Memaparkan catatan dengan label mood swingz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mood swingz. Papar semua catatan

Khamis, November 27, 2014

Korek korek ... (bukan hidung xD)

Koro sedar dalam previous posts blog nih ada beberapa entries yang kehilangan gambar dan embedded youtubes hasil daripada mengorek-ngorek past entries jap tadi (TAT) Koro tak tau kenapa jadi camtu tapi apa yang pasti, jadi satu kerja la pulak nak reload balik semua images. Haiyaaa...

Leceh! Koro dahla malas hihihihi... Tapi nak buat camne kan. Kalau ikutkan, Koro nak biar jek previous entries camtuh jek. Tapi jadi tak syok la kan kalau kita sendiri teteiba nak baca entries tu pastu takde iringan gegambar yang sepatutnya. Kalau kita dah rasa camtuh, apatah lagi orang-orang yang tetiba blogwalking singgah sebab tertarik ngan keyword carian diaorang kat google hingga akhirnya tak memasal masuk blog nih. Fufufufu...

So, Koro akan update memana entries yang rerasa popular terlebih dahulu. Ahahaha... ada ke yang fofulernyer? xP Yang lelain, Koro akan baiki kalau tetiba terasa terlebih rajin. Mwahaks xD

Jumaat, April 04, 2014

Wahhh... kena revamp nih! Dx

Assalam semua! xD (Koro tak sure berapa ramai yang baca tapi lantaklah xD)

Setelah sekian lama membiarkan blog ini berhabuk, Koro terasa hendak jenguk sebentar xP Ecehceh... ayat formal lak tetiba. Ahahaha. Koro rasa blog nih Koro kena revamp balik semula. Korek and cari balik gegambar yang tetiba menghilang. Sedih wooo... banyak giler gambar tetiba takde (QAQ) Nak kata Koro main link-link, takde pulak. Semua Koro save and upload thru PC jek. Apsal boleh hilang arrr??? Dx

Korek punya korek, Koro akhirnya terjumpa beberapa yang Koro pernah masukkan kat blog, kat Google+ Koro. So, save sket la keje mencari images tuh huhuhu... Cuma leceh sket la nak kena masuk balik edit semua posts sesatu. Mungkin Koro schedule cam bulan nih wat untuk tahun 2013. Bulan depan untuk tahun 2012 pulak ke xD Koro baru perasan dah lama gak rupanya usia blog nih xD Dari zaman kekanak ribena sampai dah jadi seasoned teen. Wakakaka xD

Papehal pun, Koro just akan edit balik posts jela. Overall appearance biar jelah camni. Masih okay kot. Masih relevan? xP

Rabu, Jun 02, 2010

Tak sukanyerghhhh (=.=)

Arghhhh!!! Marah giler nih!!! Dx




Koro tak suka bila...

[1]
orang tak sempat pun kuar lagi dari koc komuter tapi yang dok menunggu kat stesen dah meluru masuk. Pastu siap memarah kalau yang nak kuar tuh terlanggar diaorang. Weihhh... korang yang takde kesedaran sivik dan etika tuh sape suruh?!

[2]
ada orang suka diri dedekat pintu koc komuter padahal stesen diaorang nak turun tuh jauh giler lagi. Bagi la orang yang nak turun stesen terdekat dok situ. Yang korang tuh gi la masuk dedalam sket. Hadoi...

[3]
ada orang suka bersandar kat tiang dalam komuter cam tiang tuh dia sorang jek yang punya. Weih... orang lain pun ada syer yang sama sebab diaorang pun baya tiket gak cam ko. Hampes!

[4]
dah dengar announcement pasal koc tengah khas untuk wanita, dah ada sticker koc wanita tampal kat cermin ... tapi lelaki-lelaki bangang tetap masuk koc tuh. Bengong!

Hangin nih! Hangin! Dx
Grrr... rasa cam nak gigit jek sekor-sekor.
Rawrrrr!~!! Dx

Isnin, Mei 03, 2010

Freedom of Speech? (-___-)

Pagi tuh seperti pagi-pagi yang lain. Waktu rehat. Waktu paling sesuai nak skodeng Gaia Online di opis hehe... Tanpa mengesyaki apa-apa, Koro bukak la akaun mule Koro untuk mengutip daily chances cam biasa. Tapi perhatian Koro tertarik kat satu notification nih. Katanya ada guild announcement.

