Isnin, April 30, 2007
I will be gone~!! *lagu sayu*
Tak tau kena buat apa lagi kat sana tapi mungkin untuk edit content english arr. Camne nak survive ekk? Eheh... first time nih gi negeri orang seorang diri... T^T Sekarang fikiran cam melayang-layang membayangkan kehidupan cam kat asrama dedolu. Ohhh tidak!! Basuh baju sendiri? Makan tapau? Pemakaian baju secara berjimat? Ohhh!! Yang penting - penggunaan duit kena bertapis!!
Huhuhu... camne? Camne? T^T ... dahla tengah syok-syok layan Getbackers hahah xD Yang tu pulak dirisaunya... eheh... tapi takpela. Redah jelah pape pun.
So tempoh offline saya dalam sebulan - sampai 21 Jun la kot. Kalau ada masa, saya jenguk-jenguk jugakla kat sini. Lagipun nak main Gaia Online haha xDDD
Selasa, April 24, 2007
Kaki Wayang~ xD
Hoho.. nak buat satu announcement. Walaupun bakal memalukan diri sendiri sebagai outdated tapi tak kira! Akhirnya saya dah download add-on themes untuk Mozilla! Haha.. sekarang tengah guna tema yang cam fancy sket rupanya. Kalau tak silap, nama tema tu Extreme Noi. Entahlah. Tapi memang menarik! Haha..
Oh speaking of Gaia, diaorang tambah lagi mende baru! Kali ni masukkan unsur cinema! Maksudnya, selain ada game dan menjelajah Bandar Barton mencari bunga, serangga dan sampah [hape?! sampah??? xD], sekarang para Gaians boleh menonton wayang secara maya! Yang menariknya, masih menggunakan flash player untuk stream wayang tuh!
Tadi baru jer try. Sebelum ofis hour start hehe.. Mula-mula kena pilih wayang apa nak tengok.
Pastu pilih masa screentime pulak. Kira cam pilih bilik wayang arr.
Yang menariknya, kita boleh beli tomato dan popcorn untuk dibaling – ke orang lain ataupun ke skrin! Siap ada laser hijau dan bebola api! Nak ngorat sesiapa pun boleh kalau beli flying kiss xD Selebihnya minuman yang boleh buat watak Gaia kita brain freeze dan bubble gum yang meletup lalu melekat kat muka watak Gaia kita xD Seronok giler!! xD
Memang konsep entertainment yang menarik ^_^ Kreatif giler development team Gaia. Tabik arr! Saya saje jer buat watak saya mundar mandir depan skrin. Tak duduk kat seat xP Sekali.. dihujani tomato dan popcorn!! Haha..!! Tu pun masa tu saya dalam bentuk zombie so tak kisahlah xP
Isnin, April 23, 2007
Habis gak akhirnya huhuhu...
Sekarang bolehla tumpukan pada anime lak xP Dah banyak in queue hehe... Dulu main beli jer tapi tak tertengok tengok sampai sekarang haha xD Takperlah. Yang penting anime tuh dah ada dalam tangan. Skang baru nak tengok Getbackers xDDD Manga GB pun tak habis baca sebab stop kumpul xP Tapi sempat beli yang cetakan uncensored punya O_o Skang kalau cetak balik semula, rasanya bahagian censored tuh secara automatiknya akan ada 'pakaian hitam' haha xD
Tengah dalam proses muat turun [cewah!] Nana dengan Gakuen Alice dari Vnmanga. Ingat nak Ouran Host gak tapi masa tuh masih incomplete so tunggu dulu arr. Ada lagi dalam target. Tapi kena aktif sket arr kat forum Vnmanga tuh untuk kumpul copper xD Sesetengah manga yang nak dimuat turun dikenakan caj. Tapi bukan secara duitla. Guna copper. Copper nih boleh diperolehi bila kita wat posting dalam forum. Tapi ada gak manga yang tak perlu copper. Biasa yang selamat dibaca la hahaha xD
Sankkyu, Vnmanga~!! m(_ _)m Kerana korangla, saya dapat baca Battle Royale versi uncensored xDDD Nak tunggu korang muat naik karya terbaru Obata Takeshi dan Tsuneo Takano tuh. Blue Dragon Ral Grado kalau tak silap dengan ada symbol cam err... 'U' terbalik eheh... Tapi manga tuh memang pening sket arr baca. Shadow? Third? Host? Warghhh!! Tapi Kafka comel x3~
Baca sebab Kafka jer? Hampesss.... xDDD
Sumber dari wiki [cam biasa larr xD] :
- Kafka (カフカ, Kafuka)
- Kafka the flower binder, (also known as Kafka la Chaîne Rode (シェンネロド, Shennerodo)), is a very chivalrous knight of Stora Castle. To defend the honor of his beloved Queen, Kafka even went so far as to duel Ral.
All scans are credited to Onemanga.
Nak baca secara online : Blue Dragon Ral Grado
Khamis, April 19, 2007
Gacchan survey~
Fokus saya kali nih adalah si mamat bishie Gacchan xD [Lagi??? Hahaha xP] Sesaja la gatal nak survey kepopularitian Gackt di Malaysia. Secara spesifik, kepopularitian dia di kalangan kedai kedai muzik YANG SEPATUTNYA TAU PASAL DIA sebab diaorang PATUT ARIF tentang perkembangan dunia muzik tak kiralah kat ceruk mana sekali pun lebih lebih lagi kalau DIAORANG JUAL CD LAGU LAGU JEPUN kat kedai diaorang.
