Memaparkan catatan dengan label raida-specialz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raida-specialz. Papar semua catatan

Khamis, April 13, 2017

Throwback Kamen Rider reviews!

 [Koro sketch kepala Kuuga jek. Badan malas xD]

Ada sesape kat sini tokusatsu fans? (OwO) Koro secara terus-terangnya bukan peminat tegar sangat. Bolehlah dikatakan midrange gitu. Tapi ada kumpul figura dan henshin drives (OvO''''). Juga beberapa gashapon capsules. Download series dan tengok online. Kumpulkan lelagu opening dan ending dalam hard disk untuk layan time-time ada mood. Cuma tak sampai tahap kumpul manga dan graphic novel jelah. Cosplay jauh sekali. Ahahaha... gegaya midrange fan ke nih? Bolehlaaaaahhh... kan? xDDD

Tokusatsu dalam pemahaman Koro ni merangkumi memana armored/masked heroes yang ada. Dari kamen rider ke super sentai, ultraman, garo, tomica heroes, gransazer ke... even action kamen pun termasuk. Kahkah! Tak pasti pemahaman Koro ni betul ke tak tapi harap-harap betullah. Huahua xD

Dulu Koro bukan main susah nak sebut tokusatsu nih. Berbelit lidah. Asyik ter-sebutpo jek (sebutpo tuh typo dari segi sebutan wakakaka main hentam reka term sendiri lak.) Kengkadang tersebut tokutatsu. Kengkadang tokusutsa. Payah weihhh.. hahaha! Lelama dah okay. Dah imprinted dalam kepala hotak ejaan dan sebutan sebenar =D

Koro dah tak berapa nak ingat macam mana Koro boleh terjebak. Rasanya start dengan Ultraman dulu kot. Kagum tengok menatang besar tu lawan raksaksa. Dari versi series live action ke kartun. Siap ngan versi omputih gak (Ultraman Towards the Future! xD). Then kenal ngan KR Black semua tuh. Tapi the first KR yang Koro tengok totally in Nihon adalah Kiva =D Masa tu lepas dah layan loads of j-dorama so cam apa kata tengok KR tanpa dub sumer tuh. The rest is history, bebeh xD Dah habis Kiva, backdate ke Den-O dan seterusnya ahahaha xD Sampai ke Kuuga baru sambung semula ke KR selepas Kiva sampai skang. Sumber? CD/DVD pada mulanya. Pastu dah advance sket, download torrent hihihi... sekali-sekala layan online. Tapi yang memberi kepuasan yang torrent la sebab boleh simpan wat collection =D Mana tau tetiba datang mood gila nak buat marathon watch KR series ke ahahaha xD

Super Sentai sumer tuh pun tengok gak. Tapi the best setakat nih bagi Koro adalah Gokaiger. Pereference Koro la. Lain orang, lain taste =P Anywayz, berbalik ke KR tadi, Koro akui, ada skip dua tiga series. Bwaha! xD Bukan takmo tengok. Cuma stalling sket nak tengok sebab cam... ermmm... tak berapa nak tertarik. Kahkah! Kena paksa diri sket cam masa Koro tengok Hibiki dulu. Ops! xD KR apa yang Koro stalling untuk tengok? KR Agito, Ryuuki, Drive dan KR Ghost. Kahkah! Nasib baik Ex-Aid tuh unik sket. Tetiap minggu wat Koro tak sabar nak tengok cane plot seterusnya. Agito sebab Koro tak sker Shouichi tuh. Tak tahu nape. Asal nampak muka dia terasa nyampah. Padahal dia watak utama. Kahkah! Ryuuki sebab tak berapa gemar premise citer dia. Rider saling menyailang sesama sendiri hinggakan mirror monsters tuh cam watak tempelan jek. Sian (T_T) Drive pun cam Agito. Tak sker watak Shinnosuke. Sib baik ada Chaser. Tuh jelah buat Koro bertahan tengok beberapa episod huhuhu... Ghost sebab Takeru. Haiks. Sumer sebab watak utama jek xDDD Anywayz, jalan citer Ghost pun cam bosan sket. Kena kumpul eyecon untuk hidup balik tapi sepanjang citer tuh berapa kali Takeru mati hidup semula? (O_o) Nanti-nantilah Koro layan yang ter-skip tuh =D

Korek-korek post lama, terjumpa reviews yang Koro pernah buat untuk KR. Detail gak rupanya (O_o) Camanelah Koro boleh serajin tuh dulu (o_O) Tetiba kagum dengan diri sendiri. Kekekeke~ Meh koro listkan supaya korang takdelah kena kekorek cam Koro xP Mungkin ada spoilers so read at your own risk! Ecehceh!

Kamen Rider Henshin
http://paradisu.blogspot.my/2011/03/kamen-rider-henshin.html

Kamen Rider Den-O Review
http://paradisu.blogspot.com/2011/03/entry-edisi-kamen-rider.html

Kamen Rider Double (W) Review
http://paradisu.blogspot.com/2011/04/entry-edisi-kamen-rider-kamen-rider.html

Kamen Rider Hibiki Review
http://paradisu.blogspot.com/2011/06/entry-edisi-kamen-rider-kamen-rider.html

Kamen Rider Cho Den-O Trilogy Review
http://paradisu.blogspot.com/2011/07/entry-edisi-kamen-rider-cho-den-o.html

Recurring Places in Kamen Rider / Super Sentai series
http://paradisu.blogspot.com/2011/09/recurring-places-in-kamen-rider-fights.html

Kamen Rider Kuuga Review
http://paradisu.blogspot.com/2012/03/entry-edisi-kamen-rider-kamen-rider.html

Kaizoku Sentai Gokaiger Review
http://paradisu.blogspot.com/2012/08/hade-ni-ikuze-kaizoku-sentai-gokaijaaa-o.html

Kalau rajin, mungkin ada tambahan reviews lagi xD Last but not least, Koro ada letak beberapa koleksi merchandises yang Koro kumpul kat Tumblr: www.koromyst.tumblr.com

Rabu, Ogos 29, 2012

Hade ni ikuze!!! Kaizoku Sentai Gokaijaaa!!! (^O^)



 [Logo siri Kaizoku Sentai Gokaiger]

Yup. Koro dalam mood supaa sentai sejak melayan movie 35th anniversary super sentai hari tuh. Wakakaka xD Movie tuh mainly feature Goseiger dan kesemua past super sentai tapi memperkenalkan gak Gokaiger sebagai super sentai terbaru (yang ke 35). Skang dah ada ke-36. GoBuster. Menarik gak trio GoBuster tuh. Warghhh... tetiba terasa nak melayan sumer siri super sentai laks alang-alang tengah tunggu Kamen Rider Fourze habis tayang xD Pas Fourze laks ada Kamen Rider Wizard. Waaaarghhh tak sabar nak tengok! xD

[Kaizoku Sentai Gokaiger! --- Final Wave Scramble pose kat bawah tuuuu... xD]

Papehal pun, entry kali ni Koro nak shift ke mood supaa sentai =D Koro nak citer pasal Gokaiger! (^O^) Atau cara sebutan asas dia "gokaijaa!" xP Siap dengan intonasi tanda seruan tuh. Wakakaka... Koro nih jenis tak berapa layan super sentai. Especially americanized version. Sungguh tak best! (TAT) Paling last tengok american version pun yang mighty morphin power rangers tuh. Skang mamat yang jadi Adam (Mighty Morphin Power Ranger warna hitam) dah jadi voice actor terkenal gaks. Selalu jadi VA untuk anime yang dialih bahasa ke english. Biasanya dapat watak hero. Cam Ichigo (Bleach) sumer tuh. Tabik... tabik...


