Khamis, Ogos 24, 2006

Kekura, Totis dan dotdotdot... xD

obey the rules...
Bebaru nih, saya beli 2 ekor kekura kat Pesta Konvo UKM 2006. Yang jantan still hatchling, diberi nama Numlock dan yang betina, baru masuk dewasa, Capslock. Memula memang nak bagi nama cam Seiji ke Midori ke... tapi tu biasa sangat xD Pastu terfikir DK dan CT tapi kang saya dera lak diaorang xP Bagi nama kekunci baru orang lain pandang pelik teeheehee... Untuk singkatan, saya gelar diaorang Caps dan Num.

Setelah seminggu dua kitaorang bersama... cewah... Caps dah mula biasa dengan sentuhan tuannyer ^_^ Num masih tetakut tapi dia dah biasa dengan sudu yang saya guna untuk angkat dia ahahaha xD Kalau takde sudu tu, jangan harapla Num merelakan dirinyer diangkut ke mana-mana xD Caps tak sker dok dalam air walaupun diaorang spesies red-eared sliders, sejenis water turtle yang perlu gak air walaupun tak kisah duduk kat daratan.

Caps akan cuba sedaya upaya untuk merangkak atas batu kalau dia diletak dalam tuh and mengetuk dinding terrarium seolah-olah berkata, "Nak kuar! Nak kuar!". Jadi terpaksalah saya guna kotak kasut yang diisi beberapa bijik batu sungai dan semangkuk kecik air, khas untuk Caps. Num plak, memang sker terrarium tuh. Kalau letak dia atas batu, dia akan segera turun ke dalam air. Jadi daripada awal-awal letak diaorang bersama, skang terpaksa lak asingkan diaorang O_o Lain kali kalau berkunjung ke kedai pet, kena beli bekas yang elok sket untuk Caps.

Sebab masih baru dalam bab menjaga kekura nih, rasanyer banyak kelemahan dalam penjagaan diaorang. Tapi tengok diaorang masih hidup sehingga ke hari ni, itu err... satu perkembangan yang baik kan? ^_^ Cumanyer diaorang takkan makan unless dipaksa T^T Paksaan yang dikatakan tuh merujuk pada perbuatan menyondol sudu berisi sebiji turtle pellet ke mulut diaorang sampai diaorang tensen and me-ngap pellet tuh haha xD Tapi tu pun tak habis T___T Setakat secubit dua jer ngap. Turtle pellet tu bukannyer besar mana huhuhu...

0 rantbacks:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...