Sila ambil perhatian kat perkataan yang di capslock kan yer. Okay, sampel sasaran yang terpilih adalah kedai kedai muzik di sebuah shopping mall yang gabak, tingkat yang sama level ngan cinema. Nama asal ditukar bagi melindungi maruah memasing xP Tapi yang terasa tuh, pepaham sendiri la ekk...
Kedai pertama – Mena – YANG JUAL CD JEPUN – tapi kebanyakannya outdated... hampesss...
Koro & Ryu-kun : Ada jual cd Gackt tak? Kat rak takde.
Mena : Gackt? Camne eja?
Ryu-kun : G-A-C-K-T
Mena : Jap ekkk... *cek record cd kat pc* ... Ohhh yang album December Love Song ni ker?
Koro : ... U___U [De-cem-ber-love-song jer??? Giler outdated!!]
Ryu-kun : Err... takde yang terbaru ke?
Mena : Takde. Yang December Love Song ni pun takde dalam stok.
Ryu-kun : Okaylah. Takper. Terima kasih ye.
Mena : Ok
Koro : ... T____T#
Ryu-kun : Takper aaa... kita cari kedai lain.
Strike One.
Kedai Kedua – Tak ingat nama tapi kekonon jual lagu lagu rock – KEKONON!! – hampes darab dua... – KEDAI NIH ADA JUAL CD JEPUN...
Ryu-kun : Kat sini ada jual cd Gackt? Dia artis rock jepun.
Rock : G-a-apa?
Ryu-kun : Gackt. G-A-C-K-T. Gackt.
Rock : ...
Koro : Gackt. Lelaki.
Rock : Jap ehhh...*panggil geng – bisik-bisik*
Rock2 : Nama dia sape tadi?
Ryu-kun : Gackt.
Rock2 : Camne eja?
Koro : ... T__________T#
Ryu-kun : G-A-C-K-T.
Rock2 : Nah kertas. Tulis ejaan.
Koro : T______________________________T
Rock2 : Ohhh Gackt. Yang berlakon citer Long Vacation tu? Takde. Kitaorang dah habis stok *DENGAN MUKA PENUH CONFIDENT CAMPUR KNOW-IT-ALL*
Koro : HAH??? HAPE? Tapi Gackt bu-...
Ryu-kun : Dahla. Jom kita blah.
Koro : Tapi Gackt bukan ber-...
Ryu-kun : Diaorang tersilap tuh...
Koro : Tersilap apa?! Diaorang memang tak tau langsung tapi buat buat tau!! Tu Kimura Takuya laaa!!
Ryu-kun : Takperla. Diaorang tak kenal Gackt...
Koro : Mana boleh tak kenal! Diaorang bukak kedai muzik! Diaorang jual cd jepun!! Lagu rock pulak tuh!! Tapi yang dijual bukan lagu rock pun kebanyakkannya!!
Ryu-kun : Err... apsal orang lak cam kena marah nih? Eheh... *sweat*
Koro : Ohh... gomen hihihi... meletup sket sebab tensen xP Sori ekk... xD
Ryu-kun : Hahah... xD
Strike two.
Kedai ketiga – Vroom – jangan cakap arr... kedai nih glamer ngan stok jepun korea nyer... tapi malang sekali...
Ryu-kun : Sini tak jual cd Gackt ekk?
Vroom : Err... tak kot. Sorry ekk.
Ryu-kun : Takper. Terima kasih ekk.
Vroom : Sama-sama :)
Strike three.
Haha... paling bengang kat kedai Rock tuh T___T Muka pun cam kerek jer kata Gackt tuh berlakon citer Long Vacation. HAMPES GILER!! Nak jer suh dia google Gackt ker... main game Crisis Core yang mana Gackt jadi Genesis, antagonis game tuh – juga dapat dilihat masa ending game Dirge of Cerberus. Genesis, Anjeal dan Sephy – woohoo~!! xD Nak cecepat sambar psp untuk main Crisis Core!! Huhuhu...
Anywayz, kesimpulannya di sini... kepada semua fanatik Gackt di Malaysia, saya AMAT bersimpati dengan anda semua kerana sesungguhnya, para pekedai muzik cam tak menghiraukan kewujudannya yang seakan dewa di Jepun tuh. Iskk Iskk... Mujurlah Laruku dikenali la jugak sesket.
Tapi tu baru tanya pasal Gackt. Belum lagi pasal Psycho Le Cemu ke... Alice Nine ke... Nightmare ke... T________________T
Jumaat, April 13, 2007
Malaysian or not? xP
HOW MALAYSIAN ARE YOU ? NO CHEATING PLEASE !!
1. How much is satu kupang?
2. Where's the favourite spot to take wedding pictures in Taiping?
3. In what dialect is Apo Nak Di Kato?
4. Name at least five variations of roti canai.
5. What is the staple food of native Sarawakians?
6. Name a popular Malay ointment made from "sea-cucumber".
7. Name the sauce made from fish or shrimp that the Kelantanese love.
8. What does pi mai pi mai tang tu mean?
9. Which fruit is Ipoh famous for?
10. What is the English name for putu mayam?
11. "Lah" is to Peninsular Malaysians as"..." is to Sabahans.