[Kesemua super sentai sehingga ke-35 (tak termasuk Gobuster dan seterusnya... tuh poster lain la pulak huahua... xD)] 

Oraits. Kenapa Koro tertarik amat dengan Gokaiger padahal dalam movie 35th anniversary tuh berlambak team super sentai yang ada? xD Sebab Koro tertarik dengan konsep kaizoku (pirate) yang diaorang bawak. Dan diaorang merupakan "Decade" untuk super sentai xDDD Sebabnya diaorang mampu bertukar kepada super-super sentai sebelum tuh seperti mana Decade boleh bertukar kepada kamen rider lain xD Gokaiger bertukar menggunakan ranger key memasing. Pastu wat gaya transformasi sambil jerit "gokai change!". Kalau Kamen Rider, sebut henshin =D Pastu memasing perkenalkan diri dengan gaya memasing laks. Gokai Reddo... Gokai Bruu... Gokai Yerrow... Gokai Gureen... Gokai Pinkuu... dan last skali... Gooooookaaaaiiii Shiirubaaaaa~!!! xP Yang last tuh silver. Kalau tak dapat tangkap la. Huahua...


[Ahim, Don, Marvelous, Joe, Luka]

Gokaiger diketuai Captain Marvelous. Dipanggil sebagai Marv-chan atau Marv-san atau Marvelous-san. Ikut mana yang cambest la untuk diaorang xP Dia Gokai Red. Pakai kot kapten lanun kaler merah. First-mate atau 2nd in command, Joe Gibken yang merupakan Gokai Blue. Senang nak kenal sebab pakai jaket biru xD Tak pun ingat jek kat muka dia yang memang ensem teramat dan rambut panjang lurus dia xD Joe jenis pendiam, loner tapi sangat setia pada Capt.Marv dan geng kaizoku dia =D Pastu ada Luka Milfy, gadis lasak yang ada skill dalam infiltration dan reconnaissance. Kalo bandingkan dengan geng mugiwara kaizokudan (straw hat pirates), dia lebih kurang cam Nami la xDDD Dia Gokai Yellow. Dia lawan guna dual swords. Biasanya Ahim atau Hakase (Don) yang akan campakkan pedang diaorang kat Luka xP

Gokai Green lak Don Dogoier atau dipanggil Hakase (doctor) oleh diaorang semua kecuali Gai. Dianyer skill paling vital sebab dia la tukang masak... dia la mekanik... dan dia la tukang kemaskan kabin xP Dia agak cowardly dan clumsy tapi dia menggunakan clumsiness dia sebagai salah satu cara berlawan yang agak efektif gakla. Paling senang nak kenal sebab dia jela yang berambut kuning amat antara diaorang sumer xD Tuh belum masuk lagi suar kekotak dia xP Gokai Pink lak Ahim de Famile. Nama pelik sket sebab dia keturunan diraja =D Kiranya princess la. Memula cam tak biasa kena lelawan tapi lelama dia dah boleh berlawan sepenuhnya sebagai salah sorang Gokaiger. Dia suka berpakaian putih. Sekali-sekala pakai kot pink rasanya. Senang nak kenal sebab dia jela pakai gaun xP

Gokai Silver lak Gai Ikari. Sesatunya manusia bumi yang jadi Gokaiger. Gokaiger yang lelain dari planet lain. Hooooo... alien xD Sebab tuh armor dia pelik sket. Dianyer visor cam jadi base untuk visor GoBuster. Dia berpengetahuan luas dalam sumer super sentai nyer info so keahlian dia sebagai gokaiger akhirnya berkepentingan gak untuk diaorang sebab diaorang akan lebih dapat memahami ranger keys yang digunakan. Dia ada gokai machine tersendiri bernama Goujyu Drill yang boleh bergabung dengan Gokai Galleon milik Gokai Red serta mesin-mesin Gokaiger yang lain. Goujyu Drill pun ada mode untuk tukar jadi robot tersendiri (Goujyujin). Senjata dia pun lain sket daripada Gokaiger lain sebab dianyer cam spear sket. Gokaiger lain guna pistol flintlock (gokai gun) ngan pedang (gokai sabre).

Gokai Silver jek sesatunya gokaiger yang ada gold mode. Buruks sket. Cam Kamen Rider Decade nyer final form wakakaka xD Tapi dalam Kodansha special dvd, ada tunjuk Marv-chan bertukar jadi Gokai Red Gold Mode. Itupun sebab dia kena fuse dengan badan Gai xD Cane? Dan kenapa? Hahaha itu kenala tengok sendiri. Fufufufu...


[Gokaiger versi complete xP]

Koro sker dengar diaorang nyer attack. "Final Waveeee~!!" xD Pastu bila wat Final Wave Scramble, Gokai Green ngan Gokai Pink akan trade diaorang nyer pedang untuk dapatkan dual guns. So yang akan guna dual sabres lak Gokai Yellow dan Gokai Blue. Memang cambest la sebab diaorang takde pose yang reramai kena pegang senjata yang sebijik jek padahal boleh jek sorang jek tembak xP (Sila refer cara-cara final attack super sentai terdahulu fufufufufu...).

Tapi last-last dalam episod-episod mendekati episod akhir, muncul gaks Gokai Galleon Buster. Wakakaka! Kira Gokaiger ada gak pose pegang senjata ramai-ramai *facepalm* Nak buat cane. Dah trademark super sentai camtuh xP Cuma masa movie SuperHero Taisen Kamen Rider vs Super Sentai, diaorang henshin jadi form combo KR OOO hanya untuk menggunakan Gokai Galleon Buster tuh (TAT) Apa kes.... huhuhu... Ingat bolehla nampak diaorang beraksi sebagai OOO. Rupanya setakat nak pegang GGB diaorang (TAT)

Setakat nih Koro dah layan dua movie melibatkan Gokaiger xD Movie yang 35th anniversary tuh ngan movie Gokaiger versus Gavan (Gaban) tuh. BEST AMAT! Bagi yang layan Gaban dedolu... memang nostalgik amatla xD Dapat tengok pelakon Gaban tuh turut jadi Black Kenya dan Denjiman. Pasnih nak cari movie Gokaiger yang ada Decade dan Fourze sekali. Kiranya Super Sentai versus Kamen Rider la. WHOOOAAAAHHH!!! Mesti tengok!!! xDDD

EDIT (16/11/12) : Koro dah tengok movie SuperHero taisen tuh! xD Koro tengok raw version tapi subbed version dah boleh didapati di kedai-kedai dvd skang. Koro pun dah tengok Gokaiger and the Ghost Ship movie tuh. Pendek amat! Huhuhu tak puas tul Dx

