Memaparkan catatan dengan label gaia newz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gaia newz. Papar semua catatan

Khamis, April 10, 2014

Inflasi! Dx

Dem! Harga items kat Gaia dah makin tak masuk akal. Item yang dulu Koro beli dalam 1k, sekarang dah jadi 15k. Kalau pandang dari segi profit penjualan, memang nampak masyuk. Tapi tuh baru item yang murah naik harga. Tak tengok lagi items yang dulunya sedia mahal. Giler ahhh! Dah beratus juta aka berbillion-billion dah harga (TAT)

Nih semua angkara gold-gens xP Gaia gold skang nih boleh 'diperolehi' melalui pembelian gold generators. Pulak tuh, sekali klik mende alah tuh, dalam bermillion gold boleh dapat. Mulanya cam tak caya. Tapi hari tuh saje test beli se-bundle. Total hasil dalam 37 million gold dapat! (O_O)

Gold tuh Koro buat sebagai modal borong lebih banyak astra/animated items lagi xD Koro memang obses sket dengan mende alah tuh. Avvy Koro pun animated gak. Wings Koro hasil dermaan MyBak, seorang Gaian yang baik hati gilerbabas xD Dia gak la yang ajar Koro pasal cache investments. Sesape tak layan Gaia, tak paham la apa yang Koro tulis nih. Wakakaka...

Anywayz, rerata olskool Gaians sumer dok komplen/tensen ngan inflasi gegiler nih. Penuh Site Feedback dengan threads mintak berhentikan pengeluaran/penjualan gold-gens. Tapi mende tuh tetap kuar gak (QAQ) Rasanyer kalau Son Zack kembali ke Gaia semula, daripada jadi antara yang terkaya kat Gaia, terus dah turun level kekayaan dia jadi antara yang sederhana kaya jek xP

Ahad, Julai 14, 2013

Art Trade... suksesso~!! xD

Balasan art trade daripada nashika. OMG!!! xDDD



[Koro's avvy art by Nashika of NSTG @ Gaia Online]

Suki daaaa~!! xDDD~

Sabtu, Julai 13, 2013

Avvy Art Time! (^O^)

Koro buat art trade kat guild NSTG. Saje gatal tangan nak nyebuk buat art trade huhuhu... Padahal sebenarnya malas giler nak lukis xD Sekali orang tuh kata tengah work on avvy art Koro. Adusss... terpaksala Koro penuhi perjanjian dengan buat art untuk dia xP

Ahahaha... terima kasih kerana memaksa Koro untuk akhirnya menyentuh wacom bamboo fun Koro setelah sekian lama tersimpan tak bersentuh xP

Nih avvy dia kat Gaia:
[Nashika of NSTG]

Dan yang nih art (contengan jek huhuhu...) yang Koro buat untuk dia:
[Messy avatar art sketch xD]

Sooo... cantek dak? =P


Rumah Koro di Gaia Online xP

Sempoi jek. Tapi sesuai tak nak buat open house? xDDD

[Ada toilet tuuuu~ xD] 

[Tempat tidur dan lepak xP] 

[Ruang dapur dan tv]

Skang umah Koro di Towns 1 dah pindah ke Towns 2. Gaia bebaru nih da release/launch Towns 2 untuk menggantikan Towns 1. Kiranya, animation lebih dinamik sikitla and sistem housing dah dikemaskinikan sedikit.

Jumaat, Julai 12, 2013

Sengoku Basara versi Gaia Online (^O^)

Huahua... saje takde keje. Alang-alang menanti SenBasa 4 keluar tahun 2014, saje jela try guna tektek.org untuk create dream avvy cosplay SenBasa. Setakat nih baru siap beberapa orang jek. Tu pun jenuh giler godek stok item dalam tektek tuh huhuhu...

