Isnin, November 29, 2010
Shadelight
Bertambahlah lagi satu game dalam rutin seharian Koro =D Koro baru terjebak dalam game Shadelight, satu aplikasi Facebook yang boleh dimain secara stand alone tetapi masih memerlukan Facebook Connect untuk login. Shadelight: Road to Elumir masih dalam beta version tapi it looks promising la. Kalau sesiapa suka game jenis RPG di mana outcome journey seseorang bergantung pada decision memasing... haaa... pasti Shadelight akan menjadi begitu addictive. Especially bila adventures korang tak akan sama antara satu sama lain, disebabkan adanya pilihan tadi tu la.
Koro baru Level 3. Koro join Order of the Heron. Tak ingat lak Order tuh pasal apa tapi rasa cam khas untuk mages xD Koro bantai jek wakakaka... memang kalau main game jenis RPG, Koro prefer watak mages. Offense ngan defense sekata sebab ble cover dedua ngan magic xD Koro jap tadi baru try apply guild Hyrulian Knights. Tak sangka lak accepted hehehe... So skang Koro tinggal nak buat party sendiri. Bukan party jamuan tuh. Party untuk sesama mengembara menyelesaikan quest xD Terasa cam semangat Fairy Tail lak kekeke... Tapi nak buat party tuh kena hire members. Mahal tuuuu... (T^T) Gold Koro baru ciput. Iskkk... Nampaknya bergerak solo la buat sementara waktu nih (=A=)
Gameplay game ni setakat bagi Koro, cambest gak. Main klik-klik cam main mafia wars =D Tapi lagi bes sket la sebab energy refill tak perlu tunggu sampai berjam-jam. Dalam seploh minit setakat ni Koro rasa. Tak taula kalau makin level up, makin amek masa kot. Oh lupa nak cakap. Nama Shadelight Koro ---> Ash Lucis Zephyr. Wakakaka... xD Masyuk dak? Mestila nak nama canggih-manggih sket yang mampu melambangkan keperibadian seorang knight =P Nama yang pada asalnya nak digunakan untuk beta testing game Final Fantasy Online wakakaka xDDD~
Okay, menyentuh pasal gameplay dia, kita boleh pilih sama ada area adventure, self training mahupun books adventure. Caranya dengan pergi ke Explore > Areas atau Explore > Adventure Log. Self training untuk naikkan stat ngan kumpul gold sesket. Boleh layan mende nih kalau korang tak cukup qualification lagi untuk access area adventures. Tak cukup qualification nih dalam erti kata sesetengah area perlukan stat requirement tertentu cam contohnya Intelligent 15 points ke camtu la baru dapat access.
Grafik game nih menarik amat! Art pun mengkagumkan. Dianyer theme colour black and green pun cam soothing jek rasa xD Koro dah lama tak main game jenis camnih sejak Elven Blood dulu. Eh? Wujud lagi ke Elven Blood ek? xD Dah lama tak layan hahaha xD Oh dan sepertimana konsep game-game Facebook dan memana yang seangkatan dengannya, kalau nak premium items yang lebih cambest, kena la bayar guna real money xD Dalam kes Shadelight, untuk beli item-item masyuk tuh kena guna crystal shards. Kalau dalam currency kita, RM15 lebih untuk 100 shards. Koro setakat nih rasa takde keperluan untuk beli xD Cam Cafe World tuh, sampai skang Koro boleh jek survive tanpa guna premium items dia xDDD~
Papehal pun, untuk sesape nak mencuba game nih, sila la klik link di bawah! xD
Jom main Shadelight!
Dan jangan lupa hantar free craft item kat Koro ekk! xD
Selasa, November 16, 2010
Sedap giler sore! (O_______O)
WHOAAAAAHHHH!!!
Sedap giler sore dia! Soulful abis! And lelagu Eminem tuh dia blend-kan dengan penuh creative. Cam dulu ada orang penah wat dengan lagu Lady Gaga dan Namie Amuro. Memang cambest aaa version Jason Chen tuh.
Bes dak?! xD
Nih siap ada satu site review pasal si Jason Chen tuh: KLIK!
Dan ini Youtube vid memaparkan dia berduet untuk nyanyi lagu Nelly:
Whoaaaaa~ Koro upenyer ketinggalan haha xD Upenyer si Jason nih cam dah makin popular kat tenet. Bagusla. Keep it up!