EDIT (8/12/12) : Movie baru Gokaiger akan keluar Januari 2013!! (^O^) Gokaiger kaler hitam??? Gokaiger versus GoBusters??? Owh tak sabar nak tengok!! Windunyer pada Marv-tachi (TAT)

Papehal pun, Gokaiger mengembalikan mood Koro untuk melayan super sentai xD Huahua... Cuma setakat nih Koro takde mood lagi nak layan otromen secara serius camana Koro layan Kamen Rider la xD Owh speaking of Kamen Rider... akhirnya ada Rider switch set dijual kat Litt Tak!!! xDDD Koro nak kena rembat cecepat sebelum sold out (TAT) Ada 3 set nak kena rembat ni uhuhuhu... Dan Double driver akan datang bulan Oktober nanti (^O^) Yoshaaa!!! Masa untuk kumpul duwet!!! Oh tak lupa gak... ada jual gak Gokaiger ranger keys movie edition =D Cuma sayangnya takde Transformation Cellphone Mobilate diaorang. Kalau tak, dah boleh insert and buat aksi gokai change. Huahua... xD Kalau sekadar beli ranger keys jek watpe sebab tak boleh guna (TAT) Cam dulu nak beli pedang OOO. Cam tak berbaloi sebab takde OOO scanner tuh. Tapi skang dah ada =D Cuma tak terasa nak beli pedang OOO tuh sebab nak rembat Rider switch dulu. Nak lengkapkan koleksi Fourze switch dulu xD Pastu nak rembat gak Zodiarts switch. OWHHHH... manyaknyer duwet nak dikorbankan demi minat terchenta nih uhuhuhuhu....

Anywayz... jom layan lagu tema siri nih xDDD~



[Theme Song (full version)]
 

[Gokaiger theme --- Koro sker Kaizokuki Wo Agero]

Selasa, Mac 13, 2012

Entry Edisi Kamen Rider ::: Kamen Rider Kuuga


[Pelbagai Form Kuuga... memacam kaler kan? xD]

[.] Nama siri: Kamen Rider Kuuga
[.] Kamen Rider utama: Kamen Rider Kuuga
[.] Kamen Rider lain: Takdak. Kuuga sorang jer dalam siri nih! xD
[.] Organisasi/Makhluk antagonis: Gurongi/Grongi
[.] Tema: Bertemakan cari gali artifak lama
[.] Kenderaan utama: Moto Trychaser 2000 milik polis yang kemudiannya melalui upgrade dengan ditambah dengan Genomu milik Kuuga (Genomu bentuk cam kumbang besar)
[.] Cara henshin: Untuk bertukar, Godai buat gesture tangan yang tipikal dan jerit "henshin!" lalu tekan butang atas belt dia dengan genggaman tangan dia untuk kasi belt tuh bernyala. Untuk tukar ke form-form dia yang lain, dia jerit "cho-henshin!" yang membawa maksud super transformation
[.] Etc: Kamen Rider pertama yang diperkenalkan masa era Heisei. Kira yang dah moden sketla. Joe Odagiri (pemegang watak Godai Yuusuke/Kuuga) mula popular dari siri ni la sehinggalah menjadi pelakon terkenal. Siri ni memperkenalkan kerjasama antara Kamen Rider dengan pasukan polis tempatan dalam usaha memerangi makhluk jahat.

[.] Review siri/synopsis/summary:
Terus-terang Koro cakap, siri ini takde la best sangat bagi Koro. Kuang kuang kuannnngggg... Tapi pada era dia, siri ni bolehla dikatakan gempak gak la sebab efek pertukaran semua tuh boleh tahanla. Cuma efek masa nak transform jadi power sket agak mengelirukan sebab nampak cam Kuuga kena renjatan letrik lak. Hehehehe...

Godai Yuusuke merupakan seorang pemuda yang happy-go-lucky dan sentiasa berfikiran positif. Trademark utama dia adalah asyik dok buat sign thumbs up jek. Anyway, satu hari masa pulang dari adventures dia kat Indon, dia singgah kat universiti tempat kerja kawan dia, Sakurako, untuk serahkan topeng dari Indon and masa tuh kebetulan ada distress call daripada professor Sakurako yang tengah menjalankan aktiviti carigali kat dalam sebuah gua. Dia dan team carigali dia terjumpa beberapa artifak lama and masa nak try bukak satu tomb/makam tuh, tetiba kena serang la pulak.

Godai terus berkejar ke tempat kejadian tapi dihalang daripada masuk oleh sorang polis bernama Ichijou Kaoru. Semua pencari gali disahkan mati dalam kejadian serangan tuh. Antara beberapa artifak yang berjaya dikeluarkan dari gua tuh ada satu belt yang bila Godai dekat jek ngan belt tuh, dia tetiba terbayangkan rupa Kuuga tengah lawan dengan Gurongi. Godai akhirnya berjaya convince Ichijou yang Sakurako boleh tolong translate tulisan purba yang ada kat kebanyakan artifak tuh.

So pas dah setel tengok footage serangan semua tuh kat balai polis, Sakurako dan Godai nak balik tapi time tuh tetiba ada Gurongi serang balai polis la pulak. Dalam keadaan kekecoh tuh, Godai sempat rembat belt tuh and terus transform jadi Kuuga. Tapi kaler putih nyer (form asas) and berjaya kalahkan Gurongi tuh. Keesokannya, Sakurako luahkan kebimbangan dia pasal kesan pemakaian belt Kuuga tuh kat badan Godai tapi Godai kata don't worry. Takde pape.

Ichijou lak mulanya sangka Kuuga tuh antara puak Gurongi yang muncul untuk buat kacau dan menamakannya sebagai Unknown No.4. Tapi last-last dapat tau Kuuga tuh rupanya Godai. Godai lak berazam untuk hapuskan semua Gurongi yang muncul so start daripada situla mulanya kerjasama antara Godai dan Ichijou dan akhirnya dalam episod-episod seterusnya, Kuuga bekerjasama dengan seluruh pasukan polis.

Kuuga ada beberapa form yang ditunjukkan melalui kaler dan weaponry. Basic form kaler putih dan dinamakan sebagai Growing Form. Form nih paling lemah skali. Kalau dah transform dalam form ni, tak ble jadi Kuuga dalam tempoh 2 jam. Form yang kerap digunakan adalah Mighty Form yang berwarna merah. Form nih lebih kepada rider kick sebagai finisher utama. Dalam super-transformation mode, akan ada kaler gold ditambahkan dan nama form tuh jadi Rising Mighty Form.

Form ketiga yang ditunjukkan dalam siri ini adalah Dragon Form berwarna biru. Form nih lebih kepada ketangkasan. Biasa guna kalau nak lompat tetinggi or kejar Gurongi yang laju. Kalau dia pegang memana batang (tak kisahla paip ke kayu ke...) boleh menukarkan mende tuh kepada Dragon Rod, weapon utama Dragon Form. Finishing move form ni adalah dengan mencucuk rod tuh kat badan Gurongi tuh =P Super-transformation mode akan ada kaler gold ditambahkan dan nama bertukar jadi Rising Dragon Form.

