Ahad, Julai 14, 2013

Art Trade... suksesso~!! xD

Balasan art trade daripada nashika. OMG!!! xDDD



[Koro's avvy art by Nashika of NSTG @ Gaia Online]

Suki daaaa~!! xDDD~

Sabtu, Julai 13, 2013

Avvy Art Time! (^O^)

Koro buat art trade kat guild NSTG. Saje gatal tangan nak nyebuk buat art trade huhuhu... Padahal sebenarnya malas giler nak lukis xD Sekali orang tuh kata tengah work on avvy art Koro. Adusss... terpaksala Koro penuhi perjanjian dengan buat art untuk dia xP

Ahahaha... terima kasih kerana memaksa Koro untuk akhirnya menyentuh wacom bamboo fun Koro setelah sekian lama tersimpan tak bersentuh xP

Nih avvy dia kat Gaia:
[Nashika of NSTG]

Dan yang nih art (contengan jek huhuhu...) yang Koro buat untuk dia:
[Messy avatar art sketch xD]

Sooo... cantek dak? =P


Rumah Koro di Gaia Online xP

Sempoi jek. Tapi sesuai tak nak buat open house? xDDD

[Ada toilet tuuuu~ xD] 

[Tempat tidur dan lepak xP] 

[Ruang dapur dan tv]

Skang umah Koro di Towns 1 dah pindah ke Towns 2. Gaia bebaru nih da release/launch Towns 2 untuk menggantikan Towns 1. Kiranya, animation lebih dinamik sikitla and sistem housing dah dikemaskinikan sedikit.

Jumaat, Julai 12, 2013

Sengoku Basara versi Gaia Online (^O^)

Huahua... saje takde keje. Alang-alang menanti SenBasa 4 keluar tahun 2014, saje jela try guna tektek.org untuk create dream avvy cosplay SenBasa. Setakat nih baru siap beberapa orang jek. Tu pun jenuh giler godek stok item dalam tektek tuh huhuhu...

Sooo.. cane hasilnyer? xD Bolehla tengok kat bawah nih. Tak 100% tepatla sebab item yang ada tuh jela yang mampu digunakan. Bolehla kan? Asalkan sekilas pandang jek dah boleh teka sape kan? Ngeee~!! xD


 

[Mitsunari Ishida / Kasuga / Chosokabe Motochika / Sanada Yukimura / Date Masamune ]

Ta-daaaa!!! Tuh jela SenBasa tektek yang Koro mampu buat setakat nih. Boleh teka tak sape? xD Skang dalam proses nak men-tektek-kan Otani. Tapi susah giler (TAT) Pastu nak kena cari 'kotak' dia tuh huhuhu...

Sabtu, Mac 02, 2013

Mengasah kreativiti melalui avatar di Gaia Online! (^O^)

Tajuk panjang sket kali nih. Fufufufu...

Anyway, untuk entry ni, Koro just nak tunjuk hasil avatar designs yang Koro berjaya hasilkan menggunakan Dream Avatar yang boleh didapati di www.tektek.org. Ada antara designs tuh yang Koro dah pun berjaya merealisasikannya tapi dengan sedikit tweaks la sebab Koro buat ikut bajet semasa xD Masa create dream avvy tuh, memang main campak jek item, tak kira mahal ke murah xD Bila betul-betul nak pursue tu... mula la cari knock-offs xD


Sooo... amacam kekreativitian Koro? Huahua x3~

Selasa, Februari 19, 2013

4, 2, 3, 1 --- Busters, Ready, Go! (^O^)

[Final callback GoBusters ~ Stag Buster, Blue Buster, Red Buster, Yellow Buster (RIP Beet Buster) ~ Sayonara, minna~!! xD]


Pada Ahad lepas (17 Feb 2013) berakhirnya sesi Koro menonton Tokumei Sentai GoBusters. Siri Super Sentai ke-36 tuh akhirnya berakhir pada episod ke-50. Sayonara, Enter! Huhuhu... (TAT)

Zyuden Sentai Kyoryuger akan bermula tak lama lagi. Tema super sentai ke-37 nih kembali ke tema dinoso tapi dengan unsur futuristik sket sebab lebih kepada kuasa electrobeasts... dan tarian samba? xD Sebelum nih da ada Kyouryuu Sentai Zyuranger (lebih dikenali di Malaysia sebagai Mighty Morphin Power Rangers) dengan Bakuryuu Sentai Abaranger. Dedua bawak tema dinoso gaks.