Rabu, November 03, 2010
One Piece Fever di Gaia! (^O^)
Yang lelain cam Date dan Yukimura, lagi sket lagi. Kennyo, Kenshin, Ujimasa, Xabi, Yoshimoto ke sapetah nama dia dan Hideyoshi belum tempuh lagi stage tournament xD Kenshin sebab Basara Attack dia... alahai... (T^T) Ciput jek. Ujimasa sebab melee, special dan basara attack dia cam hampes sket xD Xabi, Kennyo dan Hideyoshi sebab pergerakan diaorang lembab sket. Anyway, mungkin boleh pasangkan diaorang ngan Tadakatsu or Kasuga (^_^) Dan Yoshi ke sapatah nama dia sebab Koro berdegil nak upkan level dia dulu sebelum kasi dia masuk tournament =P
Okay. Tamat citer pasal SenBasa! Kita beralih pula pada One Piece (^O^) Tapi dengan tambahan elemen Gaia Online! Piropiropiro~ xD
Koro skang tengah layan RP guna wewatak OP. Koro sebagai Sanji berinteraksi dengan Gaians lain yang melibatkan diri dalam RP OP secara one-to-one di profile memasing (^_^) Syok owh! Dan rasanya SakiStrife pun dah merasakan yang RP nih syok sebenarnya. Piropiropiro~ xD Barula dia ada semangat nak kembali layan Gaia. Piropiropiro~ xD
Okay, memula kita tunjukkan dulu Tektek hebat karya nukilan SakiStrife menggunakan item-item yang terdapat di Gaia! Owh kagumnyer!
Mempersembahkan... Mugiwara Kaizokudan versi Gaia Online!Tektek version ni merupakan appearance diaorang sebelum time skip 2 tahun tuh. Untuk versi time skip, nanti-nanti la buat kot. Lagipun susah nak cari goatee Sanji xD Karang jadi cam muka Mihawk lak piropiropiro~ xD
Haaaa... nampak tak? Dengan avvy Gaia Online pun ble wat cosplay secara tak langsung xD Ini yang wat Koro setia kat situ bertahun-tahun xD Ada try sign up kat avatar-based site lain tapi tak kekal lama. Malah dah lupa site tuh nama apa and apa username ngan pass Koro kat situ. Piropiropiro~ xD
Anyway, setakat ni Koro sampai setup akaun baru semata-mata nak wujudkan avatar Sanji piropiropiro~ xD Dan bakal muncul... Brook! (^O^) Cuma dia masih under construction sebab tak pakai suar. Piropiropiro! xD Apa boleh buat. Item suar dia mahal sangat (=A=) Koro terpaksa beli evo item ShadowLegend 10th gen sebab tuh jela paling murah je pun antara yang listed kat marketplace. Skang nak kena tunggu mende tuh evolve sepenuhnya or at least evolve kat stage yang ada suar tuh pastu cecepat equip sebelum dia evolve lagi xD
Skang Koro tengah dalam mood layan Binksu no Sake (Binks' Sake). Dengar berulang kali tanpa henti keempat-empat version xD ~ mugiwara, brook, sanji, robin dan rumbar.
Koro pun dalam proses menghabiskan tontonan 10th movie One Piece: Strong World. Sebab tula dok piropiro jek manjang xD Koro sker Dr Indigo! Koro rasa nak obses dengan watak nih xD Masa featured jap dalam manga pun Koro tertarik amat dengan watak ni sebab nampak comel giler! Dan bila tengok watak dia secara anime-version... Koro sker amat!!! (^O^) Masey Oda-sama! m(_ _)m
Owh pada SakiStrife, takkan nak wat Garp-chujo jek? Takmo wat marine lain? xP
Jumaat, Oktober 22, 2010
LETSU DANSUUUU!!! (^O^)
Anyway, untuk entry kali ini, Koro nak embed dalam ni beberapa youtube vids yang menarik amat melibatkan antara watak-watak favourite Koro dalam Sengoku Basara (^O^)
Ahhhhh!!!! x3~ *fangirl squeal*
Dan banyak lagi la video menarik dalam koleksi tuh. Tak puas nak tengok! xDDD~
Selasa, September 28, 2010
Jeles! (=A=)
Sabtu, Julai 24, 2010
Miyagi Ryota - Shohoku Point Guard! (^O^)
Jumaat, Julai 23, 2010
Onemangaaaaa huhuhuhu.... (T^T)

Khamis, Julai 22, 2010
Durarara! (^O^)


Selasa, Julai 13, 2010
Gaian Life of Koro ~ With Better Gaia
Owh jap! Tak habis lagi entry nih! Tu sekian untuk paragraph tuh je =D
First off, bila dah login sebagai Koro, memula sekali mende yang dibuat adalah klik Draw All pada signboard kecik sebelah Daily Chances cart tuh. Untuk makluman, pengguna BetterGaia sahaja yang ada option nih xP Bila klik Draw All tuh, akan terpapar satu pop-up panjang kesemua Daily Chances yang ada and kita just klik Collect camtuh je untuk rembat semua DC pada hari itu tanpa perlu sesusah melayari semua tab yang ada di menu. Senang kan? xD Nak tengok gambar?