12. What does ABC stand for?
13. How long is a sari?
14. What does the Cantonese phrase" ngam ngam " means?
15. Name Penang 's famous beach.
16. How do you order coffee mixed with tea at a kopi-tiam?
17. What's on Malaysian TV at 8pm?
18. On one side of our RM1 coin is the bunga raya, what's on the other?
19. What's on our current 10 sen coin?
20. What was the name of the KL Commonwealth Games 1998 mascot?
21. When you fill in a form, if you're not Malay, Chinese or Indian, you are...?
22. Who is Malaysia 's favourite Kampung Boy?
23. How did the word "gostan" come about?
24. Lobo's "Whispers in the Wind" is the English version of which famous Malay song?
25. When did Malaysia last won the Thomas Cup?
26. What is the name of our national flag?
27. If you want 4D numbers, who do you consult?
28. What's the name of the Malaysian-made 175cc motorbike?
29. Name our national bird.
30. If the father is a baba, and the mother is a nyonya, then what is the son?
31. Who is the most beautiful woman in Malaysia?
Huhuhu... banyak giler~!! Korang jawabla soklan soklan tu ekk. Saya pun nak jawab gak tapi nanti arr haha xD Mungkin dalam entry lepas nih ker xD Cari ilham dulu hahaha!! [konon xP]
Ahad, April 08, 2007
Hehe...
Ohh... terjumpa satu link menarik!! Click jangan tak klik yer.. hehehehe...
Do not click this link... You have been warned!
Tempting tak? Korang teringin nak klik tak? Korang dah pun klik ker? Hahaha xD Manusia biasanyer curious tak hingat. Apa yang orang kata jangan, dia nak wat jugak! xD Risk takers gitu.
Okayla yer... nak sambung da egg hunt. Tatatititutu~!!
Ohhh Music Station minggu lepas best~!! xD YamaP rejoin ngan News nyanyi lagu xD Pastu Arashi promote lagu Love So Sweet [lagu tema Hana Yori Dango 2]. Cuma lagu Arashi jer yang dah ada xD
Rabu, April 04, 2007
NEWSFLASH!!
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Abdullah Wahab
KAJANG: Bermodalkan sebuah bas kilang yang dicuri serta sebungkus serbuk kari ikan, seorang penjenayah berbahaya melarikan dua gadis yang juga penuntut tahun satu Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam cubaannya untuk merogol mereka.
Dalam kejadian awal pagi semalam, penjenayah terbabit terlebih dulu melarikan sebuah bas kilang di Shah Alam, sebelum memperdaya mangsa, masing-masing berusia 20 tahun, kononnya boleh menghantar mereka pulang ke kolej kediaman di Bangi.Bagaimanapun, kedua-duanya dikurung dalam bas itu sebelum dilarikan penjenayah yang turut mengugut mahu menjadikan mereka sebagai pelacur.
Kes itu hampir menyamai kejadian membabitkan seorang jurutera komputer, Nor Suzaily Mukhtar, yang diculik seorang pemandu bas pada 2000 sebelum dirogol dan dibunuh berhampiran tapak projek perumahan di Bukit Tinggi, Klang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rosli Mohd Nizam, berkata dalam kejadian itu, penjenayah melarikan bas berkenaan di Shah Alam yang hanya disedari pemiliknya pada jam 9 pagi.Menurutnya, penjenayah terbabit memasuki kampus UKM denga bas curi tanpa disedari pengawal keselamatan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berkenaan.“Ketika kejadian jam 9.30 pagi itu, kedua-dua siswi terbabit berada di perhentian bas dalam kawasan kampus kerana menunggu bas untuk pulang ke kolej penginapan.
“Tiba-tiba sebuah bas berhenti sebelum seorang pelajar lelaki dilihat turun,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.Menyangkakan bas berkenaan turut digunakan penuntut UKM, tanpa berfikir panjang kedua-dua siswi itu terus menaikinya yang ketika itu tidak membawa penumpang lain.
“Pemandu bas bagaimanapun memandu keluar dari kawasan UKM menyebabkan mangsa terpinga-pinga sebelum meminta penjelasan.“Penjenayah terbabit memberi alasan kononnya dia pemandu baru dan tidak tahu jalan yang patut dilalui, selain bas itu adalah bas gantian kerana bas UKM rosak,” katanya.
Alasan itu mengundang firasat buruk kepada mangsa, namun mereka gagal berbuat apa-apa kerana pintu bas berkenaan ditutup rapat.“Mangsa dilarikan hampir dua kilometer sebelum berhenti berhampiran sebuah stesen minyak. Keadaan bas terbabit yang mempunyai langsir, selain cerminnya agak gelap menyebabkan mangsa sukar dilihat dari luar.
“Sebaik memberhentikan bas, penjenayah terbabit mengeluarkan pisau pendek mengugut kedua-dua mangsa supaya tidak melawan, malah dia juga menggugut menyembur serbuk kari jika mereka cuba melawan,” katanya.Rosli berkata, penjenayah terbabit memaksa kedua-dua mangsa ke belakang bas sebelum mengarahkan mereka menanggalkan pakaian.Penjenayah yang berseorangan itu kemudian menggunakan pakaian mangsa untuk mengikat kedua-dua tangan dan kaki mereka.
Mangsa menggigil ketakutan dan tidak mampu berbuat apa-apa, apatah lagi selepas penjenayah itu mendakwa beberapa rakannya akan tiba bila-bila masa.Difahamkan, pada masa sama, penjenayah turut merampas komputer riba, dua telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa.Dia kemudian kembali memandu bas menuju Plaza Tol Bangi sebelum berhenti kira-kira 100 meter dari plaza tol berkenaan.
“Dia turun dari bas dengan membawa telefon bimbit dan cuba menghubungi seseorang, manakala bas itu dikunci dari luar bagi mengelakkan mangsa melarikan diri,” kata Rosli.Ketika penjenayah sibuk membuat panggilan, mangsa yang berjaya membuka ikatan berdiri di atas kerusi bas sambil melambai tangan kepada pengguna lebuh raya bagi menarik perhatian.
