Isnin, Julai 11, 2011

Entry Edisi Kamen Rider ~ Cho-Den O Trilogy



[KR Zeronos Zero Form / KR New Den-O Strike Form / KR Diend]

Sebenarnya nama movie tuh panjang tapi nak letak sebagai header cam tak muat xD Okeh, nih antara installment movie-movie melibatkan Kamen Rider Den-O. Tajuk sebenar movie nih "Kamen Raidā × Kamen Raidā × Kamen Raidā Za Mūbī: Chō Den'ō Torirojī". Yaaaa... jangan betulkan skrin monitor anda sebab sememangnya kamen rider tuh kena sebut tiga kali xD Trilogi la katakan. Mwaha!

Cho Den-O Trilogy nih adalah salah satu "bahagian" dalam series movie Cho-Den-O. Bahagian lain antaranya The Onigashima Warship (special appearance: Decade) dan Let's Go Kamen Riders (special appearance: OOO dan kamen rider lelain).

Den-O pun ada versi filem gaks.

I'm Born ---> Pasal Ryoutarou hilang ingatan and Momotaros terpaksa possess Ryoutarou masa muda (err... kekanak xDDD) untuk jadi mini Den-O xD Diaorang kembali ke zaman Edo untuk lawan Gaoh and the geng. Masa nih watak Ryoutarou besar masih dipegang Takeru Seto.

Climax Deka ---> Ambil plot selepas siri Den-O berakhir di mana Ryoutarou ngan Momonoji-tachi setup Denliner Police. Pastu ada watak si polis ni yang kalau korang sedar, dia la jadi Kuuga dalam Kamen Rider Decade =D Watak Ryoutarou masih dipegang Takeru Seto.

Saraba/Final Countdown ---> Ryoutarou kena possess jadi jahat! (TAT) Masa nih diperkenalkan Kamen Rider Yuuki Skull Form dan Hijack Form. Dan eppy di mana Koutarou (New Den-O) dan Teddy diperkenalkan pada Momonoji-tachi oleh Owner.

Okeh berbalik pada fokus entry kali nih, Cho Den-O Trilogy nih terdiri lak daripada 3 plot yang memasing ditandakan dengan warna traffic light kat jepun. Episode Red, Episode Blue dan Episode Yellow. And dalam semua siri Cho Den-O (termasuk Onigashima ngan Let's Go tuh), watak Ryoutarou bukan lagi dipegang oleh Takeru Seto. Kali nih Takuya Mizoguchi yang pegang watak tuh sebagai Ryoutarou yang badannya kembali ke zaman remaja memuda sket. Windunyer kat Takeru Seto (TAT) tapi takperla. Takuya tuh cam ble tahan gak lakonan dia.

Meh kita kupaskan secara ringkas setiap episode dalam Cho Den-O Trilogy! (^O^)

Episode RED. Fokus eppy nih lebih kepada Sakurai Yuuto dan hubungannya yang kompleks dengan Nogami Airi (kakak Ryoutarou). Ye laaa... Yuuto tuh tunang Airi. Tapi masalahnya Airi bertunang ngan Yuuto yang dewasa. Bukan Yuuto yang sebaya dengan adik dia xD So, Yuuto cam berusaha untuk sambungkan perasaan Airi tuh kat "Yuuto" tak kirala Yuuto muda ke Yuuto dewasa ke... tapi susah sebab Airi dah anggap Yuuto muda dan Yuuto dewasa dua orang berlainan.

Lagipun Airi memang cintakan Yuuto dewasa sorang tuh jek. Deneb pun sedey tengok Yuuto cam dalam dilema camtuh (TAT) Sampai ke akhir, kita masih tak jelas perasaan Airi terhadap Yuuto muda. Sebab Yuuto dewasa dah tak wujud dah pun disebabkan kehadiran Yuuto muda tuh. Tapi Ryoutarou cam yakin suatu hari nanti, Airi pasti akan terbuka hati dia untuk Yuuto muda. Uhuhuhu... jiwang... jiwang...

Episode BLUE. Fokus eppy nih pada hubungan unik Koutarou dan Teddy. Koutarou ditakdirkan mempunyai nasib yang malang giler macam datuk dia xDDD~ Tapi dia bernasib baik sebab ada Teddy yang selalu melindungi dia daripada bahaya. Sehinggalah suatu hari, Owner membuat pengumuman mengejutkan. Kontrak Teddy dengan Koutarou dimansuhkan! Teddy kini milik Owner! Dan nama Teddy bukan lagi Teddy mahupun Tendon tetapi... Alexanderovich! xP

Masa tula Koutarou mula sedar, dia terlalu bergantung pada Teddy yang selalu melindunginya daripada bahaya. Sejak Teddy dah jadi milik Owner, dia asyik bernasib malang jek xD Mulanyer Koutarou frust gak tapi last-last dia sedar, dia kena bergantung pada diri sendiri gak. Masa dah hampir nyenyawa ikan lawan Imagin Mantis, Teddy tetiba muncul kata seperti mana Teddy penting untuk Koutarou, Koutarou pun penting untuk Teddy. Wahhhh... persahabatan yang mengharukan xDDD

Diaorang berjuang bersama dan dapat kalahkan Imagin Mantis tuh. Tapi Teddy dah langgar kontrak dia ngan Owner sebab pergi berjuang bersama Koutarou. So dia mula fade away from existence. Sebelum bertukar jadi pasir selamanya, dia sempat serahkan tangkal untuk elakkan nasib buruk kat Koutarou. Huhuhuhu.... sedey scene tuh. Koutarou nangis sambil sempat kutuk si Teddy tuh baka sebab yang tangkal dia bagi tuh love charm xDDD~ Huuuu... adakah Teddy dah pergi untuk selamanya? Kenala tengok untuk tau xP

Episode YELLOW. Fokus pasal Diend. Hurmmm... apsal Yellow lak ekk? Diend kan biru? (O_o) Owhhh... mungkin yellow tuh merujuk pada warna emas treasures kot xD Diend kan pemburu/pencuri harta karun xD Pape hal pun dalam eppy nih mengisahkan Diend mencuri pass Denliner Ryoutarou untuk hijack DenLiner supaya dapat kembali ke satu masa nih yang cam penting giler untuk dia "re-do kesalahan" yang dia terbuat masa tuh.

Dalam eppy nih gak diperkenalkan watak G Den-O, polis masa. Bila henshin, keta polis kat kepala terbelah dua untuk jadi mata xDDD~ Defense G Den-O kuat gaks and dianyer attack cam kerek jek xD Perfect Weapon. Ecehcehhh xDDD Owh... tak lupa gak, kita dapat saksikan Diend nyer complete form. Kalau korang dah tengok cane *cough* buruksnyerghhh *cough* Decade nyer, bersediala dengan baldi di sisi bila tengok Diend punyer. Adusss... (TAT)

Oraits. Dah habis review pasal siri nih. Kalau rajin Koro letak gambar yang Koro google wakakaka... xDDD~



0 rantbacks:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...