Selain mende tu, BetterGaia membolehkan Koro settingkan post format Koro. Koro sker guna kaler orangered. Font lak size 9. So cam kalo tetiap kali nak copypaste dari notepad, jenuh la kan? xD So dengan BetterGaia, Koro terus set-kan jek nak post format cane and then tak perlu fikir sesusah dah. Pulak tuh ble tetukar kalau Koro guna akaun lain xD
Dan dengan BetterGaia gak, Koro nyer Gaia screen tak ikut cara Gaia Online nyer. Kira cam, lebih tersusun la sket. Sampai kan bila Koro layan Gaia kat umah parents, Koro rasa pelik giler tengok laman Gaia Online tanpa BetterGaia hahahah xDDD~ Maklumla... dah terbiasa guna xP
Entry akan datang, kalau takde pape topik, Koro nak try citer apa aktiviti seharian Koro di Gaia xD
Khamis, Julai 08, 2010
Wah final cambest! xD
Paul... owh besonyer mamat nih! (O_O)
Dan ada pulak berita si Paul nak disuruh ramalkan sape bakal menang World Cup lak xD Tapi ada peminat German yang fanatik mintak makan aje la Paul tuh sebab predict German kalah. Adusss.. xD Paul sekadar perdict jek. Bukannya dia yang main bola. Takkan nak salahkan mamat tuh sebab players tak perform untuk rembat kemenangan. Sian Paul. Tak pepasal jadi hidangan sushi nanti hihihi...
Isnin, Julai 05, 2010
Espanyol mara! (^O^)
Villa skor lagi! (^O^) Koro tengok match Spain vs Paraguay tuh. Memula Spain cam goyah sket. 1st half memang sedikit hambar. Paraguay cam main defensive habis. Ramai giler player kat kawasan sendiri. Sesekali Sergio Ramos buat larian breakthrough tapi tak cukup lagi. Bila Torres kena sub ngan Fabregas (masa tuh 2nd half) baru cam livelier sket match tuh.
Anyway, semi final tahun ni menyaksikan 3 pasukan eropah (german, spain, netherlands) dan 1 pasukan amerika selatan (uruguay). Pasukan Afrika dah out xD Owh ye... macamana ekk perkembangan kes Nigeria tuh? Rasanya kalau tak silap, Fifa dah beri amaran kat si presiden kata hentikanla tindakan bangang mu itewww =P
Papehal pun, world cup tahun nih menyaksikan pasukan-pasukan pilihan kecundang di tengah jalan (hint brazil hint). Takpela. Sekali-sekala nak la memuka fresh pegang piala dunia tuh kan? Apa kata kalau Uruguay pulak menang tahun nih? xD Giler ah. Terus melonjak naik rating team bola diaorang =P
Khamis, Julai 01, 2010
Fainaru Eyttoh! (^O^)
Jadual perlawanan yang gempaks dari site Fifa.com dan di-grab penuh bergaya menggunakan add-on ScreenGrabber =D Haha... final eight dalam gaya percakapan orang Jepun =P
Anyway, final eight teams telah diketahui akhirnya. Meh Koro listkan.
Uruguay vs Ghana
Netherlands vs Brazil
Winner 2 perlawanan tuh akan bertemu dalam semi final.
Argentina vs German
Paraguay vs Spain
Winner 2 perlawanan tuh akan bertemu dalam semi final.
