Sabtu, Disember 17, 2016

4 Ayat Copywriting Tingkat Jualan


[Image Source: Google Image]

Pssttt... Koro dapat ni dari email =D Terpaksalah sacrifice email jap untuk jadi mangsa lead generation accumulation. Wow. Perkataan gempak tuh xP Anywayz, cam taktik marketing yang biasa, kalau nak tau lebih lanjut, kenalah beli/subscribe ke eBook penulis. Koro just copy paste email yang Koro dapat. Tindakan selanjutnya, terpulang pada korang :)

===============


Samada anda membuat pemasaran menggunakan FB, Twitter, Blog, Website, eCommerce atau Instagram, anda tidak dapat lari daripada "COPYWRITING".

Dalam bahasa mudahnya, menghasilkan ayat power.

Ke mana-mana workshop yang saya anjurkan, soalan paling femes yang saya dapat ialah,
"RK, bagaimana nak tulis ayat power?

Ok.
Saya ingin kongsikan dengan anda,
4 ayat power yang anda boleh gunakan di dalam bisnes anda.

[PERTAMA]
"Fikirkan tentang …."

Contoh :-
- Fikirkan tentang, bagaimana rasanya, apabila badan anda menjadi ringan.
- Fikirkan tentang, pandangan suami anda, apabila melihat kulit anda menjadi gebu gebas

[KEDUA]
Mahukah anda menjadi … dalam masa … minggu sahaja ?

Contoh :-
- Mahukah anda menjadi lebih fasih berbahasa Mandarin dalam masa 3 minggu sahaja?
- Mahukah anda menjadi lebih kaya dalam masa 4 minggu sahaja?

[KETIGA]
Kalau anda mahu … anda mesti …

Contoh :-
- Kalau anda mahu menjadi jutawan anda mesti takkan abaikan teknik ini.
- Kalau anda mahu kulit anda jadi lebih gebu, anda mesti hendak tahu petua turun temurun ini.

[KEEMPAT]
Jom … cara bijak !
Contoh :-
- Jom berdiet dengan cara bijak !
- Jom pandai mengaji dengan cara bijak !

Best tak ?
Saya harap, 4 ayat copywriting ini, dapat membantu anda untuk meningkatkan jualan produk anda.

Jika anda ingin dapatkan lebih banyak lagi ayat copywriting,
anda boleh dapatkannya di sini.

Klik sini http://rajakamil.biz/129-ayat-copywriting-i

Terima kasih;
Raja Kamil

===============

Oh. Tu je? (⊙ꇴ⊙) So dapat disimpulkan, ilmu pun boleh dijadikan bahan niaga. Ohohoho~

Selasa, Ogos 16, 2016

Harummmmmmmnyyyaaaaa~.... De'Xandra! (*O*)

Selasa, Mei 31, 2016

Post paling berhantu??? (O.o)


[ Gambar yang xde kena mengena dengan posting tapi saje nak letak. Ngehehehe~ ]

Bukan hantu yang seram-seram tu =D Nih 'berhantu' dari segi setiap tahun post nih jek yang paling ramai pengunjung. Apakah sebabnya? Koro just boleh fikir, ramai rupanya yang confuse cam Koro dengan perbezaan antara PELAKSANAAN dan PERLAKSANAAN xD

Apa bezanya ekk? Silala baca post berhantu tuh kat sini. Huehuehuehue~ xD

Khamis, Mei 19, 2016

Origami Shirt!

Dah lama tak post pape mende dalam blog ni. Rasa cam dah hampir terlupa kewujudan dia pun ada. Ahaaa... xD Bila selak balik, rasa cam nak start semula pun ada tapi perasaan malas membelenggu diri xD Biasalah kan. Sikap/tabiat camtuh mesti ada dalam diri setiap orang. Hoho...

Bebaru nih Koro terjebak kejap dalam seni origami tak memasal xD Gegara nak sediakan hadiah hari guru bajet rendah xP Punyala search beriya kat internet cecara nak lipat origami shirt tu. memacam cara ada. Ada yang kompleks, ada yang senang giler setakat gunting dua slits kat atas kertas dan lipat untuk jadikan collar xD Tapi Koro akhirnya pilih untuk belajar cara origami shirt yang basic jek. Senang je sebenarnya. Lipat dua tiga round, akhirnya dah boleh hafal steps lipatan tanpa perlu refer guided images/tutorials =D

Untuk entry kali ni, Koro just nak tunjuk hasil lipatan xP Bukan cecara lipatan. Tuh boleh gugel sendiri. Erkk xD Seronok gak buat origami shirts nih. Memacam designs boleh buat. Sama ada tiru yang sedia ada (ahahaha xD) ataupun guna kekreatifan sendiri. memula start tuh, memang Koro gugel designs sedia ada xD Pastu lelama cam nak tryout buat design sendiri guna bebarang yang terjumpa sekitar rumah xP

Okes. Jom tengok apa yang Koro dah hasilkan masa sesi lipatan tuh xD Gegambar diambil menggunakan handphone jadi mungkin tak lawa dari segi pencaayaan semua tuh. Tak pro la katakan. Ahaks.