“Seorang pengguna lebuh raya yang ternampak mangsa dalam keadaan cemas di dalam bas menghubungi Balai Polis Bangi, memaklumkan kejadian.“Sejurus menerima maklumat, dua anggota polis bermotosikal bergegas ke tempat kejadian sebelum melihat sebuah bas diletakkan di bahu jalan,” katanya.Menurutnya, penjenayah yang terkejut dengan kehadiran polis cuba melarikan diri sebelum dikejar anggota polis.Penjenayah lari hampir 100 meter sebelum melompat masuk ke sebuah kolam najis.
Tindakan nekad itu menyebabkan kedua-dua anggota terbabit polis terjun ke dalam kolam itu sebelum bergelut dengan penjenayah itu.“Selepas beberapa minit, anggota polis berkenaan menahan penjenayah terbabit dalam kolam najis sedalam paras pinggang itu,” katanya.Rosli berkata, penjenayah berusia 40 tahun terbabit dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, manakala mangsa yang terkejut dengan kejadian itu dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.
“Siasatan terhadap lelaki terbabit mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah, termasuk satu berhubung kes liwat di Putra Height, dekat sini, dua tahun lalu selain dikehendaki beberapa balai polis.“Dia juga dipercayai pernah bekerja sebagai pemandu bas, tapi diberhentikan berikutan masalah disiplin,” katanya.Menurutnya, polis bercadang memberi saguhati kepada pemberi maklumat itu kerana tindakan pantasnya menghalang cubaan merogol kedua-dua siswi terbabit.
“Sikap prihatinnya yang segera menghubungi polis sejurus melihat kejadian mencurigakan berjaya menghalang niat jahat penjenayah terbabit.“Bagaimanapun, saya kesal kerana pihak keselamatan UKM boleh membenarkan bas itu masuk ke kampus begitu mudah tanpa membuat pemeriksaan,” katanya.
Uwaaahhh!! Girls nowadays are not safe!! High gratitude goes out to the dude or dudette that saw the victims. You saved their life, dignity and womanhood. So heroic!! Muacks~!! x3
Hapdetto!
Sejak 2 3 hari ni, opis ada prob dengan connection internet so tak boleh nak surf masa rehat cam biasa. Surf kat pantai jelah nampaknyer. Join da penguins hohoho...
Anywayz, Gaiaonline ada promosi citer The Last Mimzy. Cam menarik jer. Pasal mainan berupa plushie arnab yang cam misteri semacam. Intelligent life form. The truth is definitely out there!! O_O
Sempena promosi tuh, Gaiaonline wat event. Dapat buat 3 kali sorang untuk dapatkan 3 Mimzy bunnies xD Derma satu kat ryu-kun sebab dia tak sempat wat event tuh haha xD Sankkyu bagi dedaun clover tuh yer, Ryu-kun ^_^
Okeh tuh jer hapdet kali nih. Ohhh... luper nak cakap.
SANKKYU, RYU-KUN sebab tolong belikan game God Hand! xD Uwaaahhh... pasnih bolehla eksyen ngan Heihachi-sama setelah dia dok promote manjang game tuh ^_^ Tapi weekend nih Ryu-kun nak pinjam ps2... ahaks... ^_-
Kali nih saje jer guna font kaler oren. Ngeee~!! x3~
Ahad, April 01, 2007
Sakuragi''s and Usopp's Berfday!! xD





Jumaat, Mac 30, 2007
Suman naa~... -_-||
Khamis kat PanPac [skang dah tukar nama tapi panjang sangat nak tulis so tulis PanPac jelah - cesss... tulis nama hotel yang panjang malas, tapi tulis alasan yang panjang rajin pulak haha].
Anywayz, tadi ada satu mesyuarat agung kat Mines Beach Resort & Spa. Malangnyer, bukan pergi untuk ber-spa eheh... makanan cam mewah giler tapi tak dapat nak sumbat banyak sebab sebelum gi sana, melantak kat Pizza Hut xP Ada cabutan bertuah tapi cam biasa... tak pernah menang!! T^T Sedih tul. Tapi takperla. Hadiah paling best pun cuma dvd player ngan mp4 player ^_^
Okay sebagai penalti sebab tak update blog, kat sini saya persembahkan dua fakta menarik!! Dapat dari sini kalau nak baca lebih lanjut yer.
Paper money is made from cotton rather than from wood pulp which means it doesn't disintegrate as easily as ordinary paper if you leave it in your laundry.
- ooo patutla tak hancus... [dasar orang yang selalu tercicir duit dalam washing machine haha]
A left handed person finds it easier to open a jar than a right handed person. This is because a left handed person can supply a stronger anticlockwise turning force than a right handed person. However a right handed person will find it easier to tighten the jar up afterwards.
- ehhh... ada orang bukak jar tuh guna tangan kanan ke? *blink blink* Tapi saya bukak guna tangan kiri. Tutup balik pun guna tangan kiri. Dan... saya BUKAN kidal. Hooooo... fakta tak bape betul nih!! xD
- saya pun sker bump basketball guna tangan kiri
- letak sling bag kat bahu kiri
- angkat barang guna tangan kiri
- pulas tombol pintu guna tangan kiri
- blablabla... tangan kiri... blablabla...
Tapi saya bukan kidal!! xDDDD
Rabu, Mac 28, 2007
Anda ingat anda tau sumer pasal kekura?
