Memaparkan catatan dengan label artzies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artzies. Papar semua catatan

Sabtu, April 28, 2018

WOW! Penapis air mampu milik dari Coway!

[DISCLAIMER: Pada masa post ini dibaca, promo NEO Wow Plan RM65 ini telah pun berakhir. Boleh tanya-tanya Coway Health Planner terdekat anda untuk mengetahui promo Coway NEO terkini. Atau hubungi saja 012 239 0280 (Afif) untuk maklumat lanjut. Terima kasih :D]

[Boleh juga klik sini untuk promo terkini Coway NEO sepanjang Ogos 2018]



Pernah kan terasa nak penapis air tapi macam mahal sangat. Tak cukup bajet. Rasa macam tak boleh commit je bayar tetiap bulan.

Tapi tetiba... WOW! Coway buat promo pulak - Coway Wow Plan. Tetiba offer bulanan yang rendah daripada biasa. Yang sesape kena CTOS pun boleh apply.

Hooo... menarik gak. Tapi... brand lagi satu still lagi murah, apa? Ofkos! Kalau boleh nak beli ni kena buat pilihan terbaik kan. Kena timbang pro and cons kedua-duanya.

Walaupun nampak kontrak lama - sampai 7 tahun gitu - tapi boleh tamatkan anytime rasanya. Nanti just bayar baki tahunan siap diskaun lagi. Untuk confirmkan statement ni, boleh contact nombor kat atas tu. Hehehe...

Dalam tempoh 7 tahun tu, Cody (Coway Lady) akan datang setiap 2 bulan sekali untuk servis penapis air tu. Setiap 4 bulan sekali sepanjang 7 tahun tu, dia bawak filter baru, kasi tukar yang lelama tu. Wahhh... lama la korang bakal berhubungan dengan Cody korang tu. Hehehe...

Pasal suhu air lak ada panas, sejuk dan suhu bilik. Nak air suam, tunggu jelah air panas tu sejuk sikit :P Tak pun korang beli model Villaem tu. Haaa... yang tu semua ada xD Tak pun kalau siap nak ais sekali, korang tunggu model baru yang akan datang xP Koro pun ternanti-nanti gak cane rupanya x3~

Jenis air untuk model Neo ni lak air mineral. Kalau nak air RO beli la model Ferry, Petit, Villaem atau Core tu. Nak air alkali lak dapatkan model Inception. Tapi Inception tu hybrid la. Ada pilihan untuk air alkali ngan air biasa. Yelaaa kan. Tak semua orang sesuai minum air alkali. So langkah terbaik adalah buatkannya hybrid jadi tak perlu beli penapis air asing-asing. Terus 2-in-1 gitu xD

Berbalik kepada model Neo dalam promo ni, tangki dia besar gak. Dalam 5.8 liter macam tu. Sesuai untuk rumah bujang, keluarga kecik. Kalau nak air banyak sikit, ambil yang paling besar la xD

Apa-apa pun, kalau ada yang berminat nak rembat offer ni, cepat-cepat contact nombor phone dalam gambar tuh, orait? xD Kalau malu nak call, whatsapp je xD

Kenapa Koro tetiba promote mende alah ni lak padahal Koro bukan agent Coway pun xD Huahua... sebab Koro la buatkan grafik iklan tuh xDDD~ Hasil daripada Koro yang tak berapa mahir Illustrator nih xP Heharap takde langgar pape graphic rules sedia ada xP

P/S: Kalau ada yang rembat dan buang phone asal letak phone dia, Koro tahu. Sebabnya Koro dah letak watermark. Fufufufu~

Iklan asal daripada Coway kat bawah :P


Rabu, Disember 10, 2014

Rubber-Looming~!! (^O^)

Koro haz officially joined le craze.
OTL

Segalanya bermula bila Koro try out jenis yang Y-loom tool tuh xD Beli dengan harga RM2 ke berapa tah. Lupa xD Ada yang siap tampal gambar Frozen untuk melariskan loom bands tuh kekonon tuh rubber loom brand Frozen xP

[Y-Loom tool and Hook --- lebh kurang camni la yang Koro guna cuma Y-loom Koro slim sket xD]

So dengan tool bentuk Y tuh, Koro boleh loom guna 2 teknik yang paling sempoi a.k.a. teknik mudah belajar untuk beginners cam Koro. Apa dia? Teknik Fishtail dan Inverted Fishtail! (^O^) Memacam warna gelang yang Koro dah buat menggunakan dedua teknik looming tu.

