Memaparkan catatan dengan label spesel kesh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label spesel kesh. Papar semua catatan

Isnin, September 10, 2018

Bitcoin Free Melalui Faucets!

Wahhhh... topik rare gitew. Entah kenapa tetiba boleh pulak sentuh topik ni ahahaha padahal tak minat pun bitcoin mining semua tu. Cuma alang-alang dah terjumpa satu infopanduan cambest pasal mengaut bitcoin secara percuma melalui faucets, terasa teruja gak nak try xD Keyword di sini : PERCUMA. Ahaks xD

Okay pape hal... jom baca sedutan daripada FB Khairul Yoi pasal Bitcoin :D

=====================================



BELAJAR BUAT BITCOIN 

Disebabkan ramai nak belajar buat bitcoin secara faucet, aku ajar korang kat sini je la. Sebab banyak sangat group, tak sempat aku nak handle satu2. Follow steps one by one, insyaAllah nanti korang akan paham macam mana nak himpun bitcoin melalui faucet.

Sebelum tu korang kena paham dulu apa itu BITCOIN. Bitcoin ialah matawang digital, sama je macam duit, cuma masih di alam siber. Melainkan korang dah jadikan bitcoin kepada cash. Skarang nilai bitcoin tengah jatuh, so skarang masa terbaik untuk himpun bitcoin. Nanti harga dah tinggi boleh jual. Skarang 1 bitcoin lebih kurang RM23k-24k. Aku nak ajar korang dapatkan RM23k-RM24k ni secara percuma. Tak payah guna modal.

Ada 3 cara untuk jana bitcoin. Pertama mining, kedua faucet, ketiga trading. Untuk mining, korang kena keluarkan modal besar untuk invest. Tapi kalau faucet, korang cuma perlu review page dan claim smula data internet yang korang guna tu kepada coins. Gitu lah lebih kurang. Jadi daripada korang online bodo2 je tak dapat apa, lebih baik korang tukarkan data korang kepada bitcoin. Kalau trading still kena ada duit dalam wallet baru boleh jual beli.

Disebabkan ramai scammer bitcoin, salah satunya Bitkingdom, ramai kena tipu, jadi aku sarankan better korang yang baru nak start mengenal bitcoin ni buat faucet dulu.

Untuk faucet, modal korang cuma internet, rajin, dan EMAIL. Manual mining menggunakan faucet ni makan masa tahun der, baru dapat kumpul 1 bitcoin. Ni aku pesan siap2. Kalau rasa tak mampu konsisten baik jangan buat. Buang masa kau je. Kelebihan faucet ni dia free. Waktu bitcoin jatuh mmg kau la yang paling untung sebab dapat banyak coin tanpa keluarkan satu sen pon. Tapi ada jugak risiko. Kalau harga bitcoin tengah tinggi memang sakit la nak himpun. Tapi turun naik bitcoin ni memang adat, sama macam matawang asing. Ni aku dah bagitau siap2 ni, kalau kau rasa kau pemalas better kau stop baca sampai sini je.

Ada 10 steps smuanya. Ikut betul2 dan korang akan faham.

Step 1
Buat acc COINPOT. Guna email korang. Acc coinpot ni berfungsi untuk himpunkan korang punya coin dalam satu port. Register di sini ( https://coinpot.co ) . Lepas register, korang akan nampak Token dan 5 matawang. Kita akan start himpun semua matawang tu.

Step 2
Matawang pertama. Litoshi. ----> ( rujuk link list di akhir2 post )
Sign in menggunakan email yang sama macam korang buat COINPOT. Sign in, dan claim litoshi. (Korang boleh claim setiap 5 minit, atau ikut masa korang free).

Step 3
Matawang kedua. Satoshi (BITCOIN CORE) . ----> ( rujuk link list di akhir2 post )
Sign in memggunakan email yang sama macam korang buat COINPOT. Sign in, dan claim satoshi. (Korang boleh claim setiap 5 minit, atau ikut masa korang free).