Anywayz, kembali ke citer GoBusters tadi... eppy terakhir ni agak tear-jerker sket bagi sesape yang minat Jin Masato (Beet Buster) =D Biasakla. Nak kasi citer dramatic sket fufufufu... Kuasa Enter makin bertambah dok asyik regenerate jek pas terhapus. Dah boleh tiru kuasa Blue Buster ngan Yellow Buster. Sebelum tuh just kuasa Red Buster jek (Volcanick Attack ngan skill speed burst Hiromu).

Papehal pun siri GoBusters nih takde weapon yang kena pegang reramai =P Cuma masa Volcanick Attack Hiromu yang terakhir tuh, Busters lain beri sokongan dengan pegang bahu dia. Kira cam alirkan chikara la kot hehehe... Jumlah bilangan kombinasi untuk GoBuster-oh diaorang tak sebanyak Goseiger (tak tau cane la robot diaorang mampu gerak dengan beban sebegitu huhuhu...). Masa eppy last tuh pun, diaorang gattai (combine) jap jek jadi Great Gobuster-Oh ke hapetah nama dia sebelum berpecah sebagai Ace (Hiromu+Nick), Buster Hercules (Beet+Stag) ngan combination Tategami Li-Oh ngan Ryuuji+Gorisaki and Youko+Usada (tak hengat nama combination tuh ahahaha).

So... kesimpulan sepanjang Koro layan GoBusters? Bolehlaaaa... tak sefanatik Koro masa layan Gokaiger xD Bagi Koro, Gokaiger tetap paling cambest (^O^) GoBuster lebih kepada Sentai professional yang ada team professional tambah ngan pengaruh gundam sket. Ace dah hampir nampak cam gundam cuma ke-sentai-an dia lebih terserlah disebabkan adanya bentuk rimau xD Dan dari awal citer nih lagi Koro rasa Usada cam 'maskot enjin' dari Go-Onger =P

Since siri nih dah berakhir, Koro just nak tunggu movies yang featuring diaorang jela. Koro lum tengok lagi GoBusters vs Gokaiger tuh. Pastu yang Fourze Ultimatum Wars tuh. Pastu sesambil tuh nak gak layan movie Gavan yang Gobusters ngan Gaban dok promote tuh xD Then pastu bolehla tunggu raw Superhero Taisen Z keluar. Waaaa... banyaknyer waiting list xDDD Ooo tak lupa gak... Koro nak cari gakla movie-movie Toei Hero Next tuh. Bukan sebab nak layan citer tapi lebih kepada nak tengok bekas-bekas pelakon kamen rider ngan super sentai berlakon filem biasa xD Mana tau, diaorang boleh jadi the next Mizushima Hiro or Odagiri Joe ke xD Seto Koji ngan Takeru Satoh da macam nak setaraf ngan MizuHiro da (^O^)

Papehal pun, Koro akan miss sangat kat Enter (TAT) Mon cher monsieur Enter! J'taime~!! xDDD Heharap dapat tengok dia berlakon lagi dalam citer-citer lain. Dia da masuk list antara pelakon favourite Koro fufufufufu...

Rabu, Januari 30, 2013

Rurouni Kenshin za muubi~!! (^O^)

 [ Hontou ni subarashii da~!! (^O^) ]

Uwaaaahhhh~!! xD

Koro amat terhibur tengok koreografi swordplay setiap actors dalam movie RK nih. Tangkas amat~!! (^O^) Paling best tengok aksi lawan Kenshin (Takeru Satoh) ngan Gein (Gou Ayano) masa scene lawan dalam umah tuh kat bahagian cam library. Kagum amat (*O*)

Plot citer sedikit berubah mungkin sebab tak nak menampilkan watak Aoshi ngan geng Oniwanbanshu dia. Patutnya Kenshin lawan Han'nya tapi sebab geng Oniwanbanshu tak wujud dalam plot movie nih, so ganti ngan Takeda Kanryu tuh ada geng mercenary upahan dia tersendiri. Salah sorang (Gein la tuh) pakai topeng cam Han'nya. Cuma tujuan pemakaian topeng tak sama la. Han'nya pakai sebab memang sker xP Gein pakai sebab nak tutup muka asal dia.