Pastu bila terasa diri dah terrer sket (konon! wakakaka...), Koro mula google teknik-teknik lain yang semestinya kena guna loom tools yang lebih canggih sket. Pendek kata, yang lebih banyak prongs/pins dia. So, Koro mula berjinak-jinak browse Lazada tetiap kali terasa ada kelapangan waktu (ecehceh...) mencari set rubber loom yang dijual pada harga mampu beli xD Tapi setiap kali browse, Koro just add to wishlist jek xP Koro pun dapat tau ada pelbagai jenis brand rubber loom kits nih cam DIY Loom Bands, Rainbow Loom, Wonder Loom, Sunshine Loom, Cra-Z-Loom ... memacam ahhh! Even yang bootleg version (takde jenama weihhh!) pun bersepah jek jual merata xD

Kebetulan, Koro pergi Litt Tak Warehouse Sale 5-7 Dec lepas. Kat situ ada jual beberapa loom kits bawah RM20. Apa lagi, beli la sebijik dua! xD Loom tool dalam kit tuh takde la secantik mana tapi at least boleh digunakan untuk try aplikasikan teknik-teknik yang lebih advance sket =P Pastu boleh connect secara memanjang dan connect secara sisi cam tool yang original punya. Bolehlaaaaa... xD Lagipun Koro baru nak berjinak-jinak. Kira oraitla guna yang memurah dulu untuk testing kan? xD Muehehehe... Karang bila da terer bangat, baru la layan yang kaw-kaw orinyer. Siap beli/guna bands jenis metalik tuh. Fufufufu... Buat sementara masih tahap hingusan nih, marilah merendah diri dengan menggunakan kit memurah dulu xP

Bila dah ada loom tool lebih advance nih, Koro mencuba lak teknik Hexafish pulak. Hexafish amek masa yang lama gila (TAT) Terasa cam lelabah anyam sesawang dia pun hado. Unfhhhh... (TAT) Tapi Koro terus bertahan untuk cuba siapkan. Sebab bila da mula kelihatan hasil dia... cam terus rasa semangat untuk continue till the end. Ho yeah! Gambatte~!! (^O^)

Nanti dah siap Hexafish 6-pin/prong, Koro nak buat Hexafish hexagon-prong/pin lak xD Hoh. Semangat nih xD Pastu buat gaya Dragonscale cuff... waterfall bridge... chevron... huwahhhh!! xD Memacam teknik kau! Hamekkkk xP Pas da mahir segala-mala teknik yang ada, Koro nak try jenis yang boleh selit beads pulak =D Then advance-kan diri untuk belajar yang jenis lucky charms lak. Koro tingin sangat nak wat charm minion. Buat bentuk buah ke... dan impian paling hebat --- buat rubber charms bebentuk kepala kamen rider. Muhahaha!

Koro belajar semua nih sendiri bebeh. Sifu Koro adalah para loom-youtubers kat channel ngan site memasing xP Seriously... mende alah nih bukan susah nak belajar pun. Yang penting ada usaha, kerajinan dan minat untuk mencedok ilmu dari pelbagai sumber. Kalau Koro boleh buat, maka sesiapa kat luar sana pun boleh! (^O^) Lagipun, mende nih activity crafty. Rangsang otak kanan. Di samping wat bracelets cecomel. Pastu boleh jadi gifts pulak tuh kat kengkawan. Lagi puas terasa sebab sendiri buat.

So mari beramai-ramai ber-looming yo~!! xD

 [Y-tool yang digunakan untuk create inverted fishtail black & white bracelet]

 [Hasil yang dah siap. Ta-daaahhh!! Black & White dan Cotton Candy. Dedua dihasilkan menggunakan teknik inverted fishtail]

 [Inverted fishtail rainbow! Cantik dak? Hoho...]

