
Heee... memang lama giler tak update! Gomen nasai! m(_ _)m
Untuk entry kali ni, nak paparkan satu adegan realiti yang terjadi bebaru ni kat saya. Masa tu saya pergi Alamanda Putrajaya dengan adik-adik. 29 Julai kalau tak silap. Pergi pun sebab nak beli hadiah birthday otouto-chan. Langsung terlupa birthday dia 28 Julai!!! Patutla dia balik bercuti weekend hehehehe...
Anywayz, nak dijadikan cerita, kitaorang singgah makan kat food court. Saya pun pergilah kaunter nak beli air. Kuro-chan pesan ice lemon tea cam biasa. Minuman favourite dia. Maka terjadilah dialog seperti di bawah :
Koro : Emm... oren satu, ice lemon tea dua!
Kaunter : Aaa... ice lemon tea takderk hari ni. Sorry ekk. Ah! Tapi teh o ais limau ada!
Koro : (dalam hati)
Apa beza teh o ais limau dengan ice lemon tea? O_o Bahasa?!Koro : Uhhh... bolehlaaa. Kasi dua ekk...
Kaunter : Wokeh! Yang tadi tu oren jus ke fresh oren?
Koro : Aaa... oren biasa jelah.
Koro : (dalam hati)
Ice lemon tea... kalau translate ke BM memang jadi teh o ais limau kan? o_OKaunter : Okeh semua skali 5 ringgit!
Koro : Huh? Ohhh.. okeh.
Last-last baru dapat tau. Diaorang punyer teh o ais limau tu adalah teh o ais yang dicampurkan lemon. Manakala ice lemon tea tu adalah ice lemon tea Nestle mahupun Lipton yang biasanya dijumpai dalam tin, botol mahupun 3 in 1. Hey, apa daaaaaaaaaaa..... T________T
So sekarang kena pulak specify. Nak ice lemon tea ka? Atau nak teh o ais limau ka? Kerana kedua-duanya ditakrifkan sebagai minuman yang berbeza... O__________________O
Tapi bukan ker teh o ais limau guna
buah limau? T_______________T