Mythunderstandings yang selalu dikaitkan dengan kekura! Sumber fakta kat sini.You can spread special slime on a young turtle and get a Ninja turtle
There are no Ninja turtles, but many young humans are convinced that the turtle they catch in the yard, win at a fair, or buy at a pet store can in time be made into a Ninja. The Ninja Turtle craze has had a devastating impact on the world's water turtle population as millions of kids demanded their very own Raphael, Leonardo, Donatello, and Michelangelo, and parents who knew nothing about proper turtle care indulged them. Note: no turtle has ever survived on a pizza diet or in the sewer!
A lettuce leaf, even lots of lettuce leafs, will starve a turtle or tortoise. Depending on the species, turtles and tortoises eat a wide variety of vegetables, fruits, leafy greens, even hays and grasses. Some water turtles eat invertebrates, fish, and crustaceans; some sea turtles enjoy a meal of jelly fish, seaweed, mollusks, eel grass, and other sea plants and invertebrates. Some tortoises and box turtles enjoy such tasty morsels as snails, slugs and worms.
Humans can decide for themselves to get tattooed or pierced; turtles and tortoises don't have that choice. Their shells are made of living tissue - bone, skin, blood and nerves - and when you cut into them, it hurts. Cut into the shell and create an opening into the body cavity, and the turtle or tortoise may well die of infection. Since their shells are living tissue, they also should never be painted.
It is not okay to do this...tortoises will keep straining and digging, some literally turning their feet into bloody stumps as they keep digging away at the concrete patio or hard earth, trying to do what comes naturally: burrow for protection from the sun and to nap. Chaining them can cause shell fractures, which, left untreated, can cause injury and death. Chaining and preventing them from digging may also cause such stress that they may sicken and die.
Lagi satu... walaupun kekura hidup dua alam, kekura bukan bapuk haha... okey okey... serius sket... kekura bukan amfibia! Kekura adalah haiwan spesies reptilia dari Order Testudines [group Chelonia].
Selasa, Mac 27, 2007
GACKT ~ edisi spesel!!

Ni tengah tunggu download lagu nih haha xD Banyak request nih! Sambil download, sempat gak upload hoho... Satu fakta yang jelas dan nyata. Gackt memang tak glamer kat Malaysia. Warghhh!! Sian dia and peminat dia kat Malaysia!! Mujurla saya cuma sker lagu jer and tak obses sangat kat dia cam Pah ^_~
Anywayz... sankkyu Animax!! Disebabkan adanya Music Station, maka GACKT dapat muncul di kaca tv Malaysia!! Ohhh... selama ni tengok dia kat YouTube jer. Minggu lepas dia kuar kat Astro. Pah epi giler xD Tak puas tengok Jumaat malam tuh, dia tengok ulangan kul 11 malamnya. Dan lagi pada hari Sabtu. Dan lagi pada hari Ahad!
Malangnyer, lagu terbaru dia tak best bagi saya haha xD Tapi Pah cukup sker. Siap download pv lagu tuh. Hmm hmm ^_~
Nape saya tak minat Gackt in person? Dia terlalu bishie hahaha... tapi tak dinafikan, dia nampak macho gakla pada keadaan keadaan tertentu and dia memang pelik xD Lagipun Pah dah chop dia hahaha lagi pulak saya sker Hyde xPPP Tapi tabik arr sama Gackt. Dia memang unik. Pergi rumah peminat pun naik kuda ^_^ Selepas konsert, dia biasanya buat sketsa gegiler untuk simpanan peribadi and tatapan peminat.
Stickam saya letak banyak lagu Gackt hahaha xD Nak wat camne. Saya sker main FFVII Dirge of Cerberus and soundtrack dia lak Gackt wat. REDEMPTION ngan LONGING antara lagu favourite. Skang tengah try upload dedua lagu tuh untuk letak kat jiwang.org. Setelah search bagai nak rak, lagu Gackt satu hapak pun takder kat situ! Hahaha-hampes xD
Okies... entry nih didedikasikan buat peminat Gackt di Malaysia. Korang serbu arr Tower Records reramai and demand diaorang jual cd Gackt haha xD Tolong demand sekali diaorang jual cd Asian KungFu Generation, Orange Range, Psycho Le Cemu, Alice Nine, Yamashita Tomohisa, blablabla... [panjang sangat list xP] dan especially Laruku/L'arc~en~Ciel yang terkini!! [dok jual lagu Laruku yang outdated jer... T__T].
Okies... buat Pah... comel apa nama Gacchan Bunches tuh? xPPPP
Ahad, Mac 25, 2007
Wohahaha!! I made it!
Anyway. lepas med check tu. gi KLCC tengok wayang! Ahaks... ada ke patut xP Terpaksa amek yang pukul 3.30 nya sebab Ryu-kun kena gi solat Jumaat. Mana leh ponteng ^_^ Memula nak tengok 300 tapi tiket kul 4.30. Lewat sangat. Last last beli tiket tengok Mr Bean.