Step 4
Matawang ketiga. Dash ---> ( rujuk link list di akhir2 post )
Sign in menggunakan email yang sama macam korang buat COINPOT. Sign in, dan claim dash. (Korang boleh claim setiap 5 minit, atau ikut masa korang free).

Step 5
Matawang keempat. Dogecoin -----> ( rujuk link list di akhir2 post )
Sign in menggunakan email yang sama macam korang buat COINPOT. Sign in, dan claim dogecoin. (Korang boleh claim setiap 5 minit, atau ikut masa korang

Step 6
Matawang kelima. Bitcoin Cash. ----> ( rujuk link list di akhir2 post )
Sign in menggunakan email yang sama macam korang buat COINPOT. Sign in, dan claim bitcoin cash. (Korang boleh claim setiap 5 minit, atau ikut masa korang free).

Step 7
Bukak semula COINPOT. Dan korang boleh tengok semua matawang dah di claim dan ada kat situ. Sekiranya korang nak cepat kutip BITCOIN CORE, convert setiap matawang kepada BITCOIN CORE.

Step 8
Wallet. Untuk withdraw coin yg korang kumpul kat COINPOT tu ke dalam wallet, korang kena ada digital wallet. Download XAPO (digital wallet) kat www.xapo.com atau kat playstore. Verify wallet korang.

Step 9
Withdraw
Untuk withdraw, pergi semula kat COINPOT.
Kat bahagian BITCOIN CORE, tekan WITHDRAW.
Kemudian tekan WITHDRAWAL METHOD, click XAPO.
Kemudian masukkan email XAPO korang.

Atau, korang boleh daftar kat e wallet yang dah di approved by BNM. Lebih selamat dan korang boleh withdraw as cash kat atm yang diorang sediakan. Register sini ----> https://bit.ly/2LVj7It
Kalau tak paham lagi part withdraw n wallet, rujuk sini. Ada pic skali https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=615287292173521&id=378692722499647

Step 10
Transfer ke bank acc melalui Xapo

( info tambahan.)
Korang akan dapat bonus untuk setiap hari korang claim. Hari pertama akan dapat 1% bonus, hari kedua 2%, sampai lah dia jadi 100%. Bonus ni untuk SETIAP CLAIM tau, bukan untuk skali claim je. Tapi, kalau korang termiss satu hari tak claim, bonus tu akan kembali kepada 0.

Setiap kali korang claim pulak, korang akan dapat 3 token. Katakan korang claim setiap 5 minit, korang akan dapat 9 token untuk 15 minit. Tapi kalau korang claim setiap 15 minit, korang dapat 3 je la token. So kena rajin2 claim.

Sebab tu aku dah kata, kalau tak rajin jangan main bitcoin.

Settle. Selamat berbitcoin.

-Khairul Yoi
-https://www.facebook.com/kyoikhairullah/posts/611617489207168


================================

Soooo... ada yang nak try? x3

Ini antara faucet sites yang Koro biasa pergi untuk claim.

DOGECOIN doge


BITCOIN CORE satoshi


LITECOIN litoshi


BITCOIN CASH mooncash


DASH moondash


BONUS BIT (5000 satoshi every 15min)


Bitfun: Satoshi

 
Tapi korang kena offkan adblock la kalau ada xP Pastu kalau jenuh nak jawab capcha tu, switch kepada yang jenis Solvemedia tuh. Takdela korang bazir masa tetiap kali nak claim nak kena cari pokok la... keta la... bas la... haizzz...

Rabu, November 21, 2012

Save Gaza! Peace and Freedom for Palestine!

Onore Israel!!! *hiss*

 

Koro buat guna Photoshop CS4. Outdated sket software nyer tapi buat dengan semangat berkobar-kobar. Tak bubuh pape disclaimer mahupun watermark sebab rasa kalau sesape nak guna/promote, silakan jelah. Koro dah letak merata dah pun. Kat fesbuk... kat Gaia... kat devart Koro pun ada.

Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan saudara kita di sana.

Sabtu, November 17, 2012

Sayonara Summer Springs! (TAT)

[Hanya tinggal kenangan uhuhuhu...]
 

Summer Springs... game fesbuk yang Koro amat rajin main sejak first time check-it-out xD Koro dapat tau pasal SS tuh pun sebab ada announcement kat Gaia. Koro cam uiks... dah tetiba tak nak teruskan Ocean Party, gi buat game collab baru dengan Fever Studio laks xP Tapi papehal pun, sebagai Gaian yang setia (ecehceh...) Koro pun try jela main.

[Permulaan bandar/kampung Koro yang dinamakan "Crinkley Bottom" hihihihi... xD]

Okay, apa yang buat Koro akhirnya tersangkut? Seterusnya meninggalkan game-game Zynga? Hihihihi... pertamanya... grafik dia comel amat! Arghhh... tak tahan xD Plot pun comel jek. Kedua, SS ni asalnya game korea Every Town tapi bila di-english-kan dan dibawa ke fesbuk, jadila SS. Third, setiap mende yang kita lakukan... takyah susah-susah nak guna energy! Mwaha! I like! xD Tak seperti certain-certain game (ahem... ahem...) yang kalau nak buat sesuatu perkara, terhad pada limit energy, SS membenarkan players buat apa saje dengan kekangannya cuma masa tanaman and hasil kilang di-produce-kan jek. Maksudnya, tanam la pape sekali pun korang masih ble main tanpa henti. Contohnya, tanam strawberi perlukan 30 minit untuk tuai hasil. So pas 30 minit berlalu, masih ble tanam lagi. Dan lagi. Dan lagi. Sampai korang bosan main untuk hari tuh. Wakakakaka xDDD~

[Dah maju sket xP]

Cuma slack nya kat deco la. Sesape nak deco bandar/kampung dia cecantek, memang nak tak nak, kena guna real life money la untuk beli SS cash. Tapi kalo sesape cam Koro yang boleh jek survive main tanpa beli SS cash, kampung/bandar kita masih boleh je survive walaupun tak secantik mana. Ahaks. Koro tak pentingkan deco sangat pun. Koro just sker kejar level. Nak sampai level 50. Yang tertinggi setakat nih xD

[Dah tambah kilang dan menatang! xD]

Tapi akhir Oct lepas, Gaia buat announcement. Berita sedey untuk para pemain tegar SS (TAT) SS akan dihentikan sepenuhnya pada 17 Dec 2012. Oh noes!!! Dx Gaia kata sebab tak cukup players untuk tampung 'perbelanjaan penyelenggaraan' game nih. Tapi ada gak rumours kata sebab sebenar adalah kerana Fever Studio telah dibeli oleh kompeni lain dan kompeni tuh takmo FS buat pape partnership dengan sesape and takmo diaorang bangunkan da game kat fesbuk. Uhuhuhu... tak tau mana satu betul. Tapi yang pastinya, SS tetap akan ditamatkan pada 17 Dec nanti. Macam kes SuperPoke Pets la nih. Cess... cess... Apsal game best-best yang Koro main dok nak kena shutdown jek? Warghhhh... (TAT)

[Sayu bebeh... huhuhu...]

So skang nih, Koro dan beberapa pemain setia SS tetap meneruskan aktiviti bermain sampai ke saat akhir. Ecehceh... xD Tetambah lagi bila Gaia bagi compensation kat setiap pemain 5 million gold dan 5 million cash. Manyak tuuuuhhhh!!! xD Koro siap expand town Koro sampai habis limit expansion dia. Pastu bubuh deco bagai. Pastu spend cash sana sini cam orang giler. Eh. Takdela kronik sangat xP Koro pun saje gi habiskan expansion slot untuk inventory. Skang cash yang tinggal ada dalam 4 million. Tak tau nak buat apa dah (TAT) Awal-awal ingat akan habis belanja semua cash tuh. Last-last baru guna 1 juta jek rupanya. Hadoila xD

