]

Memang berguna amat mende alah nih untuk hardcore ILC-er cam Koro ahahaha xD Satu lagi list untuk wat kopi 100% untuk special guests. Biasa yang barista tests (untuk naikkan level kopi) Koro akan tangguhkan sampai bila terasa ada mood terlebih rajin, baru nak buat. Ngehehehe xD

Walaupun Koro lebih prefer minum teh in real life, tapi I LOVE COFFEE nih app paling cambest Koro penah (dan still) main. Kena ada internet untuk main so pastikan ada connection sama ada guna data plan korang or wifi xP Nantila Koro update post entry nih dengan memasukkan gegambar coffee shop Koro xP

Khamis, November 27, 2014

Korek korek ... (bukan hidung xD)

Koro sedar dalam previous posts blog nih ada beberapa entries yang kehilangan gambar dan embedded youtubes hasil daripada mengorek-ngorek past entries jap tadi (TAT) Koro tak tau kenapa jadi camtu tapi apa yang pasti, jadi satu kerja la pulak nak reload balik semua images. Haiyaaa...

Leceh! Koro dahla malas hihihihi... Tapi nak buat camne kan. Kalau ikutkan, Koro nak biar jek previous entries camtuh jek. Tapi jadi tak syok la kan kalau kita sendiri teteiba nak baca entries tu pastu takde iringan gegambar yang sepatutnya. Kalau kita dah rasa camtuh, apatah lagi orang-orang yang tetiba blogwalking singgah sebab tertarik ngan keyword carian diaorang kat google hingga akhirnya tak memasal masuk blog nih. Fufufufu...

So, Koro akan update memana entries yang rerasa popular terlebih dahulu. Ahahaha... ada ke yang fofulernyer? xP Yang lelain, Koro akan baiki kalau tetiba terasa terlebih rajin. Mwahaks xD

Selasa, November 25, 2014

P.S. I LOVE U ~ GACKT


Koro dah lama tak update blog. Dah bersawang bagai. Boleh jual stok sesawang nih kat spiderman dah rasanya. Ahahaha… Anyway, Koro teringin nak hidupkan blog ni. At least sempena dah sampai penghujung tahun 2014 nih kan? Ecehceh…

Kebetulan tengah masyuk layan lagu Gackt yang baru tak baru ni. Di samping nak celen sket k-pop fever yang tengah melanda kebanyakan Malaysians kat luar sana *le sigh* Koro bukan peminat tegar Gackt xD Tapi lelagu dia Koro ada gak layan la. Ada yang best, ada yang tak best bagi Koro. Janji bukan k-pop. Nyahahaha xDDD



Anywayz, sikit sinopsis pasal PV (promotional video) “P.S. I Love U” nih. Watak perempuan nak hantar design jam tangan dia. Usaha dia disokong oleh kawan laki dia. Kira bestpren la nih hoho… Tapi dia jatuh sakit lak and doktor sahkan dia terminally ill rupanya. Kira takde harapan nak pulih la. Sedih la dia kan. Bestpren dia siap memarah doktor lagi paksa doktor cari jalan untuk pulihkan gak perempuan tuh. Tapi nak wat cane kan. Si perempuan tuh tetap gak usahakan satu design jam. At least sebagai distraction daripada fikir pasal penyakit dia la kan. Bila dah siap, si bestpren beriya nak hantar ke kompeni jam tangan yang perempuan tu aim nak hantarkan.

Masuk pulak tetengah meeting masa designer lain tengah bentangkan design memasing. Si bestpren siap melutut/sujud merayu agar diaorang at least consider untuk tengok design perempuan tuh. Pastu scene seterusnya tunjuk si bestpren tengah tepon perempuan tu untuk notify design dia menjadi pilihan. Perempuan tu happy la kan tapi dia masa tu tengah nazak la kiranya. Kira berita design dia diterima tuh perkhabaran terakhir dia terima sebelum menghembuskan nafas terakhir la. Beriya laki tuh berlari nak sampai ke spital cecepat bila dengar cam talian terputus.

Tapi terpaksa stop jap kat persimpangan laluan keretapi. Masa tuh dia tersedar kehadiran ‘roh’ perempuan tuh. Dari jauh dia nampak roh tuh ucap “sankkyu”. Laki tuh tau dia tak sempat. So dia meraung terduduk jela kat situ antara gembira dan duka. Scene terakhir tunjuk laki tuh selak-selak design perempuan tu. Rupanya ada mesej terakhir terselit.

“P.S. I LOVE U”

Terus laki tuh nangis sebab at least dia tau perempuan tuh sukakan dia gak and dia tak bertepuk sebelah tangan.

Apa Gackt buat sepanjang PV tuh? Duduk nyanyi kat kerusi je. Ahahaha xDDD Memang jalan citer PV yang klise tapi yang penting di sini adalah kesedapan lagu. Ekekekeke… Lagu nih pun kalau ikutkan, dinyanyikan daripada ‘yang meninggalkan’ nyer point of view. Okay, da habis citer pasal PV tuh, Koro nak selitkan gak link PV tuh kat sini. Berserta lirik dalam romaji kot-kot ada sesape nak berkaraoke ke. Sila la layan ekk...


P.S. I LOVE U [GACKT]

Itoshii anata e
Moshi kono tegami wo mitsuketa toki
Soba ni dareka ga fuange na kao shite mitsumete iru nara...
Yomu no wa yamete kuremasu ka?

Asu wo mukaeru anata e
Ima mo mada watashi ga kurushimetemasen ka?
Tachidomattemasen ka?

