Selasa, Mac 13, 2012

Entry Edisi Kamen Rider ::: Kamen Rider Kuuga


[Pelbagai Form Kuuga... memacam kaler kan? xD]

[.] Nama siri: Kamen Rider Kuuga
[.] Kamen Rider utama: Kamen Rider Kuuga
[.] Kamen Rider lain: Takdak. Kuuga sorang jer dalam siri nih! xD
[.] Organisasi/Makhluk antagonis: Gurongi/Grongi
[.] Tema: Bertemakan cari gali artifak lama
[.] Kenderaan utama: Moto Trychaser 2000 milik polis yang kemudiannya melalui upgrade dengan ditambah dengan Genomu milik Kuuga (Genomu bentuk cam kumbang besar)
[.] Cara henshin: Untuk bertukar, Godai buat gesture tangan yang tipikal dan jerit "henshin!" lalu tekan butang atas belt dia dengan genggaman tangan dia untuk kasi belt tuh bernyala. Untuk tukar ke form-form dia yang lain, dia jerit "cho-henshin!" yang membawa maksud super transformation
[.] Etc: Kamen Rider pertama yang diperkenalkan masa era Heisei. Kira yang dah moden sketla. Joe Odagiri (pemegang watak Godai Yuusuke/Kuuga) mula popular dari siri ni la sehinggalah menjadi pelakon terkenal. Siri ni memperkenalkan kerjasama antara Kamen Rider dengan pasukan polis tempatan dalam usaha memerangi makhluk jahat.

[.] Review siri/synopsis/summary:
Terus-terang Koro cakap, siri ini takde la best sangat bagi Koro. Kuang kuang kuannnngggg... Tapi pada era dia, siri ni bolehla dikatakan gempak gak la sebab efek pertukaran semua tuh boleh tahanla. Cuma efek masa nak transform jadi power sket agak mengelirukan sebab nampak cam Kuuga kena renjatan letrik lak. Hehehehe...

Godai Yuusuke merupakan seorang pemuda yang happy-go-lucky dan sentiasa berfikiran positif. Trademark utama dia adalah asyik dok buat sign thumbs up jek. Anyway, satu hari masa pulang dari adventures dia kat Indon, dia singgah kat universiti tempat kerja kawan dia, Sakurako, untuk serahkan topeng dari Indon and masa tuh kebetulan ada distress call daripada professor Sakurako yang tengah menjalankan aktiviti carigali kat dalam sebuah gua. Dia dan team carigali dia terjumpa beberapa artifak lama and masa nak try bukak satu tomb/makam tuh, tetiba kena serang la pulak.

Godai terus berkejar ke tempat kejadian tapi dihalang daripada masuk oleh sorang polis bernama Ichijou Kaoru. Semua pencari gali disahkan mati dalam kejadian serangan tuh. Antara beberapa artifak yang berjaya dikeluarkan dari gua tuh ada satu belt yang bila Godai dekat jek ngan belt tuh, dia tetiba terbayangkan rupa Kuuga tengah lawan dengan Gurongi. Godai akhirnya berjaya convince Ichijou yang Sakurako boleh tolong translate tulisan purba yang ada kat kebanyakan artifak tuh.

So pas dah setel tengok footage serangan semua tuh kat balai polis, Sakurako dan Godai nak balik tapi time tuh tetiba ada Gurongi serang balai polis la pulak. Dalam keadaan kekecoh tuh, Godai sempat rembat belt tuh and terus transform jadi Kuuga. Tapi kaler putih nyer (form asas) and berjaya kalahkan Gurongi tuh. Keesokannya, Sakurako luahkan kebimbangan dia pasal kesan pemakaian belt Kuuga tuh kat badan Godai tapi Godai kata don't worry. Takde pape.

Ichijou lak mulanya sangka Kuuga tuh antara puak Gurongi yang muncul untuk buat kacau dan menamakannya sebagai Unknown No.4. Tapi last-last dapat tau Kuuga tuh rupanya Godai. Godai lak berazam untuk hapuskan semua Gurongi yang muncul so start daripada situla mulanya kerjasama antara Godai dan Ichijou dan akhirnya dalam episod-episod seterusnya, Kuuga bekerjasama dengan seluruh pasukan polis.