Koro bukak, rupanya ada member guild announce pasal kewujudan dua thread yang langsung tak menghormati Islam. Kenapa? Sebab si thread creator menganjurkan "Draw Muhammad Day" untuk support event yang kekonon dicanangkan untuk disambut pada May 20. Semuanya gara-gara si Molly Noris melukis satu kartun satira in support of episod South Park yang menggambarkan Nabi Muhammad dalam sut beruang. Si Molly lukis kartun tuh dengan tajuk "will the real likeness of the prophet muhammed please stand up?" dengan menggambarkan beberapa karekter cam cawan, kepingan domino, sekotak pasta, gulungan benang, beg bermuka anjing dan sebijik epal... semua mengaku diaorang tuh la resemblance terdekat.

Skang Molly tuh cam dah takut and dia tak nak ada kaitan dengan memana individu atau group yang masih meneruskan event tuh.

Hoh. Tau pulak takut (-___-)

Anyway, back to Gaia.

Hangin ooo baca dedua thread tuh. Rata-rata orang barat (Koro anggap mereka tuh penganut Kristian aka anti Islamic tipikal ... dan Koro rasa mungkin ada yang ateis) yang post dalam threads tuh memberi sokongan. Diaorang sokong atas alasan 'freedom of speech, freedom of art'. Sesiapa poster Islam yang cuba menyarankan agar thread tuh ditutup kerana kewujudan thread tuh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam Gaians, mesti kena lashback dengan ramai posters omputih tuuut tuuut tuh (maaf sebab beberapa perkataan terpaksa ditapis sebagai menghormati censorship huhuhu...). Diaorang kata Islam people are so narrow minded blablabla... siap kata orang agama lain tak kisah pun kalau deities diaorang dilukis tah pape.

Tuuut tuuut korang la! Itu korang. Kitaorang mana sama ngan korang yang tak sker hormat tuhan sendiri.

Lagi hangin bila si thread creator kata dia bukak thread tuh bukan untuk insult Islam tapi sebab atas dasar hormat la dia bukak thread tuh. TUUUUUT!!! Hormat apa kemendenyerghhhhh?! Dah tau Islam melarang sesiapa pun menggambarkan Nabi Muhammad (s.a.w) apehal ko sesibuk nak suruh orang lukis Baginda camne lak ikut interpretasi korang?! Apsal ko tak suruh orang lukis holy figure agama ko sendiri? Kenapa nak amek agama orang lain?!

Ahhhh!!! Tensen Koro baca thread tuh dari first page sampai abis. Lagi rasa nak ngamuk bila ada sorang tuh submit art dia dengan melukis seorang Arabian lelaki memakai make-up dan menamakan orang tuh sebagai Muhammad. Giler melampau! And kalau nak kata dia melukis secara random... apakah maksudnya ... "this is my submission" ... dah tentunya dia submit art untuk menyertai kempen draw muhammad tuh. Tuuutttt!!

Sakit hati giler owh Dx

Koro terus report dedua thread tuh. Siap report posters secara individu. Yang post untuk menyokong dengan membantai the narrow-mindness of Islam people, yang menyokong dengan menghantar art, yang menyokong dengan memaparkan banner untuk cause tuh, yang menyokong dengan menimbulkan isu episod South Park... semua aaaa!!

*hangin ... hangin ...*

Itupun Koro bersusah payah taip ayat masa tulis report tuh kasi nampak tengah cool. Cam tulis report berilmiah. Walaupun dalam hati mendidih bagai.

Apsal la korang sker mempersendakan agama orang lain? Duduk dediam takble ke? Nak buat thread camtuh, fikirla dulu akibatnya. Kalau orang lain buat agama ko camtuh, ko marah menggila. Tapi buat kat agama orang lain, ko kata freedom of speech lak. Giler tak adil Dx

Dan semalam Koro dapat feedback daripada Gaian moderators yang kata threads tuh dah pun ditutup bagi tidak membesarkan isu kontroversi yang mungkin timbul. Kang jadi pergaduhan pulak dalam Gaia. Hoh. Tapi Koro tak puas hati gak sebab mod tuh sempat nyelit kata si thread creator mungkin terlupa yang perbuatannya boleh menimbulkan kekecohan sebab dia cuma ikhlas untuk support a cause yang dia believe in.

Hampes.

Koro rasa tak bes la campur adukkan online community life dengan real life issues especially yang sentuh pasal belief, faith, ritual, race sumer tuh. Kalau nak sentuh, boleh jek, tapi buatla dengan cara bijaksana sket. Diskusi berilmiah ke. Jangan la selamba badak tetiba bukak thread kat art subforum suh lukis Nabi junjungan pulak. Akal kan ada.

