Jumaat, Mei 29, 2009

Mau jadi kayaaaaa!!!

Hoh.

Akhirnya berjaya jugak ingat balik password Noctis. Lega rasanya haha. Sebab Noctis ni bertindak sebagai storan penyimpan mcs (monthly collectibles) yang Koro kumpul sejak tahun 2006 lagi masa start main Gaia. Ahaks. Jadi kalau tak dapat guna Noctis, meraung arr Koro xDDD~

Sekarang Koro nak kembali aktif kat Gaia. Tapi sekadar buat urusan jual beli jelah kat Marketplace. Sebabnya Koro nak rembat mcs untuk tahun ni pulak. Hahaha... sekarang dah miskin giler (sama cam situasi Koro dalam dunia sebenar huhuhuhu~) so tu pasal Koro dah tak boleh nak layan forum sangat.

Koro nak kena cari jalan bebanyak untuk kumpul gaia gold bebanyak xD

Antaranya, mungkin kena utilize balik skill lukisan yang dah berkarat tuh hahaha xD Kena try masuk mana-mana art contest yang ada kat Gaia. Tapi kena pilih yang tak kisah kalau art tu tak berwarna la. Ekekeke~ Koro masih lum pakar untuk mewarna secara digital. Huhuhu~


[ v_Noctis-Lucius-Caelum_v ]

Isnin, Mei 25, 2009

selamat! xD

Selamat pengantin baru buat Zamarul ngan Diana! (^O^)
Pergi kenduri belah Zamarul weekend hari tu. Jiran satu taman perumahan la katakan (hohoho... masa nih baru nak ngaku jiran xP). Tema merah (O_o) Antara selebriti yang sempat dilihat cuma Linda Rafar dengan Nasser Wahab jek xD

Tapi pergi sana bukan nak jumpa artis mana-mana pun. Cuma nak feel camne pergi kenduri selebriti hahaha... tapi tu niat sampingan la. Niat suci-murninya (cewah xD) sebab kena jadi wakil ayah Ryu-kun yang tak dapat datang.
Pape hal pun sedap gak hidangan kenduri tu xD

Kat bawah ni ada gambar cenderahati yang diterima xP (tak amek gambar diaorang yek mintak mahap xD).


Khamis, Mei 21, 2009

ARGHHH!!!

Hari ni rasa macam nak main Gaiaonline balik semula. Ingat nak edit balik si Noctis tuh. Tapi kannnn... dah lupa password daaa! (T^T)

Tambah haru lagi bila dah terlupa gak email apa yang digunakan untuk buat akaun tuh.

Argh tidak! Dahla baru je terniat nak pindahkan semua MC balik ke Koro nyer main account. Huhuhu... cane nih? Cane nih? (T^T)

Akaun lain Koro ble je ingat password diaorang. Tapi apsal yang si Noctis nih cam dok tak betul jek password haaa? Seingat Koro, Koro tukar nama dia jek and bukan password (O_o)

Ke si Noctis dah kena hack? Huhuhu... siannyer dia (T^T)

Nak cuba insert password beberapa kali tapi Koro cuma max 2 kali satu hari. Kalau tak, ip kena ban and kalau ip kena ban, takble pulak main Gaia kat sini ekekeke~

Pencarian password bermula! Owh~ (T^T)

Rabu, Mei 20, 2009

Eksklusif! - Aktiviti seharian Koro di opis

8.00 am
- Sampai opis setelah meredah lautan manusia di pintu keluar komuter, menyeberangi jejantas yang kadang-kala dihiasi seorang peminta sedekah yang kudung kakinya namun mampu pula pakai kaki palsu (O_o) dan seterusnya singgah 7e kalau ada duit, dan kalau tak ade, buat dunno lalu terus melulu ke opis...

8.05 am
- Setel upacara boot pc dan login windows.
- Pergi buat air kat pantry.
- Duduk balik kat meja lalu bukak Facebook.
- Layan Mafia Wars, Vampire Wars, SuperPokePets dan FluffPets...
- Sesambil tuh kunyah makanan yang ada sebagai breakfast.

8.30 am
- Patutnya dah mula kerja owh~? xD
- Leka layan Facebook dan sesambil tuh bukak windows keje-keje yang patut dibuat aritu. Cover line? Hehehe...

9.00 am
- Mula keje secara rasmi. Yosh! Ikuzo! ~ o(^O^)o

10.00 am
- Rasa ngantuks mencengkam giler. Try hilangkan senggukan paler dengan buat keje sambil layan lelagu J-rock.