Form keempat lebih kepada ketajaman deria iaitu Pegasus Form berwarna hijau. Selalu kalau bertukar kepada form nih, Godai akan mintak pinjam pistol polis sebab pistol tuh akan ditukarkan jadi senjata utama Pegasus Form iaitu Pegasus Bowgun. Cam anak panah tapi dalam bentuk pistol. Finishing move adalah dengan shoot beberapa panah kepada Gurongi dengan tepat. Super-transformation mode akan ada kaler gold ditambahkan dan nama bertukar jadi Rising Pegasus Form.

Form kelima lebih cam kekebalan sket. Kira defensive form aaa nih. Titan Form kaler purple or sebenarnya purple dan gray xD Biasanya dia akan amek handle moto dia untuk tukarkan jadi pedang Titan Sword dia. Wakakaka... lawak lawak. Finishing move form ni adalah dengan mencucuk pedang tuh kat badan Gurongi tuh =P Super-transformation mode akan ada kaler gold ditambahkan dan nama bertukar jadi Rising Titan Form.

And last but not least, ultimate form Kuuga yang dijangka akan "mengakibatkan kegelapan kepada seluruh alam". Ultimate form Kuuga ni berwarna hitam dan dinamakan sebagai Supreme Warrior Form atau Ultimate Kuuga Form. Kalau mata form ni kaler hitam, tu maknanya Kuuga akan hilang kawalan diri dan sifat kemanusiaan. Kira berserk mode aaa nih. Tapi masa Godai bertukar dalam form ni, mata Kuuga still kekal dengan kaler merah, tanda dia masih mampu mengawal diri. Dikatakan dengan adanya form nih, dapat dibuktikan Kuuga bukannya dari kalangan puak Linto tapi mungkin dia sebenarnya dari puak Gurongi.

Ah lupa nak cakap. Puak Gurongi dan puak Linto nih bermusuhan sejak dulu. Gurongi suka bunuh Linto melalui peraturan game rekaan sendiri. Mujurla masa tuh Linto dilindungi Kuuga so puak Linto blela survive yang akhirnya membawa kepada kemunculan manusia moden. Kiranya manusia tuh cucu cicit puak Linto la lebih kurang. Wakakaka... Puak Gurongi berjaya dihapuskan dan Gurongi terkuat diaorang di-seal-kan (sehinggala professor dan team carigali dia gi gegatal bukak makam tuh =P ). Anyway, sejarah Kuuga tak berapa clear dalam siri nih sebab tak diterangkan dengan mendalam.

Papehal pun, Koro tak berapa nak layan aaa Kuuga nih. Mungkin sebab cara lawan si Kuuga tuh sendiri kot. Wakakaka.... xD Asyik dok bawak moto main langgar-langgar Gurongi lak (=_____=) Moto tuh cam weapon la pulak. Adessss... Mat rempit pun lagi berperikemanusiaan camnih xDDD~

Jumaat, September 30, 2011

Recurring places in Kamen Rider fights

[KR Faiz/555 belasah KR Hibiki ... xD] 

Kalau korang selalu layan citer kamen rider, korang mesti perasan ada beberapa lokasi yang selalu diguna semula dalam fight scenes. Antara yang ketara, babak lawan bawah jambatan. Babak lawan kat stadium. Babak lawan kat tangga. Babak lawan kat pentas. Babak lawan kat construction site. Kawasan tepi lereng bukit, sama ada untuk duduk melepak atau dijadikan lokasi berlawan ataupun untuk terjatuh secara bergolek ke bawah xP

Kengkadang cam lokasi kedai makan/bar/restoran/café tempat diaorang selalu lepak pun cam dedekat nak sama. Kalau korang penah tengok Decade, perasan dak scene yang diaorang lawan kat tanah lapang dikelilingi bukit tuh? Double pun datang tulun Decade masa tuh. Dalam 000 pun ada area tuh xD Scene Ankh lawan Eiji dengan Dr. Maki nyebok bebaling Core Medal pepel kat situ.

Wakakaka xD Kalau ternampak locations tu, mesti cam ada perasaan déjà vu. Cam kata ehhh… penah tengok la tempat nih sebelum nih dalam siri kamen rider lain xD

Ada penah rasa camtuh dak? Ohohoho…

Isnin, Julai 11, 2011

Entry Edisi Kamen Rider ~ Cho-Den O Trilogy



[KR Zeronos Zero Form / KR New Den-O Strike Form / KR Diend]

Sebenarnya nama movie tuh panjang tapi nak letak sebagai header cam tak muat xD Okeh, nih antara installment movie-movie melibatkan Kamen Rider Den-O. Tajuk sebenar movie nih "Kamen Raidā × Kamen Raidā × Kamen Raidā Za Mūbī: Chō Den'ō Torirojī". Yaaaa... jangan betulkan skrin monitor anda sebab sememangnya kamen rider tuh kena sebut tiga kali xD Trilogi la katakan. Mwaha!

Cho Den-O Trilogy nih adalah salah satu "bahagian" dalam series movie Cho-Den-O. Bahagian lain antaranya The Onigashima Warship (special appearance: Decade) dan Let's Go Kamen Riders (special appearance: OOO dan kamen rider lelain).

Den-O pun ada versi filem gaks.

I'm Born ---> Pasal Ryoutarou hilang ingatan and Momotaros terpaksa possess Ryoutarou masa muda (err... kekanak xDDD) untuk jadi mini Den-O xD Diaorang kembali ke zaman Edo untuk lawan Gaoh and the geng. Masa nih watak Ryoutarou besar masih dipegang Takeru Seto.

Climax Deka ---> Ambil plot selepas siri Den-O berakhir di mana Ryoutarou ngan Momonoji-tachi setup Denliner Police. Pastu ada watak si polis ni yang kalau korang sedar, dia la jadi Kuuga dalam Kamen Rider Decade =D Watak Ryoutarou masih dipegang Takeru Seto.

Saraba/Final Countdown ---> Ryoutarou kena possess jadi jahat! (TAT) Masa nih diperkenalkan Kamen Rider Yuuki Skull Form dan Hijack Form. Dan eppy di mana Koutarou (New Den-O) dan Teddy diperkenalkan pada Momonoji-tachi oleh Owner.

Okeh berbalik pada fokus entry kali nih, Cho Den-O Trilogy nih terdiri lak daripada 3 plot yang memasing ditandakan dengan warna traffic light kat jepun. Episode Red, Episode Blue dan Episode Yellow. And dalam semua siri Cho Den-O (termasuk Onigashima ngan Let's Go tuh), watak Ryoutarou bukan lagi dipegang oleh Takeru Seto. Kali nih Takuya Mizoguchi yang pegang watak tuh sebagai Ryoutarou yang badannya kembali ke zaman remaja memuda sket. Windunyer kat Takeru Seto (TAT) tapi takperla. Takuya tuh cam ble tahan gak lakonan dia.

Meh kita kupaskan secara ringkas setiap episode dalam Cho Den-O Trilogy! (^O^)

Episode RED. Fokus eppy nih lebih kepada Sakurai Yuuto dan hubungannya yang kompleks dengan Nogami Airi (kakak Ryoutarou). Ye laaa... Yuuto tuh tunang Airi. Tapi masalahnya Airi bertunang ngan Yuuto yang dewasa. Bukan Yuuto yang sebaya dengan adik dia xD So, Yuuto cam berusaha untuk sambungkan perasaan Airi tuh kat "Yuuto" tak kirala Yuuto muda ke Yuuto dewasa ke... tapi susah sebab Airi dah anggap Yuuto muda dan Yuuto dewasa dua orang berlainan.

