Jumaat, Ogos 17, 2012

Golden Bomber!!! xD

Kalau tak kerana Kamen Rider Wizard, Koro takkan tau pasal kewujudan band nih xD Berimejkan V-Kei tapi secara humourous, Golden Bomber memang cambest xD Walaupun yang tau compose/nyanyi/main alat muzik cuma Shou sorang jek (Kiryuuin Shou aka vocalist Golden Bomber) tapi Koro tak kisah! xD Persembahan keempat-empat mamat tuh menarik amat! (^O^)

Kenji paling menonjol sebab dia sker pakai mekap Kabuki kat muka. Dan dia tak kisah menayang apa yang tak patut ditayang xP Huahua... badan machos takperla xD Kenji tuh sebenarnya ensem gak di sebalik mekap Kabuki dia tuh xP Patutla ramai fan wakakaka xD Ditambah dengan sikap gegiler dan selamba di samping memiliki tubuh sasa... dah tentu ramai fangirls xDDD~

Yutaka comel amat. Muka cam baby face gitu. Takde apa Koro boleh katakan pasal Yutaka setakat nih sebab Koro belum lagi mengkaji sorang-sorang ahli GB secara mendalam. Ahaks xD

Jun kengkadang nampak cun (O_O) Cam klon Uruha The Gazette lak kiranya wakaka... Tapi rasanyer tuh bergantung pada mekap dan cara dandanan rambut dia masa tuh la. Juga pakaian dia xD Koro perasan gaks kengkadang muka dia nampak cam Gackt memuda gitu wakakaka xDDD~

Shou laks kengkadang Koro nampak dia cam Kaname cosplayer femes tuh xD Gigi pun dedekat nak sama. Wakakakaka xDDD Tapi Kaname dan Shou ensem dalam kelas tersendiri la xP Sore Shou sedap gaks ala-ala Ruki The Gazette xP

Berbalik kepada persembahan diaorang yang Koro kata menarik amat tuh, GB nih sebenarnya "airband" atau dalam erti kata lain, band yang cuma buat performance secara olok-olok. Seperti yang Koro kata, cuma Shou jerk yang berbakat dalam muzik. Yang lelain bertindak sebagai performers. Maksudnya, kalau Kenji main dram, dia sebenarnya tak reti pun main dram tapi buat-buat cam reti main xD So dalam persembahan live diaorang, yang live sebenarnya cuma pada Shou yang nyanyi xD Yang lelain rakaman/lakonan semata. Huahua... jadi jangan heran kalau part main gitar ke.... tetiba Yutaka ngan Jun cam tak goreng-goreng pun gitar kat tangan memasing tapi still ada bunyi part gitar xP

Papehal pun, sila layan PV Memeshikute (Unmanly) yang pada Koro menarik amat! (^O^) Koro tak sabar nak tengok camne diaorang nak compose lagu opening/tema Kamen Rider Wizard (KR terbaru selepas Fourze).


Pastu layan sekali la rupa diaorang camne ekk =D


 [Kenji layan fesbuk kot wakakaka...]
[Jun posing tunjuk kerajinan membaca... Hmmm... muka cam Gackt sket wakakaka... xD]
[Shou tunjuk moe-ness dia xP]
[Yutaka paling kurus dalam GB xP]
[Jun dan Shou]
[Kenji kepanasan? xP]
["Ebi ni naru?" Kenji jual udang tempura kekekeke... xP]
[Kenji tanpa mekap Kabuki... ehem ehem.... x3]
[Golden Bomber! Jun, Yutaka, Kenji (CD Yutaka tutup muka dia ahahaha...) dan Shou (depan skali)]
[Jun bersama Chiba (Sendai Komatsu) yang juga merupakan Yomi (Nightmare) xD]
[Cuma Shou jek berbaju xD ... Dan err... hudusnyer Miku Hatsune tuh. Wakakaka xDDD Yutaka - unknown - Kenji - Jun - Unknown freaky cat... thing... - fugly Miku - Shou]
[Shou sker benar pakai t-shirt 2 bintang Tamiya nih xP]


Sumber segala gegambar daripada site tumblr nih: http://fygoldenbomber.tumblr.com/

0 rantbacks:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...