Muka Han'nya pun lagi orsum creepiness dia berbanding Gein xP Aptah lagi Han'nya memang sengaja deform-kan muka dia supaya muka dia leper bertujuan untuk memudahkan pemakaian pelbagai topeng penyamaran dia. Dia kan ninja yang pakar dalam espionage. Biasalah kalau amek measures yang extreme sket xD Gein sekadar parut jek fufufufufu... Tapi Gein tetap menten ensem~!! xDDD

Cara lawan Gein ngan Han'nya pun tak sama. Han'nya guna ilusi tangan panjang/pendek serta claws cam wolverine x-men tak pun cam vega streetfighters xP Gein lak beraksi guna dual guns ngan dagger/knife pendek. Tapi ketangkasan lawan sama =D Memang pantas! (^O^) Koro rasa mesti diaorang berlatih scene tuh lama giler untuk kasi perfect.

Tetiba tersingkap lak memori lama sewaktu Koro obses ngan manga Rurouni Kenshin nih xD Siap wat roleplay lagi dalam forum manganime ngan yahoo group. Wakakaka... memang kira expert giler ngan fakta-fakta RK time tuh. Tau nama senjata untuk setiap watak. Tau memasing nyer backstory. Tau nama gelaran memasing (Sano nyer Tori Atama yang bermaksud Chicken Head xD) ngan nama alternatif memasing (contohnya, Hajime Saito jadi Goro Fujita). Tau kekata dan gaya percakapan setiap watak (Kenshin feymes dengan "oro" dia xD). Tau nama hissatsu wazza (teknik) setiap watak. Tau berapa arc ada dalam siri tuh. Wohahaha... memang otaku habis xP Skang dah ingat-ingat lupa xD Tapi yang Koro tak lupa ialah Koro cukup tak sker satu OVA nih yang mana ending dia Kenshin mati sakit tibi huhuhuhu... suki ja nai~!! Dx

Saat paling mengejutkan dalam manga RK masa tu masa Enishi arc yang dalam tuh mendedahkan si Kenshin sebenarnya duda dan Kaoru bukan cinta hati pertama Kenshin xD Damn! xD Dan akhirnya terdedah jawapan kepada bagaimana terjadinya scar X kat pipi Kenshin. Sib baik Koro time obses ngan RK dulu tuh minat Aoshi lebey sket berbanding Kenshin xD Kalau tak, mesti dah patah hati wakakaka xDDD~

Ingat lagi time tuh layan manga versi BM tajuk Satria Pedang xD Pastu barula layan versi english secara online xP Then tengok anime versi english ngan jepun. Dalam english, struktur ayat cam Yoda Star Wars xD Dalam jepun, asyik ending-kan ayat dengan "... de gozaru".

Papehal pun, adaptation RK Live Action nih memang kira agak sukses la. Tabik... tabik... rasanya dah kaut untung berjuta dah =D Sib baik tak jadi cam Dragon Ball Evolution xP

Tapi paling membanggakan, citer ni dibarisi former actors kamen rider! (^O^) Den-O! Skull! T2 Luna Memory Never! Spider Orphenoch! I like~!!! xD

Selasa, Januari 29, 2013

Sugoku ii naa, papa Enter? =P

[ Enter pun layan pizaaaa~!! xD ]

Ta-daaa~!!

Koro kembali lagi setelah sekian lama tak menulis apa-apa di alam maya ini. Ecehceh... Anyway, tajuk entry kali ini merupakan ungkapan Escape kepada Enter yang Koro main bantai jek tulis dalam romaji berdasarkan apa yang Koro dengar wakakaka...

