Khamis, November 06, 2008

Fluffness and Facebookies!

Huahaha... giler gabak butang undian untuk Sakito kat bawah nu haa... xD Malas nak resizenyer pasal =P Anyway, bagi yang tertanya-tanya, fluffpet merupakan salah satu aplikasi feymes dalam facebook. Ada pelbagai menatang yang boleh dijadikan pet, dan tentunya saya memilih kekura! Ho yeah! xD Dan dinamakan sebagai Sakito sempena si Sakito Nightmare tuh. Bangga dak, Saki-kun? x3~

Fluffpet kita leh berlumba ... habitat dia boleh ditambah dekorasi ikut kekreativitian memasing (para owner la) ... dan setiap kali pet kita dibelai atau petted, kita akan dapat munny. Munny nih boleh digunakan untuk beli makanan dia, dekorasi dia... memacam arr! Untuk item edisi khas, kena guna gold. Nak dapatkan gold nih leceh sket sebab guna duit sebenar ... -___- Dalam erti kata lain, bersedialah untuk membuka akaun paypal xD Disebabkan itu, Sakito saya cuma ada item asas je hahaha... xD Malas arr nak bazir duit betul main mende alah nih.

Itu antara aktiviti saya dedolu kat facebook ^__^ Skang? Owh... skang lagi extreme! Semenjak ada pakej Blood games nih, hari-hari bukak setiap satu application, main sampai stamina habis. Err... bukan stamina saya secara real life tapi stamina 'pemain' dalam application tuh xD Tak paham? Haaa... tulah. Tak main, camne nak paham =P

Siap favourite-kan lagi spreadsheet yang ada guide untuk semua Blood apps tuh xD Jadi, sesape yang sangkut giler main Elven Blood / Blood Lust / City of Blood / Skies of Blood === sila-sila la add saya ekk! xD Tambah plak skang nih ada item khas untuk sesapa yang ada geng teramai T___T Cett... Sib baik awal-awal dulu saya dah kumpul banyak giler geng. Huahaha xD Ada dalam 400 orang gitewwww... dasat tak? xD Skang Blood apps nih dah boleh dimainkan kat Myspace. Tapi malas arr nak main kat situ. Myspace tak syiokkk!! Fwenster pun sama xD

Selain giler ngan Blood apps, saya ada gak main PackRat. Aplikasi swap kad antara geng-geng Packratters yang lain untuk lengkapkan koleksi kad memasing. Syiok giler weih. Skang dah ada versi baru and cara main lain sket. Memula tak biasa tapi lelama cam dah okesh dah xD Tapi tensen arr bila kad yang dikehendaki kengkadang tak muncul-muncul ... T^T ... terpaksa tumpukan untuk lengkapkan koleksi lain. Dan seperti application lain, sesape yang sanggup guna real cash, pasti senang untuk dapatkan kad edisi khas xD

Pendek kata, saya kira kaki facebook applications sejati la kot. Huahahah xD Semua saya try main. Mob Wars la... Dungeon and Dragons la... Pirates la... Mouse Hunt la... Fool's Gold la... Metropolis la... huhuhuh... tak terkira banyaknya xD Tapi yang saya bookmark cuma Blood apps, PackRat, City of Evil, D&D, Fluffpet, Metropolis dan Fool's Gold xD Yang lelain main sekali-sekala bila ada mood xD

Jadi marilah beramai-ramai bukak akaun facebook dan kita jumpa di sana! =P

0 rantbacks:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...