 [Fishtail technique. Yang nih guna bands dari kit jenama 'Frozen' (konon. Wakakaka xD)]

 [Hexafish technique attempt! (^O^) Ignore dulu bands purple black tuh. Tuh tak jadi nyer tapi malas nak cabut lagi xP]

[Dah mula nampak hasil hexafish-nyer! Owh tak sabar nak siapkan! xD]

Jumaat, November 01, 2013

Dragon Ball Z Battle of Gods (ORE NO BULMA!) WIP Flow dan FINALE!

Akhirnya siap jugak menatang nih. Dah upload kat dA Koro gak. Okay, pasnih nak rehat jap daripada melukis. Ohohoho! xD


[Work In Progress Flow]

TA-DAAAHHH! xD


[Final yang takde background... sebab malas. Wakakaka xDDD]

Koro masih baru lagi dalam bab-bab kaler secara digital nih so memang tak perfect arr fanart tuh uhuhuhu...

 -------------------------------------------------------
Sekali lagi Koro nak nyatakan...

  • Sketch/Colouring is done in Paint Sai 1.0
  • Edits/Effects done via Photoshop CS4
  • Font source from Dafont.com
  • Respective resources are credited in my dA description

Dragon Ball Z (c) Akira Toriyama.

Jumaat, Oktober 25, 2013

DragonBall Z Battle of Gods Fanart WIP --- Shading! (^O^)

... -sambungan daripada entry sebelum nih xP

Skang dalam proses shading. Baru start buat bahagian rambut. Mungkin sebab baru lepas skodeng beberapa tuts berbeza tentang cecara pewarnaan rambut secara digital so cam teruja lebih sikit untuk try. Haha xD Koro nak belajar cane nak cell-shading. Bila baca tuts cam senang. Tapi bila nak apply, memang susah giler (TAT) Banyak kali padam-buat-padam-buat sebab asyik nampak jagged jek (QAQ) Tak smooth langsung huhu... even dah erase edges guna soft-brushed eraser or guna blur pun tak jalan (Q3Q). Koro siap resave as psd and try kaler kat photoshop. Pun nampak hudus gak. Last-last kembali semula ke sai and guna airbrush jela. Huuuuu~~~~... *sedih*

Serius Koro sampai skang tak reti nak warna untuk nampakkan efek lighting huhu.. walaupun Koro tau nak setkan lighting tuh dari arah mana pastu shade tuh patutnya kat mana... tapi still cam tak berapa nak jadi gak! Arghhh!!

Berikut dipaparkan hasil hancus ku setakat ini... *sayu*

[Koro suka guna Paint Sai. Korang? xD]

Masih tak siap lagi tapi layer dah banyak gilos xD Adusss... memang tak reti arr kaler guna layer yang sikit xD Asyik nak guna layer lain untuk efek yang lain. Muehehehe~ xP

Sabtu, Oktober 19, 2013

Dragon Ball Z Battle of Gods Fanart! (^O^)


Koro baru lepas layan citer DBzBoG tuh. Memang cambest! Especially scenes melibatkan Vegeta. COMEL GILERRR!! xD Disebabkan itu, tergerak hati nak buat fanart scene Goku ngusik Vegeta xP



[Sketching Phase]


[Lineart Phase]


[Base Colour Phase]

Coming Soon!!!
[Shading Phase]

Coming Soon!!!
[Finale! xD]

Artwork done in Paint Sai (sketch/colour)
Edits will be done in Photoshop

Dragon Ball Z (c) Akira Toriyama

Ahad, Julai 14, 2013

Art Trade... suksesso~!! xD

Balasan art trade daripada nashika. OMG!!! xDDD



[Koro's avvy art by Nashika of NSTG @ Gaia Online]

Suki daaaa~!! xDDD~

Sabtu, Julai 13, 2013

Avvy Art Time! (^O^)

Koro buat art trade kat guild NSTG. Saje gatal tangan nak nyebuk buat art trade huhuhu... Padahal sebenarnya malas giler nak lukis xD Sekali orang tuh kata tengah work on avvy art Koro. Adusss... terpaksala Koro penuhi perjanjian dengan buat art untuk dia xP