Lagipun Airi memang cintakan Yuuto dewasa sorang tuh jek. Deneb pun sedey tengok Yuuto cam dalam dilema camtuh (TAT) Sampai ke akhir, kita masih tak jelas perasaan Airi terhadap Yuuto muda. Sebab Yuuto dewasa dah tak wujud dah pun disebabkan kehadiran Yuuto muda tuh. Tapi Ryoutarou cam yakin suatu hari nanti, Airi pasti akan terbuka hati dia untuk Yuuto muda. Uhuhuhu... jiwang... jiwang...

Episode BLUE. Fokus eppy nih pada hubungan unik Koutarou dan Teddy. Koutarou ditakdirkan mempunyai nasib yang malang giler macam datuk dia xDDD~ Tapi dia bernasib baik sebab ada Teddy yang selalu melindungi dia daripada bahaya. Sehinggalah suatu hari, Owner membuat pengumuman mengejutkan. Kontrak Teddy dengan Koutarou dimansuhkan! Teddy kini milik Owner! Dan nama Teddy bukan lagi Teddy mahupun Tendon tetapi... Alexanderovich! xP

Masa tula Koutarou mula sedar, dia terlalu bergantung pada Teddy yang selalu melindunginya daripada bahaya. Sejak Teddy dah jadi milik Owner, dia asyik bernasib malang jek xD Mulanyer Koutarou frust gak tapi last-last dia sedar, dia kena bergantung pada diri sendiri gak. Masa dah hampir nyenyawa ikan lawan Imagin Mantis, Teddy tetiba muncul kata seperti mana Teddy penting untuk Koutarou, Koutarou pun penting untuk Teddy. Wahhhh... persahabatan yang mengharukan xDDD

Diaorang berjuang bersama dan dapat kalahkan Imagin Mantis tuh. Tapi Teddy dah langgar kontrak dia ngan Owner sebab pergi berjuang bersama Koutarou. So dia mula fade away from existence. Sebelum bertukar jadi pasir selamanya, dia sempat serahkan tangkal untuk elakkan nasib buruk kat Koutarou. Huhuhuhu.... sedey scene tuh. Koutarou nangis sambil sempat kutuk si Teddy tuh baka sebab yang tangkal dia bagi tuh love charm xDDD~ Huuuu... adakah Teddy dah pergi untuk selamanya? Kenala tengok untuk tau xP

Episode YELLOW. Fokus pasal Diend. Hurmmm... apsal Yellow lak ekk? Diend kan biru? (O_o) Owhhh... mungkin yellow tuh merujuk pada warna emas treasures kot xD Diend kan pemburu/pencuri harta karun xD Pape hal pun dalam eppy nih mengisahkan Diend mencuri pass Denliner Ryoutarou untuk hijack DenLiner supaya dapat kembali ke satu masa nih yang cam penting giler untuk dia "re-do kesalahan" yang dia terbuat masa tuh.

Dalam eppy nih gak diperkenalkan watak G Den-O, polis masa. Bila henshin, keta polis kat kepala terbelah dua untuk jadi mata xDDD~ Defense G Den-O kuat gaks and dianyer attack cam kerek jek xD Perfect Weapon. Ecehcehhh xDDD Owh... tak lupa gak, kita dapat saksikan Diend nyer complete form. Kalau korang dah tengok cane *cough* buruksnyerghhh *cough* Decade nyer, bersediala dengan baldi di sisi bila tengok Diend punyer. Adusss... (TAT)

Oraits. Dah habis review pasal siri nih. Kalau rajin Koro letak gambar yang Koro google wakakaka... xDDD~



Jumaat, Jun 17, 2011

Entry Edisi Kamen Rider ::: Kamen Rider Hibiki


[ Koro sker suit diaorang!! xD -- Kamen Rider Hibiki dalam basic form ]


[.] Nama siri: Kamen Rider Hibiki

[.] Kamen Rider utama: Kamen Rider Hibiki

[.] Kamen Rider lain: Kamen Rider Ibuki, Kamen Rider Todoroki, Kamen Rider Zanki ... dan beberapa "oniki-oniki" yang lain hahaha... xD

[.] Organisasi/Makhluk antagonis:
Makamou, Man, Woman

[.] Tema:
Lebih berkisarkan kepada penggunaan alat muzik untuk menghasilkan resonan bunyi sebagai cara menghapuskan makamou

[.] Kenderaan utama:
Tiada yang spesifik. Hibiki pada mulanya menumpang kereta Kasumi dan pada pertengahan siri, menunggang motosikal jenis Harley. Ibuki selesa dengan moto manakala Todoroki memandu kereta milik Zanki.

[.] Cara henshin: Hibiki menggetarkan tala. Ibuki meniup wisel (hahaha agaknya la sebab nak kata trumpet mini, takde rupa trumpet pun...) dan Todoroki menarik tali alat di pergelangan tangannya seakan memetik tali gitar la kononnya

[.] Etc: Siri Kamen Rider yang ada konsep anak murid dan shishou (master/sensei/tok guru). Menariknya dalam KRH nih, anak murid Hibiki (Kyousuke Kiriya) adalah pelakon yang memegang watak sakurai Yuuto (KR Zeronos) dalam KR Den-O iaitu Nakamura Yuichi.


[.] Review siri/synopsis/summary:

First impression tengok eppy pertama siri nih ---> BOSAN GILERRR!!! (=3=) Sorry ekk bagi para peminat Hibiki di luar sana. Dalam eppy pertama dah diperkenalkan watak Hibiki dan Asumu dan camne pengenalan singkat diaorang bermula kat kapal tuh. Koro cukup tak sker watak Asumu tuh. Kalau takde pun takpe Dx Jap nak jadi anak murid, jap tak nak jadi. Arghhh!! Pastu diperkenalkan gak watak makamou. Serious hudus. Lagi hodoh daripada makhluk jahat dalam KR Kuuga. Arghhh!! Malas tul nak review siri nih tapi terpaksa gak. Alang-alang dah tengok xP Tu pun buat review selepas setahun berlalu wakakaka... tengok tahun lepas tapi baru nak buat review tahun nih? Apa kes kan? Wakakaka...

Dalam siri nih suit Kamen Rider adalah sebahagian dari diri diaorang. Bukan sekadar suit yang boleh tanggal gitu jek. Kalau hilang power, hilang la suit tuh and tinggal la diaorang dalam keadaan togel yakni tidak berpakaian seurat benang pun. Kalau Kamen Rider siri lain, at least kalau hilang power, diaorang revert balik ke dalam keadaan berbaju =P Siri KRH nih saje nak wat kelainan kot (=3=) Ini dibuktikan dengan scene di mana Todoroki kepenatan lalu hilang la power dia jap dan terbaring la dia dalam keadaan togel tetengah hutan. Begitu gak scene masa Zanki dah {insert spoiler here hehehehe...} dan juga scene Akira masa dia gagal kawal pertukaran dia. Owh... Akira tuh pompuan yek. Jeng je jenggg... xDDD~ Sape pulak Akira nih? Hehehe... cuteka cuteka! xP Akira tuh anak murid Ibuki. Taaaaaapi. Adakah Akira bakal menggalas tugas sebagai Oni seperti mana Ibuki? Atau berhenti di tengah jalan? Dun dun DUNNNN!!! xP

Riders dalam siri ini dikenali sebagai Oni. Bukan raida seperti dalam siri KR yang lelain.

