Sabtu, November 24, 2012

Doodle Time! (^O^)

Doodle avvy terkini Koro di Gaia. Mwaha xD

[Versi asal kat Gaia]

[Versi contengan Koro guna Paint Sai fufufufu...]

Malas mok kalerrrr.... xP

Rabu, November 21, 2012

Save Gaza! Peace and Freedom for Palestine!

Onore Israel!!! *hiss*

 

Koro buat guna Photoshop CS4. Outdated sket software nyer tapi buat dengan semangat berkobar-kobar. Tak bubuh pape disclaimer mahupun watermark sebab rasa kalau sesape nak guna/promote, silakan jelah. Koro dah letak merata dah pun. Kat fesbuk... kat Gaia... kat devart Koro pun ada.

Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan saudara kita di sana.

Sabtu, November 17, 2012

Sayonara Summer Springs! (TAT)

[Hanya tinggal kenangan uhuhuhu...]
 

Summer Springs... game fesbuk yang Koro amat rajin main sejak first time check-it-out xD Koro dapat tau pasal SS tuh pun sebab ada announcement kat Gaia. Koro cam uiks... dah tetiba tak nak teruskan Ocean Party, gi buat game collab baru dengan Fever Studio laks xP Tapi papehal pun, sebagai Gaian yang setia (ecehceh...) Koro pun try jela main.

[Permulaan bandar/kampung Koro yang dinamakan "Crinkley Bottom" hihihihi... xD]

Okay, apa yang buat Koro akhirnya tersangkut? Seterusnya meninggalkan game-game Zynga? Hihihihi... pertamanya... grafik dia comel amat! Arghhh... tak tahan xD Plot pun comel jek. Kedua, SS ni asalnya game korea Every Town tapi bila di-english-kan dan dibawa ke fesbuk, jadila SS. Third, setiap mende yang kita lakukan... takyah susah-susah nak guna energy! Mwaha! I like! xD Tak seperti certain-certain game (ahem... ahem...) yang kalau nak buat sesuatu perkara, terhad pada limit energy, SS membenarkan players buat apa saje dengan kekangannya cuma masa tanaman and hasil kilang di-produce-kan jek. Maksudnya, tanam la pape sekali pun korang masih ble main tanpa henti. Contohnya, tanam strawberi perlukan 30 minit untuk tuai hasil. So pas 30 minit berlalu, masih ble tanam lagi. Dan lagi. Dan lagi. Sampai korang bosan main untuk hari tuh. Wakakakaka xDDD~

[Dah maju sket xP]

Cuma slack nya kat deco la. Sesape nak deco bandar/kampung dia cecantek, memang nak tak nak, kena guna real life money la untuk beli SS cash. Tapi kalo sesape cam Koro yang boleh jek survive main tanpa beli SS cash, kampung/bandar kita masih boleh je survive walaupun tak secantik mana. Ahaks. Koro tak pentingkan deco sangat pun. Koro just sker kejar level. Nak sampai level 50. Yang tertinggi setakat nih xD

[Dah tambah kilang dan menatang! xD]

Tapi akhir Oct lepas, Gaia buat announcement. Berita sedey untuk para pemain tegar SS (TAT) SS akan dihentikan sepenuhnya pada 17 Dec 2012. Oh noes!!! Dx Gaia kata sebab tak cukup players untuk tampung 'perbelanjaan penyelenggaraan' game nih. Tapi ada gak rumours kata sebab sebenar adalah kerana Fever Studio telah dibeli oleh kompeni lain dan kompeni tuh takmo FS buat pape partnership dengan sesape and takmo diaorang bangunkan da game kat fesbuk. Uhuhuhu... tak tau mana satu betul. Tapi yang pastinya, SS tetap akan ditamatkan pada 17 Dec nanti. Macam kes SuperPoke Pets la nih. Cess... cess... Apsal game best-best yang Koro main dok nak kena shutdown jek? Warghhhh... (TAT)

[Sayu bebeh... huhuhu...]