Sementara menanti masuknya Zohor, rayau jap kat KLCC tuh. Tak ramai orang pagi tu. Sempat singgah Isetan beli lagi Hidamari no Tami tapi versi edisi khas Hello Kitty ^_^ Walaupun teringin gak nak burung yang boleh berkicau kalau kena cahaya tuh. Lain kalila xD
Bila dah agak-agak nak Zohor, Ryu-kun tinggalkan saya kat Kinokuniya xP Heaven giler baca buku free kat situ xD Niat nak cari buku Dan Brown yang takde lagi dalam koleksi tapi tersangkut lak baca The Prestige yang dah dibuat movie lakonan Hugh Jackman ngan Christian Bale. Tak tengok pun lagi movie tuh tapi ikut buku tuh, The Prestige tuh cam persengketaan antara dua illusionist terkenal yang saling dengki dan PHD tuh diturunkan ke generasi terkini yang terpaksa warisi PHD tuh tanpa rela. Agaknyerla. Haha xD
Dah habis solat Jumaat, Ryu-kun datang balik. Sempat beli buku Dan Brown, Digital Fortress ngan Dan Burstein, Secrets of the Code [satu buku yang mengulas tentang rahsia-rahsia dan controversial myths yang dibangkitkan oleh Dan Brown dalam buku Da Vinci Code nya... uwaaa!! MASYUUUUKKK!!! xD]
Sebelum gi wayang, singgah Isetan lagi. Kali ni bahagian Supermarket. Uwaaahhh!! O_o Memang heaven bagi sesiapa nak carik barangan Jepun, Korea ngan Taiwan!! Senang giler nak carik beras jepun [beli], kepingan nori/seaweed [beli gak], unagi [tak beli!! wek! wek! belut!], ngan macam-macam lagi! Sambar crabsticks satu peket ngan tuna gak untuk buat onigiri balik nanti hihihi... Terlupa nak beli rice vinegar T^T tapi takperla... onigiri bakal jadik tawar haha... takper... tula fungsi kicap kot hahaha xD
Anywayz, dengan bebarang sarat kat tangan, pergi masuk wayang! Ahaks... kelakar tul. Tapi Mr Bean lagi kelakar ^_^ Best giler lagu soundtrack citer Mr Bean tuh. Tak tau group mana nyanyi tapi mende tuh boleh jer dicari, ye tak? ^_^
Balik umah, solat sumer tuh, prepare untuk buat onigiri! xD Beras jepun tuh cam leceh sket nak masak T^T Kalau ikut arahan kat belakang peket, kena basuh sampai hilang kaler air beras dia, pastu rendam dalam 30 minit ke 1 jam. Air kena pepandai kontrol. Kalau sket sangat, nasik jadi keras. Susah nak kepal. Kalau banyak sangat, nasik jadi lembik giler. Nanti cam bubur onigiri lak T_T Beras jepun banyak kanji so bila nak kepal, terasa cam main gam lak O_o



Sambil lekatkan kepingan nori, sambil makan haha xD Memang sker seaweed xP Tambah lak beli yang seratus keping punya. Lagila masyukkk melantak xP Anywayz, percubaan buat onigiri menjadi!! Yang slack sketnyer... tawar nak mampus! Ahaha xD Sebab tuh makan ngan kicap dan kengkadang dengan kepingan nori lagi xP Siap sempat wat susunan ala ala bekas bento haha xD



Khamis, Mac 22, 2007
The Making of Onigiri
Satu lagi masakan Jepun kegemaran saya... Onigiri! Onigiri juga dikenali sbg Omusubi atau Nigiri-Meshi. Variasi original adalah dlm bentuk bulat, empat segi bujur (oblong) dan bujur (oval) dan dikepal dgn umeboshi (jeruk buah plum jepun) di tengah-tengah onigiri. Skrg ada berbagai bentuk Onigiri... dibungkus dgn nori (jari tak melekat...he he he), bonito flakes dgn shoyu (kicap jepun), takuan (jeruk lobak putih yg berwarna kuning), dll. Onigiri senang dibawa dan popular sbg makanan utk berkelah atau aktiviti luar rumah... hmm kalau dimakan bersama teh... lagi best!
Onigiri
Boiled rice*
Salt
Umeboshi (soft pickled plum)
Nori (dried laver) or tororo konbu (konbu shavings)
Method:
1. When the rice has finished cooking, add the salt and mix lightly.
2. Wet your hands with water. Put 1/2 cup boiled rice on your hand and form into a ball.
3. Make a dent in the center and put umeboshi. Close the rice over it. Form into a triangle or cylinder.
4. Wrap with nori or sprinkle tororo konbu.
* Lagi cepat dan senang kalau ada acuan Onigiri... Cuba cari di Isetan...
Ittadakimasu!!
Sumber untuk artikel nih : Klik laa! xD
Selamat mencuba! Gambatte nyaaa~! xD
Rabu, Mac 21, 2007
onigiri dessho~!!
Ta-daa!! Jadi harap Oro-san berpuas ati haha xD
Nape tajuk entry onigiri? Sebabnyer saya teringat satu scene ni dalam Furuba. Masa tu Tohru tengah citer kat Kyo. Dulu masa bebudak, dia join satu permainan ni nama Fruits Basket.
Permainan ni bermula dengan menamakan diri setiap pemain dengan buah. Tapi bila sampai part Tohru, dia diberi gelaran Onigiri. Onigiri ni nasi kepal. Bukan buah. Tapi Tohru tak kisah sebab bagi dia, onigiri memang sedap.
Last last bila permainan dah berlangsung, baru Tohru sedar, sejak tadi, onigiri langsung tak dipanggil. Baru dia sedar, yang dia sebenarnya takdela seikhlas mana pun diajak bermain. Dia duduk sengsorang jer kat kerusi cam orang bodo memerhatikan kengkawan yang lain berseronok. Sebab dia bukan buah. Dia onigiri.
Anyway, berbalik kat kes onigiri tu, ada gak Tohru citer satu lagi citer kat Kyo. Citernya lebih kurang camnila. Dalam satu pekan nih, wujud satu komuniti onigiri. Memasing cemburu ngan dengki antara satu sama lain. Onigiri nih jeles onigiri lagi satu terer masak ke hape ke. Camtula.