Yasashii anata no bukiyou na kotoba ga
Zutto kokoro no sasae deshita
Motto anata to issho ni itakarete

Kanashikute kanashikute ima ga mienakute mo
Anata wa mou furi mukanai de
Daisuki na daisuki na anata dake wa douka
Waratte kuremasu ka

Kono ai wa FOREVER LOVE

Ima wo ikiru anata e
Anata to no deai wa watashi no subete
Tada shiawase sugite...

Demo watashi wa anata no kizunde yuku jinsei no
Kakera shika nai no desu

Dakara,
Kanashikute kanashikute ima ga mienakute mo
Anata wa mou furi mukanai de
Daisuki na daisuki na anata dake wa douka
Koisuru koto ni obienai de

Kono ai wa FOREVER LOVE

Tatoe chiri to natte
Kogarashi ni dakarete sora ni kiete mo
Anata no egao mo
Taemanai yasashisa mo
Kesshite wasurenai kara

Mou ichido mou ichido mata umare kawatte
Anata no koto mikaketa toki wa
Taisetsu na taisetsu na anata no soba de warau
Suteki na hito imasu you ni

Suteki na hito imasu you ni

sayonara

P.S. I LOVE U

---

Hooo… best woo kalau terasa nak feeling-feeling sambil layan lagu nih xP Anywayz, khas buat Gackt fans, ada developer siap wat app lagi berlatarkan lagu ni dan berkonsepkan ala-ala nak meluahkan perasaan kat Gackt tapi tak mampu so sekadar boleh berangan dari jauh jela xP

Dapatkan app tersebut di [SINI]

Sikit info pasal app tuh. Kalau korang penah main jenis date sim (orang jepun sker benor main jenis cam nih xP) so app nih kira korang nak mengorat Gackt dalam pelbagai jalan citer. Ada yang Gackt jadi doktor, korang jadi nurse. Memacam ahh. Pastu pepandai la pilih dialog yang membuatkan Gackt akan makin tertarik kat korang. Muehehehe… Memana Gackt fans yang tegar for sure akan layan jiwangs dengan app nih xD

Okes. Untuk dapatkan mp3 version lagu nih, sila la try download sendiri kat memana ikut cara terbaik korang la. Muehehehe… Avex Entertainment memang strict sket dalam bab nih xD Hint kat sini: Download dari youtube dan convert la ke mp3. Pepandai la ekk xD Cara paling mudah sebenarnya adalah dengan membeli CD lagu nih. Wakakaka xD Tapi… TAPI!! Malaysia susah nak cari. HUWARGHHH!!! Serius susah!!! CD memamat meminah k-poppers berlambak pulak *facepalm* 

Okay, last promo. Kalau berminat, boleh berkunjung ke [SITE] nih untuk tetengok gak beberapa fans cover lagu nih.

Peace out xD

Khamis, April 10, 2014

Inflasi! Dx

Dem! Harga items kat Gaia dah makin tak masuk akal. Item yang dulu Koro beli dalam 1k, sekarang dah jadi 15k. Kalau pandang dari segi profit penjualan, memang nampak masyuk. Tapi tuh baru item yang murah naik harga. Tak tengok lagi items yang dulunya sedia mahal. Giler ahhh! Dah beratus juta aka berbillion-billion dah harga (TAT)

Nih semua angkara gold-gens xP Gaia gold skang nih boleh 'diperolehi' melalui pembelian gold generators. Pulak tuh, sekali klik mende alah tuh, dalam bermillion gold boleh dapat. Mulanya cam tak caya. Tapi hari tuh saje test beli se-bundle. Total hasil dalam 37 million gold dapat! (O_O)

Gold tuh Koro buat sebagai modal borong lebih banyak astra/animated items lagi xD Koro memang obses sket dengan mende alah tuh. Avvy Koro pun animated gak. Wings Koro hasil dermaan MyBak, seorang Gaian yang baik hati gilerbabas xD Dia gak la yang ajar Koro pasal cache investments. Sesape tak layan Gaia, tak paham la apa yang Koro tulis nih. Wakakaka...

Anywayz, rerata olskool Gaians sumer dok komplen/tensen ngan inflasi gegiler nih. Penuh Site Feedback dengan threads mintak berhentikan pengeluaran/penjualan gold-gens. Tapi mende tuh tetap kuar gak (QAQ) Rasanyer kalau Son Zack kembali ke Gaia semula, daripada jadi antara yang terkaya kat Gaia, terus dah turun level kekayaan dia jadi antara yang sederhana kaya jek xP

Jumaat, April 04, 2014

Wahhh... kena revamp nih! Dx

Assalam semua! xD (Koro tak sure berapa ramai yang baca tapi lantaklah xD)

Setelah sekian lama membiarkan blog ini berhabuk, Koro terasa hendak jenguk sebentar xP Ecehceh... ayat formal lak tetiba. Ahahaha. Koro rasa blog nih Koro kena revamp balik semula. Korek and cari balik gegambar yang tetiba menghilang. Sedih wooo... banyak giler gambar tetiba takde (QAQ) Nak kata Koro main link-link, takde pulak. Semua Koro save and upload thru PC jek. Apsal boleh hilang arrr??? Dx

Korek punya korek, Koro akhirnya terjumpa beberapa yang Koro pernah masukkan kat blog, kat Google+ Koro. So, save sket la keje mencari images tuh huhuhu... Cuma leceh sket la nak kena masuk balik edit semua posts sesatu. Mungkin Koro schedule cam bulan nih wat untuk tahun 2013. Bulan depan untuk tahun 2012 pulak ke xD Koro baru perasan dah lama gak rupanya usia blog nih xD Dari zaman kekanak ribena sampai dah jadi seasoned teen. Wakakaka xD

Papehal pun, Koro just akan edit balik posts jela. Overall appearance biar jelah camni. Masih okay kot. Masih relevan? xP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...