Tapi sebab threads tuh dah ditutup buat masa skang, Koro rasa patut biarkan isu tuh reda. Biarpun kat luar Gaia, dah mula bersepah dengan support untuk event tuuuut tuh. Tak caya, try aaa google. Koro dah try tadi. Ada dalam 2, 120, 000 results yang Koro malas nak klik untuk tengok satu per satu.

Anyway, moral of the story... kalau tak sker orang kacau agama kita, jangan la pepandai kacau agama orang lain dalam cara yang tak sepatutnya. Ble?

Renung-renungkanlah.

Khamis, Mei 21, 2009

ARGHHH!!!

Hari ni rasa macam nak main Gaiaonline balik semula. Ingat nak edit balik si Noctis tuh. Tapi kannnn... dah lupa password daaa! (T^T)

Tambah haru lagi bila dah terlupa gak email apa yang digunakan untuk buat akaun tuh.

Argh tidak! Dahla baru je terniat nak pindahkan semua MC balik ke Koro nyer main account. Huhuhu... cane nih? Cane nih? (T^T)

Akaun lain Koro ble je ingat password diaorang. Tapi apsal yang si Noctis nih cam dok tak betul jek password haaa? Seingat Koro, Koro tukar nama dia jek and bukan password (O_o)

Ke si Noctis dah kena hack? Huhuhu... siannyer dia (T^T)

Nak cuba insert password beberapa kali tapi Koro cuma max 2 kali satu hari. Kalau tak, ip kena ban and kalau ip kena ban, takble pulak main Gaia kat sini ekekeke~

Pencarian password bermula! Owh~ (T^T)

Selasa, April 28, 2009

mat moto dan moto yang patut dihumban masuk gaung

Owh... terpengaruh ngan si tensai nyer post pasal kes pemandu hampes xDDD~

Nak gak citer pengalaman sket. Walaupun bukan Koro yang mandu keta itewww... kakaka~

Anyway, penah gak ada satu malam tuh nak balik bangi daripada nilai, ikut jalan bukit mahkota tuh, lalu ikut len kanan leklok je dianyer speed mecut. Dalam 110-120KM/H arr... (nak balik cepat sebab koro jr kan ada. Tak elok balik tetengah malam hehehe... kang ada mende lain yang ikut skali hehehe...)

Tetiba tak pepasal ada moto libas masuk len kanan secara ngejut and yellow bigbug Ryu-kun cam sket lagi nak cium bontot moto hampes tuh. Mujur arr sempat brek. Pastu lak tak pepasal si mamat moto tuh cam pandang belakang ngan muka tak puas hati. Cam kata "oi tak nampak orang ka?!"

Aits? Dia yang tetiba masuk mencelah dari len kanan masuk len kanan. Paham dak? Dia kat belakang bigbug Ryu-kun (Moto kat len kanan?). Pastu bajet kekonon leh lepas kalo nak potong kot. Tapi dia potong dari side kanan gak. Ryu-kun lak tak terpikir moto tuh nak potong time tuh. And dengan cara camtuh, so memang bajet nak pecut sket and baru jek tekan minyak masa tuh. Moto tuh plak tetiba nyibuk nak nyelit time tuh gak. Pastu hampir-hampir la kebabommm!

Sape yang salah sebenarnya di sini haaa? (-___-)

Mamat moto hampes cilakak tuh siap bagi signal tangan cam nak suh Ryu-kun berhenti tepi jalan untuk setel mende tuh. Tapi Ryu-kun malas nak layan. Tambah pulak ada koro jr kan? xD Tak main arr lelayan mat rempit brodiherru tuh. So Ryu-kun teruskan jela mandu and Koro sempat nampak moto tuh dah berhenti tepi jalan, expecting Ryu-kun wat mende yang sama.

Skali bila dia nampak Ryu-kun wat dunno jek, dia terus mecut moto kejor kitaorang (O_o) Pecut gegiler tuh sebab kitaorang memang dah jauh tapi tetiba aits... dia dah ada kat sebelah! (O_O) Dengan muka kerek tak puas hati sambil tunjuk-tunjuk, tangan terkapai-kapai kat udara cam hangin sangat la konon sebab tak Ryu-kun tak berhenti.