Sooo.. cane hasilnyer? xD Bolehla tengok kat bawah nih. Tak 100% tepatla sebab item yang ada tuh jela yang mampu digunakan. Bolehla kan? Asalkan sekilas pandang jek dah boleh teka sape kan? Ngeee~!! xD


 

[Mitsunari Ishida / Kasuga / Chosokabe Motochika / Sanada Yukimura / Date Masamune ]

Ta-daaaa!!! Tuh jela SenBasa tektek yang Koro mampu buat setakat nih. Boleh teka tak sape? xD Skang dalam proses nak men-tektek-kan Otani. Tapi susah giler (TAT) Pastu nak kena cari 'kotak' dia tuh huhuhu...

Sabtu, Mac 02, 2013

Mengasah kreativiti melalui avatar di Gaia Online! (^O^)

Tajuk panjang sket kali nih. Fufufufu...

Anyway, untuk entry ni, Koro just nak tunjuk hasil avatar designs yang Koro berjaya hasilkan menggunakan Dream Avatar yang boleh didapati di www.tektek.org. Ada antara designs tuh yang Koro dah pun berjaya merealisasikannya tapi dengan sedikit tweaks la sebab Koro buat ikut bajet semasa xD Masa create dream avvy tuh, memang main campak jek item, tak kira mahal ke murah xD Bila betul-betul nak pursue tu... mula la cari knock-offs xD


Sooo... amacam kekreativitian Koro? Huahua x3~

Sabtu, November 17, 2012

Sayonara Summer Springs! (TAT)

[Hanya tinggal kenangan uhuhuhu...]
 

Summer Springs... game fesbuk yang Koro amat rajin main sejak first time check-it-out xD Koro dapat tau pasal SS tuh pun sebab ada announcement kat Gaia. Koro cam uiks... dah tetiba tak nak teruskan Ocean Party, gi buat game collab baru dengan Fever Studio laks xP Tapi papehal pun, sebagai Gaian yang setia (ecehceh...) Koro pun try jela main.

[Permulaan bandar/kampung Koro yang dinamakan "Crinkley Bottom" hihihihi... xD]

Okay, apa yang buat Koro akhirnya tersangkut? Seterusnya meninggalkan game-game Zynga? Hihihihi... pertamanya... grafik dia comel amat! Arghhh... tak tahan xD Plot pun comel jek. Kedua, SS ni asalnya game korea Every Town tapi bila di-english-kan dan dibawa ke fesbuk, jadila SS. Third, setiap mende yang kita lakukan... takyah susah-susah nak guna energy! Mwaha! I like! xD Tak seperti certain-certain game (ahem... ahem...) yang kalau nak buat sesuatu perkara, terhad pada limit energy, SS membenarkan players buat apa saje dengan kekangannya cuma masa tanaman and hasil kilang di-produce-kan jek. Maksudnya, tanam la pape sekali pun korang masih ble main tanpa henti. Contohnya, tanam strawberi perlukan 30 minit untuk tuai hasil. So pas 30 minit berlalu, masih ble tanam lagi. Dan lagi. Dan lagi. Sampai korang bosan main untuk hari tuh. Wakakakaka xDDD~

[Dah maju sket xP]

Cuma slack nya kat deco la. Sesape nak deco bandar/kampung dia cecantek, memang nak tak nak, kena guna real life money la untuk beli SS cash. Tapi kalo sesape cam Koro yang boleh jek survive main tanpa beli SS cash, kampung/bandar kita masih boleh je survive walaupun tak secantik mana. Ahaks. Koro tak pentingkan deco sangat pun. Koro just sker kejar level. Nak sampai level 50. Yang tertinggi setakat nih xD

[Dah tambah kilang dan menatang! xD]

Tapi akhir Oct lepas, Gaia buat announcement. Berita sedey untuk para pemain tegar SS (TAT) SS akan dihentikan sepenuhnya pada 17 Dec 2012. Oh noes!!! Dx Gaia kata sebab tak cukup players untuk tampung 'perbelanjaan penyelenggaraan' game nih. Tapi ada gak rumours kata sebab sebenar adalah kerana Fever Studio telah dibeli oleh kompeni lain dan kompeni tuh takmo FS buat pape partnership dengan sesape and takmo diaorang bangunkan da game kat fesbuk. Uhuhuhu... tak tau mana satu betul. Tapi yang pastinya, SS tetap akan ditamatkan pada 17 Dec nanti. Macam kes SuperPoke Pets la nih. Cess... cess... Apsal game best-best yang Koro main dok nak kena shutdown jek? Warghhhh... (TAT)

[Sayu bebeh... huhuhu...]