Sape Escape? Sape Enter? Apsal dedua nama kekunci keyboard?! Huhuhu... tetiba teringat lak kekura Koro yang Koro namakan Capslock ngan Numlock dulu =P Anyhuuu~... Escape dan Enter merupakan dua avatar geng Vaglass iaitu geng jahat dalam siri Super Sentai ke-36 --- Tokumei Sentai GoBusters! (^O^) Koro pun tak pasti kenapa Koro layan siri nih (TAT) Mungkin sebab alang-alang layan Kamen Rider Wizard, Koro layan sekali la dia nyer Sentai counterpart =P


[ Cava bien, Enter~!! Kyaaaaa~!!! xD ]

Tapi sesungguhnya sebab utama Koro layan GoBusters adalah sebab Koro sentiasa ternanti-nanti kemunculan Enter~!! xD Watak fave Koro kekekekeke... Citer GoBusters takdela best sangat *kena baling ngan tomato dan telur busuk* ... tapi Koro tetap memaksa diri untuk tengok semata-mata kerana watak Enter. Kalau takde watak Enter, rasanya Koro sanggup skip untuk tengok Kyuuryouranger kot (TAT) By the way, susah giler nak sebut nama siri sentai terbaru akan datang tuh (Feb 2013 nanti). Cuba sebut lelaju xP Susah kan? Kan? Kan? xD

Bercakap pasal GoBusters ni, antara sebab Koro tak rasa cerita ni best mana, sepanjang episod permulaan sampai ke 30 lebey, asyik pasal nak salur tenaga Enetron ke si Messiah tuh jek. (Enter panggil dia Majeste Messiah. French gitewww xD). Pastu trio GoBusters (warna traffic light jepun) bersama duo Beet/Stag Busters pergi ke SubDimension untuk hapuskan Messiah. Dah leletup gitu... last-last dapat tau Messiah jadi bentuk kad la pulak. Habis seploh episod seterusnya pasal nak jejak and hapuskan 13 kad Messiah tuh. Belum sentuh lagi pasal episod filler - tetiba ada lak Gaban bergabung jap dengan GoBusters dalam 2 eppy semata-mata nak promote movie terbaru Space Sheriff Gavan (TAT)

Paling last Koro tengok eppy 47. Spoiler alert! Spoiler alert! Red Buster merupakan kunci kepada survival Enter?! xP Koro rasa siri nih agak mengelirukan ke-gempak-an dia. Memula ingat dah nak ending masa berjaya letupkan SubDimension. Sekali bukan. Episod letup-letup bagai nak rak masa lawan evolved-state Messiah pun rupanya bukan yang paling gempak. Cesss... Skang ni baru nak tunjuk Enter sebagai atarashi messiah.

[ Enter Unite form ~ kiranya cam monster form Enter la. Cantekkkkk~!! (^O^) ]

Oh yer... sape Messiah ni sebenarnya? Dok ulang-ulang jek sebut Messiah ni, Messiah tuh xP Messiah ni satu program data pihak Vaglass (entry kali ni pasal GoBusters jadi perkataan Messiah takde kena mengena dengan maksud dia yang sebenar iaitu "Messenger". Harap maklum xD). Kira cam bos besar la. Memula nampak gempak la tapi lelama cam ngarut je lebey.

Escape ngan Enter lak dua avatar yang dicipta oleh Messiah untuk kumpulkan Enetron untuk dia. Enter kumpul secara mencipta Metaloid (Metaroido) melalui laptop dia. Escape lak guna tablet. Robot besar geng Vaglass dinamakan sebagai MegaZord. MegaZord ada type Alpha, Beta, Gamma dan Delta. Memasing akan ada features menyerupai Metaloid yang dicipta dalam episod tuh. Enter ada MegaZord khas dia nama Epsilon.

[ Enter avatar form ~ Design baju dia memang cambest xD ]

Secara terus-terang, Koro lebih prefer Gokaiger (TAT) Setiap watak Gokaiger ada tarikan diaorang tersendiri tapi GoBusters nyer cam hambar. Cuma Enter jela yang menarik perhatian xP Papehal pun tunggu dan lihat la ending dia cane. Pastu blela layan sentai dinoso laks xD (Haiks... tema dinoso balik?!).

Oh yer... Koro tengah bersabar tunggu TV-Nihon subkan movie Gokaiger-GoBusters tuh fufufufufu...