Ryu-kun malas nak panjangkan isu nih so dia bukak tingkap keta kata sorry arr bang, tak nampak. Tapi mamat moto kerek giler babas taik hidung masin tuh kata "oii?! lesen takdak kaaa? nak bunuh orang kaaa?! bape lama dah bawak keta?!" dan perkataan-perkataan yang seangkatan dengannya. Rasanya kalau Koro ngan koro jr takde, dah lama Ryu-kun celen mamat tuh race sebab hangin giler ngan caci-maki mat moto nak mampus tuh ekekeke~

Tapi Ryu-kun tak layan merepek-meraban mamat tuh yang masih ongoing, sebaliknyer tutup tingkap keta and teruskan mandu jek. Moto tuh still tak puas hati lagi tuh. Siap follow jap kitaorang sebelum dia mecut ke depan sengsorang tak lama pastuh.

Itu la sesifat samseng moto jalanan yang kerek. Dahla moto kapcai jek. Kalau moto 500cc, ble gak kagum hormat jap. Wakakaka~

suku-sakat terdekat mat-mat rempit[ jom rempit owh!!! wakakaka~ ]

Selasa, April 21, 2009

k-ching $_$

Huhuhu... sedih... (T^T)

Slip gaji dah dapat tapi gajinyer belum float-float lagi. Mungkin takde pelampung (=_=''') Aiii... bulan lepas (mac) dengan bulan nih (april) guna kad kredit bagai nak giler. Skang nak kena bayar balik. Lagi la bertambah giler. Huhuhu... kalau gaji on time, leh je survive. Budget duit nak simpan, nak blanje, nak bayar utang ptptn ngan kredit.

Tapi sumer perancangan tuh lari. Owh!!! Disebabkan pembayaran yang lewat. Ingatkan dah setel dah mende nih tahun lepas. Tapi sampai dah nak masuk May, still poyo camtuh jek keadaan. Kiranyer, gaji sebulan yang diperuntukkan untuk budget sebulan, terpaksa cover untuk 2 bulan. Last-last, duit dalam bank tinggal ciput. Uhhh... (T^T)

Cane nak setel utang kredit ngan ptptn nih? (T^T) Dahla ptptn tuh suh bayar lebih daripada sepatutnya... (insert anger mode here). Pinjam baru rm3500. Tapi kena caj lebih daripada tuh. Sape tak hangin? (-_-) Memula rajin gak bayar rm100 tetiap bulan. Tapi lelama cam dok bertambah jek kena bayar, mula la rasa cam nak mogok. Protes! (TOT) Tu pun sib baik ada tabiat cek penyata tetiap kali bayar. Kalo tak, sure tak tau yang setiap tahun sure meningkat nyer pembayaran. Pastu suh orang cecepat bayar. Podahcit!!! Cane nak bayar cecepat kalo hang dok tambahkan caj jek. Hangin nih... hangin nih...

Daripada rajin bayar, mula rasa malas giler. Yelaaa... kalo bayar pun, lum tentu hutang surut. Haaa... sebab ramai yang buat camnila agaknyer tu pasal ptptn lambat dapat duit balik. Tak sedor tuh. Pastu komplen student lambat bayar balik pinjaman even dah kerja. Mangkuk! Kalau caj bayar balik statik, dah lama utang gue dah habis! Marah ni... marah ni... Dx

Ahhh... pedulik kan ptptn tuh. Sib baik dapat pinjam untuk satu sem jek. Tu pun Koro mintak setengah sem sebab masa tuh dah dapat plak biasiswa jpa. Tapi ptptn tak bagi. Hampes. Konon nak senang kira untuk bayar balik kalo pinjam satu sem terus.

Arghhh... tak sker hutang-hutang nih Dx Dahla hutang ngan mende. Err... tapi ada gak hutang dengan otou-san hehehe... Nanti Koro bayar balik ek, otou-san xDDD~ Cuma bukan skang aaa sebab nak setel ptptn hampes tuh dulu. Kad kredit, Koro tak marah dia sebab dia banyak kali selamatkan Koro dalam tempoh gaji takderk nih xD I lap yuu mai visaaaaa x3~

And bil letrik, sib baik kerajaan selangor tampung. Hehehehe~... tu pun sebab penggunaan letrik bawah 20 hinggit xDDD~ Bil air dah tak perlu bayar sebab dah tak duduk kat flat tuh. So setiap bulan dalam bil kredit 6 hinggit. Hehehe~ xDDD Nanti bil letrik pun camtuh la gak. Ada kredit xDDD~ Skang kena bayar astro ngan umobile jek (yang tak guna pun sebab ada orang lain cekau hahah xD)

Bila la masalah pasal duit nih nak setel ekk? Dx

Nih yang ter-generate daripada horoscope kat ivillage (^O^)

Aries - Watch for frustration with your bank account right now. Numbers are very tricky now.