Ahahaha... terima kasih kerana memaksa Koro untuk akhirnya menyentuh wacom bamboo fun Koro setelah sekian lama tersimpan tak bersentuh xP

Nih avvy dia kat Gaia:
[Nashika of NSTG]

Dan yang nih art (contengan jek huhuhu...) yang Koro buat untuk dia:
[Messy avatar art sketch xD]

Sooo... cantek dak? =P


Sabtu, Mac 02, 2013

Mengasah kreativiti melalui avatar di Gaia Online! (^O^)

Tajuk panjang sket kali nih. Fufufufu...

Anyway, untuk entry ni, Koro just nak tunjuk hasil avatar designs yang Koro berjaya hasilkan menggunakan Dream Avatar yang boleh didapati di www.tektek.org. Ada antara designs tuh yang Koro dah pun berjaya merealisasikannya tapi dengan sedikit tweaks la sebab Koro buat ikut bajet semasa xD Masa create dream avvy tuh, memang main campak jek item, tak kira mahal ke murah xD Bila betul-betul nak pursue tu... mula la cari knock-offs xD


Sooo... amacam kekreativitian Koro? Huahua x3~

Sabtu, November 24, 2012

Doodle Time! (^O^)

Doodle avvy terkini Koro di Gaia. Mwaha xD

[Versi asal kat Gaia]

[Versi contengan Koro guna Paint Sai fufufufu...]

Malas mok kalerrrr.... xP

Selasa, Februari 21, 2012

CloTi ForEvaaahhh! xD

Saje nak tunjuk WIPs Koro sehingga ke end result nya. Hehehe...

[Sketching process menggunakan wacom bamboo pen - cloud guna ink pen biru and tifa guna ink pen merah to differ between both gender xD]
 
[Proses pewarnaan bermula! (^O^) Laying out the base colours... main tibai jek! xD - Guna Paint Sai 1.0]
[Bermulanya shading... proses yang paling digeruni sebab Koro memang tak pro langsung dalam bab menentukan shadow dan highlights kat mana huhuhuhu...]
[Okeh shading dah selesai! Koro boleh jek stop kat sini xD Tapi memandangkan masa tuh dalam mode feeling-feeling ecehceh... terasa nak tambah background laks. Masa untuk skodeng DevArt cari stok!]
[Habis da! Inilah hasilnya setelah ditambah background dan efek cahaya sinaran kat cincin tuh sket. Credits are given where due. Tapi info tuh sumer ada kat DA Koro la mwaha! Nak jenguk sana? Sila klik tab DevArt dedekat header blog nih. Fufufufu...]

Cloud Strife + Tifa Lockhart (c) Square Enix
Koro support CloTi pairing! (^O^) Harap sesape yang support pairing nih berpuas hati dengan fanart hasilan Koro. Koro mulanya memang malas amat nak kaler (TAT) Tapi berhempas-pulas gak paksa diri sebab nak acquire skill colouring mestilah dengan selalu praktis, ye dak? Huhuhuhu...
Okehla. Nak sambung jamming bersama Pokota x3~

Selasa, November 01, 2011

Halloween Collab Project! (^O^)

[Shading in process! Koro tengah pulun siapkan mende alah nih uhuhuhu....]

Ohoho... arini dah 31 Oct. Happy Halloween kepada sesiapa yang menyambut event nih.

Anywayz, Koro dah agak lama gak menghilang daripada dunia blogging nih xD Skang tengah busy buat projek digital comic dengan si SakiStrife wohahaha xD Kitaorang guna Flash CS5 as the base platform. Nak kasi comic tuh animated sket. Lagi pun, lukisan vector lebih menarik sket xD

Memula idea asal daripada si SakiStrife. Pas go thru basic storyboard/plot, Koro alter sket sini sana untuk meringkaskan scene agar komik takdela panjang berjela xD Nak zap zap zap sampaila ke main plot supaya cam bam! xD Huahua... guna bahasa kiasan tuh =P