Jika dilihat di situ, hanya ada 2 team yang Koro sokong. Kebetulan lak 2nd fave team ngan 3rd fave team. Nyahahah! xD Ike Spain ngan Holland! (^O^)/~
Dan sian untuk Nigeria sebab terkeluar setelah gah mengalahkan Italy. Lalalala~ Tapi yang kelakarnya, Presiden Nigeria nak suspend team world cup Nigeria selama 2 tahun sebagai punishment kekalahan. Adusss... buat per suspend cenggitu sekali daa... Kalau team tak main 2 tahun, cane nak ada improvement untuk masuk world cup seterusnya? Tau main bola ke dak encik presiden oiii... performance diperbaiki dengan latihan yang kerap. Adoi... gasak ko lah. Koro nak masuk campur pun bukannya dia nak dengar pun. Kekeke~ xD
Papehal pun, Koro harap at least dapat tengok match Holland dengan Spain. Tapi Argentina lawan German cam menarik gak. For sure peminat England beralih arah ke Argentina untuk sementara waktu hahaha xD Dendam kesumat yang mendalam tuh =P
Tapi diaorang nak ke sebab Argentina dulu penah ada kes menang against England menggunakan Hand of God Maradona =P
Isnin, Jun 28, 2010
Kalah lalalala~
Hadoila.
Paling tak tahan commentator match masa Italy main tuh sempat lak kutuk diaorang haha. Kata "from world cup heroes, into world cup zeroes." Adusss... xD Nih mesti Zidane jampi guna kepala dia =P
Apa boleh buat. Tu antara kejutan-kejutan yang berlaku dalam world cup tahun nih. Koro tak sempat tengok sangat sebab timing tak berapa kena. Lagipun takde tv yang ada astro =P Owh menyentuh tentang mende ni... Koro rasa TV1 (ngan TV2) tuh baik tukar slogan dia jela. Konon stesen penyiar rasmi World Cup tahun nih ... (-__-) ... No comment.
Siarkan perlawanan terpilih jek watpe? Pastu perlawanan lain, siarkan siaran tertunda lak. Apa kes?! Orang kalau boleh nak tengok match live, bukan match basi, okay? Kira tak umph la tengok siaran tertunda. Tapi mungkin korang rasa "takpela delay pun, at least ada siarkan gak daripada tak siarkan langsung". Hadoila.
Matches keseluruhan ada 64 rasanya. Nape takmo siarkan semua? World Cup kan 4 tahun sekali jek? Huhuhu...
Sian bagi sesape yang takde Astro Arena. Kena tengok match yang TV1 pilihkan untuk diaorang lak. Tak bes owh faham dak? Pastu match yang kira agak menarik untuk ditonton cam Brazil vs Portugal... mana owh?! Kalau tak silap Koro, diaorang siarkan match Argentina lak.
TV1 ngan TV2 kena improve performance. Bukan untuk bersaing dengan tv swasta. Tapi at least untuk tunjuk stesen tv kerajaan pun boleh jadi power gaks cam stesen tv swasta.
Owh... dan kalau boleh, komentator masa siaran bola tu, pepandai la sebut nama pemain dengan betul ekk =D
Sabtu, Jun 26, 2010
Selasa, Jun 22, 2010
Login Facebook Hari-hari Dapat Duit? (O_o)

Meh.
Bila Koro nampak je 'tagline' camtuh, Koro terus jadi skeptikal. Meluat pun ada haha. Bukannya apa. Koro cukup tak sker kalau ada yang menyelewengkan ayat semata-mata nak pancing prospek untuk skim MLM diaorang.
Koro tak paham. Kenapa nak kena tipu? Kenapa nak kaitkan Facebook dalam promosi korang? Kalau login Facebook hari-hari dapat duit camtuh je, Koro dah lama berenang dalam lautan wang.
Antara contoh MLM yang guna taktik hampes seperti di atas adalah seperti penggiat tegar Infinity Downline dan geng-geng RM20 Segera. Ada lagi tapi Koro malas mau siasat. Cukup la dengan dua contoh tuh je.
Diaorang suka benar letak status cam "Hari ni login Facebook, dapat RM100!" ... "Masyuk giler! Login Facebook dapat RM400!" ... "Tak sangka, online Facebook je dapat RM500!" ... "Buat duit dengan Facebook memang masyuk!" ... dan memacam lagila. Pastu nak kasi lebih umphhh letak gambar tunjuk diaorang pegang duit. Tak pun tunjuk statement bank account. Pastu siap hitamkan nombor akaun takut kena rompak. Kekeke... tapi kalau kena rompak pun, korang still boleh jana balik duit tuh 'melalui Facebook korang' kan? =P
Okay berbalik kepada isu nih, Koro hari ni rasa cam nak try berdebat dengan salah sorang penggiat tegar mende nih. Koro fokuskan kat skim/program Inifinity Downline ek. Koro dah lama perati. Wakaka... kira cam siasat dalam diam la. Tulaa... sape suruh memandai je add Koro? Kan dah kena. Kekeke...