Uhuhuhu... horoscope pun kata camtuh? (TOT)

Isnin, November 03, 2008

I miss Gaia ... huwarghhh!! TOT

[editing pada avatar hasil sumbangan Miju xD]

Gaia Online ... boo~hoo~ ... T^T


It's been like two full months since I last went in there. Banyak giler item baru dah keluar. Sama ada shop items, cash shop items, free items mahupun event items. Event Halloween bebaru nih pun miss. Sedangkan sejak tahun 2006, tak pernah miss untuk buat sebarang event ... T^T

Owh~ sedih! TOT

Dahla "ZoMG!" telahpun dilancarkan. Tak dapat jadik antara yang terawal untuk main. Boo~hoo... T^T ... Selama nih beriya pasang niat untuk jadik yang terawal tapi bila dah dilancarkan, langsung tak berkesempatan! ZoMG merupakan salah satu event baru Gaia Online dalam usaha mengembangkan empayar ke-gaia-an diaorang xD Daripada menjadi komuniti online berteraskan forum alaf baru, penjanaan simulasi ... kini diaorang ada virtual battle world yang tersendiri! xD Walaupun tak sama dengan online game, tapi lebih kurang arr xD

Dan diriku ketinggalan untuk menikmati semua itew. Owh~!!! T^T

Semuanya sebab masa. Dan juga ketiadaan pc yang boleh support flash player. Pc kat umah, windows XP dah corrupt. Nak baiki rasa malas sebab pc tuh beli masa tahun 2000 camtuh --- pc yang cuma 9 gig jer hard disk! Wahahaha xDDD~ Compare dengan zaman skang, memang jauh berbeza. Sebab tuh la rasa cam malas giler nak baiki. Baik beli baru, ye tak? Tapi nak beli baru perlukan duit! Owh~!!! T^T

Nak main kat opis... giler! xD Hahaha~ lagipun opis blok flash xD Cam tau-tau je para workers nak curi-curi tulang main game flash hehehe... laptop mak plak dah tojan-infested. Tekan download, terus tutup browser secara auto ... -____________-

Makanyer, tak dapat la nak donlot sebarang pembersih trojan. Sungguh biadap itew trojan! Huwarghhh!! Nak reformat --- perlu duit! Owh~!!! TOT

Dan ku ingin sekali bermain Jin Online ... T^T ... siap dah wat akaun masa ACGC kat MidV ari tu. Tapi dengan tamatnyer tujuh hari tempoh percubaan, mesti akaun tuh dah mati. Owh~!! T^T

Kesengsaraan seorang kaki online gamer yang tak mampu bermain sebarang permainan online!

Mujurlah ada ps2 sebagai pengubat hati huhuhu~...

Isnin, Ogos 13, 2007

On hiatus...

I'm a proud member of this guild in Gaia Online! xD
Aaa... memang dah lama tak post apa-apa kat blog. Takde idea dan takde masa. Uhuhuhu... makin busy. Makin mencabar kerjaya ku ini. Dah bukan content writer dah ni. Ni cam nak masuk-masuk jadi exec sales marketing nih T_________________T

Bebaru nih kena buat grant proposal. Ternganga jap. Amende tuh? Uhuhuhu... saya tak sker arr mende-mende marketing nih. Iskkk... bila selidik punya selidik, senior exec sales marketing lak nak resign sorang. Patutla uhuhuhu... kalau tak, ni dah tentu keje dia. Dia yang patut handle. Sedihnyer. Tak kisah nak multi task tapi ni multi task luar bidang nih. First time dengar term-term dalam marketing. Tak sker tak sker tak sker huhuhu...

Anyway, entry nih nak bagitau, saya probably on hiatus untuk beberapa hari, mungkin bulan. Sebenarnya dah lama start hehehe cuma tak sempat bagitau jer xD Kalau saya ada masa, saya singgah.

Oh yer... Liverpool menang! xD

Isnin, Julai 16, 2007

nanda koreeeee???!!! .... (>0<)

Hontou daraou???? Usooooo!!! Huhuhu...

Berita amat dahsyat. Baca blog korang boleh. Tapi nak balas tak boleh. Road block habis-habisan kat ruangan comment mahupun tagboard! Kerana itulah, terpaksa tunggu sampai kat rumah untuk bukak tenet yang access unlimited (=_=) Itupun dengan masa terhad kerana ku juga perlu tidur. Ku bukan manusia nocturnal.