Anywayz, dalam siri nih, para Oni bergerak bawah satu pertubuhan yang dinamakan Takeshi. Asal-usul pertubuhan ini boleh ditonton dalam special movie Hibiki (yang turut memperkenalkan beberapa Oni baru yang takde dalam versi siri). Haiks. Koro tak sker siri ni tapi siap boleh tonton dia nyer movie pulak! Aduyai xD Nak wat cane. Dah alang-alang Koro tengok siri nih. Terpaksala layan movie dia sekali untuk lebih memahami cerita di samping nak carik apa yang best sangat pasal KRH nih sampai ada peminat dia tersendiri. Kekekeke...

Pertubuhan Takeshi tuh banyak cawangan (waaaa... bisnes cam maju jek xP) and salah satunya beroperasi bawah samaran satu kedai minum jepun (cam kedai kopi tradisional la) kendalian Tachibana Ichirou dan anak-anak pompuannya, Kasumi dan Hinaka. Juga ada sorang jurutera gear diaorang, Takizawa Midori. Awal-awal nampak cam Hibiki kapel ngan Kasumi tapi dalam pertengahan jalan citer, Kasumi rupanya dengan Ibuki daaa... Hinaka dengan Todoroki. Habis? Hibiki dengan sape? Haha... cam takde sape tapi rasanya calon paling sesuai adalah Midori =P

Oni-oni tuh ada banyak tapi siri nih mainly fokus kat Hibiki, Ibuki dan Todoroki. Zanki pun kadang-kadang masuk spotlight gak. Sape lak Zanki nih? Well, Zanki nih shishou pada Todoroki sebelum resign jadi Oni disebabkan masalah kesihatan dan tempat dia sebagai Oni diambil alih oleh Todoroki (yang rembat sekali keta Zanki wakakaka...). Zanki ni watak favourite Koro dalam citer nih sebab Koro kenal dia sebagai Jirou si serigala biru dalam KR Kiva. Ada sesape ingat? xDDD Huh. Tak sangka ada dua pelakon siri nih berlakon balik dalam siri KR lain (Den-O dan Kiva).

Oni tuh semua battle against Makamou (diulangi... yang hudus teramat! Dx) dan Man and Woman (yang sampai sekarang Koro tak paham sape diaorang nih) yang cuba menghuru-harakan keadaan semata-mata mau cari makanan (diaorang makan manusia daaa...). Owh... lupa nak selit info "penting la sangat nih" kat sini. Man tuh bersuara pompuan. Dan Woman tuh bersuara lelaki. Haaa??? (=A=) Dan untuk lebih menghangatkan kepala yang tengah sedia pening, ditambah lagi watak Man dan Woman yang bersuara betul, yang bertindak macam leader untuk semua makamou termasuk Man and Woman yang bersuara songsang tuh. HAAA??? (TAT) Perlu dimaklumkan, setiap kali selepas habis tengok satu eppy, Koro dilihat pergi ke satu sudut lalu menghantukkan kepala ke dinding beberapa kali disebabkan perasaan tensen teramat... (=A=)

Oh lupa nak cakap. Pada mulanya, siri ini diselitkan efek tulisan kanji tapi bila midway citer nih, especially bila watak Kiriya diperkenalkan (ingat ekkk... dia nih Sakurai Yuuto aka Zeronos lalalala xDDD) memende tulisan kanji tuh sumer dah takde. Koro try google cari sebab. Yela. Drastik sangat perubahan jalan citer. Rupanya pertengahan penggambaran berlaku pertukaran staff produksi so ada la ubah siri tuh kat sini sana. Sebenarnya, Koro tak paham apa motif watak Kiriya diperkenalkan. Tapi Koro rasa mungkin sebab nak buat Hibiki nih akhirnya ada gak anak murid. Pastu nak wat Kiriya tuh sebagai saingan Asumu. Perangai Kiriya memang menjengkelkan (masa dia jadi Kiriya la... masa jadi Yuuto comel! xDD) tapi usaha dan cecita tinggi Kiriya nak jadi Oni memang admirable =D

Dan ending citer nih... ending citer nihhhh!!! HAMPES. Tu jer Koro leh cakap. Kenapa dilabelkan sebegitu rupa? xD Wokeh. Dengar sini, bebeh. Apsal dedekat akhir tuh Man and Woman nak tulun Oni-oni pulak?! Apsal lak diaorang siap bagitau Ichirou info pasak forest bergerak tuh pulak?! Seal makamou kena guna gendang lama tuh?! Apsal tak wat masa awal-awal citer lagi, kan senang?! Adusss... Lum lagi sebut pasal eppy kemunculan Shuki lak. Koro tak sker eppy tuh sebab eppy tuh la Zanki dot dot dot... xP Dan apsal tak terangkan nape ada Man and Woman bersuara betul tuh dalam bentuk manusia sedangkan makamou sumer hudus?! Dan kenapa diaorang create lak Man and Woman bersuara songsang?! ARGHHHH!!!

Lagu siri nih lak... memang bosan xD Tapi sebab selalu tengok (terpaksa...) rasa cam lagu tuh dah melekat kat telinga lak. Siap ada satu episod khas kemunculan penyanyi lagu tuh. Pastu bila Koro cam agak-agak dah boleh terima lagu ending, tetiba tukar pulak lagu opening dalam second arc siri tuh. Guna penyanyi yang sama. Adoilaaaa... (TAT)

Pape hal pun, Koro nak mintak maaf kepada para peminat Hibiki. KRH nih ternyata bukan taste Koro wakakaka... xD Tapi suit Oni sumer lelawa especially Hibiki la. Tuh jela Koro boleh tabik =D

Jumaat, April 22, 2011

Entry Edisi Kamen Rider : Kamen Rider Double (W)



[ Cyclone Joker form ::: basic form untuk Double ]

[.] Nama siri: Kamen Rider Double (Juga dikenali sebagai W)
[.] Kamen Rider utama: Kamen Rider Double
[.] Kamen Rider lain: Kamen Rider Accel --- dan Trial (Sampai skang cara henshin dia amat kelakar pada pendapat Koro xD)

[.] Organisasi/Makhluk antagonis: Dopant

[.] Tema: Bertemakan penyiasatan (detektif/penyiasat persendirian) di mana setiap kes kendalian diaorang biasanya mesti ada kaitan dengan Dopant akhirnya
[.] Kenderaan utama: Moto hitam hijau! xD Menariknya, dengan beberapa kombinasi daripada HardBoilder (kenderaan gabak milik Double yang biasanya boleh dipanggil melalui telepon Stag Beetle Double), moto Double boleh bertukar jadi jet air atau moto terbang
[.] Cara henshin: Untuk bertukar, Shotaro dan Phillip menggunakan USB Pendrive yang dipanggil Gaia Memories. Biasanya bermula dengan Cyclone milik Philip kendian diikuti Joker milik Shotaro. Bila Phillip insert dianyer Cyclone (kaler hijau) kat belt dia, mende tuh akan hilang dan muncul di belt Shotaro untuk Shotaro push-kan kendian baru dia masukkan Joker (kaler hitam) miliknya ke belt dia dan seterusnya henshin kepada Double. Dalam kes nih, Shotaro provide badan manakala Phillip 'mind consciousness'. Tapi dalam mode FangJoker, Phillip yang akan provide badan manakala Shotaro dianyer 'mind conciousness'