[Tengok! Kalau takde 5 million tuh... masak Koro nak kumpul duwet untuk upgrade house level. Wakakaka xD]

Koro ada join 2 group SS kat fesbuk. Diaorang pun masih setia meneruskan pengurusan town diaorang kat SS. Mesti diaorang pun cam Koro. Bermain sampai ke saat terakhir. Owhhhh... syahdu tul! Dulu rajin gaks jiran-jiran Koro beli items yang Koro jual kat market. Tapi skang market dah sunyi sepi. Kalau nak jual items skang nih, kena jual kat market pastu masuk grup fesbuk or thread SS kat Gaia and announce kita tengah jual apa. Pastu barula ada buyers.

[Plots bertambah dengan kenaikan level tertentu. Ohohoho... xD]

Skang dah makin kurang orang main. Mesti diaorang cam apa guna main kalau game tuh dah nak shutdown? Buat bazir keringat jek xD Huh. Tuh kekata players yang bukan gamer sejati. Ecehceh xD Kalah sebelum berjuang sampai ke akhir. Tak machosla gitu kan? Patutnya terus remain sampai ke last day pastu baru berpisah dengan matured-nya. Ahahaha xDDD Semangat putus asa nih la yang tak syiok nih. Cuba semangat sket. Gambaru zou! (^O^)

[Tambah kilang sos tomato! (^O^)]

Papehal pun, Koro nak try online masa 17 Dec tuh. Koro nak merasa last day SS di dunia maya. Ahahaha xD Koro akan sentiasa kenang SS sebagai game fesbuk tanam-tanam yang paling menghiburkan. Okes. Kat bawah ni, Koro lampirkan screenshots Crinkley Bottom yang Koro sempat rembat. Masih ongoing dianyer proses pembinaan so entry nih mungkin ada sambungan xD


~ Crinkley Bottom dalam kenangan ~

 
[Urmmm... tambah menatang pink xP]

[Dulu sebelum dapat 5 million cash tu, dok menanti 25 cash bonus nih haaa... xD]

 [Caravan tuh untuk tambah happiness points. Tapi amek space besar uhuhuhu...]





  [Tanaman dah berpagar xD]

 [Kawasan lapang tuh sebab tak cukup happiness points untuk beli kilang lagi wakakaka...]







 



 [Padi pun adaaaaa...]
 
 

 

 

 [Koro dah level 35. Cuba tengok cash dan gold Koro. Fufufufufu...]

[Nampak dak deco onsen Koro? xD Hotspring bebeh! Mwaha!]

[Main town Crinkley Bottom. Ada deretan kilang apple sauce dan strawberry jam. Cantek dak grafik dia? xD]

[Kereta kaler kaler lalalalala xD]

[Tak cukup kilang kat dalam tuh, parking lagi kilang kat luar. Mwaha! xD]

[Kawasan penempatan elit. Konon... xP]

[Kena klik kat gambar nih untuk tengok dengan lebih jelas tanaman, haiwan ternakan dan kilang-kilang yang ada dalam Summer Springs]


So... bila tengok balik gegambar nih, Koro dapat tengok hasil usaha Koro dalam membangunkan Crinkley Bottom Koro xD Dulu cinonit. Skang dah besar. Maju dah xD Itupun tak sumbat lagi banyak kilang dalam tuh. Ini baru level 35. Cuba kalau level 50. Owhhhh!!! xD Malangnya, Koro tak mampu capai level tuh. 35 nak kejar 50 sebelum 17 Dec? Mana mungkin huhuhuhu... Koro paling tinggi sasaran pun setakat 40 jela nampaknya. Huuuu.... (TAT)

Selasa, Februari 21, 2012

CloTi ForEvaaahhh! xD

Saje nak tunjuk WIPs Koro sehingga ke end result nya. Hehehe...