12.30 tgh
- Stop keje secara automatik and terus layan tenet xD~
- Biasanya Facebook (lagi) atau Gaia (akaun Mitkun hikhik~).
- Kengkadang main Sworbs dalam Hi5 tapi yang tuh biasanya aktiviti hari Jumaat xD

1.30 pm
- Sambung keje balik huhuhuhu~ (T^T)

5.00 pm
- Secara automatik terasa malas nak habiskan keje.
- Bukak tenet secara curik-curik tapi still wat keje xD~

5.30 pm
- Opis hour tamat! Yatta!!!
- Tapi still layan tenet kat meja walaupun ada sms dari Ryu-kun suruh blah untuk balik umah xD

5.40 pm
- Mula aktiviti menutup pc secara official xP

5.45 pm
- Balik umah!
- Naik keta so tak perlu redah lautan ketiak masam kat stesen komuter hik hik~ xD

Selasa, Mei 19, 2009

bolehla layan dabaru wooo xDDD

Nyahahaha! Thanks to Tensai7 aka SakiStrife aka Kuro... weihhhh~ bape banyak nama daaa... anyway, thanks to her, dapatla gak selitkan lagu Ash Like Snow dendangan The Brilliant Green dalam Paradisu nih xD~ I like! x3~

Sebenarnya nak bubuh Daybreak's Bell gak (Hyde-samaaaaa! xDDD) tapi tu nanti-nantila. Ikut rotation lagu mana yang tengah melekat kat kepala hotak ni sekarang. Ahaks.

Meh kita sesama layan salah satu opening Gundam 00 nih ekk! xD

Isnin, Mei 11, 2009

anugerahi? anugerahkan?

Mari kita belajar bahasa!

Kali ini kita menyentuh topik perbezaan antara perkataan menganugerahi dengan perkataan menganugerahkan.

Apa bezanya ekk?

Cuba lihat ayat di bawah:
Pengetua menganugerahkan Cikgu Faridah Piala Guru Cemerlang di atas kecemerlangannya sebagai seorang pendidik.

Betul tak ayat tu? Nampak macam betul, kan? Tetapi sebenarnya ayat di atas itu salah! Kenapa, ya? Kerana sepatutnya perkataan yang digunakan adalah menganugerahi!

Kita lihat ayat yang betul:
Pengetua menganugerahi Cikgu Faridah Piala Guru Cemerlang di atas kecemerlangannya sebagai seorang pendidik.

Yay! Ayat dah betul! Tetapi kenapa kalau guna menganugerahkan salah ekk?

Menganugerahi membawa maksud memberi seseorang sesuatu.

Menganugerahkan membawa maksud memberi sesuatu kepada seseorang.

Yay! Sudah tahu akan perbezaaannya? Baguslah!

Jadi kalau perkataan menganugerahkan hendak digunakan dalam ayat yang sama:
Pengetua menganugerahkan Piala Guru Cemerlang kepada Cikgu Faridah di atas kecemerlangannya sebagai seorang pendidik.

Sudah jelas?


Kelas tamat. KRINGGG!!!


------

Uhhh… susah giler nak taip dalam bm formal ekekeke~ tapi tulaaa… selama ni main tibai je mende alah ayat camtuh. Rupanya ada perbezaan yang ketara giler. Hohoho… lepas nih kena lebih berhati-hati buat ayat! XD

Khamis, Mei 07, 2009

lego! ^O^

Lego. Asal sebut jek mesti dah terbayang menatang brick plastik tuh yang bila digabungkan boleh jadik mende-mende yang ble wat kita ternganga kekaguman xD

Lego memang menjana kreativiti ke tahap maksima.

Ingat lagi, masa kekecik kat England dulu, Koro rajin mintak otou-san Koro belikan Lego. Siap ikut set tuh. Ada set polis la. Set lanun la. Set zaman medieval la. Set koboi la. Set angkasa la. Set pulau la. Set kedai. Set kereta lumba. Balik Malaysia pun still teruskan usaha kumpul set-set Lego tuh. Cuma tak beli yang set gabak tuh la. Tu memang mahal nak mampus. Daripada beli tu, baik beli kit Gundam skala 1/60. Hahaha xDDD~

Tapi memang bes la main Lego nih. Daripada dah beli memacam set tuh, gabungkan pulak. Jadik la set cacamarba. Hahaha. Kira cam lanun campur ngan angkasa ke, koboi campur dengan kereta lumba ke... bes bes! xD Ini namanya kreatif habis! xD Siap bina keta sendiri yang entah pape, konon futuristik habisla xD Dan yang paling jadik rebutan antara adik-beradik adalah lego kaler-kaler yang biasa buat lampula kononnnya. Entahla. Apsal ekk sker rebut mende tuh? Hahaha...



