Isnin, Jun 28, 2010
Kalah lalalala~
Hadoila.
Paling tak tahan commentator match masa Italy main tuh sempat lak kutuk diaorang haha. Kata "from world cup heroes, into world cup zeroes." Adusss... xD Nih mesti Zidane jampi guna kepala dia =P
Apa boleh buat. Tu antara kejutan-kejutan yang berlaku dalam world cup tahun nih. Koro tak sempat tengok sangat sebab timing tak berapa kena. Lagipun takde tv yang ada astro =P Owh menyentuh tentang mende ni... Koro rasa TV1 (ngan TV2) tuh baik tukar slogan dia jela. Konon stesen penyiar rasmi World Cup tahun nih ... (-__-) ... No comment.
Siarkan perlawanan terpilih jek watpe? Pastu perlawanan lain, siarkan siaran tertunda lak. Apa kes?! Orang kalau boleh nak tengok match live, bukan match basi, okay? Kira tak umph la tengok siaran tertunda. Tapi mungkin korang rasa "takpela delay pun, at least ada siarkan gak daripada tak siarkan langsung". Hadoila.
Matches keseluruhan ada 64 rasanya. Nape takmo siarkan semua? World Cup kan 4 tahun sekali jek? Huhuhu...
Sian bagi sesape yang takde Astro Arena. Kena tengok match yang TV1 pilihkan untuk diaorang lak. Tak bes owh faham dak? Pastu match yang kira agak menarik untuk ditonton cam Brazil vs Portugal... mana owh?! Kalau tak silap Koro, diaorang siarkan match Argentina lak.
TV1 ngan TV2 kena improve performance. Bukan untuk bersaing dengan tv swasta. Tapi at least untuk tunjuk stesen tv kerajaan pun boleh jadi power gaks cam stesen tv swasta.
Owh... dan kalau boleh, komentator masa siaran bola tu, pepandai la sebut nama pemain dengan betul ekk =D
Sabtu, Jun 26, 2010
Selasa, Jun 22, 2010
Login Facebook Hari-hari Dapat Duit? (O_o)
Meh.
Bila Koro nampak je 'tagline' camtuh, Koro terus jadi skeptikal. Meluat pun ada haha. Bukannya apa. Koro cukup tak sker kalau ada yang menyelewengkan ayat semata-mata nak pancing prospek untuk skim MLM diaorang.
Koro tak paham. Kenapa nak kena tipu? Kenapa nak kaitkan Facebook dalam promosi korang? Kalau login Facebook hari-hari dapat duit camtuh je, Koro dah lama berenang dalam lautan wang.
Antara contoh MLM yang guna taktik hampes seperti di atas adalah seperti penggiat tegar Infinity Downline dan geng-geng RM20 Segera. Ada lagi tapi Koro malas mau siasat. Cukup la dengan dua contoh tuh je.
Diaorang suka benar letak status cam "Hari ni login Facebook, dapat RM100!" ... "Masyuk giler! Login Facebook dapat RM400!" ... "Tak sangka, online Facebook je dapat RM500!" ... "Buat duit dengan Facebook memang masyuk!" ... dan memacam lagila. Pastu nak kasi lebih umphhh letak gambar tunjuk diaorang pegang duit. Tak pun tunjuk statement bank account. Pastu siap hitamkan nombor akaun takut kena rompak. Kekeke... tapi kalau kena rompak pun, korang still boleh jana balik duit tuh 'melalui Facebook korang' kan? =P
Okay berbalik kepada isu nih, Koro hari ni rasa cam nak try berdebat dengan salah sorang penggiat tegar mende nih. Koro fokuskan kat skim/program Inifinity Downline ek. Koro dah lama perati. Wakaka... kira cam siasat dalam diam la. Tulaa... sape suruh memandai je add Koro? Kan dah kena. Kekeke...
Siasatan Koro bermula bila Koro sesaja jenguk group yang dia buat. Koro baca setiap komen/testimoni orang lain. Sampai klik kat Older Posts gitu. Wakaka... Ada yang reragu. Ada yang teringin nak tahu caranya.