So skang nih, Koro dan beberapa pemain setia SS tetap meneruskan aktiviti bermain sampai ke saat akhir. Ecehceh... xD Tetambah lagi bila Gaia bagi compensation kat setiap pemain 5 million gold dan 5 million cash. Manyak tuuuuhhhh!!! xD Koro siap expand town Koro sampai habis limit expansion dia. Pastu bubuh deco bagai. Pastu spend cash sana sini cam orang giler. Eh. Takdela kronik sangat xP Koro pun saje gi habiskan expansion slot untuk inventory. Skang cash yang tinggal ada dalam 4 million. Tak tau nak buat apa dah (TAT) Awal-awal ingat akan habis belanja semua cash tuh. Last-last baru guna 1 juta jek rupanya. Hadoila xD

[Tengok! Kalau takde 5 million tuh... masak Koro nak kumpul duwet untuk upgrade house level. Wakakaka xD]

Koro ada join 2 group SS kat fesbuk. Diaorang pun masih setia meneruskan pengurusan town diaorang kat SS. Mesti diaorang pun cam Koro. Bermain sampai ke saat terakhir. Owhhhh... syahdu tul! Dulu rajin gaks jiran-jiran Koro beli items yang Koro jual kat market. Tapi skang market dah sunyi sepi. Kalau nak jual items skang nih, kena jual kat market pastu masuk grup fesbuk or thread SS kat Gaia and announce kita tengah jual apa. Pastu barula ada buyers.

[Plots bertambah dengan kenaikan level tertentu. Ohohoho... xD]

Skang dah makin kurang orang main. Mesti diaorang cam apa guna main kalau game tuh dah nak shutdown? Buat bazir keringat jek xD Huh. Tuh kekata players yang bukan gamer sejati. Ecehceh xD Kalah sebelum berjuang sampai ke akhir. Tak machosla gitu kan? Patutnya terus remain sampai ke last day pastu baru berpisah dengan matured-nya. Ahahaha xDDD Semangat putus asa nih la yang tak syiok nih. Cuba semangat sket. Gambaru zou! (^O^)

[Tambah kilang sos tomato! (^O^)]

Papehal pun, Koro nak try online masa 17 Dec tuh. Koro nak merasa last day SS di dunia maya. Ahahaha xD Koro akan sentiasa kenang SS sebagai game fesbuk tanam-tanam yang paling menghiburkan. Okes. Kat bawah ni, Koro lampirkan screenshots Crinkley Bottom yang Koro sempat rembat. Masih ongoing dianyer proses pembinaan so entry nih mungkin ada sambungan xD


~ Crinkley Bottom dalam kenangan ~

 
[Urmmm... tambah menatang pink xP]

[Dulu sebelum dapat 5 million cash tu, dok menanti 25 cash bonus nih haaa... xD]

 [Caravan tuh untuk tambah happiness points. Tapi amek space besar uhuhuhu...]





  [Tanaman dah berpagar xD]

 [Kawasan lapang tuh sebab tak cukup happiness points untuk beli kilang lagi wakakaka...]







 



 [Padi pun adaaaaa...]
 
 

 

 

 [Koro dah level 35. Cuba tengok cash dan gold Koro. Fufufufufu...]

[Nampak dak deco onsen Koro? xD Hotspring bebeh! Mwaha!]

[Main town Crinkley Bottom. Ada deretan kilang apple sauce dan strawberry jam. Cantek dak grafik dia? xD]

[Kereta kaler kaler lalalalala xD]

[Tak cukup kilang kat dalam tuh, parking lagi kilang kat luar. Mwaha! xD]

[Kawasan penempatan elit. Konon... xP]

[Kena klik kat gambar nih untuk tengok dengan lebih jelas tanaman, haiwan ternakan dan kilang-kilang yang ada dalam Summer Springs]


So... bila tengok balik gegambar nih, Koro dapat tengok hasil usaha Koro dalam membangunkan Crinkley Bottom Koro xD Dulu cinonit. Skang dah besar. Maju dah xD Itupun tak sumbat lagi banyak kilang dalam tuh. Ini baru level 35. Cuba kalau level 50. Owhhhh!!! xD Malangnya, Koro tak mampu capai level tuh. 35 nak kejar 50 sebelum 17 Dec? Mana mungkin huhuhuhu... Koro paling tinggi sasaran pun setakat 40 jela nampaknya. Huuuu.... (TAT)

Rabu, Ogos 29, 2012

Hade ni ikuze!!! Kaizoku Sentai Gokaijaaa!!! (^O^)



 [Logo siri Kaizoku Sentai Gokaiger]

Yup. Koro dalam mood supaa sentai sejak melayan movie 35th anniversary super sentai hari tuh. Wakakaka xD Movie tuh mainly feature Goseiger dan kesemua past super sentai tapi memperkenalkan gak Gokaiger sebagai super sentai terbaru (yang ke 35). Skang dah ada ke-36. GoBuster. Menarik gak trio GoBuster tuh. Warghhh... tetiba terasa nak melayan sumer siri super sentai laks alang-alang tengah tunggu Kamen Rider Fourze habis tayang xD Pas Fourze laks ada Kamen Rider Wizard. Waaaarghhh tak sabar nak tengok! xD