[Sketching process menggunakan wacom bamboo pen - cloud guna ink pen biru and tifa guna ink pen merah to differ between both gender xD]
 
[Proses pewarnaan bermula! (^O^) Laying out the base colours... main tibai jek! xD - Guna Paint Sai 1.0]
[Bermulanya shading... proses yang paling digeruni sebab Koro memang tak pro langsung dalam bab menentukan shadow dan highlights kat mana huhuhuhu...]
[Okeh shading dah selesai! Koro boleh jek stop kat sini xD Tapi memandangkan masa tuh dalam mode feeling-feeling ecehceh... terasa nak tambah background laks. Masa untuk skodeng DevArt cari stok!]
[Habis da! Inilah hasilnya setelah ditambah background dan efek cahaya sinaran kat cincin tuh sket. Credits are given where due. Tapi info tuh sumer ada kat DA Koro la mwaha! Nak jenguk sana? Sila klik tab DevArt dedekat header blog nih. Fufufufu...]

Cloud Strife + Tifa Lockhart (c) Square Enix
Koro support CloTi pairing! (^O^) Harap sesape yang support pairing nih berpuas hati dengan fanart hasilan Koro. Koro mulanya memang malas amat nak kaler (TAT) Tapi berhempas-pulas gak paksa diri sebab nak acquire skill colouring mestilah dengan selalu praktis, ye dak? Huhuhuhu...
Okehla. Nak sambung jamming bersama Pokota x3~

Selasa, November 01, 2011

Halloween Collab Project! (^O^)

[Shading in process! Koro tengah pulun siapkan mende alah nih uhuhuhu....]

Ohoho... arini dah 31 Oct. Happy Halloween kepada sesiapa yang menyambut event nih.

Anywayz, Koro dah agak lama gak menghilang daripada dunia blogging nih xD Skang tengah busy buat projek digital comic dengan si SakiStrife wohahaha xD Kitaorang guna Flash CS5 as the base platform. Nak kasi comic tuh animated sket. Lagi pun, lukisan vector lebih menarik sket xD

Memula idea asal daripada si SakiStrife. Pas go thru basic storyboard/plot, Koro alter sket sini sana untuk meringkaskan scene agar komik takdela panjang berjela xD Nak zap zap zap sampaila ke main plot supaya cam bam! xD Huahua... guna bahasa kiasan tuh =P

Pastu si SakiStrife tugaskan Koro pulak wat storyboard sketches (TAT) Koro yang tak berapa reti nak lukis nih (ahaks xD) pun lukisla sebaik mungkin. Ecehceh xD Pastu sketches tuh akan diimbas kemudian import ke dalam flash. Jadikan layer sketch tuh onion skin untuk kurangkan opacity dia and then trace la pulak xD

Pasal tracing nih lecehs xD Kalau ikutkan cara senang, guna tool line tuh tapi sebab leceh gak nak betulkan kalau tersilap lining, guna pencil tool jela xD Brush takble guna sebab sensitif sangat ngan pressure tablet (TAT) Asal tekan sket jek brush jadi tebal uhuhuhu... Koro guna wacom bamboo jadi pepahamla dianyer mutu pengesanan pressure kekekeke.... xD

Papehal pun, Koro pinjam tablet Genius milik SakiStrife untuk wat tracing sebab tablet dia besau sket. Wacom Bamboo Koro comel sangat wakakaka... so SakiStrife guna untuk colouring. Yup yup... dia responsible dalam laying out the base colours dan segala macam mende alah yang berkaitan ngan flash wohahaha xD Koro laks dah lupa giler cane nak wat actionscript (TAT) Dah bertahun tinggal. Cesss cesss... pasnih kena korek balik ilmu flash xD Photoshop laks Koro dah kembali berjinak-jinak dengan mende tuh so cam ... Dah ble kaler secara digital! Yayness! (^O^) So skang nih art dah makin diwarnakan secara CGI kekekeke...

