Rabu, Februari 11, 2009

melodic moments


Hari tu sempat layan anime Nodame Cantabile kat Animax. Sebelum nih pernah tengok beberapa episode citer nih (secara donlot hehehe...) and memula cam skeptikal gakla sebab nak layan anime yang berkisarkan classical music. Klasik-klasik nih kurang minat sketlaaa... Sebab tuh cam bila kawan offer file donlot anime tuh, saya cam keberatan nak save kat pc haha.

Tapi bila try layan, cam best gak. Lawak memang lawak giler xD Terlekat lak beberapa hari pastuh dengan expression Nodame masa dia sebut "gyabon!" dengan "mukyaaa!" xD And paling best scene Chiaki bersihkan apartment Nodame tanpa sedar xD

Tapi tengok sampai eppy 5 jelah. Pastuh dah takde sumber sebab kawan yang supply anime tuh resign la plak xP Sampaila beberapa bulan pastuh, tersangkut lak kat tajuk satu drama masa tengah browse beberapa titles kat kedai jual cd/dvd. No... Da... Me... eh macam pernah ku dengar tajuk nih. Oh yaaa!!! Anime tuh!

Terus terasa nak sambar xD Tapi tak ingat lak sape yang sambarkan. Saya ataupun si Kuro (aka Tensai_7) masa tuh tapi lantakla sesape pun. Yang penting, vcd citer tuh dah ada dalam genggaman untuk ditonton xD

Puas hati gakla. Pemilihan pelakon untuk NC tuh memang kena. Hiroshi Tamaki memang sesuai bawak watak Chiaki Shinichi. Juri Ueno memang secomel Nodame xD Paling best ekspresi diaorang ^__^

Takde mood nak citer panjang lebar tentang drama nih but satu yang pasti, bila dah layan episod pertama, terasa nak layan gak episod seterusnya walaupun tak paham satu mende pun tentang skor muzik yang diaorang dok main xD Tapi at least pas habis tengok satu drama tuh, ada la dapat ilmu sket pasal lelagu beethoven laa... mozart laa... huahaha... siap terlekat lak lagu opening ngan lagu-lagu orkestra yang dimainkan dalam drama tuh kat kepala otak buat beberapa minggu xD

Dan pastinya gak, korang akan terasa cukup nyampah giler dengan satu watak dalam drama tuh. Err... mungkin lebih dari satu kot hahaha... xD Bersedialah mengadap muka Strezemann dengan Masumi xP

Dan lepas layan drama tuh, sila layan gak episod spesel dia yang menampilkan Eiji Wentz sebagai kawan Nodame masa belajar kat Perancis. Kira episod spesel nih meng-kompem-kan lagi relationship antara Nodame dengan Chiaki ^___^

Dah habis layan drama dengan anime, jangan lupa sambar manga dia plak xD Sebab tak semestinya adaptasi drama tuh ikut sebijik cam dalam manga. Okeh? Okeh?

0 rantbacks:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...