[Kaizoku Sentai Gokaiger! --- Final Wave Scramble pose kat bawah tuuuu... xD]

Papehal pun, entry kali ni Koro nak shift ke mood supaa sentai =D Koro nak citer pasal Gokaiger! (^O^) Atau cara sebutan asas dia "gokaijaa!" xP Siap dengan intonasi tanda seruan tuh. Wakakaka... Koro nih jenis tak berapa layan super sentai. Especially americanized version. Sungguh tak best! (TAT) Paling last tengok american version pun yang mighty morphin power rangers tuh. Skang mamat yang jadi Adam (Mighty Morphin Power Ranger warna hitam) dah jadi voice actor terkenal gaks. Selalu jadi VA untuk anime yang dialih bahasa ke english. Biasanya dapat watak hero. Cam Ichigo (Bleach) sumer tuh. Tabik... tabik...


[Kesemua super sentai sehingga ke-35 (tak termasuk Gobuster dan seterusnya... tuh poster lain la pulak huahua... xD)] 

Oraits. Kenapa Koro tertarik amat dengan Gokaiger padahal dalam movie 35th anniversary tuh berlambak team super sentai yang ada? xD Sebab Koro tertarik dengan konsep kaizoku (pirate) yang diaorang bawak. Dan diaorang merupakan "Decade" untuk super sentai xDDD Sebabnya diaorang mampu bertukar kepada super-super sentai sebelum tuh seperti mana Decade boleh bertukar kepada kamen rider lain xD Gokaiger bertukar menggunakan ranger key memasing. Pastu wat gaya transformasi sambil jerit "gokai change!". Kalau Kamen Rider, sebut henshin =D Pastu memasing perkenalkan diri dengan gaya memasing laks. Gokai Reddo... Gokai Bruu... Gokai Yerrow... Gokai Gureen... Gokai Pinkuu... dan last skali... Gooooookaaaaiiii Shiirubaaaaa~!!! xP Yang last tuh silver. Kalau tak dapat tangkap la. Huahua...


[Ahim, Don, Marvelous, Joe, Luka]

Gokaiger diketuai Captain Marvelous. Dipanggil sebagai Marv-chan atau Marv-san atau Marvelous-san. Ikut mana yang cambest la untuk diaorang xP Dia Gokai Red. Pakai kot kapten lanun kaler merah. First-mate atau 2nd in command, Joe Gibken yang merupakan Gokai Blue. Senang nak kenal sebab pakai jaket biru xD Tak pun ingat jek kat muka dia yang memang ensem teramat dan rambut panjang lurus dia xD Joe jenis pendiam, loner tapi sangat setia pada Capt.Marv dan geng kaizoku dia =D Pastu ada Luka Milfy, gadis lasak yang ada skill dalam infiltration dan reconnaissance. Kalo bandingkan dengan geng mugiwara kaizokudan (straw hat pirates), dia lebih kurang cam Nami la xDDD Dia Gokai Yellow. Dia lawan guna dual swords. Biasanya Ahim atau Hakase (Don) yang akan campakkan pedang diaorang kat Luka xP

Gokai Green lak Don Dogoier atau dipanggil Hakase (doctor) oleh diaorang semua kecuali Gai. Dianyer skill paling vital sebab dia la tukang masak... dia la mekanik... dan dia la tukang kemaskan kabin xP Dia agak cowardly dan clumsy tapi dia menggunakan clumsiness dia sebagai salah satu cara berlawan yang agak efektif gakla. Paling senang nak kenal sebab dia jela yang berambut kuning amat antara diaorang sumer xD Tuh belum masuk lagi suar kekotak dia xP Gokai Pink lak Ahim de Famile. Nama pelik sket sebab dia keturunan diraja =D Kiranya princess la. Memula cam tak biasa kena lelawan tapi lelama dia dah boleh berlawan sepenuhnya sebagai salah sorang Gokaiger. Dia suka berpakaian putih. Sekali-sekala pakai kot pink rasanya. Senang nak kenal sebab dia jela pakai gaun xP

Gokai Silver lak Gai Ikari. Sesatunya manusia bumi yang jadi Gokaiger. Gokaiger yang lelain dari planet lain. Hooooo... alien xD Sebab tuh armor dia pelik sket. Dianyer visor cam jadi base untuk visor GoBuster. Dia berpengetahuan luas dalam sumer super sentai nyer info so keahlian dia sebagai gokaiger akhirnya berkepentingan gak untuk diaorang sebab diaorang akan lebih dapat memahami ranger keys yang digunakan. Dia ada gokai machine tersendiri bernama Goujyu Drill yang boleh bergabung dengan Gokai Galleon milik Gokai Red serta mesin-mesin Gokaiger yang lain. Goujyu Drill pun ada mode untuk tukar jadi robot tersendiri (Goujyujin). Senjata dia pun lain sket daripada Gokaiger lain sebab dianyer cam spear sket. Gokaiger lain guna pistol flintlock (gokai gun) ngan pedang (gokai sabre).