Sabtu, November 24, 2012

Doodle Time! (^O^)

Doodle avvy terkini Koro di Gaia. Mwaha xD

[Versi asal kat Gaia]

[Versi contengan Koro guna Paint Sai fufufufu...]

Malas mok kalerrrr.... xP

Rabu, November 21, 2012

Save Gaza! Peace and Freedom for Palestine!

Onore Israel!!! *hiss*

 

Koro buat guna Photoshop CS4. Outdated sket software nyer tapi buat dengan semangat berkobar-kobar. Tak bubuh pape disclaimer mahupun watermark sebab rasa kalau sesape nak guna/promote, silakan jelah. Koro dah letak merata dah pun. Kat fesbuk... kat Gaia... kat devart Koro pun ada.

Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan saudara kita di sana.

Sabtu, November 17, 2012

Sayonara Summer Springs! (TAT)

[Hanya tinggal kenangan uhuhuhu...]
 

Summer Springs... game fesbuk yang Koro amat rajin main sejak first time check-it-out xD Koro dapat tau pasal SS tuh pun sebab ada announcement kat Gaia. Koro cam uiks... dah tetiba tak nak teruskan Ocean Party, gi buat game collab baru dengan Fever Studio laks xP Tapi papehal pun, sebagai Gaian yang setia (ecehceh...) Koro pun try jela main.

[Permulaan bandar/kampung Koro yang dinamakan "Crinkley Bottom" hihihihi... xD]

Okay, apa yang buat Koro akhirnya tersangkut? Seterusnya meninggalkan game-game Zynga? Hihihihi... pertamanya... grafik dia comel amat! Arghhh... tak tahan xD Plot pun comel jek. Kedua, SS ni asalnya game korea Every Town tapi bila di-english-kan dan dibawa ke fesbuk, jadila SS. Third, setiap mende yang kita lakukan... takyah susah-susah nak guna energy! Mwaha! I like! xD Tak seperti certain-certain game (ahem... ahem...) yang kalau nak buat sesuatu perkara, terhad pada limit energy, SS membenarkan players buat apa saje dengan kekangannya cuma masa tanaman and hasil kilang di-produce-kan jek. Maksudnya, tanam la pape sekali pun korang masih ble main tanpa henti. Contohnya, tanam strawberi perlukan 30 minit untuk tuai hasil. So pas 30 minit berlalu, masih ble tanam lagi. Dan lagi. Dan lagi. Sampai korang bosan main untuk hari tuh. Wakakakaka xDDD~

[Dah maju sket xP]

Cuma slack nya kat deco la. Sesape nak deco bandar/kampung dia cecantek, memang nak tak nak, kena guna real life money la untuk beli SS cash. Tapi kalo sesape cam Koro yang boleh jek survive main tanpa beli SS cash, kampung/bandar kita masih boleh je survive walaupun tak secantik mana. Ahaks. Koro tak pentingkan deco sangat pun. Koro just sker kejar level. Nak sampai level 50. Yang tertinggi setakat nih xD

[Dah tambah kilang dan menatang! xD]

Tapi akhir Oct lepas, Gaia buat announcement. Berita sedey untuk para pemain tegar SS (TAT) SS akan dihentikan sepenuhnya pada 17 Dec 2012. Oh noes!!! Dx Gaia kata sebab tak cukup players untuk tampung 'perbelanjaan penyelenggaraan' game nih. Tapi ada gak rumours kata sebab sebenar adalah kerana Fever Studio telah dibeli oleh kompeni lain dan kompeni tuh takmo FS buat pape partnership dengan sesape and takmo diaorang bangunkan da game kat fesbuk. Uhuhuhu... tak tau mana satu betul. Tapi yang pastinya, SS tetap akan ditamatkan pada 17 Dec nanti. Macam kes SuperPoke Pets la nih. Cess... cess... Apsal game best-best yang Koro main dok nak kena shutdown jek? Warghhhh... (TAT)

[Sayu bebeh... huhuhu...]