Tohru kata, tu sumer sebab onigiri-onigiri tu tak nampak pickled plum [lebih kurang cam inti onigiri tula] kat belakang diri sendiri. Cuma nampak pickled plum orang lain. Kiranyer, secara kiasan, maksudnya, kita nampak kelebihan orang lain dan akan rasa jeles atas kelebihan tuh sedangkan diri kiter sendiri ada kelebihan spesel, cuma kita tak nampak sebab 'pickled plum' kiter terletak kat belakang kiter.
Dalam erti kata lain, kiter patut bersyukur ngan keadaan diri sendiri and hormati kelebihan orang lain. Tak perlu jeles-jeles. Tak perlu minta lebih. Hidup kena saling menolong sebab tuh setiap orang diberi kelebihan yang berbeza. Uwaaahhh... bes kan citer onigiri Tohru? ^_^
Tohru citer kat Kyo tuh sebab dia nampak Kyo jeles kat Yuki sebab Yuki diterima kuarga Sohma sedangkan dia cam outcast. Kyo nak sangat diterima sebagai ahli kuarga Sohma. Yuki lak jeles kat Kyo sebab Kyo pandai bergaul dengan mereka yang bukan kuarga Sohma. Yuki nak sangat diterima sebagai kawan dan bukannya sebagai pujaan.
Walaupun saya tak berapa suka shoujo tapi Furuba memang shoujo yang lain daripada lain. Hmm hmm... ^_^
Camne nak wat onigiri ekk? Kepal kepalkan nasik camtuh je ker? ^_^
Hmmm... seaweed senang nak cari [selalu makan haha xD] and then beras... ble guna beras biasa ke? O_o ... and then mende alah flakes tuh.. hmmm... terasa nak wat onigiri coklat filling lak xD
Isnin, Mac 19, 2007
more sketchies~
Ohh Bleach kat tv3 tadi baru sampai part Orihime dapat tahu power dia apa. Paling sker Tsubaki antara klip klip yang lain xP Tengok Tsubaki, teringat Kurogane dalam Tsubasa Reservoir Chronicles tuh ^_^ Panas baran yang hampir sebijik! xD
Oh yer... Oro-san, pasal tag desktop tuh, nanti saya amek 'prntscrn' desktop kat pc opis jelah ekk. Kat rumah nyer takde Paint. Eheh... Photoshop pun takder haha xD
Tadi Ryu-kun call kata Liv seri 0-0. Cesss... Gerrard cuma 3 points jer. Markah rendahla nanti dalam Fantasy Football. Iskkk... T^T Apa? Nape saya tak tengok match tuh? Sebab main ps2 la haha xD Radiata Stories. Masih dalam tahap leveling si Jack Russell sambil bagi dia belajar sumer skill orang-orang yang dia berjaya recruit setakat nih xP Levelling kat Dorse Region, tempat para goblin hijo. Bukan toyol yer, mahupun jembalang yang Badang minum muntah dia xP
Heihachi-sama ada promote game God Hand. Minggu lepas carik kat Bintang Hyper [dulu Warta] tapi to no avail ... T^T ... Yang jumpa God of War jer. Heihachi-sama kata God Hand tuh game tumbuk tumbuk ala anime. Lawak tapi boleh addicted. Hmm... ye ker? Tu yang nak test tengok tuh! malangnyer tak de lagi kat Bangi T^T
Minggu depan jangan luper tengok Music Station kat Animax, Jumaat, kul 7 malam yer... AKHIRNYER!!! Gackt bakal keluar kat saluran tv Malaysia hahaha xDDD Pah epi giler. Dia memang obses ngan Gackt so bila minggu nih nyer Animax announce GACKT akan muncul kat minggu depannyer MS, Pah cam nak berjoget lambak jer xD
Rasanyer pihak kedai muzik seluruh Malaysia patut tengok arr rancangan tuh. Biar terbukak hati sket nak jual lelagu Jepun. Anywayz, tabik kepada mereka yang dah jual. Malangnyer, kedai besar cam Tower Records TAK JUAL CD GACKT PUN!! Padahal dia memang feymes kat Nippon tuh. Sian tengok Pah dok kecewa setiap kali singgah TR dengan penuh harapan. Jangan kata Gackt, Orange Range, Asian KungFu Generation, Nightmare, Psycho Le Cemu, Kagrra, Alice Nine... sumer takde!! Laruku plak album lelama jer ada. HAMPES!! Rasanyer lagu DJ Ozma pun takkan dapat dijumpai kat Malaysia huhuhu...
Tapi nak wat camne kan? Mungkin tak dijual sebab takut rugi. Takut takde sape nak beli. SESUNGGUHNYER peminat mereka sebenarnyer ramai. Tak caya, skodengla kat net nih tentang fansite fansite yang dibangunkan anak tempatan. Hohoho...
Okeesh... sekarang ke main event! Ade lak kan? Intro punyerlah panjang, baru la ni nak masuk isi entry yang sebenarnyer haha xD Ini dia... ta-daaa!! Sketch yang kedua xD
Okeesh... entry weekend yang cukup panjang kalik nih xP Jaa naa! Nak gi main Gaiaonline pulak xD
Khamis, Mac 15, 2007
Omedetou~! ^O^
Mungkin saya giler...