Jadi sesapa ada tip untuk un-block-kan access ke ruangan komen blogger nih tanpa ditangkap technician (hehehehe...) sila-sila la bagi info ekk (^_^)

Ku ada baca blog korang. Bukan ku tak baca. Cuma ku tak mampu membalas cam biasa huhuhu... tak dapat nak tanya lagi pasal mek mulong kat butaseni-san, layan artikel dan opinion dalam english milik banji-san serta coretan kengkawan ryoka yang lain. Iskkk...

Kalau macam ni, weekend jelah ku mampu "bersuara" (T_____T) Jadi rajin-rajin la baca archive korang ek. Hohohoho....

Btw, ku dah beli Nana 2 dengan Hana Yori Dango 2~!! Layan layan~!! xDDD Metro Point Kajang yang baru bukak tuh memang heaven sebab banyak giler citer jepun baru-baru ada jual kat situ. Lalalalala~ xD

Khamis, April 19, 2007

Gacchan survey~

First off, gomen nasai~!! Lama giler tak update!! Kira cam blog terabai sejak minggu lepas!! Huhuhu... siap sempat tengok Ninja Turtle lagi xP By the way, best giler citer tuh! Komen daripada seorang fanatik tetel haha xD Lagi satu, soklan soklan bebanyak dalam entry sebelum nih, saya jawab kendian la ekk haha xD

Fokus saya kali nih adalah si mamat bishie Gacchan xD [Lagi??? Hahaha xP] Sesaja la gatal nak survey kepopularitian Gackt di Malaysia. Secara spesifik, kepopularitian dia di kalangan kedai kedai muzik YANG SEPATUTNYA TAU PASAL DIA sebab diaorang PATUT ARIF tentang perkembangan dunia muzik tak kiralah kat ceruk mana sekali pun lebih lebih lagi kalau DIAORANG JUAL CD LAGU LAGU JEPUN kat kedai diaorang.

Sila ambil perhatian kat perkataan yang di capslock kan yer. Okay, sampel sasaran yang terpilih adalah kedai kedai muzik di sebuah shopping mall yang gabak, tingkat yang sama level ngan cinema. Nama asal ditukar bagi melindungi maruah memasing xP Tapi yang terasa tuh, pepaham sendiri la ekk...

Kedai pertama – Mena – YANG JUAL CD JEPUN – tapi kebanyakannya outdated... hampesss...

Koro & Ryu-kun : Ada jual cd Gackt tak? Kat rak takde.
Mena : Gackt? Camne eja?
Ryu-kun : G-A-C-K-T
Mena : Jap ekkk... *cek record cd kat pc* ... Ohhh yang album December Love Song ni ker?
Koro : ... U___U [De-cem-ber-love-song jer??? Giler outdated!!]
Ryu-kun : Err... takde yang terbaru ke?
Mena : Takde. Yang December Love Song ni pun takde dalam stok.
Ryu-kun : Okaylah. Takper. Terima kasih ye.
Mena : Ok
Koro : ... T____T#
Ryu-kun : Takper aaa... kita cari kedai lain.

Strike One.

Kedai Kedua – Tak ingat nama tapi kekonon jual lagu lagu rock – KEKONON!! – hampes darab dua... – KEDAI NIH ADA JUAL CD JEPUN...

Ryu-kun : Kat sini ada jual cd Gackt? Dia artis rock jepun.
Rock : G-a-apa?
Ryu-kun : Gackt. G-A-C-K-T. Gackt.
Rock : ...
Koro : Gackt. Lelaki.
Rock : Jap ehhh...*panggil geng – bisik-bisik*
Rock2 : Nama dia sape tadi?
Ryu-kun : Gackt.
Rock2 : Camne eja?
Koro : ... T__________T#
Ryu-kun : G-A-C-K-T.
Rock2 : Nah kertas. Tulis ejaan.
Koro : T______________________________T
Rock2 : Ohhh Gackt. Yang berlakon citer Long Vacation tu? Takde. Kitaorang dah habis stok *DENGAN MUKA PENUH CONFIDENT CAMPUR KNOW-IT-ALL*
Koro : HAH??? HAPE? Tapi Gackt bu-...
Ryu-kun : Dahla. Jom kita blah.
Koro : Tapi Gackt bukan ber-...
Ryu-kun : Diaorang tersilap tuh...
Koro : Tersilap apa?! Diaorang memang tak tau langsung tapi buat buat tau!! Tu Kimura Takuya laaa!!
Ryu-kun : Takperla. Diaorang tak kenal Gackt...
Koro : Mana boleh tak kenal! Diaorang bukak kedai muzik! Diaorang jual cd jepun!! Lagu rock pulak tuh!! Tapi yang dijual bukan lagu rock pun kebanyakkannya!!
Ryu-kun : Err... apsal orang lak cam kena marah nih? Eheh... *sweat*
Koro : Ohh... gomen hihihi... meletup sket sebab tensen xP Sori ekk... xD
Ryu-kun : Hahah... xD

Strike two.