Projek collab kitaorang dah sampai final stages. Tinggal nak touch-up ngan shading ngan tweak sound and other random stuff. Nanti nak gabungkan pulak ngan drafts aka WIP (work in progress) kitaorang supaya nak tunjuk hasil penat lelah perah otak aka hardcore evidence yang mende tuh memang hasil kerja tulen dan tanpa peniruan. Wakakaka xD

Sebenarnya mende nih untuk satu fanart contest kat DevArt tuh haaa... Group si SakiStrife yang berkisar tentang coupling CloTi aka Cloud and Tifa tetiba nak wat contest sempena Halloween. Tema dah for sure halloween. Watak utama kena CloTi. Entry tak kisahla fanart biasa ke apa ke. Cuma kitaorang took one step above dengan menghasilkan digital comic xD Admin group tuh pun cam okeh on jek so dah dapat greenlight maka bersengkang mata gakla kitaorang try kejar deadline xP

Skang Koro tengah pulun shade-kan base colour yang SakiStrife dah siapkan. Lecehs tul nak tentukan arah lighting sumer tuh. Koro lak bukannyer pro sangat pun xD So hentam sajela asalkan nampak la ada shading wakakaka xDDD~

Papehal pun idea asal mende nih sumer berlegar-legar sekitar idea yang Cloud sker benar cosplay sebagai Vincent. Mwaha! xD

Wish us luck, bebeh! (^O^)

Khamis, Oktober 06, 2011

ManaHaven

[ManaHaven illustration by Arseniquez @ http://arseniquez.deviantart.com/art/Manahaven-Illustration-257178320]


Koro baru sahaja stumble site nih yang masih dalam alpha phase. Closed alpha lak tuh. Maksudnya, masih dalam progress tapi dah dibuka kepada a selected few untuk menjadi user/player terawal =D

Apa dia ManaHaven?

[ManaHaven frontpage... Betakey sila rembat di bawah ekk ohohoho... xD]


Menurut Azucar melalui Beginner's Guide dia (yang masih in progress)...
"ManaHaven is an online RPG experience, and like most RPG games, players earn experience for their endeavors. Players earn experience points by participating in battles and reaching milestones by inviting friends, which is explained a little later. When players earn enough experience, shown in the green bar in the header, they level up!"

Buat masa nih, battle system masih in the works. Yang available cuma forum dan shop. Untuk dapatkan gold, option yang ada sekarang hanya melalui posting, adding friends dan referral links aka invite. Satu post dapat 1g. Tambah kawan dapat 5g. Referral paling banyak dengan menjanjikan 25g per referrals (kalau orang tuh klik kat invite link kita la mwaha xD).

Mungkin dalam masa akan datang option untuk sumber gold akan bertambah. Dalam shop ada tab untuk Forge. Kalau sesiapa yang biasa main MMORPG, forge tuh maksudnya kita boleh craft certain item untuk upgrade jadi lebih cambest. Mungkin kita boleh jadikan tuh salah satu sumber gold dengan meng-upgrade item pastu jual kepada user/player lain =D Konsep nih popular dalam kebanyakan game RPG yang lelain.

Pape hal pun, kalau korang teringin menjadi antara user/player terawal ManaHaven nih, sila la klik link kat bawah. Link nih mengandungi beta key yang akan memberikan korang akses kepada site tuh. So, takde pilihan lain. Kena klik link tuh untuk regis. Mwaha! xDDD~

ManaHaven BetaKey

Sabtu, September 24, 2011

Google+ dah dibuka kepada public! (^O^)

[Image source: Gonegoogling.com]


Google+

Sebelum ni Google dah dedahkan kita dengan konsep 1+ iaitu kalau like sesuatu site tu, klik kat 1+ untuk paparkan dekat profile Google kita. Mungkin tujuan utamanya untuk share site tu kepada public dan secara tak langsung menyumbangkan trafik dan membuat promo free untuk site tuh.