Gokai Silver jek sesatunya gokaiger yang ada gold mode. Buruks sket. Cam Kamen Rider Decade nyer final form wakakaka xD Tapi dalam Kodansha special dvd, ada tunjuk Marv-chan bertukar jadi Gokai Red Gold Mode. Itupun sebab dia kena fuse dengan badan Gai xD Cane? Dan kenapa? Hahaha itu kenala tengok sendiri. Fufufufu...


[Gokaiger versi complete xP]

Koro sker dengar diaorang nyer attack. "Final Waveeee~!!" xD Pastu bila wat Final Wave Scramble, Gokai Green ngan Gokai Pink akan trade diaorang nyer pedang untuk dapatkan dual guns. So yang akan guna dual sabres lak Gokai Yellow dan Gokai Blue. Memang cambest la sebab diaorang takde pose yang reramai kena pegang senjata yang sebijik jek padahal boleh jek sorang jek tembak xP (Sila refer cara-cara final attack super sentai terdahulu fufufufufu...).

Tapi last-last dalam episod-episod mendekati episod akhir, muncul gaks Gokai Galleon Buster. Wakakaka! Kira Gokaiger ada gak pose pegang senjata ramai-ramai *facepalm* Nak buat cane. Dah trademark super sentai camtuh xP Cuma masa movie SuperHero Taisen Kamen Rider vs Super Sentai, diaorang henshin jadi form combo KR OOO hanya untuk menggunakan Gokai Galleon Buster tuh (TAT) Apa kes.... huhuhu... Ingat bolehla nampak diaorang beraksi sebagai OOO. Rupanya setakat nak pegang GGB diaorang (TAT)

Setakat nih Koro dah layan dua movie melibatkan Gokaiger xD Movie yang 35th anniversary tuh ngan movie Gokaiger versus Gavan (Gaban) tuh. BEST AMAT! Bagi yang layan Gaban dedolu... memang nostalgik amatla xD Dapat tengok pelakon Gaban tuh turut jadi Black Kenya dan Denjiman. Pasnih nak cari movie Gokaiger yang ada Decade dan Fourze sekali. Kiranya Super Sentai versus Kamen Rider la. WHOOOAAAAHHH!!! Mesti tengok!!! xDDD

EDIT (16/11/12) : Koro dah tengok movie SuperHero taisen tuh! xD Koro tengok raw version tapi subbed version dah boleh didapati di kedai-kedai dvd skang. Koro pun dah tengok Gokaiger and the Ghost Ship movie tuh. Pendek amat! Huhuhu tak puas tul Dx

EDIT (8/12/12) : Movie baru Gokaiger akan keluar Januari 2013!! (^O^) Gokaiger kaler hitam??? Gokaiger versus GoBusters??? Owh tak sabar nak tengok!! Windunyer pada Marv-tachi (TAT)

Papehal pun, Gokaiger mengembalikan mood Koro untuk melayan super sentai xD Huahua... Cuma setakat nih Koro takde mood lagi nak layan otromen secara serius camana Koro layan Kamen Rider la xD Owh speaking of Kamen Rider... akhirnya ada Rider switch set dijual kat Litt Tak!!! xDDD Koro nak kena rembat cecepat sebelum sold out (TAT) Ada 3 set nak kena rembat ni uhuhuhu... Dan Double driver akan datang bulan Oktober nanti (^O^) Yoshaaa!!! Masa untuk kumpul duwet!!! Oh tak lupa gak... ada jual gak Gokaiger ranger keys movie edition =D Cuma sayangnya takde Transformation Cellphone Mobilate diaorang. Kalau tak, dah boleh insert and buat aksi gokai change. Huahua... xD Kalau sekadar beli ranger keys jek watpe sebab tak boleh guna (TAT) Cam dulu nak beli pedang OOO. Cam tak berbaloi sebab takde OOO scanner tuh. Tapi skang dah ada =D Cuma tak terasa nak beli pedang OOO tuh sebab nak rembat Rider switch dulu. Nak lengkapkan koleksi Fourze switch dulu xD Pastu nak rembat gak Zodiarts switch. OWHHHH... manyaknyer duwet nak dikorbankan demi minat terchenta nih uhuhuhuhu....

