Mari kita belajar bahasa!
Kali ini kita menyentuh topik perbezaan antara perkataan menganugerahi dengan perkataan menganugerahkan.
Apa bezanya ekk?
Cuba lihat ayat di bawah:
Pengetua menganugerahkan Cikgu Faridah Piala Guru Cemerlang di atas kecemerlangannya sebagai seorang pendidik.
Betul tak ayat tu? Nampak macam betul, kan? Tetapi sebenarnya ayat di atas itu salah! Kenapa, ya? Kerana sepatutnya perkataan yang digunakan adalah menganugerahi!
Kita lihat ayat yang betul:
Pengetua menganugerahi Cikgu Faridah Piala Guru Cemerlang di atas kecemerlangannya sebagai seorang pendidik.
Yay! Ayat dah betul! Tetapi kenapa kalau guna menganugerahkan salah ekk?
Menganugerahi membawa maksud memberi seseorang sesuatu.
Menganugerahkan membawa maksud memberi sesuatu kepada seseorang.
Yay! Sudah tahu akan perbezaaannya? Baguslah!
Jadi kalau perkataan menganugerahkan hendak digunakan dalam ayat yang sama:
Pengetua menganugerahkan Piala Guru Cemerlang kepada Cikgu Faridah di atas kecemerlangannya sebagai seorang pendidik.
Sudah jelas?
Kelas tamat. KRINGGG!!!
------
Uhhh… susah giler nak taip dalam bm formal ekekeke~ tapi tulaaa… selama ni main tibai je mende alah ayat camtuh. Rupanya ada perbezaan yang ketara giler. Hohoho… lepas nih kena lebih berhati-hati buat ayat! XD
Isnin, Mei 11, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 rantbacks:
(-,- )
apsal tetba buat post entry pasal bljr bm ni? O_o
plek2.. ((-,-))
alah... alang-alang edit question bank untuk bm.
huahahaha~ xD
Owh..now i know..
Bagus contoh yg cikgu bagi. Tolong lar bukak kelas mlm bahasa melayu. laju2 sy daftarkan diri.^^
Waaa thank you!!!membantuuu sangattt,cara cikgu terangkan bestt fahammm><<333333ᕙ( • ‿ • )ᕗ
Periksa nak dekat,baru nak study "-"
Catat Ulasan