Sensei Koro kembali lagi setelah bertahun tak menjenguk balik isu ni. Huahua xD Entry kali ni tertimbul selepas berhempas pulas mencari sendiri apa perbezaan antara ejaan PERLAKSANAAN dan PELAKSANAAN. Mana satu yang betul daaa... Ke dedua betul? Jeng je jeng... xD Apakah huruf R memainkan peranan besar? Atau sekadar tempelan untuk menyedapkan mata yang memandang? Ecehceh xD
Menurut DBP, ada perbezaan rupanya.
PERLAKSANAAN bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas, etc.).
Contoh ayat: "Menteri itu meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga dengan penuh dedikasi."
PELAKSANAAN pula bermaksud perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) sesuatu rancangan (tugas, etc.)
Contoh ayat: "Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan."
So kesimpulannya... pelaksanaan tuh perbuatan/proses. Perlaksanaan tuh mende yang dah dijalankan. Fenin sikit kan? Huahua xD Tapi at least korang dah tau rupanya memang wujud perkataan PELAKSANAAN tuh. Bukan salah ejaan. Dun dun dun! xD
KRINGGGG~!! Kelas tamat! (^O^)
Selasa, September 20, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 rantbacks:
ada gak menepek perkara yg berfaedah. bagus2. ok, masuk blog org lak utk BELAJAR POEM <D
poem jepang laks xD
tuan, sila rujuk kandungan saya.
saya harap sedikit menyelesaikan isu ini
maaf ; lupa sertakan pautan : http://helmimajidismail.blogspot.com/2010/01/knowledge-bahasa-perlaksanaan-or.html
Contoh yang best
Catat Ulasan