Selasa, Jun 23, 2009

zomg!

Wah makin addicted dengan game nih! xD

zOMG! merupakan satu cabang daripada gaia online yang menjurus lebih ke arah mmo tetapi lain sket daripada mmo yang biasa.

Pendek kata, tak perlu donlot untuk main! (^O^)
Align Center
Cukup sekadar kita ada avvy Gaia.
Kalau takde pun takpe sebab boleh main as a guest tapi lebih syok kalau kita main sebagai gaia avvy kita sendiri!



[ Woarghhh! Makan budhokkkk!!! ]


Okay mari Koro terangkan basis zOMG! nih.

[o] --- Dalam zOMG! tiada senjata macam pedang ke lembing ke mesingan ke yang akan digunakan, sebaliknya cincin-cincin yang ada power tertentu yang akan bertindak sebagai weapon kita

[o] --- Setiap Gaians secara default memiliki 8 slot untuk rings

[o] --- Dalam permulaan game, kita akan (terpaksa sebenarnya hahaha) melalui satu tutorial bersama Frank di dalam keretapi menuju ke Barton Town. Bila kita dah sukses melawan tong sampah (jangan tanya xDDD), Frank akan memberikan kita Solar Rays ring secara percuma. Kita kemudiannya akan diberikan akses ke Barton Sewers untuk diberikan quest pertama kita

[o] --- Kita boleh memilih sama ada untuk menjelajah dunia zOMG! begitu aje atau pergi menyelesaikan quest-quest yang ada. Koro lebih prefer agar korang selesaikan dulu quest-quest yang ada kat certain-certain area sebelum mula menjelajah area tu sepenuhnya

[o] --- Monsters dalam zOMG! ni digelar Animated. Ada yang comel giler. Ada yang hudus. Ahaks xD Setiap kali korang belasah menatang ni, diaorang akan tinggalkan drops dan antaranya adalah gold dan purple orbs serta beberapa bahan spesifik lain. TAPI! Jika korang belasah Animated yang sedia lemah daripada korang, korang takkan dapat pape. Jika korang gi bantai Animated yang lebih kuat daripada korang, sama ada korang akan mati katak ataupun kalau bernasib baik, dapatla drops yang lebih umphhh xDDD~

[o] --- Setiap ring mempunyai slot untuk Charge Level atau nama manjanya, CL hahaha... xD Ring paling kuat adalah ring yang telah diupgrade menjadi CL 10. Untuk upgrade rings, sejumlah purple orbs diperlukan. Orbs ini boleh didapati daripada penyelesaian quest mahupun Animated drops

[o] --- Korang juga ada tahap Ghi yang akan menentukan kualiti drops daripada Animated. Lebih tinggi tahap Ghi, lebih best drops yang akan didapati. Tahap Ghi makin berkurangan mengikut masa. Untuk recharge semula, cara paling senang ialah pergi ke tempat ramai suka berkumpul --- Barton Town! (^O^)

[o] --- Korang hanya boleh upgrade rings dan tukar slot rings dalam satu area yang dipanggil Null Chamber. Ni kira safehouse la untuk korang rilek-rilek sambil main cincin. Ahaks xDDD~

[o] --- Tak ada "kematian" dalam kamus zOMG! xD Bila HP (health points) korang sifar, korang dikira sebagai "Dazed". Ini ditunjukkan dengan avvy gaia korang tetiba pening-pening lalat siap dengan efek bintang pusing-pusing keliling kepala xD

[o] --- Bila korang dah Dazed, ada dua je option. Sama ada pilih "Awaken" untuk kembali ke Null Chamber dan berehat sebentar kat situ atau dengan tanpa segan silunya merayu kat chat channel agar ada tak sesape yang sudi defibrillate korang atau nama manjanya defib xD Kalau ada, orang tu akan defib-kan korang dan korang pulak tak perlu pergi Null Chamber sebaliknya berehat je kat area yang korang pergi tu. Kebaikannya di sini, korang tak perlu bersusah-payah meredah Animated lagi untuk sampai ke kawasan yang sebelum tuh korang dok lepak sebelum kena dazed tu

[o] --- Untuk selesaikan quest, lebih elok secara dalam crew. Untuk drops yang lebih umppphhh pastikan crew korang agak-agak sama level ngan korang. Ini boleh ditentukan dengan melihat warna aura mereka yang korang nak ambil sebagai crew member. Kalau hijau, itu yang terbaik untuk korang xD

[o] --- Untuk refill HP, korang boleh 'telan' Energy Charger ataupun buat gaia avvy korang 'kneel' yakni duduk lepak je kat memana xD

[o] --- Selain HP, korang pun kena berjaga gak ngan Stamina level korang. Recharge stamina dengan duduk gak. Tak guna gak kalau HP tinggi tapi Stamina sifar sebab nanti korang takde kudrat nak guna kuasa cincin. Angkat jari pun terasa cam angkat gajah


Huuu~ kalau nak teruskan memang panjang lagi nih sebab banyak lagi Koro belum sentuh pasal zOMG! xDDD~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...