Pastu Koro sesaja mesej dia tunjuk minat untuk join. Kat sini Koro dah musykil. Ramai post dalam group atau pun wall dia bertanyakan kaedah menjana wang dia tuh tapi dia asyik dok reply "sila mesej saya" ... "sila pm saya" ... "kita discuss di inbox" ... cam la rahsia besar sangat sampai takleh nak buat public discussion.
Bila dapat reply, dia bagi link ke infinity downline dia. Suruh baca arahan kat site tu and then daftar. Untuk pengetahun bagi sesape yang tak tau, setiap link macam tuh akan ada nama 'penaja' (upline) kat hujung so kalau korang klik link tuh and daftar, secara auto korang akan jadi downline dia gitu jek. Takde pilihan.
Koro biasanya akan pegi ke link tuh dengan memadam nama penaja kat hujung. Tapi kengkadang tak jadi gak. Hahaha. Tah cane, ada gak program yang leh detect korang klik kat link penaja mana. Tapi untuk kes kali ni, Koro klik je link yang dia bagi.
Tetiba dari Facebook, Koro dibawa ke site Infinity Downline (ID). Apa kes? (O_o) Kata login facebook dapat duit, ni pehal lak pegi site ID nih?! Mana kaitannya dengan facebook? Kecewa hati kewwww... Tambah berduka lara bila ada pulak syarat nak join mende tuh kena kuar modal sket.
RM100 sket ka? (-___-)
Mungkin bagi orang lain sket tapi bagi Koro, besar gak modal tuh. Dahla nak bagi RM100 ke orang yang tak dikenali. Pastu kata dapat memenda cam ebook la video la online tutorial la... yang rasanya takde guna pun sebab Koro tengok, lepas dah daftar, diaorang bukan sibuk nak jual memende tuh tapi sibuk nak carik orang lain untuk daftar under diaorang. Lagipun, ebook skang kalau pandai cari ada yang leh dapat for free lalalala~
Dan Koro pun mula menggunakan google untuk melihat feedback orang lain tentang mende nih. Ada feedback positif, ada yang negatif. Ada yang atas pagar. Tapi personally, Koro sebenarnya tak kisah pasal skim MLM tuh. Cuma Koro kisahkan ayat-ayat pancing diaorang yang mengaitkan Facebook.
Dan tak sangka Koro mengambil tindakan drastik dengan menulis komen kat salah satu gambar penggiat tegar ID tuh =D
Sila klik untuk baca xD
Tak sangka lak dapat respon. Ingat tadi si owner gambar tuh nak delete komen Koro kekeke... So sempat la berdebat jap tentang isu nih. Kalau dia delete komen Koro pun, Koro dah ada screengrab komen-komen tuh so bebila masa jek boleh dipaparkan semula memana hihihi...
Koro rasa bagus gak berdebat nih. Sebab Koro nak dia terangkan dua mende jek. Nape kena bagitau info secara private message? Kenapa takleh terangkan cecaranya secara public... kat wall dia ke... kat dalam notes ke... dalam group ke... Dua. Nape nak kaitkan nama Facebook? Sedangkan bukan Facebook yang bagi duit. Bukan dengan cara login Facebook hehari yang membolehkan diaorang dapat duit. Ni kira dah bagi info yang salah ni a.k.a menipu.
Kenapa tak telus kata join program ID untuk jana wang menjadi jutawan? Kenapa tak promote terus ID link tuh tanpa menggunakan ayat 'login facebook'? Kenapa tak kata facebook tuh cuma sebagai medium mencari prospek menjadi downline ID?
Koro rasa tak salah kalau dia dan penggiat tegar yang lain nak gunakan Facebook sebagai medium mengiklankan link ID memasing tapi biar la dengan cara yang jelas dan tak mengelirukan orang. Hentikanla kekata "login Facebook dapat duit" kerana sesungguhnya mende tuh tak berlaku sama sekali.