Anywayz... jom layan lagu tema siri nih xDDD~



[Theme Song (full version)]
 

[Gokaiger theme --- Koro sker Kaizokuki Wo Agero]

Jumaat, Ogos 17, 2012

Golden Bomber!!! xD

Kalau tak kerana Kamen Rider Wizard, Koro takkan tau pasal kewujudan band nih xD Berimejkan V-Kei tapi secara humourous, Golden Bomber memang cambest xD Walaupun yang tau compose/nyanyi/main alat muzik cuma Shou sorang jek (Kiryuuin Shou aka vocalist Golden Bomber) tapi Koro tak kisah! xD Persembahan keempat-empat mamat tuh menarik amat! (^O^)

Kenji paling menonjol sebab dia sker pakai mekap Kabuki kat muka. Dan dia tak kisah menayang apa yang tak patut ditayang xP Huahua... badan machos takperla xD Kenji tuh sebenarnya ensem gak di sebalik mekap Kabuki dia tuh xP Patutla ramai fan wakakaka xD Ditambah dengan sikap gegiler dan selamba di samping memiliki tubuh sasa... dah tentu ramai fangirls xDDD~

Yutaka comel amat. Muka cam baby face gitu. Takde apa Koro boleh katakan pasal Yutaka setakat nih sebab Koro belum lagi mengkaji sorang-sorang ahli GB secara mendalam. Ahaks xD

Jun kengkadang nampak cun (O_O) Cam klon Uruha The Gazette lak kiranya wakaka... Tapi rasanyer tuh bergantung pada mekap dan cara dandanan rambut dia masa tuh la. Juga pakaian dia xD Koro perasan gaks kengkadang muka dia nampak cam Gackt memuda gitu wakakaka xDDD~

Shou laks kengkadang Koro nampak dia cam Kaname cosplayer femes tuh xD Gigi pun dedekat nak sama. Wakakakaka xDDD Tapi Kaname dan Shou ensem dalam kelas tersendiri la xP Sore Shou sedap gaks ala-ala Ruki The Gazette xP

Berbalik kepada persembahan diaorang yang Koro kata menarik amat tuh, GB nih sebenarnya "airband" atau dalam erti kata lain, band yang cuma buat performance secara olok-olok. Seperti yang Koro kata, cuma Shou jerk yang berbakat dalam muzik. Yang lelain bertindak sebagai performers. Maksudnya, kalau Kenji main dram, dia sebenarnya tak reti pun main dram tapi buat-buat cam reti main xD So dalam persembahan live diaorang, yang live sebenarnya cuma pada Shou yang nyanyi xD Yang lelain rakaman/lakonan semata. Huahua... jadi jangan heran kalau part main gitar ke.... tetiba Yutaka ngan Jun cam tak goreng-goreng pun gitar kat tangan memasing tapi still ada bunyi part gitar xP

Papehal pun, sila layan PV Memeshikute (Unmanly) yang pada Koro menarik amat! (^O^) Koro tak sabar nak tengok camne diaorang nak compose lagu opening/tema Kamen Rider Wizard (KR terbaru selepas Fourze).


Pastu layan sekali la rupa diaorang camne ekk =D


 [Kenji layan fesbuk kot wakakaka...]
[Jun posing tunjuk kerajinan membaca... Hmmm... muka cam Gackt sket wakakaka... xD]
[Shou tunjuk moe-ness dia xP]
[Yutaka paling kurus dalam GB xP]
[Jun dan Shou]
[Kenji kepanasan? xP]
["Ebi ni naru?" Kenji jual udang tempura kekekeke... xP]
[Kenji tanpa mekap Kabuki... ehem ehem.... x3]
[Golden Bomber! Jun, Yutaka, Kenji (CD Yutaka tutup muka dia ahahaha...) dan Shou (depan skali)]
[Jun bersama Chiba (Sendai Komatsu) yang juga merupakan Yomi (Nightmare) xD]
[Cuma Shou jek berbaju xD ... Dan err... hudusnyer Miku Hatsune tuh. Wakakaka xDDD Yutaka - unknown - Kenji - Jun - Unknown freaky cat... thing... - fugly Miku - Shou]
[Shou sker benar pakai t-shirt 2 bintang Tamiya nih xP]


Sumber segala gegambar daripada site tumblr nih: http://fygoldenbomber.tumblr.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...