Pastu si SakiStrife tugaskan Koro pulak wat storyboard sketches (TAT) Koro yang tak berapa reti nak lukis nih (ahaks xD) pun lukisla sebaik mungkin. Ecehceh xD Pastu sketches tuh akan diimbas kemudian import ke dalam flash. Jadikan layer sketch tuh onion skin untuk kurangkan opacity dia and then trace la pulak xD

Pasal tracing nih lecehs xD Kalau ikutkan cara senang, guna tool line tuh tapi sebab leceh gak nak betulkan kalau tersilap lining, guna pencil tool jela xD Brush takble guna sebab sensitif sangat ngan pressure tablet (TAT) Asal tekan sket jek brush jadi tebal uhuhuhu... Koro guna wacom bamboo jadi pepahamla dianyer mutu pengesanan pressure kekekeke.... xD

Papehal pun, Koro pinjam tablet Genius milik SakiStrife untuk wat tracing sebab tablet dia besau sket. Wacom Bamboo Koro comel sangat wakakaka... so SakiStrife guna untuk colouring. Yup yup... dia responsible dalam laying out the base colours dan segala macam mende alah yang berkaitan ngan flash wohahaha xD Koro laks dah lupa giler cane nak wat actionscript (TAT) Dah bertahun tinggal. Cesss cesss... pasnih kena korek balik ilmu flash xD Photoshop laks Koro dah kembali berjinak-jinak dengan mende tuh so cam ... Dah ble kaler secara digital! Yayness! (^O^) So skang nih art dah makin diwarnakan secara CGI kekekeke...

Projek collab kitaorang dah sampai final stages. Tinggal nak touch-up ngan shading ngan tweak sound and other random stuff. Nanti nak gabungkan pulak ngan drafts aka WIP (work in progress) kitaorang supaya nak tunjuk hasil penat lelah perah otak aka hardcore evidence yang mende tuh memang hasil kerja tulen dan tanpa peniruan. Wakakaka xD

Sebenarnya mende nih untuk satu fanart contest kat DevArt tuh haaa... Group si SakiStrife yang berkisar tentang coupling CloTi aka Cloud and Tifa tetiba nak wat contest sempena Halloween. Tema dah for sure halloween. Watak utama kena CloTi. Entry tak kisahla fanart biasa ke apa ke. Cuma kitaorang took one step above dengan menghasilkan digital comic xD Admin group tuh pun cam okeh on jek so dah dapat greenlight maka bersengkang mata gakla kitaorang try kejar deadline xP

Skang Koro tengah pulun shade-kan base colour yang SakiStrife dah siapkan. Lecehs tul nak tentukan arah lighting sumer tuh. Koro lak bukannyer pro sangat pun xD So hentam sajela asalkan nampak la ada shading wakakaka xDDD~

Papehal pun idea asal mende nih sumer berlegar-legar sekitar idea yang Cloud sker benar cosplay sebagai Vincent. Mwaha! xD

Wish us luck, bebeh! (^O^)

Sabtu, Oktober 15, 2011

Susahnyer mau kalerrrr~ Dx

Koro baru pas install GIMP setelah Koro nyer Paint Sai mogok takmo function sebab trial period dia dah habis. Cess... cess... ada sesape tak yang ada cracked version mende alah tuh? (TAT) Koro setakat ni memang sker guna Paint Sai berbanding Photoshop huhuhu... tapi nak buat cane kan? Life must go on, bebeh! (^O^)

So, Koro saje jela try sketch guna GIMP tuh. Menarik gaks tapi Koro still terkial-kial dalam mengubah pressure pen. GIMP cam sensitif sket (TAT) Last-last Koro padam balik pencil sketch and guna brush. Mwaha! xD Hasilnya seperti di bawah =P

[Memang kulit dia hitam ekekeke... xD]

Cam hampes jek. Wakakaka... takperla. Sekali-sekala tayang hasil tangan yang cam buruks nih xD Koro letak gak kat Devart Koro cam biasa xD Sambil tuh, sila layan chibi V yang Koro kaler guna Photoshop laksss... xD

[Vincent Valentine chibified! xP]

Patut teruskan guna Photoshop rasanyer ... (TAT)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...