Jumaat, Ogos 03, 2007

Ice lemon tea takderk...


Heee... memang lama giler tak update! Gomen nasai! m(_ _)m

Untuk entry kali ni, nak paparkan satu adegan realiti yang terjadi bebaru ni kat saya. Masa tu saya pergi Alamanda Putrajaya dengan adik-adik. 29 Julai kalau tak silap. Pergi pun sebab nak beli hadiah birthday otouto-chan. Langsung terlupa birthday dia 28 Julai!!! Patutla dia balik bercuti weekend hehehehe...

Anywayz, nak dijadikan cerita, kitaorang singgah makan kat food court. Saya pun pergilah kaunter nak beli air. Kuro-chan pesan ice lemon tea cam biasa. Minuman favourite dia. Maka terjadilah dialog seperti di bawah :

Koro : Emm... oren satu, ice lemon tea dua!

Kaunter : Aaa... ice lemon tea takderk hari ni. Sorry ekk. Ah! Tapi teh o ais limau ada!

Koro : (dalam hati) Apa beza teh o ais limau dengan ice lemon tea? O_o Bahasa?!

Koro : Uhhh... bolehlaaa. Kasi dua ekk...

Kaunter : Wokeh! Yang tadi tu oren jus ke fresh oren?

Koro : Aaa... oren biasa jelah.

Koro : (dalam hati) Ice lemon tea... kalau translate ke BM memang jadi teh o ais limau kan? o_O

Kaunter : Okeh semua skali 5 ringgit!

Koro : Huh? Ohhh.. okeh.

Last-last baru dapat tau. Diaorang punyer teh o ais limau tu adalah teh o ais yang dicampurkan lemon. Manakala ice lemon tea tu adalah ice lemon tea Nestle mahupun Lipton yang biasanya dijumpai dalam tin, botol mahupun 3 in 1. Hey, apa daaaaaaaaaaa..... T________T

So sekarang kena pulak specify. Nak ice lemon tea ka? Atau nak teh o ais limau ka? Kerana kedua-duanya ditakrifkan sebagai minuman yang berbeza... O__________________O

Tapi bukan ker teh o ais limau guna buah limau? T_______________T

8 rantbacks:

Butaseni@Wan Raja berkata...

rasanya ice lemon tea ada hirisan limau kot(nampak exclusive),teh o ais limau dalam gelas bodo je kot hhehehehehe

Unknown berkata...

Hahaha.. Teh O Ais Limau pun ada banyak.. sebab limau pun banayak jenis. Ada limau mandarin, limau madu, limau kasturi, limau nipis, limau bali, limau.. limau.. limau apa lagi ek?

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

Neeh, teh O ais limau pakai limau nipis atau limau kasturi.

ice lemon tea pakai lemon yg besar warna kuning tu kot..

oohohohooh

jus oren tu pakai pati oren,
fresh orange ambil dari buah yg diperah

wakkakaakka

p/s-> koro jadi editor restoran plak loor pasni. uhuhuhuuh

Lil Tiger berkata...

LOL.
nice story.
Teh o ais limau is so hard to pronounce..
i drink ice lemon tea omos everyday at skul.

=)

k o r o m y s t berkata...

@butaseni-san>
Tulah. Rasanya camtu. Tapi air yang dapat tu sama jer rupanya dengan teh o ais limau. 'Cawan bodo' xD Cuma rasa jelah lain. Boleh beza rasa antara lemon dengan limau xD

@Oro-san>
Aiyaaa... lepas ni kena la spesifik kan air teh o ais limau tu ekk? >_< Penat pulak nak sebut "kasi teh o ais limau mandarin satu!" xDDD

@puteh>
Kalau kat hotel memang camtu kan? Tapi tapi... dulu bila pesan ice lemon tea, dapat jer teh o ais limau >_< Siap dengan bijik-bijik limau sekali. Bila masa pulak diaorang tukar konsep ekk? Huhuhu..

@nana-chan>
Hahaha... yeah!! Totally susah nak sebut! It's like very tiring and ice lemon tea is the shortest and quickest form to pronounce. Tapi dengan keadaan macam ni, nampak gaya kena sebut dalam bm la kalau teringin nak minum 'ice lemon tea buah limau' xDDD Tak pun 'ais lemon teh o' hahaha... xD

Orang Biasa berkata...

aku penah mintak teh ais limau. dan si pembikin air yg sengal itu membuat teh ais (air teh+susu+ais)dan dibubuhnya limau! wekkk! tertinggal hurup 'O' bule jadi hal! teh "OOOO" ais limau adalah pronaunsyesen yg betul..

tegezoot berkata...

limau takpe jangan rimau dah!

k o r o m y s t berkata...

@Totoro-san>
Eek! O___O Sedap kah air itew? >o<

@Tegezoot-san>
Waaa... lama tak nampak! ^_^
Rasanya rimau pun tak muat gelas tu... -_-||

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...