Lepas tu diaorang terasa nak bersaing dengan Facebook pulak. Antara langkah-langkah awal termasuklah membeli Slide.com dan membuat usaha sama dengan Zynga (mestila untuk bahagian games xD). Yang tang beli Slide.com tuh, ada la isu sket sebab game apps kegemaran ramai, Superpoke Pets bakal ditamatkan Mac 2012. Ramai player SPP marah giler ngan Google xD Sila rujuk entry Koro yang sebelum nih untuk info lebih lanjut xP

Anyway, Google buat closed beta testing. Pengguna terawal Google+ adalah mereka yang dapat access upon invite jek. Yang lain kena bersabar tunggu open beta la nampaknyer. Tapi skang dah buka! XD So reramai la kita check it out, bebeh!

Koro tengok dia nyer layout okayla. Masih belum penuh dengan streaming bagai cam Facebook skang ohohoho… Antara game yang dulu ada kat Facebook tapi skang dah ‘dipindahkan’ ke situ termasukla Zynga Poker, Wild Ones dan Bejeweled Blitz. Ada la dua tiga game lagi tapi takkan nak list sumer, ye dak? xP

Tapi untuk sesape yang bukan pengguna iPhone mahupun iPad (macam Koro huhuhu…) kini korang pun boleh main Angry Birds! Mwaha xD Tapi setakat yang Koro nak pegi try main... lambat giler loading nak masuk game tuh (TAT) Last-last tak jadi try uhuhuhu...

Tapi Koro sker konsep circles dia xD Kita boleh drag kontek kita masukkan dalam circles yang sedia ada or yang kita tambah sendiri. Nama setiap circles boleh diedit. Cam Koro tukarkan Friends kepada Nakama. Baru la lebih cambest sket mwaha! xD

Koro ingat nak tambahkan widget supaya blog Koro ada mende alah 1+ tuh la. Mwaha! xD

Okayla. Koro nak teruskan peng-usha-ran Koro terhadap Google+ tuh. Sesambil tuh layanla beberapa links kat bawah ni. Info pasal Google+ xD

Learn more about Google++

“Google+ makes connecting on the web more like connecting in the real world. Share your thoughts, links and photos with the right circles. Use easy, spontaneous video chat to strike up conversations with as many as nine people at once. Get everyone on the same page with fast, simple group chat. We’re very excited about the new approach to sharing we’ve created through Google+, but this is really just the beginning.”

Forbes report on Google+

"Google+ picking up speed alongside social network giant Facebook as it attracts a large flood of traffic to its service, which opened up to the general public this week."

ZDnet.com on Google+

"A Google executive believes that Facebook is becoming “a closed walled garden” and will soon end up like AOL and IBM: it will have to completely change its business in order to survive."

Gonegoogling.com on Goggle+

"Google has recently introduced their competition to Facebook, in the form of Google+. Now its no secret that Google has tried this before with Google Buzz, but it was never truly meant as a Facebook alternative, so it never took off. Google+ could possibly take off as an alternative to Facebook. There are a few small details that you should know first. Firstly, you must have a Google account in order to use Google+. Secondly, Google+ is currently by invitation only. I also believe that currently it is only available by Google invitation, as they have turned off user invites due to the insane amount of users that have signed up for what is suppose to be a Beta."

Jumaat, Julai 29, 2011

Aummm~!! Tora datang lagi~!! xD

[Pahhhh~!! Gua cilok dari blogmu weihhh.. hahaha semangat kongsi tora damashii xP]

Malam ni for sure blog penuh ngan orang-orang mengomen pasal kekalahan Malaysia di tangan Singapura. Koro no komen tapi cukupla sekadar berkata Koro bangga dengan team Malaysia yang tak bersandarkan pemain import mahu pun sandiwara semasa atau si lembut sekali pun. Auwwww~ xD

Anyway, syabas sebab berusaha sampai ke tahap ni. Boleh pertingkatkan lagi. Peluang masih ada selagi sukan bola sepak nih wujud xDDD~

Gambaruuuuu~!! (^O^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...