So skang nih, Koro dan beberapa pemain setia SS tetap meneruskan aktiviti bermain sampai ke saat akhir. Ecehceh... xD Tetambah lagi bila Gaia bagi compensation kat setiap pemain 5 million gold dan 5 million cash. Manyak tuuuuhhhh!!! xD Koro siap expand town Koro sampai habis limit expansion dia. Pastu bubuh deco bagai. Pastu spend cash sana sini cam orang giler. Eh. Takdela kronik sangat xP Koro pun saje gi habiskan expansion slot untuk inventory. Skang cash yang tinggal ada dalam 4 million. Tak tau nak buat apa dah (TAT) Awal-awal ingat akan habis belanja semua cash tuh. Last-last baru guna 1 juta jek rupanya. Hadoila xD

[Tengok! Kalau takde 5 million tuh... masak Koro nak kumpul duwet untuk upgrade house level. Wakakaka xD]

Koro ada join 2 group SS kat fesbuk. Diaorang pun masih setia meneruskan pengurusan town diaorang kat SS. Mesti diaorang pun cam Koro. Bermain sampai ke saat terakhir. Owhhhh... syahdu tul! Dulu rajin gaks jiran-jiran Koro beli items yang Koro jual kat market. Tapi skang market dah sunyi sepi. Kalau nak jual items skang nih, kena jual kat market pastu masuk grup fesbuk or thread SS kat Gaia and announce kita tengah jual apa. Pastu barula ada buyers.

[Plots bertambah dengan kenaikan level tertentu. Ohohoho... xD]

Skang dah makin kurang orang main. Mesti diaorang cam apa guna main kalau game tuh dah nak shutdown? Buat bazir keringat jek xD Huh. Tuh kekata players yang bukan gamer sejati. Ecehceh xD Kalah sebelum berjuang sampai ke akhir. Tak machosla gitu kan? Patutnya terus remain sampai ke last day pastu baru berpisah dengan matured-nya. Ahahaha xDDD Semangat putus asa nih la yang tak syiok nih. Cuba semangat sket. Gambaru zou! (^O^)

[Tambah kilang sos tomato! (^O^)]

Papehal pun, Koro nak try online masa 17 Dec tuh. Koro nak merasa last day SS di dunia maya. Ahahaha xD Koro akan sentiasa kenang SS sebagai game fesbuk tanam-tanam yang paling menghiburkan. Okes. Kat bawah ni, Koro lampirkan screenshots Crinkley Bottom yang Koro sempat rembat. Masih ongoing dianyer proses pembinaan so entry nih mungkin ada sambungan xD


~ Crinkley Bottom dalam kenangan ~

 
[Urmmm... tambah menatang pink xP]

[Dulu sebelum dapat 5 million cash tu, dok menanti 25 cash bonus nih haaa... xD]

 [Caravan tuh untuk tambah happiness points. Tapi amek space besar uhuhuhu...]





  [Tanaman dah berpagar xD]

 [Kawasan lapang tuh sebab tak cukup happiness points untuk beli kilang lagi wakakaka...]







 



 [Padi pun adaaaaa...]
 
 

 

 

 [Koro dah level 35. Cuba tengok cash dan gold Koro. Fufufufufu...]

[Nampak dak deco onsen Koro? xD Hotspring bebeh! Mwaha!]