Kedai ketiga – Vroom – jangan cakap arr... kedai nih glamer ngan stok jepun korea nyer... tapi malang sekali...

Ryu-kun : Sini tak jual cd Gackt ekk?
Vroom : Err... tak kot. Sorry ekk.
Ryu-kun : Takper. Terima kasih ekk.
Vroom : Sama-sama :)

Strike three.

Haha... paling bengang kat kedai Rock tuh T___T Muka pun cam kerek jer kata Gackt tuh berlakon citer Long Vacation. HAMPES GILER!! Nak jer suh dia google Gackt ker... main game Crisis Core yang mana Gackt jadi Genesis, antagonis game tuh – juga dapat dilihat masa ending game Dirge of Cerberus. Genesis, Anjeal dan Sephy – woohoo~!! xD Nak cecepat sambar psp untuk main Crisis Core!! Huhuhu...

Anywayz, kesimpulannya di sini... kepada semua fanatik Gackt di Malaysia, saya AMAT bersimpati dengan anda semua kerana sesungguhnya, para pekedai muzik cam tak menghiraukan kewujudannya yang seakan dewa di Jepun tuh. Iskk Iskk... Mujurlah Laruku dikenali la jugak sesket.

Tapi tu baru tanya pasal Gackt. Belum lagi pasal Psycho Le Cemu ke... Alice Nine ke... Nightmare ke... T________________T

Jumaat, Mac 02, 2007

Mood ring!

Fun stuff I just fished out from the net xP

"A mood ring is a novelty ring which changes color in response to body temperature, using a thermochromic liquid crystal. The mood ring is a form of biofeedback and supposedly indicates the temperament of the wearer, indicated by the ring's color."- Wiki

And here is my result O_o :

Your Mood Ring is Yellow

Imaginative
Wondering
Thoughts
Peaceful

Rabu, Februari 28, 2007

Blok blok kayu... OHHH!!!

Biter buruks.

Kat opis, blogger ngan blogdrive dah kena block!! Atau mungkin pc saya jer. Tapi still - dah kena block!! Jadinyer, tak dapat langsung nak post, balas komen mahupun pergi blog orang lain (T___T) Hampesss... Dahler tulis blog masa rehat. Salah kah? Huhuhu... Tambah parah biler cbox pun keluar satu kotak merah kelabu tulis "ACESS DENIED". Sedih!!

Resolusinyer? Terpaksa tunggu sampai balik rumah untuk bukak blog. Tu pun kalau rajin hahaha sebab streamyx kat rumah pun kengkadang bengong (T___T) Rasa cam tak berbaloi jer bayar nam puluh nam hinggit tuh. Ku tidak puas atiiiii...!!

Haiz. Nak wat camne. Dugaanla ni kot hahaha xD

Sepanjang petang tadi pas keje, sibuk sketch komik strip pasal wewatak Advent Children xP Untuk sesker sendiri jer. Takde tujuan komersil. Sketch pun dalam buku latihan bergaris haha xD Buruks kekeke... Kalau rajin nanti saya scan, host pastu upload kat dalam nih. Tapi malu xP

Takde tujuan buat mende alah tuh. Semata-mata nak ngusik si Pah yang sker giler kat Cloud xP So Cloud versi saya cam bangang sket. Cloud yang sker cosplay jadik Vincent hahaha xD Pah nak marah pun tak ble sebab dia sendiri tergelak tengok Cloud versi saya xP

Cloud fans jangan marah haaa... xD

Isnin, Februari 05, 2007

Warghhh!!

Rojak entry! Haven't been updating the bloggie for a while. Why arr? Coz of da stoopid-blogger-won't-load issue (T___T) I've been trying to get into the dashboard thingy for days but to no avail. Warghhh... tense building! It's not that I'm lazy to update or anything. Trust me worrr...

Papehal pun, skang terpaksa lak duduk Nilai. My imouto came to stay for 3 weeks here. Since no extra room in Bangi, so have to stay at Nilai. Which literally means, all of us (except abah hihihi...) terpaksa bersusah payah sket. Okaa-san gotta go as early as 6.15 to school to teach. Otouto and Pah gotta rush as late as 7am both to school and practical place. Me? Of course arr rushing also. Tapi ada 2 option hihihi... Sama ada tumpang Otouto or abah (^_^)

I haven't touched my anak sedara yet haha... not that I don't want to but it's just that I don't think there's a need in doing so (O_o) Pelik kah? Haha... Lagi pun, tak reti arr handle bayi baru lahir nih. Takde skillz lagi kot ahahaha xD Setakat henjutkan buaian adalaaa...