[.] Etc: Ada laki togel. Wakakakaka!!! xD Seriyes tak tipoooo! xD Terkezut gak tengok bahagian belakang si Kirihiko masa upacara sebelum penyerahan gaia memory Naszca tuh xD Koro skerrrr hahahaha! xDDD~ Oh dan siri ni berkait rapat dengan movie Decade sebab dalam movie tuh dipersembahkan side story Begins Night yang menceritakan cane diaorang dapat Gaia Memories untuk henshin kepada Double dan apa terjadi kat Narumi Sokichi. Oh dan dalam movie tuh ditunjukkan Kamen Rider Skull. Machos amat! xD Dan juga kena tengok movie Kamen Rider W Forever: A to Z/The Gaia Memories of Fate (wah panjang giler tajuk) sebab dalam movie tuh menceritakan apa yang terjadi kat Gaia Memories hasilan Foundation X kendalian Kazu Jun (Utopia) di mana movie tuh turut memperkenalkan Kamen Rider Eternal.

[.] Review siri/synopsis/summary:
Siri ni antara siri yang Koro sker =D Walaupun Koro sampai skang tak paham Gaia Impact tuh akan buat dunia jadi cane, tapi takperla. Abaikan xD Anywayz, KR Double merupakan KR pertama yang terpaksa menggunakan dua orang untuk henshin (Ahem... ada sesape teringat kat otromen ace? xD). Hidari Shotaro merupakan apprentice kepada Narumi Sokichi dan juga pemilik Joker memory. Phillip lak diselamatkan Shotaro dan Sokichi daripada Museum dan merupakan pemilik Cyclone memory. Sokichi bagi dia nama Phillip sebab dia langsung takde ingatan pasal sape dia. Nama sebenar Phillip diberitahu dalam pertengahan citer nih. Malangnya, dalam operasi penyelamatan tuh, Sokichi terkorban tapi dia sempat pesan kat Shotaro untuk jaga Phillip bebaik dan amanat tuh diterima sepenuhnya oleh Shotaro yang rasa bersalah sebab dia rasa diala punca Sokichi terkorban (sila tengok BEGINS NIGHT yek xD).

Tak lama kendian, Narumi Akiko (anak Sokichi) muncul dan claim title sebagai head kepada agensi penyiasatan diaorang tuh. Sebab dia anak boss, terpaksala Shotaro setuju dalam terpaksa xD Akiko memang bubbly dan energetic orangnya serta di masa-masa tertentu mampu menyumbangkan idea-idea bernas dan bertindak melindungi client sepenuh jiwa sebijik macam bapak dia. Shotaro dan Phillip panggil dia Aki-chan manakala Ryuu panggil dia senchou (chief/captain). Akiko gak biasa bertindak sebagai penyambut badan Phillip tiap kali Shotaro dan Phillip henshin.
Bercakap pasal henshin nih, Double mempunyai beberapa form yang memasing ada fungsi tertentu dan bebas dikombinasikan. Cuma untuk form FangJoker, tuh form spesel sket xD
Basic form: Cyclone Joker (hijau hitam) --- Maximum Drive untuk form ni adalah Joker Extreme, satu rider kick versi Double. Yang membezakan rider kick nih dengan rider kick kepunyaan KR lain adalah badan CycloneJoker terslide kepada dua bahagian cam henpon slide wakakaka sebelum menjunamkan diri ke arah musuh untuk menghadiahkan tendangan dua kali ganda tuh diiringi pusaran angin tornado. Antara gabungan cambest dengan Joker adalah HeatJoker (merah hitam) dengan Maximum Drivernyer Joker Grenade dan LunaJoker (kuning hitam) dengan Maximum Drivernyer Joker Strange.
Alternate form kedua adalah HeatMetal (merah silver) --- Maximum Drive untuk form nih adalah Metal Branding di mana metal shaft yang dipegang HeatMetal bernyala pastu HeatMetal cam wat cap berapi la kat atas Dopant tuh lebih kurang xDDD Antara gabungan cambest dengan Metal adalah CycloneMetal (hijau silver) dengan Maximum Drivenyer Metal Twister dan LunaMetal (kuning silver) dengan Maximum Drivenyer Metal Illusion.
Alternate form seterusnya adalah LunaTrigger (kuning biru) --- Maximum Drive untuk form nih adalah Trigger Full Burst di mana setiap shots yang ditembak berwarna kuning dan boleh berubah arah serta tepat mengenai sasaran berpandukan kebolehan Luna untuk mengelastikkan diri =P Antara gabungan cambest dengan Trigger adalah CycloneTrigger (hijau biru) dengan Maximum Drivenyer Trigger Aerobuster dan HeatTrigger (merah biru) dengan Maximum Drivenyer Trigger Explosion.
Spesel form : FangJoker (putih hitam) --- Maximum Drive dia rider kick gak nama Rider Kick Fang Streiser. Philip yang kawal form nih xD
Yang paling lawak --- form CycloneJokerExtreme sebab badan cam terbelah dua xDDD~
Si jahat dalam Double bergelar Dopant. Dopant ni terjadi bila manusia insert gaia memory dalam badan memasing tanpa bantuan Driver khas cam Double dan Accel. Cane manusia-manusia nih ble dapat lak gaia memory? Di sinila distributor memainkan peranan. Haha gaia memory siap ada salesman lagi =P Dan Soudo Kirihiko (laki togel tuh wakakaka) merupakan salah sorang salesman gaia memory yang berjaya sehingga membuatkan Sonozaki Saeko (Dopant: Taboo) tertarik dan akhirnya diaorang kawen so Kirihiko tukar nama kepada Sonozaki Kirihiko dan mendapat Driver khas untuk menggunakan Naszca.

Museum lak merupakan satu organisasi kuarga milik Sonozaki Ryuube dan anak-anak dia, Saeko dan Wakana. Diaorang nih la yang buat gaia memory dan funding diaorang ditaja oleh Foundation X. Ahli kuarga Sonozaki memasing mempunyai Driver khas untuk menggunakan gaia memory emas. Ryuube guna Terror, Wakana guna ClayDoll dan Saeko lak Taboo. Kazu Jun (akan diperkenalkan masa dedekat bahagian-bahagian akhir siri ni) pegang Utopia. Driver nya diberikan oleh Ryuube untuk privilege sebagai sponsor. Kazu Jun tuh salah sorang orang kuat Foundation X.

