Selasa, September 20, 2011
Edisi Kelas BM ::: Perlaksanaan? Pelaksanaan?
Menurut DBP, ada perbezaan rupanya.
PERLAKSANAAN bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas, etc.).
Contoh ayat: "Menteri itu meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga dengan penuh dedikasi."
PELAKSANAAN pula bermaksud perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) sesuatu rancangan (tugas, etc.)
Contoh ayat: "Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan."
So kesimpulannya... pelaksanaan tuh perbuatan/proses. Perlaksanaan tuh mende yang dah dijalankan. Fenin sikit kan? Huahua xD Tapi at least korang dah tau rupanya memang wujud perkataan PELAKSANAAN tuh. Bukan salah ejaan. Dun dun dun! xD
KRINGGGG~!! Kelas tamat! (^O^)
Jumaat, April 01, 2011
Arghhh!!! YM tak keluar teks la pulokkk!!! Dx
Pernah tak korang alami masalah camtuh? Koro sejak akhir-akhir nih dok kena je. Susah tul. Dahla YM tuh salah satu cara komunikasi antara rakan sepejabat (selain email). Dulu pernah ada internal jabbing nyer messenger. Tapi sebab YM lebih senang, so last-last opis benarkan kitaorang guna YM xD~
Tapi tula. Disebabkan masalah yang membelenggu tuh, Koro terpaksa guna chat dalam yahoo mail. Tapi tak syiok aaa (=A=) Tak dapat guna audible, send file sumer tuh. Lecehs! Koro cuba reinstall YM, tak jadi. Koro cuba delete habis-habisan memana folder yang ada kaitan ngan YM pastu reinstall... pun tak jadi. Tensen owh! Dx
Akhirnya Koro terpaksa gak merujuk pada sifu-sifu di internet xD Rupanya bukan Koro sorang yang alami masalah camtuh. Rerata kata puncanya sebab skrip Microsoft. Sama ada tertukar atau outdated. Last-last Koro dapat cari beberapa solution yang semuanya Koro cuba xD
Solution 1
Uninstall YM. Reinstall latest version. Restart PC.
Success rate: Tulisan still tak kuar Dx
Solution 2
Start > Run > regsvr32.jvscript.dll > OK
Tunggu keluar pop-up success confirmation and then...
Start > Run > regsvr32.vbscript.dll > OK
Tunggu lagi pop-up success confirmation. Restart PC.
Success rate: Still takde pape efek! Dx
Solution 3
Start > Run > regedit > Enter
Cari HKEY_CURRENT_USER > Software > Microsoft > Windows > Current Version > Internet Settings > Zones
Delete folder yang atas folder 0 ~ dalam kes Koro, Koro jumpa folder L
Tutup regedit. Reopen YM.
Success rate: Huahaha! Sukses! Berjaya! Victory!!! (^O^)
So, blela cuba beberapa solution kat atas. Tapi kalau tak berjaya gak, Koro pun tak tau dah cane nak buat dah. Tu jer yang Koro mampu search setakat nih. Fufufufu~ x3
Selasa, April 27, 2010
Score A? (O_o)

Tagline yang Koro selalu jumpa pasal mende nih ---> Pelajar skor A, ibubapa skor RM.
Memula Koro tak amek kisah sangat pasal program nih. Tahu gitu-gitu jek. Takdela berminat nak amek tau dengan beriya.
Tapi aritu Koro sesaje la join dengar Preview/BOOM diaorang. Dekat pejabat ZRB, Bandar Tasik Selatan. Punyala ramai umat manusia kat situ xD Semua bakal-bakal usahawan/pengedar Score A kot. Ahaks. Dalam preview tuh diaorang bagitau secara brief apa itu Score A, cane pelajar boleh jadikan Score A sebagai 'supplemen' kepada lessons yang diaorang dah belajar kat sekolah, cane ibubapa/usahawan boleh untung dengan Score A... semua secara basic jek. Kalau nak details gegiler, kena sign-up ikuti kursus NDO diaorang (New Distributer Orientation). Tu pun ramai gak yang attend. Koro tau sebab peserta kursus kena lekat sticker tulis NDO kat baju diaorang. Sticker florescent giler lak tuh. Haha xD Tapi tulisan NDO tuh tulis guna marker jek =P
Preview tuh free jek. Kursus tuh yang kena bayarnya. Tak silap Koro, RM70 untuk sesi dari pagi sampai petang. Kira one whole day aaa...
