Memaparkan catatan dengan label world cup 2k10. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label world cup 2k10. Papar semua catatan

Khamis, Julai 08, 2010

Wah final cambest! xD

Congrats buat Spain dan Netherlands yang bakal bertemu di final World Cup 2010, tak silap Koro, Ahad nih (11 Julai 2010, 2.30 pagi).

Ahahaha... Koro konpius nak sokong mana sebab dedua Koro memang sker sejak awal =P Takpelah. Tak kisah la sape yang menang. Janji permainan nanti menghiburkan. Go Holland! Go Oranje! Go Spain! Go matadors! xD

Owh dan satu fakta menarik sepanjang world cup nih. Adanya kewujudan sekor sotong kurita dari German bernama Paul. Apa speselnyer menatang nih? Menatang ni merupakan sekor sotong psikik! Kira cam peramal la. Setiap undian yang dia pilih, for sure tepat (O_o) Cam masa dia kena pilih antara German dengan Spain, dia pilih Spain. Dan tak sangka lak prediction dia memang tepat giler. Spain layak dan German tumpas. Bukan setakat match tuh je. Match-match sebelum nih pun Paul ada buat ramalan yang semuanya tepat (o_O)

Paul... owh besonyer mamat nih! (O_O)


Dan ada pulak berita si Paul nak disuruh ramalkan sape bakal menang World Cup lak xD Tapi ada peminat German yang fanatik mintak makan aje la Paul tuh sebab predict German kalah. Adusss.. xD Paul sekadar perdict jek. Bukannya dia yang main bola. Takkan nak salahkan mamat tuh sebab players tak perform untuk rembat kemenangan. Sian Paul. Tak pepasal jadi hidangan sushi nanti hihihi...

Isnin, Julai 05, 2010

Espanyol mara! (^O^)

Koro layan world cup hujung minggu bebaru nih. Tengok match German vs Argentina jap jek. Tapi kalau tengok daripada gaya main German yang sempat Koro tonton sebelum naik tido (hihihi...) cam Argentina bakal kecundang jek. Sekali betul daa xD Sekali kena 4 bijik lak tuh. Adusss... German nyer youngsters memang lebih lincah daripada oldbies Argentina kot. Tapi nak kata Argentina line-up barisan pemain senior, tak jugak. Apa nak buat. Bukan rezeki Argentina masuk semi =P

Villa skor lagi! (^O^) Koro tengok match Spain vs Paraguay tuh. Memula Spain cam goyah sket. 1st half memang sedikit hambar. Paraguay cam main defensive habis. Ramai giler player kat kawasan sendiri. Sesekali Sergio Ramos buat larian breakthrough tapi tak cukup lagi. Bila Torres kena sub ngan Fabregas (masa tuh 2nd half) baru cam livelier sket match tuh.

Anyway, semi final tahun ni menyaksikan 3 pasukan eropah (german, spain, netherlands) dan 1 pasukan amerika selatan (uruguay). Pasukan Afrika dah out xD Owh ye... macamana ekk perkembangan kes Nigeria tuh? Rasanya kalau tak silap, Fifa dah beri amaran kat si presiden kata hentikanla tindakan bangang mu itewww =P

Papehal pun, world cup tahun nih menyaksikan pasukan-pasukan pilihan kecundang di tengah jalan (hint brazil hint). Takpela. Sekali-sekala nak la memuka fresh pegang piala dunia tuh kan? Apa kata kalau Uruguay pulak menang tahun nih? xD Giler ah. Terus melonjak naik rating team bola diaorang =P

Khamis, Julai 01, 2010

Fainaru Eyttoh! (^O^)

Jadual perlawanan yang gempaks dari site Fifa.com dan di-grab penuh bergaya menggunakan add-on ScreenGrabber =D


Haha... final eight dalam gaya percakapan orang Jepun =P
Anyway, final eight teams telah diketahui akhirnya. Meh Koro listkan.

Uruguay vs Ghana
Netherlands vs Brazil
Winner 2 perlawanan tuh akan bertemu dalam semi final.

Argentina vs German
Paraguay vs Spain
Winner 2 perlawanan tuh akan bertemu dalam semi final.

Jika dilihat di situ, hanya ada 2 team yang Koro sokong. Kebetulan lak 2nd fave team ngan 3rd fave team. Nyahahah! xD Ike Spain ngan Holland! (^O^)/~

Dan sian untuk Nigeria sebab terkeluar setelah gah mengalahkan Italy. Lalalala~ Tapi yang kelakarnya, Presiden Nigeria nak suspend team world cup Nigeria selama 2 tahun sebagai punishment kekalahan. Adusss... buat per suspend cenggitu sekali daa... Kalau team tak main 2 tahun, cane nak ada improvement untuk masuk world cup seterusnya? Tau main bola ke dak encik presiden oiii... performance diperbaiki dengan latihan yang kerap. Adoi... gasak ko lah. Koro nak masuk campur pun bukannya dia nak dengar pun. Kekeke~ xD

Papehal pun, Koro harap at least dapat tengok match Holland dengan Spain. Tapi Argentina lawan German cam menarik gak. For sure peminat England beralih arah ke Argentina untuk sementara waktu hahaha xD Dendam kesumat yang mendalam tuh =P

Tapi diaorang nak ke sebab Argentina dulu penah ada kes menang against England menggunakan Hand of God Maradona =P

Isnin, Jun 28, 2010

Kalah lalalala~

Italy kalah. England kalah.