Origami shirt dihasilkan menggunakan leftover wrapping paper. Tie pun hasil lipatan origami gak. Tapi terbesar pulak. Ahahaha xD

 
Kaler kertas putih dengan crayon hitam. Kekonon nak bagi look & feel cam kain denim hitam getuhhh... Tie oren pun hasil lipatan origami gak. Butang dan hanky lukis, gunting dan tampal sendiri xD Punyala malas nak cari butang and kain sebenar masa nih. Haha xD

Kali ni nak buat design korporat sket. Kononnya xD Tie dilipat daripada brochure mana tah yang terjumpa cecelah mana tah xD Daripada terbazir masuk tong sampah (sian kat owner brochure nih... penat-penat print tapi last-last masuk tong sampah huhu...) so baik kita gunakan/tukarkan ke bentuk lain. Recycle, bebeh! xD Finishing touches aka accessory, Koro tampal seketul bunga sakura. Sakura nih sebenarnya antara deco pieces untuk hiasan cermin. Halaaa... hiasan nak cantekkan cermin tu. Biasa jumpa kat kekedai deco interior rumah. Koro beli yang nih kat Daiso. Haha... time tu takde GST so harga tetap dia RM5 xP Masa tu cermin Koro deco dengan hiasan pokok sakura nih la. Koro cabut seketul and jadikan hiasan baju nih pulak. Ngeeee~ xD Pastu Koro tampalkan buttons di collar. Tadaaa~!! Dah takde buttons versi lukis sendiri kali ni xD

Kali ni kita tema ala hawaiian sket. Shirt pantai xD Alang-alang ada leftover wrapping paper bertemakan hidupan laut. Hoho... Tambahkan sebijik broken brooch sebagai accessory tie... siap! xD

Nak try buat tema waiter lak. Butler tak boleh. Butler guna coat. Tuh nanti fikir cane nak buat xP Try padankan kaler hitam and purple. Kebetulan ada button purple. So... hentam jelah xD Kali ni da start malas buat tie origami. Hihihi...

Koro terjumpa hand memo yang tak digunakan lagi. So cam... apa kata guna sehelai untuk dijadikan design origami shirt? Pastu hasilnya jadi seperti kat atas tuh la xD Design sempoi. Wakakaka...

Starry and sunny! Kebetulan Koro ada leftover felt star sickers yang Koro beli kat Spotlight Mines beberapa bulan lepas (... ke tahun lepas? xD) so tampal jela. Kekonon shirt bermotifkan stars la kan? xD

Wrapping paper yang sama seperti sebelum ni! Sebab cantek cam kain songket, origami shirt pun nampak kewl xP Accessorized dengan sebijik broken brooch, jadilah cam baju batik nak pakai masa formal dinner. Getuh pulak kan xP  Oh yer... kali nih shooting atas kad manila hijau. Takde dah nampak lantai coklat xP

Tadi guna hand memo bahagian isi. Kali ni guna cover terus xP. Sebab warna hitam, so base origami shirt just guna warna putih jela. Monochrome getuhhh... ahaks. Padahal ada warna gold sket kat situ xP

Tema back to school? Ahahaha... saje nak buat design simple pengawas sekolah xP Just guna kertas berlainan warna, gunting ikut bentuk-bentuk yang dikehendaki, then tampal! xD

 
Kita go for a kawaii look pulak. Tiket kat atas tuh daripada satu notebook yang dibeli di Daiso (Daiso lagi xP Promosi free la pulak ahahaha...). Saje beli notebook tu sebab comel. Boleh dijadikan bahan main masa nak main secara roleplay jadi konduktor bas ke penjual tiket wayang ke penjual tiket masuk funfair ke apa ke... Koro memang galakkan my two Qs main secara roleplay. Hihihihi... hampir kesemua menan diaorang berunsurkan camtuh. Ada set doktor, set chef, set workshop... dan memacam lagi. Malas nak listkan semua. Ngeee~ xD

Nampak tak? Ada main sket ngan setting filters gambar nih? Nampak ala pro sket. Mwaha xD Anywayz, design kali ni menggunakan mini popsicle sticks. Beli kat Spotlight =D Ni sebenarnya untuk projek lain tapi alang-alang tu guna sket untuk origami shirt nih xP

Okay, itu antara origami shirt designs yang Koro sempat hasilkan. Koro ada upload ke Insta Koro. First time Insta Koro dapat notification likes melebihi 40. Wakakaka xDDD~ Dasat gak penangan origami shirts nih ekk =P Lain kali kalo rajin, Koro nak buat lagi. Lalalala~

Disclaimer: Hampir kesemua origami shirts dah takde dalam simpanan Koro xD Q Koro yang 1st dah buat mini giveaway kat kengkawan dia (T3T) Takpela. Boleh buat lagi. No hal xP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...