Sebenarnya, sebelum gi preview tuh, Koro dah skodeng sedikit sebanyak tentang program nih. Kebanyakan blog/site promo amek info dari main site Score A tuh hahaha xD Cuma diaorang ada la tambah kekata yang cam tarik minat orang untuk join. So bila gi preview tuh, Koro cam kira ulang dengar jela apa yang Koro dah baca =P
Koro dapat simpulkan camnih la. Score A tuh tak ubah cam portal education yang bersepah-sepah kat dunia online nih. Kekuatan dia bersandarkan set soalan yang diiktiraf Kementerian Pendidikan. Juga pada beberapa event yang ada usahasama dengan kementerian tuh. Bezanya, Score A dijadikan satu produk bisnes. Penjualannya? Melalui penjualan kad akses portal ... cam topap gitu. Income tambahan? Dengan mencari downline berdasarkan sistem MLM (multi level marketing). Nak jadi jutawan? Dengan melakukan kedua-dua aktiviti tersebut secara serentak =D
Ada beberapa pakej ditawarkan. Ada dua untuk langganan biasa. Dan tiga untuk sesape yang serius nak jadi pengedar Score A sama ada part time atau full time. Yang langganan biasa tuh, biasanya orang (ibubapa) beli untuk kasi anak-anak diaorang akses portal tuh. Minimum 3 bulan (RM298). Maksimum 6 bulan (RM596). Yang pakej pengedar lak eP (ePartner), eE (eEntrepreneur) ngan eMax (eMaximum kot haha...).
Pakej eP kalau nak amek, kena bayar dalam RM1788. Pastu kita akan dapat 5 set SAP (start a programme) yang mana satu set SAP ada 2 kad akses portal. Kat satu kad akses portal tuh ada kod pengaktifan untuk satu akaun dan kod top-up untuk 3 bulan. So, satu set SAP tuh ada 2 kad, maknanya ada 2 kod pengaktifan (kiranya dapat 2 akaun la) dengan 2 kod top-up (kalau gores dedua dapat la akses portal tuh 6 bulan --- 3 bulan + 3 bulan = 6 bulan).
Kalau ikut harga sebenar, pakej tuh dalam RM2 ribu lebey. Tapi diberi diskaun so jadi RM1788 jek. Sebab apa 2 ribu lebey? Sebabnya kod pengaktifan tuh sebenarnya RM50. Tapi dalam pakej nih dapat dua, so RM100 (RM50 x 2 = RM100). Kod top-up lak, satu kod tuh RM248. Tapi dalam pakej nih ada dua kod, so RM496 (RM248 x 2 = RM496). Tambah dedua amaun tuh --- RM496 + RM100 = RM596.
Tuh baru kira untuk satu set SAP. Dalam pakej eP nih ada 5 set SAP. Makanya... RM596 x 5 = RM2980. Tu la harga sebenar pakej nih. Tapi kita leh dapat dengan RM1788 jek. Kiranya jimat RM1192 la.
Huh. Penatnyer kira! Dx Tuh baru Koro jelaskan pasal pakej eP. Kalau kita masuk program nih and amek pakej eP, kita boleh pulang modal dengan hanya menjual 3 set SAP. Satu set SAP kan kita dah kira tadi, berharga RM596. Kalau kita jual 3 set --- RM596 x 3 = RM1788. Dapat balik! xD Dah la ada baki 2 set lagi yang kita boleh jual untuk untung tambahan.