Kuuga ada beberapa form yang ditunjukkan melalui kaler dan weaponry. Basic form kaler putih dan dinamakan sebagai Growing Form. Form nih paling lemah skali. Kalau dah transform dalam form ni, tak ble jadi Kuuga dalam tempoh 2 jam. Form yang kerap digunakan adalah Mighty Form yang berwarna merah. Form nih lebih kepada rider kick sebagai finisher utama. Dalam super-transformation mode, akan ada kaler gold ditambahkan dan nama form tuh jadi Rising Mighty Form.

Form ketiga yang ditunjukkan dalam siri ini adalah Dragon Form berwarna biru. Form nih lebih kepada ketangkasan. Biasa guna kalau nak lompat tetinggi or kejar Gurongi yang laju. Kalau dia pegang memana batang (tak kisahla paip ke kayu ke...) boleh menukarkan mende tuh kepada Dragon Rod, weapon utama Dragon Form. Finishing move form ni adalah dengan mencucuk rod tuh kat badan Gurongi tuh =P Super-transformation mode akan ada kaler gold ditambahkan dan nama bertukar jadi Rising Dragon Form.

Form keempat lebih kepada ketajaman deria iaitu Pegasus Form berwarna hijau. Selalu kalau bertukar kepada form nih, Godai akan mintak pinjam pistol polis sebab pistol tuh akan ditukarkan jadi senjata utama Pegasus Form iaitu Pegasus Bowgun. Cam anak panah tapi dalam bentuk pistol. Finishing move adalah dengan shoot beberapa panah kepada Gurongi dengan tepat. Super-transformation mode akan ada kaler gold ditambahkan dan nama bertukar jadi Rising Pegasus Form.

Form kelima lebih cam kekebalan sket. Kira defensive form aaa nih. Titan Form kaler purple or sebenarnya purple dan gray xD Biasanya dia akan amek handle moto dia untuk tukarkan jadi pedang Titan Sword dia. Wakakaka... lawak lawak. Finishing move form ni adalah dengan mencucuk pedang tuh kat badan Gurongi tuh =P Super-transformation mode akan ada kaler gold ditambahkan dan nama bertukar jadi Rising Titan Form.

And last but not least, ultimate form Kuuga yang dijangka akan "mengakibatkan kegelapan kepada seluruh alam". Ultimate form Kuuga ni berwarna hitam dan dinamakan sebagai Supreme Warrior Form atau Ultimate Kuuga Form. Kalau mata form ni kaler hitam, tu maknanya Kuuga akan hilang kawalan diri dan sifat kemanusiaan. Kira berserk mode aaa nih. Tapi masa Godai bertukar dalam form ni, mata Kuuga still kekal dengan kaler merah, tanda dia masih mampu mengawal diri. Dikatakan dengan adanya form nih, dapat dibuktikan Kuuga bukannya dari kalangan puak Linto tapi mungkin dia sebenarnya dari puak Gurongi.

Ah lupa nak cakap. Puak Gurongi dan puak Linto nih bermusuhan sejak dulu. Gurongi suka bunuh Linto melalui peraturan game rekaan sendiri. Mujurla masa tuh Linto dilindungi Kuuga so puak Linto blela survive yang akhirnya membawa kepada kemunculan manusia moden. Kiranya manusia tuh cucu cicit puak Linto la lebih kurang. Wakakaka... Puak Gurongi berjaya dihapuskan dan Gurongi terkuat diaorang di-seal-kan (sehinggala professor dan team carigali dia gi gegatal bukak makam tuh =P ). Anyway, sejarah Kuuga tak berapa clear dalam siri nih sebab tak diterangkan dengan mendalam.

Papehal pun, Koro tak berapa nak layan aaa Kuuga nih. Mungkin sebab cara lawan si Kuuga tuh sendiri kot. Wakakaka.... xD Asyik dok bawak moto main langgar-langgar Gurongi lak (=_____=) Moto tuh cam weapon la pulak. Adessss... Mat rempit pun lagi berperikemanusiaan camnih xDDD~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...