Hadoila.

Paling tak tahan commentator match masa Italy main tuh sempat lak kutuk diaorang haha. Kata "from world cup heroes, into world cup zeroes." Adusss... xD Nih mesti Zidane jampi guna kepala dia =P

Apa boleh buat. Tu antara kejutan-kejutan yang berlaku dalam world cup tahun nih. Koro tak sempat tengok sangat sebab timing tak berapa kena. Lagipun takde tv yang ada astro =P Owh menyentuh tentang mende ni... Koro rasa TV1 (ngan TV2) tuh baik tukar slogan dia jela. Konon stesen penyiar rasmi World Cup tahun nih ... (-__-) ... No comment.

Siarkan perlawanan terpilih jek watpe? Pastu perlawanan lain, siarkan siaran tertunda lak. Apa kes?! Orang kalau boleh nak tengok match live, bukan match basi, okay? Kira tak umph la tengok siaran tertunda. Tapi mungkin korang rasa "takpela delay pun, at least ada siarkan gak daripada tak siarkan langsung". Hadoila.

Matches keseluruhan ada 64 rasanya. Nape takmo siarkan semua? World Cup kan 4 tahun sekali jek? Huhuhu...

Sian bagi sesape yang takde Astro Arena. Kena tengok match yang TV1 pilihkan untuk diaorang lak. Tak bes owh faham dak? Pastu match yang kira agak menarik untuk ditonton cam Brazil vs Portugal... mana owh?! Kalau tak silap Koro, diaorang siarkan match Argentina lak.

TV1 ngan TV2 kena improve performance. Bukan untuk bersaing dengan tv swasta. Tapi at least untuk tunjuk stesen tv kerajaan pun boleh jadi power gaks cam stesen tv swasta.

Owh... dan kalau boleh, komentator masa siaran bola tu, pepandai la sebut nama pemain dengan betul ekk =D

Sabtu, Jun 26, 2010

Sempena World Cup 2010

Tak guna cakap banyak.

Layan jekkkk... xD


Ahad, Jun 13, 2010

Seri seri menang! xD


Laporan basi:

MATCH GROUP A

10 June 10:00 malam
South Africa versus Mexico seri 1-1

11 June 2:30 pagi
Uruguay versus France seri 0-0

Laporan terkini:

MATCH GROUP B

12 June malam (tak hengat kul berapa kakaka...)
South Korea versus Greece ~ Korea menang 2-0! xD

12 June gaks
Argentina versus Nigeria ~ Argentina menang 1-0!

MATCH GROUP C

13 June 2:30 pagi (dah dekat nih at the time of posting! xD)
England versus United States!!!
Match nih Koro rasa ramai yang tengok samade kat kedai mamak mahupun ruang tamu umah sendiri.
Yelaaa... kebanyakan dari Malaysians sama ada pilih Brazil atau England =P

Dan perlawanan-perlawanan yang akan menyusul kendian...
Algeria versus Slovenia
Serbia versus Ghana

Serta terselit satu match group D

Germany versus Australia

Demam bola masih belum kebah! xDDD

Jumaat, Jun 11, 2010

Demam Bola Bermula! (^O^)

Screencap dari carian google =D

First off... Koro ter-miss opening World Cup tahun nih! Huwaaaaa! (TOT) Agak-agak ada rerun tak kat mana-mana? Kena gi skodeng Youtube la camnih. Huhuhu...

Second-nya... Koro screengrab pencarian schedule world cup dari Google xD Cambest gak guna add-on screengrab untuk firefox nih. Highlight, pastu dia save cam imej biasa jek dalam My Pictures. Best best... xD Tak perlu guna cara old skool dengan tekan printscreen kat keyboard and then kena crop pulak buang memana tak berkenaan. Muhaha! I like! xD

Third... menurut pencarian Google tadi, match pertama adalah team-team dari Group A. Dan ofkos, Africa sebagai tuan rumah diberi penghormatan untuk kick start match pertama. Lawan diaorang Mexico. Sebutan negara ni meks-see-ko ke meh-hee-ko? Pape jelah xD

Koro tahun ni nak sokong Italy (cam biasa ahahaha) dengan Spain la kot. Third team mungkin England alang-alang Gerrard mungkin ganti Terry sebagai kapten.

Kat pasar malam aritu ada sorang makcik nih jual magnet bendera semua negara yang masuk world cup tahun nih. Cam menarik gak nak beli. Malangnyer takde duit wakaka... kalau tak, dah lama borong. Tapi makcik tu pun cam kreatif gak. Jual magnet camtuh masa musim world cup. For sure punya akan ada orang beli untuk tunjuk sokongan kat negara pilihan memasing. Way to go, makcik! (^O^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...