[Main town Crinkley Bottom. Ada deretan kilang apple sauce dan strawberry jam. Cantek dak grafik dia? xD]

[Kereta kaler kaler lalalalala xD]

[Tak cukup kilang kat dalam tuh, parking lagi kilang kat luar. Mwaha! xD]

[Kawasan penempatan elit. Konon... xP]

[Kena klik kat gambar nih untuk tengok dengan lebih jelas tanaman, haiwan ternakan dan kilang-kilang yang ada dalam Summer Springs]


So... bila tengok balik gegambar nih, Koro dapat tengok hasil usaha Koro dalam membangunkan Crinkley Bottom Koro xD Dulu cinonit. Skang dah besar. Maju dah xD Itupun tak sumbat lagi banyak kilang dalam tuh. Ini baru level 35. Cuba kalau level 50. Owhhhh!!! xD Malangnya, Koro tak mampu capai level tuh. 35 nak kejar 50 sebelum 17 Dec? Mana mungkin huhuhuhu... Koro paling tinggi sasaran pun setakat 40 jela nampaknya. Huuuu.... (TAT)

Sabtu, Jun 18, 2011

Koro Sketch! xD

Sketch time, bebeh! Koro dah lama biarkan Bamboo Koro berhabuk so tetiba trase nak guna pulak tadi. Dan hasilnya... satu sketch cincai xD Koro lukis avvy Gaia Koro. Ada item yang sengaja ditinggalkan sebab malas nak lukis secara detail. Mwaha! Anywayz, Koro bukan pro so sketch memang messy gilerbabas xDDD

[ Avvy terkini Koro di Gaia Online ... aoi! Biru! Blue! Brrr... sejuk xDDD~ ]

[ Sketch amatur Koro xP ]

Wahahaha... lamanyer dah tak lukis xP

Software: Art Rage 2.0
Tool: Wacom Bamboo
Pic Ref: None xDDD~
Concept/Style: Koro-Chibi
Time taken: 10 minutes (and 20 minutes extra for the uploading and stuff wakakaka...)

Rabu, Mei 18, 2011

Koro ish back, bebeh! xD




[ Nine {Type-O} / Cloud Strife {FFVII} / Squall Leonhart {FFVIII} / Noctis Lucis Caelum {FFversusXIII} --- versi Gaia Online hehehe... ]



Okay first off, dalam entry nih Koro takmo citer lagi pasal rentetan perjalanan kat Korea nu haa... xD Panjang sangat and masa pun takde sangat so yang tuh Koro save untuk entry lenkali la kot.



Anyway, laman tenet pertama Koro bukak bila dah balik Malaysia ---> Gaia Online. Huahahaha... dasar windu gilebabas pada semua akaun-akaun kuuuu~ xD Fesbuk tak main aaa bebeh! Gaia gak jadi pilihan. Bukannya apa, ada certain akaun Koro guna untuk roleplay so nak kena balas rp post tuh sumer =P



Kebetulan skang dah dapat invite masuk guild RP milik Koko. Aiii~ terpaksala lebih komited lagi xD Pastu si Pah lak dah revamp habis-habisan Garp dia ke Squall =P And cam biasala... Koro take over hak milik. Nyaha! xD Bukan rampasan... penyerahan secara rela hati. Auw. Haha. Lagipun Koro yang pulun berabis untuk dapatkan items supaya dapat modify avvy tu ke rupa Squall. Tak surela jadi ke tak tapi setakat nih, Koro agak berpuas hati dengan 'penampilan sementara' dia. Sementara? Yolaaaa... ada lagi dua tiga item yang tak terbeli lagi. Koro kalau leh nak avvy Squall Dissidia. Avvy FFVIII dia cam da outdated sangat xD~ Dan Squall agak senang untuk di-rp-kan. Dalam erti kata, cuma perlu bersikap dingin, kurang berkata-kata dan lebih banyak beraksi solo wahahaha xD Tapi tu belum lagi muncul watak Rinoa. Kalau ada... adussss... mampus xD Jenuhla pikir cane nak interact layan jiwang gaya Squall xP



And in the making, Koro nak setup satu akaun Type-O. Kira nak book aaa nih sebelum orang lain rembat. Pah dah officially rembat Nine. Koro mungkin nak Ace or mamat yang guna bow and arrows tuh xD Tak sabar nak tunggu Type-O kuar. Koro nak main! xD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...