Selasa, Mac 15, 2011

Entry Edisi Kamen Rider : Kamen Rider Den-O


[ Momotaros ~ Den-O Sword Form ~ Nogami Ryotaro ]


[.] Nama siri: Kamen Rider Den-O
[.] Kamen Rider utama: Kamen Rider Den-O
[.] Kamen Rider lain: Kamen Rider Zeronos
[.] Organisasi/Makhluk antagonis: Imagin
[.] Tema: Time travel
[.] Kenderaan utama: Keretapi Denliner dan Zeroliner
[.] Cara henshin: Swipe kad kat belt dan tekan bebutang kaler tertentu untuk mendapatkan kuasa imagin tertentu
[.] Etc: Siri Kamen Rider yang paling kelakar!!!

[.] Review siri/synopsis/summary:

Okay, untuk permulaan, Koro nak cerita pasal KR D-O nih. Siri nih berkisarkan time travelling di mana keretapi Denliner (dan Zeroliner) menjadi kenderaan utama yang membolehkan watak-watak utama pergi ke masa depan atau masa lampau. Watak utama (dipegang oleh Sato Takeru) ialah Nogami Ryotaro. Dia ni jenis lurus bendul dan malang tak hingat. Kira bad luck habis la. Tetapi dia mempunyai keistimewaan sebagai singularity point, iaitu orang yang tak terpengaruh dengan perubahan masa (kira kalau ada orang ubah masa lampau untuk jadikan future yang lain, takde efek kat dia pun). Dan pasal speciality ini la dia ditakdirkan untuk menjadi Den-O.

Masa pertukaran first time kepada Den-O memang kelakar xD Sebab Ryotaro mana reti lawan and tak penah berlawan so dia dok lelari jela walaupun Hana (heroin utama) dok suruh dia lawan. Kira cam realistik la jalan citer. Sebab kengkadang kalau citer lain, bila henshin jek, tetiba jek reti berlawan padahal tak penah ada training ke apa ke. So bagi Koro, KR D-O la sesatunyer siri yang paling dekat ngan realiti.

Anyway, tambah memeriahkan siri nih adalah karenah 4 watak imagin utama iaitu Momotaros (merah), Urataros (biru), Kintaros (kuning) dan Ryuutaros (ungu). Sekali-sekala diselitkan dengan Sieg (putih). Memasing ada perangai tersendiri. Momotaros paling kelakar, bebodo sket dan suka berlawan. Seringkali ditumbuk Hana. Urataros jenis flirty. Kintaros suka beradu kekuatan ala-ala ahli sumo atau judo dan merupakan imagin yang paling blur antara diaorang semua. Ryuutaros imagin muda so perangai dia cam kekanak ribena sket, suka menari dan buat kacau. Sieg mengganggap dirinya seorang putera so keangkuhannya jangan cakap la. Diaorang ni 'duduk dalam badan Ryotaro' jika Ryotaro di masa semasa (present) dan akan muncul sebagai diri sendiri dalam Denliner. Biasanya, sorang cuma boleh 'dirasuk' sekor imagin jek tapi Ryotaro ada keupayaan untuk memuatkan keempat-empat imagin tuh. So bila Ryotaro 'dirasuk' Momotaros, Momotaros akan mengambil alih personaliti Ryotaro dan bila ni berlaku, akan digambarkan dengan penukaran personaliti, suara dan gaya rambut. Macam tu gak keadaannya bila 'dirasuk' Kintaros, Ryuutaros dan Urataros.

Juga terdapat watak kamen rider 'tambahan' iaitu Kamen Rider Zeronos dan imagin nya Deneb. DENEB ADALAH IMAGIN PALING KELAKAR DAN BENGAP xD Kesetiaannya pada Sakurai Yuuto (Zeronos) memang tinggi amat. Mulanya Zeronos dan Deneb bergerak solo menghapuskan Imagin yang membuat kekacauan tapi di pertengahan siri, Yuuto mula selesa berkawan dengan Ryotaro dan imagin-imagin nya walaupun dia tak mo ngaku dan seringkali tampil 'menghulurkan bantuan' xD Cuma Yuuto nih ada history sket yang agak kompleks xD Kena tengok dulu untuk tahu hehehe...

Pendek kata, bagi Koro, KR D-O memang ceria dan kelakar. Kalau search kat youtube, boleh tengok pelbagai aksi kelakar. Den-O juga ada featured dalam siri Kamen Rider Decade dan merupakan satu-satunya KR undangan dalam KR DCD yang boleh bercakap xD Semuanya disebabkan Momotaros xP Owh dan masa Decade cuba menggunakan kuasa Den-O, memang satu babak yang kelakar xD Pape hal pun, layan aaa Den-O dan ketepikan kenapa ada sesetengah memende mengarut dalam citer nih hahaha xD

0 rantbacks:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...