Siasatan Koro bermula bila Koro sesaja jenguk group yang dia buat. Koro baca setiap komen/testimoni orang lain. Sampai klik kat Older Posts gitu. Wakaka... Ada yang reragu. Ada yang teringin nak tahu caranya.
Pastu Koro sesaja mesej dia tunjuk minat untuk join. Kat sini Koro dah musykil. Ramai post dalam group atau pun wall dia bertanyakan kaedah menjana wang dia tuh tapi dia asyik dok reply "sila mesej saya" ... "sila pm saya" ... "kita discuss di inbox" ... cam la rahsia besar sangat sampai takleh nak buat public discussion.
Bila dapat reply, dia bagi link ke infinity downline dia. Suruh baca arahan kat site tu and then daftar. Untuk pengetahun bagi sesape yang tak tau, setiap link macam tuh akan ada nama 'penaja' (upline) kat hujung so kalau korang klik link tuh and daftar, secara auto korang akan jadi downline dia gitu jek. Takde pilihan.
Koro biasanya akan pegi ke link tuh dengan memadam nama penaja kat hujung. Tapi kengkadang tak jadi gak. Hahaha. Tah cane, ada gak program yang leh detect korang klik kat link penaja mana. Tapi untuk kes kali ni, Koro klik je link yang dia bagi.
Tetiba dari Facebook, Koro dibawa ke site Infinity Downline (ID). Apa kes? (O_o) Kata login facebook dapat duit, ni pehal lak pegi site ID nih?! Mana kaitannya dengan facebook? Kecewa hati kewwww... Tambah berduka lara bila ada pulak syarat nak join mende tuh kena kuar modal sket.
RM100 sket ka? (-___-)
Mungkin bagi orang lain sket tapi bagi Koro, besar gak modal tuh. Dahla nak bagi RM100 ke orang yang tak dikenali. Pastu kata dapat memenda cam ebook la video la online tutorial la... yang rasanya takde guna pun sebab Koro tengok, lepas dah daftar, diaorang bukan sibuk nak jual memende tuh tapi sibuk nak carik orang lain untuk daftar under diaorang. Lagipun, ebook skang kalau pandai cari ada yang leh dapat for free lalalala~
Dan Koro pun mula menggunakan google untuk melihat feedback orang lain tentang mende nih. Ada feedback positif, ada yang negatif. Ada yang atas pagar. Tapi personally, Koro sebenarnya tak kisah pasal skim MLM tuh. Cuma Koro kisahkan ayat-ayat pancing diaorang yang mengaitkan Facebook.
Dan tak sangka Koro mengambil tindakan drastik dengan menulis komen kat salah satu gambar penggiat tegar ID tuh =D
Sila klik untuk baca xD
Tak sangka lak dapat respon. Ingat tadi si owner gambar tuh nak delete komen Koro kekeke... So sempat la berdebat jap tentang isu nih. Kalau dia delete komen Koro pun, Koro dah ada screengrab komen-komen tuh so bebila masa jek boleh dipaparkan semula memana hihihi...
Koro rasa bagus gak berdebat nih. Sebab Koro nak dia terangkan dua mende jek. Nape kena bagitau info secara private message? Kenapa takleh terangkan cecaranya secara public... kat wall dia ke... kat dalam notes ke... dalam group ke... Dua. Nape nak kaitkan nama Facebook? Sedangkan bukan Facebook yang bagi duit. Bukan dengan cara login Facebook hehari yang membolehkan diaorang dapat duit. Ni kira dah bagi info yang salah ni a.k.a menipu.
Kenapa tak telus kata join program ID untuk jana wang menjadi jutawan? Kenapa tak promote terus ID link tuh tanpa menggunakan ayat 'login facebook'? Kenapa tak kata facebook tuh cuma sebagai medium mencari prospek menjadi downline ID?
Koro rasa tak salah kalau dia dan penggiat tegar yang lain nak gunakan Facebook sebagai medium mengiklankan link ID memasing tapi biar la dengan cara yang jelas dan tak mengelirukan orang. Hentikanla kekata "login Facebook dapat duit" kerana sesungguhnya mende tuh tak berlaku sama sekali.