So skang nih, Koro dan beberapa pemain setia SS tetap meneruskan aktiviti bermain sampai ke saat akhir. Ecehceh... xD Tetambah lagi bila Gaia bagi compensation kat setiap pemain 5 million gold dan 5 million cash. Manyak tuuuuhhhh!!! xD Koro siap expand town Koro sampai habis limit expansion dia. Pastu bubuh deco bagai. Pastu spend cash sana sini cam orang giler. Eh. Takdela kronik sangat xP Koro pun saje gi habiskan expansion slot untuk inventory. Skang cash yang tinggal ada dalam 4 million. Tak tau nak buat apa dah (TAT) Awal-awal ingat akan habis belanja semua cash tuh. Last-last baru guna 1 juta jek rupanya. Hadoila xD

[Tengok! Kalau takde 5 million tuh... masak Koro nak kumpul duwet untuk upgrade house level. Wakakaka xD]

Koro ada join 2 group SS kat fesbuk. Diaorang pun masih setia meneruskan pengurusan town diaorang kat SS. Mesti diaorang pun cam Koro. Bermain sampai ke saat terakhir. Owhhhh... syahdu tul! Dulu rajin gaks jiran-jiran Koro beli items yang Koro jual kat market. Tapi skang market dah sunyi sepi. Kalau nak jual items skang nih, kena jual kat market pastu masuk grup fesbuk or thread SS kat Gaia and announce kita tengah jual apa. Pastu barula ada buyers.

[Plots bertambah dengan kenaikan level tertentu. Ohohoho... xD]

Skang dah makin kurang orang main. Mesti diaorang cam apa guna main kalau game tuh dah nak shutdown? Buat bazir keringat jek xD Huh. Tuh kekata players yang bukan gamer sejati. Ecehceh xD Kalah sebelum berjuang sampai ke akhir. Tak machosla gitu kan? Patutnya terus remain sampai ke last day pastu baru berpisah dengan matured-nya. Ahahaha xDDD Semangat putus asa nih la yang tak syiok nih. Cuba semangat sket. Gambaru zou! (^O^)

[Tambah kilang sos tomato! (^O^)]

Papehal pun, Koro nak try online masa 17 Dec tuh. Koro nak merasa last day SS di dunia maya. Ahahaha xD Koro akan sentiasa kenang SS sebagai game fesbuk tanam-tanam yang paling menghiburkan. Okes. Kat bawah ni, Koro lampirkan screenshots Crinkley Bottom yang Koro sempat rembat. Masih ongoing dianyer proses pembinaan so entry nih mungkin ada sambungan xD


~ Crinkley Bottom dalam kenangan ~

 
[Urmmm... tambah menatang pink xP]

[Dulu sebelum dapat 5 million cash tu, dok menanti 25 cash bonus nih haaa... xD]

 [Caravan tuh untuk tambah happiness points. Tapi amek space besar uhuhuhu...]





  [Tanaman dah berpagar xD]

 [Kawasan lapang tuh sebab tak cukup happiness points untuk beli kilang lagi wakakaka...]







 



 [Padi pun adaaaaa...]
 
 

 

 

 [Koro dah level 35. Cuba tengok cash dan gold Koro. Fufufufufu...]

[Nampak dak deco onsen Koro? xD Hotspring bebeh! Mwaha!]

[Main town Crinkley Bottom. Ada deretan kilang apple sauce dan strawberry jam. Cantek dak grafik dia? xD]

[Kereta kaler kaler lalalalala xD]

[Tak cukup kilang kat dalam tuh, parking lagi kilang kat luar. Mwaha! xD]

[Kawasan penempatan elit. Konon... xP]

[Kena klik kat gambar nih untuk tengok dengan lebih jelas tanaman, haiwan ternakan dan kilang-kilang yang ada dalam Summer Springs]


So... bila tengok balik gegambar nih, Koro dapat tengok hasil usaha Koro dalam membangunkan Crinkley Bottom Koro xD Dulu cinonit. Skang dah besar. Maju dah xD Itupun tak sumbat lagi banyak kilang dalam tuh. Ini baru level 35. Cuba kalau level 50. Owhhhh!!! xD Malangnya, Koro tak mampu capai level tuh. 35 nak kejar 50 sebelum 17 Dec? Mana mungkin huhuhuhu... Koro paling tinggi sasaran pun setakat 40 jela nampaknya. Huuuu.... (TAT)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...