Dx
Antara komen orang lain pasal isu nih =D
Taktik Kotor
Usaha Tangga Kejayaan
Kurang Etika
Koro mintak maaf kalau ada yang terasa =D Mungkin diaorang kata lu pehal kacau periuk nasi kitaorang. Haha. Tak kisahla. Yang penting, Koro dah sampaikan pendapat Koro tentang mende nih. Ingat ek. Koro bukannya anti skim ID korang. Cuma Koro terkilan sket dengan cara promosi korang.
Papehal pun, untuk sesape berminat nak join ID, bacala dulu and pepandai la pilih pakej idaman korang =D
Dan ada lagi info lebih lanjut di sini.
Ahad, Jun 13, 2010
Seri seri menang! xD
Laporan basi:
Jumaat, Jun 11, 2010
Demam Bola Bermula! (^O^)
First off... Koro ter-miss opening World Cup tahun nih! Huwaaaaa! (TOT) Agak-agak ada rerun tak kat mana-mana? Kena gi skodeng Youtube la camnih. Huhuhu...
Second-nya... Koro screengrab pencarian schedule world cup dari Google xD Cambest gak guna add-on screengrab untuk firefox nih. Highlight, pastu dia save cam imej biasa jek dalam My Pictures. Best best... xD Tak perlu guna cara old skool dengan tekan printscreen kat keyboard and then kena crop pulak buang memana tak berkenaan. Muhaha! I like! xD
Third... menurut pencarian Google tadi, match pertama adalah team-team dari Group A. Dan ofkos, Africa sebagai tuan rumah diberi penghormatan untuk kick start match pertama. Lawan diaorang Mexico. Sebutan negara ni meks-see-ko ke meh-hee-ko? Pape jelah xD
Koro tahun ni nak sokong Italy (cam biasa ahahaha) dengan Spain la kot. Third team mungkin England alang-alang Gerrard mungkin ganti Terry sebagai kapten.
Kat pasar malam aritu ada sorang makcik nih jual magnet bendera semua negara yang masuk world cup tahun nih. Cam menarik gak nak beli. Malangnyer takde duit wakaka... kalau tak, dah lama borong. Tapi makcik tu pun cam kreatif gak. Jual magnet camtuh masa musim world cup. For sure punya akan ada orang beli untuk tunjuk sokongan kat negara pilihan memasing. Way to go, makcik! (^O^)v
Rabu, Jun 02, 2010
Tak sukanyerghhhh (=.=)
Koro tak suka bila...
[1]
orang tak sempat pun kuar lagi dari koc komuter tapi yang dok menunggu kat stesen dah meluru masuk. Pastu siap memarah kalau yang nak kuar tuh terlanggar diaorang. Weihhh... korang yang takde kesedaran sivik dan etika tuh sape suruh?!
[2]
ada orang suka diri dedekat pintu koc komuter padahal stesen diaorang nak turun tuh jauh giler lagi. Bagi la orang yang nak turun stesen terdekat dok situ. Yang korang tuh gi la masuk dedalam sket. Hadoi...
[3]
ada orang suka bersandar kat tiang dalam komuter cam tiang tuh dia sorang jek yang punya. Weih... orang lain pun ada syer yang sama sebab diaorang pun baya tiket gak cam ko. Hampes!
[4]
dah dengar announcement pasal koc tengah khas untuk wanita, dah ada sticker koc wanita tampal kat cermin ... tapi lelaki-lelaki bangang tetap masuk koc tuh. Bengong!
Hangin nih! Hangin! Dx
Grrr... rasa cam nak gigit jek sekor-sekor.
Rawrrrr!~!! Dx
Selasa, Jun 01, 2010
Masa umur 10 tahun Koro masih ulat buku hahaha...
Cecilia Cassini pereka fesyen umo 10 tahun jek!
Dia minat jahit sejak baby (tapi rasanya time dia 3 tahun la kot baru nampak minat dia sebab masa tuh dah kira toddler dan dah boleh kuarkan pendapat sendiri).
Kira dia diberi kebebasan memain ngan benang, gunting dan kain pada usia yang muda.
Pastu masa umo 6 tahun, famili dia hadiahkan mesin jahit.
Dan sejak daripada tuh, dia mula aktif menjahit pakaian rekaan dia.
Wah... bebudak zaman sekarang makin terer (O.O)