Dx
Antara komen orang lain pasal isu nih =D
Taktik Kotor
Usaha Tangga Kejayaan
Kurang Etika
Koro mintak maaf kalau ada yang terasa =D Mungkin diaorang kata lu pehal kacau periuk nasi kitaorang. Haha. Tak kisahla. Yang penting, Koro dah sampaikan pendapat Koro tentang mende nih. Ingat ek. Koro bukannya anti skim ID korang. Cuma Koro terkilan sket dengan cara promosi korang.
Papehal pun, untuk sesape berminat nak join ID, bacala dulu and pepandai la pilih pakej idaman korang =D
Dan ada lagi info lebih lanjut di sini.
Ahad, Jun 13, 2010
Seri seri menang! xD

Laporan basi:
Jumaat, Jun 11, 2010
Demam Bola Bermula! (^O^)
First off... Koro ter-miss opening World Cup tahun nih! Huwaaaaa! (TOT) Agak-agak ada rerun tak kat mana-mana? Kena gi skodeng Youtube la camnih. Huhuhu...
Second-nya... Koro screengrab pencarian schedule world cup dari Google xD Cambest gak guna add-on screengrab untuk firefox nih. Highlight, pastu dia save cam imej biasa jek dalam My Pictures. Best best... xD Tak perlu guna cara old skool dengan tekan printscreen kat keyboard and then kena crop pulak buang memana tak berkenaan. Muhaha! I like! xD
Third... menurut pencarian Google tadi, match pertama adalah team-team dari Group A. Dan ofkos, Africa sebagai tuan rumah diberi penghormatan untuk kick start match pertama. Lawan diaorang Mexico. Sebutan negara ni meks-see-ko ke meh-hee-ko? Pape jelah xD
Koro tahun ni nak sokong Italy (cam biasa ahahaha) dengan Spain la kot. Third team mungkin England alang-alang Gerrard mungkin ganti Terry sebagai kapten.
Kat pasar malam aritu ada sorang makcik nih jual magnet bendera semua negara yang masuk world cup tahun nih. Cam menarik gak nak beli. Malangnyer takde duit wakaka... kalau tak, dah lama borong. Tapi makcik tu pun cam kreatif gak. Jual magnet camtuh masa musim world cup. For sure punya akan ada orang beli untuk tunjuk sokongan kat negara pilihan memasing. Way to go, makcik! (^O^)v
Rabu, Jun 02, 2010
Tak sukanyerghhhh (=.=)
Koro tak suka bila...
[1]
orang tak sempat pun kuar lagi dari koc komuter tapi yang dok menunggu kat stesen dah meluru masuk. Pastu siap memarah kalau yang nak kuar tuh terlanggar diaorang. Weihhh... korang yang takde kesedaran sivik dan etika tuh sape suruh?!
[2]
ada orang suka diri dedekat pintu koc komuter padahal stesen diaorang nak turun tuh jauh giler lagi. Bagi la orang yang nak turun stesen terdekat dok situ. Yang korang tuh gi la masuk dedalam sket. Hadoi...
[3]
ada orang suka bersandar kat tiang dalam komuter cam tiang tuh dia sorang jek yang punya. Weih... orang lain pun ada syer yang sama sebab diaorang pun baya tiket gak cam ko. Hampes!
[4]
dah dengar announcement pasal koc tengah khas untuk wanita, dah ada sticker koc wanita tampal kat cermin ... tapi lelaki-lelaki bangang tetap masuk koc tuh. Bengong!
Hangin nih! Hangin! Dx
Grrr... rasa cam nak gigit jek sekor-sekor.
Rawrrrr!~!! Dx
Selasa, Jun 01, 2010
Masa umur 10 tahun Koro masih ulat buku hahaha...

Cecilia Cassini pereka fesyen umo 10 tahun jek!
Dia minat jahit sejak baby (tapi rasanya time dia 3 tahun la kot baru nampak minat dia sebab masa tuh dah kira toddler dan dah boleh kuarkan pendapat sendiri).
Kira dia diberi kebebasan memain ngan benang, gunting dan kain pada usia yang muda.
Pastu masa umo 6 tahun, famili dia hadiahkan mesin jahit.
Dan sejak daripada tuh, dia mula aktif menjahit pakaian rekaan dia.
Wah... bebudak zaman sekarang makin terer (O.O)
Ahad, Mei 30, 2010
Mari tengok layout cafe! (^O^)