Selain lampu-lampu tuh, kitaorang ada gak rebut rambut ngan topi. Hahaha xD Konon kalau yang pakai helmet nampak macho sket. Tetambah lagi kalau dianyer glass (plastik sebenarnya haha) cover tuh kaler hijo. Machos gitewwww! Pastu takde sape nak orang lego dia guna rambut tocang kaler merah tu. Hahaha... Seronoknyerghhh! xDDD~

Tapi sekarang, entah ke mana koleksi lego-lego tuh ekk? (T^T) Sayangnyeeee~ dah bersepah-sepah semua. Dahla ada di antaranya kecik-kecik jek. Cam pistol ke, burung nuri ke... kecik tuuu! Rasa cam nak selongkar umah untuk cari balik. Pastu main balik cam kanak-kanak ribena. Wakakakaka~ xD

And kalau ada wang lebih, nak start balik collect Lego nih. Yela. Nostalgia masa kecik tuuu! Tambah pulak Lego dah keluarkan edisi khas cam untuk Star Wars ke... Batman ke... mestila nak kumpul kan? Tapi kalo leh, nak kumpul Gundam dulu baru Lego. Ekekeke~

Nak main Lego!


[ Hoh. Lego pun boleh buat Ironman! ]

Selasa, Mei 05, 2009

Okaa-san, aishiteru~!! x3

Sempena Hari Ibu yang bakal menjelang 10 Mei nih, Koro paparkan email yang diterima daripada Danny-chan xD

Orang kata aku lahir dari perut mak...
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku... mak
Bila lapar, yang suapkan aku... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku... mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut... mak

Bila bangun tidur, aku cari... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang... mak
Bila nak bermanja, aku dekati... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya... mak
Bila nakal, yang memarahi aku... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah... mak
Bila takut, yang tenangkan aku... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk... mak
Aku selalu teringatkan... mak
Bila sedih, aku mesti telefon... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada... mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmmaaakkkk!!"

Bila sakit, orang paling risau adalah... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu... mak

Bila ada masalah, yang paling risau... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku... mak

Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku... mak
Yang selalu nasihat aku... mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari... pasanganku
Bila sedih, aku cari... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada... pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada... mak

Bila bahagia, aku peluk erat... pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat... mak

Bila nak bercuti, aku bawa... pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah... mak

Bila sambut valentine, aku bagi hadiah pada... pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan... "Selamat Hari Ibu"

Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon mak

Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah..."

Berderai air mata jika kita mendengarnya...

Tapi kalau mak sudah tiada...

MAKKKKK... RINDU MAK.... RINDU SANGAT...

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya...
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

++++++++++++++++++

Hee~ jadi sayangilah ibu anda! Mmmuahhh~!! x3

Isnin, Mei 04, 2009

obsesi


Beberapa bulan yang lepas, ada ternampak satu kereta ni. Kelisa kalau tak silap. Dan pemandunya perempuan.

Apa kaitannya dengan tajuk entry kali nih?

Haha. Kelisa tuh sebenarnya penuh dengan barangan Hello Kitty daa... sure pemandu tuh obses giler dengan kucing takde mulut sangat tuh. Daripada belakang, boleh nampak dashboard belakang dia penuh dengan plushie Hello Kitty dengan kengkawan dia. Bantal jangan cakap aaa... Interior kereta pun modify bertemakan Hello Kitty.

Tapi tuh biasa jek.

Yang luar biasanya... bila diamati betul-betul, Koro perasan ekzos dia cam bengkok sket. Cam ekzos kena eksiden la kiranya. Tapi bila diperatikan secara terperinci... aits! Bukan bengkok daa! Rupanya ekzos dia pun dia buat macam bentuk kepala Hello Kitty! Siap ada whiskers lagi tuuuu!!

Wahahaha~ Koro sker! Koro sker! xDDD Ini namanya peminat sejati! xD Cuma lagi bes kalau dia hias luaran keta dia ngan Hello Kitty gak. Baru lengkap satu pakej (^___^)

Nih ada contoh Hello Kitty modification xD
Mitsubishi i Princess (Hello Kitty)





Teringin nak buat kereta macam gundam. Wakakaka~ xD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...