Mengucapkan tahniah kepada diri sendiri haha xD
Tapi memandangkan dah secure... perlu ker saya still berusaha apply untuk keje gomen? O_o
Ohhh... entry yang pendek. Makin sibuk sejak akhir-akhir ni. Tapi still sempat curi masa belah malam untuk main ps2. Iskkk... sanggup tuuu!! xD
Tahniah gak buat Ryu-kun! Gaji dia makin besar huhuhu... jeles T^T
Rabu, Mac 14, 2007
WinE-11

Selasa, Mac 13, 2007
naze? ~_~
Trimas ekk kerana sudi memberi sepatah dua kata tentang artwork saya yang masih perlu banyak improvement haha tapi malangnyer, saya malas nak improve haha sebab saya bukannyer pelukis sepenuh masa haha tapi berangan jer lebih nak saingi idola tempatan saya cam Xanseviera, Zint ngan Eisu xD err... haha lagi! xP
Speaking of Xan, bebaru nih jumpa majalah Crest kat Suncomic tapi isu ketiga nyer so tak belilah. Iskkk tapi cam menarik jer sebab cam majalah doujin sket. Takperlah. Lain kali la kalo rajin, saya skodeng sket kat owner Suncomic tuh tanya ada dak Crest isu satu xD Atau dalam erti kata sebenarnyer, mintak tolong Ryu-kun skodengkan haha xD Cam mana dia tolong skodengkan figure action Cloud dulu tuh xP Sankkyu ekk Ryu-kun ^_^
Hari ni dapat berjumpa ngan Zero. Ada gambar dia dalam post sebelum nih. Lama dah. Gambar masa dia masih kitten. Skang dah besau O_O Bila dah besau, dia makin ensem O_o Masa dia kecik, dia cam kucing biasa jer. Tak sangka bila dah besar, bulu dia cam majestic sket. Coklat creamy yang lawa tak hingat O_O Uhhh... kagum kagum... Itula beza kucing jalanan ngan kucing peliharaan sendiri ahahah xD
Gambar masa dah besar amek ngan hp tadi tapi tak sempat lak nak masukkan dalam pc. Nanti-nanti arr ekk? Lagipun dapat tangkap muka dia jer T__T Dia cam tak nak posing untuk kamera ahahah Nanti bila amek gambar dia satu badan, baru saya upload kat sini.
Anywayz, tajuk post nih takdela kaitan sangat ngan Zero hihihi... Tapi berkaitan ngan kekura T^T Memana kedai pet yang saya masuk, balik-balik sediakan barangan kucing, anjing ngan hamster. Uhhh... kekura cuma makanan jer yang dijual T^T Kalau gi kedai jual ikan, ada gak jual kekura. Malangnyer, barangan kekura cam sket yang amat! Uhhh... nape takde kedai khas untuk kekura??? Ni yang rasa cam nak bukak satu nih T____T
Kalau gi kedai pet kat MidV tuh, barangan kekura cuma bekas plastik tempat tinggal kekura and makanan kekura serta kekura itself jer dijual. Sedih giler... T___T Kalau nak cantikkan tempat tinggal diaorang, kena pepandai kreatif sendiri sambil membeli perhiasan untuk ikan T____T IKAN!! Bukan kekura. Sedih giler lagi...
Sebagai seorang pemelihara kekura... saya protes! Cewah xP Tapi yelaaa... mungkin sebab tak ramai sker bela kekura T___T [Masih tak paham motif kedai pet kat MidV jual katak and ketam sebagai pet O_o Like seriously... katak?! Daripada beli, baik tangkap sendiri... uhhh...]. Tapi pemilik kekura inginkan keadilan untuk kekura mereka! Bekalan terhad nih akan mengancam nyawa kekura! Haha poyo... xP
Haizzz... nak wat camne, ye dak? Tak ramai yang sker bela haiwan eksotik. Ni yang cam nak pikir dua tiga kali kalau nak angkut balik sekor iguana T___T Sah sah memang takde kedai yang jual barangan iguana. Ehh... pelihara iguana kena ada lesen dak? O_o
Ahad, Mac 11, 2007
Sketchy~
Memula konon kata nak upload sketch jer letak kat blog. Sekali ter-inking skali haha xD Takperla. Janji buat seperti yang dijanjikan ye dak? Takdela lawa pung xD Tapi niat nak hantar gak ke Kreko. Tak kira! Haha xD
Okeesh... seperti yang dijanjikan sebelum ini... ta-daaa!!

Siap rujuk buku FFVIIAC the making yang saya beli arituh xP Sumernyer untuk pastikan kostum diaorang sebijik. Susah gak nak dapatkan rupa bentuk serigala kat baju Cloud tuh (T__T) Kengkadang jadik cam musang kebulur ditebuk cincin haha xD banyak kali padam lukis tuh.
Rambut Cloud nampak keras xP Ahhh... lantak! Bukan lukis untuk menang pape hadiah ^_^ Cuma untuk sesuka hati dan [bakal] hantar ke Kreko haha xD
Secara overall nyer, saya sker rambut dia dalam panel 1 and muka dia dalam panel 2 dan 3. Yang lelain cam cacat xDDD Tapi at least tuh buktikan yang saya lukis sendiri. Tak tekap hahaha xD
Cloud versi SD [super deformed] tuh hair stylo dia versi FFVII. Personally, dia nampak lagi kewl dengan stylo rambut dalam FFVIIAC ^_^ Tabik kepada team animation dan 3D modelling untuk FFVIIAC watak Cloud. Memang susah nak buat setiap helaian rambut dia nampak real. Especially masa part lelawan. Tabik! Tabik!
Anywayz, malam tadi sempat tengok Raja Lawak. Takdelah best mana pun rancangan nih tapi mungkin tertarik sebab tengok Zizan ngan Johan. Dua tu jelah daya penarik. Malangnyer, bukan salah sorang daripada diaorang yang menang. Sebaliknyer Yus. Takperlah. Dia okayla gak. Susah gak kalo antara Johan ngan Zizan menang sebab dedua tuh memang lawak tak hingat xD