Dan sepertimana citer KR yang lain, tak sah kalau takde KR sampingan kan? xD Makanya diperkenalkanla watak Terui Ryuu, superintenden polis Fuuto (nama bandar tuh) yang mempunyai gaia memory Accel untuk henshin kepada KR Accel. Cara cane dia dapat memory tuh ada diceritakan dalam siri nih. Anywayz, cara henshin dia cam kelakar sket and dalam form Accel, dia boleh bertukar jadi moto (O_________O) Memula si Ryuu ni dingin giler tapi lelama bila lepaks dengan geng Shotaro tuh sumer, dia cam okes sket. Masa akhir-akhir tuh dia cam tak kisah bila Akiko peluk dia. Waaaaa!!! xDDD~

Watak favourite Koro dalam citer nih si Kirihiko (laki to-... hehe bape kali Koro nak ulang ek? xDDD) sebab bagi Koro, walaupun dia jahat sebagai salesman gaia memory, dia tetap cintakan Fuuto dan mahukan kedamaian untuk bandar tuh. Walaupun dia jual gaia memories, dia tak jual pada bebudak and dia marah giler bila dapat tau ada orang wat camtuh. Cinta dia pada bandar Fuuto sama cam Shotaro dan diala pereka maskot bandar tuh. Walaupun dia dah jadi ahli kuarga Sonozaki, diaorang masih anggap dia sebagai orang luar. Kirihiko sendiri terkejut bila dapat tau tujuan sebenar edaran memories tuh (bukan sekadar nak buat duit upenyer malah lebih evil daripada tuh) so masa tuh dia dah mula rasa cam tak best dengan kuarga Sonozaki. Walaupun Saeko pandang rendah kat dia, Kirihiko tetap cintakan Saeko sampai ke akhir dan ini dibuktikan dengan walaupun dia tau Saeko antara mastermind rancangan evil Museum, dia tetap ajak Saeko untuk lari bersamanya. Huuu...

Papehal pun, tengokla Double! xD Citer ni cam ada unsur lawak Den-O sket dalam nih. Kengkadang sikap lagak Shotaro/CycloneJoker form cam Momotaros jek =P Koro paling sker episod dopant yang boleh masuk dan kuasai mimpi tuh. Episod lawak giler! xDDD~
Bila dah layan habis dianyer siri, jangan lupa saksikan movie dia yang Memories A To Z tuh. Sebab tuh akan diterangkan cane copy gaia memories hasilan foundation X disalah gunakan oleh satu geng askar zom-... ooops! Spoiler wakakaka xDDD~ Dan juga membayangkan perkembangan hubungan Akiko ngan Ryuu. Waaaaa xDDD Koro sker!! (^O^)


Selasa, Mac 15, 2011

Entry Edisi Kamen Rider : Kamen Rider Den-O


[ Momotaros ~ Den-O Sword Form ~ Nogami Ryotaro ]


[.] Nama siri: Kamen Rider Den-O
[.] Kamen Rider utama: Kamen Rider Den-O
[.] Kamen Rider lain: Kamen Rider Zeronos
[.] Organisasi/Makhluk antagonis: Imagin
[.] Tema: Time travel
[.] Kenderaan utama: Keretapi Denliner dan Zeroliner
[.] Cara henshin: Swipe kad kat belt dan tekan bebutang kaler tertentu untuk mendapatkan kuasa imagin tertentu
[.] Etc: Siri Kamen Rider yang paling kelakar!!!

[.] Review siri/synopsis/summary:

Okay, untuk permulaan, Koro nak cerita pasal KR D-O nih. Siri nih berkisarkan time travelling di mana keretapi Denliner (dan Zeroliner) menjadi kenderaan utama yang membolehkan watak-watak utama pergi ke masa depan atau masa lampau. Watak utama (dipegang oleh Sato Takeru) ialah Nogami Ryotaro. Dia ni jenis lurus bendul dan malang tak hingat. Kira bad luck habis la. Tetapi dia mempunyai keistimewaan sebagai singularity point, iaitu orang yang tak terpengaruh dengan perubahan masa (kira kalau ada orang ubah masa lampau untuk jadikan future yang lain, takde efek kat dia pun). Dan pasal speciality ini la dia ditakdirkan untuk menjadi Den-O.

Masa pertukaran first time kepada Den-O memang kelakar xD Sebab Ryotaro mana reti lawan and tak penah berlawan so dia dok lelari jela walaupun Hana (heroin utama) dok suruh dia lawan. Kira cam realistik la jalan citer. Sebab kengkadang kalau citer lain, bila henshin jek, tetiba jek reti berlawan padahal tak penah ada training ke apa ke. So bagi Koro, KR D-O la sesatunyer siri yang paling dekat ngan realiti.

Anyway, tambah memeriahkan siri nih adalah karenah 4 watak imagin utama iaitu Momotaros (merah), Urataros (biru), Kintaros (kuning) dan Ryuutaros (ungu). Sekali-sekala diselitkan dengan Sieg (putih). Memasing ada perangai tersendiri. Momotaros paling kelakar, bebodo sket dan suka berlawan. Seringkali ditumbuk Hana. Urataros jenis flirty. Kintaros suka beradu kekuatan ala-ala ahli sumo atau judo dan merupakan imagin yang paling blur antara diaorang semua. Ryuutaros imagin muda so perangai dia cam kekanak ribena sket, suka menari dan buat kacau. Sieg mengganggap dirinya seorang putera so keangkuhannya jangan cakap la. Diaorang ni 'duduk dalam badan Ryotaro' jika Ryotaro di masa semasa (present) dan akan muncul sebagai diri sendiri dalam Denliner. Biasanya, sorang cuma boleh 'dirasuk' sekor imagin jek tapi Ryotaro ada keupayaan untuk memuatkan keempat-empat imagin tuh. So bila Ryotaro 'dirasuk' Momotaros, Momotaros akan mengambil alih personaliti Ryotaro dan bila ni berlaku, akan digambarkan dengan penukaran personaliti, suara dan gaya rambut. Macam tu gak keadaannya bila 'dirasuk' Kintaros, Ryuutaros dan Urataros.

Juga terdapat watak kamen rider 'tambahan' iaitu Kamen Rider Zeronos dan imagin nya Deneb. DENEB ADALAH IMAGIN PALING KELAKAR DAN BENGAP xD Kesetiaannya pada Sakurai Yuuto (Zeronos) memang tinggi amat. Mulanya Zeronos dan Deneb bergerak solo menghapuskan Imagin yang membuat kekacauan tapi di pertengahan siri, Yuuto mula selesa berkawan dengan Ryotaro dan imagin-imagin nya walaupun dia tak mo ngaku dan seringkali tampil 'menghulurkan bantuan' xD Cuma Yuuto nih ada history sket yang agak kompleks xD Kena tengok dulu untuk tahu hehehe...

Pendek kata, bagi Koro, KR D-O memang ceria dan kelakar. Kalau search kat youtube, boleh tengok pelbagai aksi kelakar. Den-O juga ada featured dalam siri Kamen Rider Decade dan merupakan satu-satunya KR undangan dalam KR DCD yang boleh bercakap xD Semuanya disebabkan Momotaros xP Owh dan masa Decade cuba menggunakan kuasa Den-O, memang satu babak yang kelakar xD Pape hal pun, layan aaa Den-O dan ketepikan kenapa ada sesetengah memende mengarut dalam citer nih hahaha xD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...