Anywayz, already finished ANGELS AND DEMONS by Dan Brown. Best gak dapat info pasal Illuminati sesket. Nanti nak beli lagi. Apatah tajuk. Cam nak kumpul sumer title la hihihi... Addicted to Radiata Stories gak xP Sampai sanggup bersengkang mata print out walkthrough hahaha xD

Ohhh... dah tau cara lain nak masuk dashboard blogspot tuh. Kena masuk melalui blog orang lain, bagi komen, pastu baru ble masuk blog sendiri. LECEH TERAMAT!!!

Sabtu, Januari 27, 2007

uwaahhh... dah pindah!

Dah pindah! Mulai Selasa depan, saya akan berada di tingkat satu. Kena bersama-sama product team xP Leceh sket sebab terpaksa bergaul dengan senior hehehe... Dah makin susah nak curik masa tulis blog hehehe... Terpaksalah tunggu dengan penuh sabar hingga ke waktu rehat (T__T)

Tak pun terpaksa tulis memalam kat rumah. Lecehnyer hahaha tapi takperlah. Sekurang-kurangnya dah tak perlu panjat banyak sangat tangga xP

Skang tengah dalam proses nak tengok citer I'm Sorry I love You yang dipinjamkan oleh Puteh. Baru lepas tengok satu eppy. Tapi cam lama lagi nak habis heheh... banyak giler cd dia!! Dahla tengok satu cd sehari haha xD Gomen yer, Puteh, sebab mungkin terpaksa pulang lambat yang teramat!

Isnin, Januari 15, 2007

mai tetel~!! T^T

Pagi tadi, mak kejut. Seperti biasa, cam ganaz sket. Bayangkan pasukan SWAT nak redah masuk terrorist base. Takkan bukak pintu dengan sopan santun kan? Macam nak pergi beraya pulak. Hahaha... Tak sempat wat pape dah kena hujan peluru. Mestila diaorang bukak pintu dengan cara tendang tak hingat kan? Macam tula, mak. Bezanya, mak tak tendang. Mak belasah... err... ketuk pintu dengan penuh feel xDDDD

Anywayz, perkataan pertama mak kata bila nampak mata saya dah tercelik dengan mamainyer... "kekura ada bawah tu haa!".

Cam magik, saya terus melompat turun dari katil pergi ke ruang bawah. Nasib baik rambut tak serabai mana sebab sempat sikat sebelum tidur hahaha xD Ohhh!! Dah jumpa Keyboard!! Dia tersadai tepi dinding bawah tikar buluh. [Tikar buluh? Rumah jepun ke apa? O_O Kikiki...]

Segera hambik dia bawak naik atas. Pastu masukkan dia dalam cebok, isi air dan makanan tetel. Akhirnyer!! Keyboard dah hilang selama sebulan lebih O_______O Lama giler tuh!! Entah apa entah dia makan sepanjang perantauannya.

Pagi ni bawak dia pergi opis. Shhh... senyap! Senyap! Jangan bagitau orang lain tau ^_^

Selasa, Januari 09, 2007

duit... $_$

Dapat feedback daripada adsense. kata blog ni tak seswai nak bubuh mende alah tuh disebabkan language conflict. Hahaha xD Saje jer try request. Tak tau pun mende alah tu apa sebenarnyer. Dalam bebanyak apa yang diterangkan panjang berjela tuh, cuma satu mende jer yang menarik perhatian. You will be paid. K-ching!! $_$

Disebabkan paradisu tak boleh, maka saya beralih pulak apply untuk blog lagi satu yang memang fully english xP Huhuhu... mujur ada 2 blog ye tak? xD Pun dengan alasan yang sama. Saje je nak try ^_~

Beberapa hari yang lepas, Danny ada forwardkan email pasal numenmail. Entahlah. Katanya kita akan dibayar cuma untuk klik iklan-iklan yang akan dihantar melalui email ataupun akaun numenmail kita. Sebab saya takde paypal mende alah sumer tuh, boleh setkan pembayaran secara cek O_o

Ada tanya Danny, boleh caya ker mende alah nih? Dia kata try jer. Dia pun ada sign up. Pendapatan sampingan lah konon huhuhu... saya pun bantai jelah. Pape hal pun, ada geng kalo ada pape berlaku hua hua hua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...