Tu baru duit yang kita dapat daripada menjual set-set SAP tuh. Belum masuk lagi bonus kalau kita dapat tarik orang jadi downline kita (diaorang masuk program Score A under kita and amek sama ada eP, eE atau eM). At least carik 4 orang. And then pastikan 4 orang tuh, memasing ada 4 orang bawah diaorang. Tu kira dapat side income kencang dah tuh. Kalo nak jadi jutawan segera, kempen la beriya and carikla reramai orang, bukan 4 jek.
Kalo malas nak kempen and sesaje try mende alah nih one time (kira jual set SAP sampai habis pastu stop dah), pun takpe je. Terpulang aaa pada korang nak cari duit cane kan? Jalan dah ada. Cuma nak tak nak jek xDDD~
Koro rasa masyuk gak tuh haha... cuma Koro tak join lagi sebab takde modal RM1788 tuh xD Tapi Ryu-kun dah join. Jadi sesape nak info lebih lanjut, nak arrange masa untuk pegi dengar preview ke... join kursus NDO ke... bolehla try contact dia.
ryu.kamitake@gmail.com
Anyway, satu jek Koro nak tambah. Kebanyakan blog/site yang Koro baca pasal Score A, tak banyak yang detail-kan cane pakej portal tuh sebenarnya. Koro sendiri terpaksa buat kupasan sendiri cane nak kira harga pakej tuh. Apa yang ada dalam pakej tuh. Dan apa yang kita akan dapat kalau kita langgan Score A tuh.
Frust gak sebab bila baca, balik-balik citer pasal pakej ngan harga dan pujukan untuk join. Jarang yang citer pasal dalam pakej tuh ada dua ke satu kad .... satu kad tuh pulak ada apa isinya... Itu yang orang nak tahu patutnya (-___-) Dalam preview pun tak cakap. Haha xD Mungkin dalam kursus NDO kot baru ada detailsnya. Koro tak tau sebab Koro tak join kursus tuh xD
Rasanya bila orang tau pasal tuh, baru cam diaorang cam ... "owh~ cambest gak ekk program nih"... ke apa ke.
Pape hal pun, Koro rasa mende ni berbaloi untuk try out. Nak kaya, kena la kuat berusaha. Kena la pepandai cari peluang. Ye tak? (^O^)
Isnin, Mei 11, 2009
anugerahi? anugerahkan?
Kali ini kita menyentuh topik perbezaan antara perkataan menganugerahi dengan perkataan menganugerahkan.
Apa bezanya ekk?
Cuba lihat ayat di bawah:
Pengetua menganugerahkan Cikgu Faridah Piala Guru Cemerlang di atas kecemerlangannya sebagai seorang pendidik.
Betul tak ayat tu? Nampak macam betul, kan? Tetapi sebenarnya ayat di atas itu salah! Kenapa, ya? Kerana sepatutnya perkataan yang digunakan adalah menganugerahi!
Kita lihat ayat yang betul:
Pengetua menganugerahi Cikgu Faridah Piala Guru Cemerlang di atas kecemerlangannya sebagai seorang pendidik.
Yay! Ayat dah betul! Tetapi kenapa kalau guna menganugerahkan salah ekk?
Menganugerahi membawa maksud memberi seseorang sesuatu.
Menganugerahkan membawa maksud memberi sesuatu kepada seseorang.
Yay! Sudah tahu akan perbezaaannya? Baguslah!
Jadi kalau perkataan menganugerahkan hendak digunakan dalam ayat yang sama:
Pengetua menganugerahkan Piala Guru Cemerlang kepada Cikgu Faridah di atas kecemerlangannya sebagai seorang pendidik.
Sudah jelas?
Kelas tamat. KRINGGG!!!
------
Uhhh… susah giler nak taip dalam bm formal ekekeke~ tapi tulaaa… selama ni main tibai je mende alah ayat camtuh. Rupanya ada perbezaan yang ketara giler. Hohoho… lepas nih kena lebih berhati-hati buat ayat! XD