OTL
Segalanya bermula bila Koro try out jenis yang Y-loom tool tuh xD Beli dengan harga RM2 ke berapa tah. Lupa xD Ada yang siap tampal gambar Frozen untuk melariskan loom bands tuh kekonon tuh rubber loom brand Frozen xP
[Y-Loom tool and Hook --- lebh kurang camni la yang Koro guna cuma Y-loom Koro slim sket xD]
So dengan tool bentuk Y tuh, Koro boleh loom guna 2 teknik yang paling sempoi a.k.a. teknik mudah belajar untuk beginners cam Koro. Apa dia? Teknik Fishtail dan Inverted Fishtail! (^O^) Memacam warna gelang yang Koro dah buat menggunakan dedua teknik looming tu.
Pastu bila terasa diri dah terrer sket (konon! wakakaka...), Koro mula google teknik-teknik lain yang semestinya kena guna loom tools yang lebih canggih sket. Pendek kata, yang lebih banyak prongs/pins dia. So, Koro mula berjinak-jinak browse Lazada tetiap kali terasa ada kelapangan waktu (ecehceh...) mencari set rubber loom yang dijual pada harga mampu beli xD Tapi setiap kali browse, Koro just add to wishlist jek xP Koro pun dapat tau ada pelbagai jenis brand rubber loom kits nih cam DIY Loom Bands, Rainbow Loom, Wonder Loom, Sunshine Loom, Cra-Z-Loom ... memacam ahhh! Even yang bootleg version (takde jenama weihhh!) pun bersepah jek jual merata xD
Kebetulan, Koro pergi Litt Tak Warehouse Sale 5-7 Dec lepas. Kat situ ada jual beberapa loom kits bawah RM20. Apa lagi, beli la sebijik dua! xD Loom tool dalam kit tuh takde la secantik mana tapi at least boleh digunakan untuk try aplikasikan teknik-teknik yang lebih advance sket =P Pastu boleh connect secara memanjang dan connect secara sisi cam tool yang original punya. Bolehlaaaaa... xD Lagipun Koro baru nak berjinak-jinak. Kira oraitla guna yang memurah dulu untuk testing kan? xD Muehehehe... Karang bila da terer bangat, baru la layan yang kaw-kaw orinyer. Siap beli/guna bands jenis metalik tuh. Fufufufu... Buat sementara masih tahap hingusan nih, marilah merendah diri dengan menggunakan kit memurah dulu xP
Bila dah ada loom tool lebih advance nih, Koro mencuba lak teknik Hexafish pulak. Hexafish amek masa yang lama gila (TAT) Terasa cam lelabah anyam sesawang dia pun hado. Unfhhhh... (TAT) Tapi Koro terus bertahan untuk cuba siapkan. Sebab bila da mula kelihatan hasil dia... cam terus rasa semangat untuk continue till the end. Ho yeah! Gambatte~!! (^O^)
Nanti dah siap Hexafish 6-pin/prong, Koro nak buat Hexafish hexagon-prong/pin lak xD Hoh. Semangat nih xD Pastu buat gaya Dragonscale cuff... waterfall bridge... chevron... huwahhhh!! xD Memacam teknik kau! Hamekkkk xP Pas da mahir segala-mala teknik yang ada, Koro nak try jenis yang boleh selit beads pulak =D Then advance-kan diri untuk belajar yang jenis lucky charms lak. Koro tingin sangat nak wat charm minion. Buat bentuk buah ke... dan impian paling hebat --- buat rubber charms bebentuk kepala kamen rider. Muhahaha!
Koro belajar semua nih sendiri bebeh. Sifu Koro adalah para loom-youtubers kat channel ngan site memasing xP Seriously... mende alah nih bukan susah nak belajar pun. Yang penting ada usaha, kerajinan dan minat untuk mencedok ilmu dari pelbagai sumber. Kalau Koro boleh buat, maka sesiapa kat luar sana pun boleh! (^O^) Lagipun, mende nih activity crafty. Rangsang otak kanan. Di samping wat bracelets cecomel. Pastu boleh jadi gifts pulak tuh kat kengkawan. Lagi puas terasa sebab sendiri buat.
So mari beramai-ramai ber-looming yo~!! xD
[Y-tool yang digunakan untuk create inverted fishtail black & white bracelet]
[Hasil yang dah siap. Ta-daaahhh!! Black & White dan Cotton Candy. Dedua dihasilkan menggunakan teknik inverted fishtail]
[Inverted fishtail rainbow! Cantik dak? Hoho...]
[Fishtail technique. Yang nih guna bands dari kit jenama 'Frozen' (konon. Wakakaka xD)]
[Hexafish technique attempt! (^O^) Ignore dulu bands purple black tuh. Tuh tak jadi nyer tapi malas nak cabut lagi xP]
[Dah mula nampak hasil hexafish-nyer! Owh tak sabar nak siapkan! xD]