Dari depan, counter clock-wise : Ryuugamine Mikado, Sonohara Anri, Heiwajima Shizuo, Orihara Izaya, Kishitani Shinra dan Kida Masaomi
Durarara! (^O^)
Haha sowie~ xD Tengah sebok layan anime Durarara sekarang ni so perkataan tu sokmo terasa nak sebut tak pasal-pasal xP Anyway, anime DRRR tuh shounen themed ~ menepati citarasa kewwww xDDD Koro memula nak cari anime Hakouki: Shinsengumi Kitan kat Metropoint tapi tak jadi lak sebab nampak DRRR nih wakakaka... takper. Yang Hakouki tuh tangguh dulu. Koro tetap akan beli nanti! (^O^) Koro sker ceciter berkaitan Shinsengumi tapi wat masa sekarang, Koro nak habiskan layan DRRR dulu xP (Cettt... Gintama pun tak habis layan lagi hahaha xD).
So, sesape nak layan DRRR ni, kena fokus betul-betul sebab plot citer mostly berdasarkan narative setiap watak. Kira cam point of view diaorang la yang mana setiap penceritaan diaorang tuh saling berkait. Citer ni berdasarkan manga. Nanti nak try cari and baca la xD
Tak sure sape watak utama sebab setiap watak cam diberi exposure yang sama rasanya. Mungkin geng Dotachin tuh kurang sket la bagi spotlight tapi at least diaorang tetap muncul sekali-sekala walaupun sekejap xD
Dah kata anime kan so ada gak la mende ngarut dalam citer nih xD Celty Sturluson, heroin utama juga se-... seorang? ...seekor? Entahla xD Yang pastinya, dia sejenis
Dullahan. Dullahan ni kira salah satu spesies Faerie yang ala-ala grim reaper gak la. Terkenal kat Ireland sebagai pencabut nyawa. Memalam naik keta kuda and umah sesape dia singgah, orang tula yang mati. Owh lupa nak cakap. Dullahan takde kepala xD Entah kenapa, Dullahan lebih suka bawak kepala dia merata daripada cari cara untuk gamkan kepala dia balik ke badan xP
Untuk kasi lebih horror, kalau ada sesape tak sengaja ternampak Dullahan lalu (kira cam terbukak pintu umah masa Dullahan lalu), Dullahan tuh akan patah balik dan simbahkan satu baldi ke tong berisi darah manusia. Kira cam penanda orang tuh yang bakal mati lepas tu. Owh ruginyer darah tuh (T^T) Kalau derma kat spital dah boleh selamatkan banyak nyawa xP
So, apa pulak Dullahan bernama Celty ni buat kat Jepun? Ikebukuro lak tuh. Sebabnya, kepala dia dah kena curi la pulak xD Dan dia dapat rasa kepala dia berada di Jepun. Untuk itu, dia terpaksala pergi ke Jepun untuk mendapatkan kepala dia balik. Tapi macamana nak bawak kuda dia ke Jepun gak? Hahaha... Dullahan advance xP Kuda dia posses (rasuk yer harap maklum) sebijik moto buruk. Maka lahirlah satu Dullahan kelas gitewww ~ minah moto! (^O^) Tapi minah moto nih bawak scythe yang panjang. Hati-hati yer xD
Gempaks tak? xD Efek shadow tuh memang menarik amat (^O^)
Setakat nih, watak yang Koro sker dalam citer ni si Celty tuh ngan si Shizuo (sila rujuk gambar pertama ekkk xD). Shizuo nih pakai baju bartender jek manjang ada la sebabnya. Takkan nak bagitau kan? Kena la tengok sendiri xD Cover cd yang Koro beli tunjuk pose Shizuo dan Izaya bersama tapi sepanjang Koro tengok citer tuh, rasa cam makin nyampah giler kat Izaya wakakaka... xD Kemunculan awal dia cam macho tapi lelama cam psycho (-__-) Tapi nama dia cambest. Orihara Izaya xDDDD
So berbalik pada citer tadi, si Celty tuh akhirnya sampai la kat jepun tapi tak dapat jumpa gak kepala dia. Jadi la plot citer ni bercabang sket. Cam kes Mikado (rujuk gambar pertama tadi gak xD), dia dah bosan hidup secara biasa-biasa. Dia datang ke Ikebukuro untuk mencari kelainan. Dalam satu insiden, diaorang bertemu dan persoalan demi persoalan dalam citer nih mula terungkai sedikit demi sedikit. Kira kalau citer ni tayang kat tv dan korang termiss satu episod... habisla! xD Sah susah nak faham punya xD
Okayla. Nanti dah habis layan, Koro sambung citer lagi pasal nih.
Durarara! (^O^)