Selasa, Januari 23, 2007

Tomoya fever~!! x3

Makio trying to scare the teacher away just because he didn't want to be picked LOLz


Huu... setelah sekian lama tertangguh [asyik-asyik tangguh daa...], akhirnya malam tadi berpeluang gak tengok MY BOSS MY HERO. J-dorama lakonan Tomoya Nagase [vokalis dan lead Tokio]. Tapi citer ni ada versi korea gak. Tak tau versi mana yang asal (^_^) Tapi rasanya versi korea tu versi asal xD

Ni ada review sikit dan beberapa gambar :
Waaaaterrr!! (^O^)
YES! NO!

MY BOSS MY HERO ni mengisahkan si Tomoya sebagai Sakaki Makio, anak seorang Yakuza yang bercita-cita besar untuk mewarisi kumpulan Yakuza bimbingan ayah dia. Nama kumpulan diaorang Mafia Taring Tajam daerah Kantou. Err... nama dalam english lebih menarik xD Kantou Sharp Fang Mafia Organization. Berumur 27 tahun, kita ditunjukkan pada awal-awal cerita camne kebangangan dia dalam maths sebab gagal mengira sekali gus menggagalkan rundingan bisnes sebanyak 2.7 billion.

Disebabkan ini, bapak dia marah giler dan gelar dia bodoh. Dia suruh si Makio gi bersekolah semula dan selagi dia tak dapat sijil tamat sekolah, jawatan sebagai bos generasi ketiga Sharp Fang Mafia akan diserahkan pada adik dia, Mikio. Makio tak nak perkara tu berlaku. Begitu juga dengan orang-orang bawahan Makio yang setia. Jadi terpaksalah dia mendaftar sebagai pelajar sekolah berumur 17 tahun di sekolah St. Agnes.

Citer nih memang kelakar xD Ekspresi muka Tomoya yang paling mahal tuuu~!! xD Awal-awal dah kelakar tengok dia dalam kelas. Masa tu kelas sains kot and cikgu tengah cari orang untuk tolong jawab soalan kat papan hitam. Makio cam sedar cikgu tu cam nak tanya dia padahal dia langsung tak tau jawapan. So dia buat muka cam garang giler! xD Kelakar! Cam muka nak berak jer hahaha! Cikgu tu pulak takut and tak jadi nak soal! xDDDD Tapi taktik tu cuma berkesan pada cikgu tu je kot sebab bila dia buat kat cikgu maths merangkap cikgu kelas dia, langsung tak berkesan. Malah cikgu tu siap ingat Makio cam marah sebab tak nak panggil dia untuk menjawab! xDDD

Lagi satu, Makio ni sker gila kat puding. Dia dapat tau kantin sekolah tu jual puding. Malangnya puding tu dijual dalam amaun yang sikit giler. Cuma satu dulang! Makio berazam, esoknya, dia mesti dapatkan puding tu yang hanya akan mula dijual tepat pukul 12. Esok harinya, sebaik sahaja kelas tamat pukul doblas tu, dia terus memecut ke kantin. Masa tu gak dia menerima kejutan terbesar. Bukan dia sorang jer yang memburu puding tu!!

Bagaikan stampede wild wildebeast dalam citer Lion King, begitulah suasana sekolah apabila ramai pelajar bergegas ke kantin untuk mendapatkan puding yang terhad tu. Memasing cam dalam battle royale, demi puding! Makio berjaya mencelah antara ribuan orang tu untuk mencapai puding terakhir tetapi berjaya dirampas pelajar lain yang sempat menendang dia kat pipi. Sian!! Dengan penuh kecewa, Makio mengasingkan diri bawah pokok sambil merungut kehidupan sekolah begitu teruk.

Dia dihampiri Sakurakoji lakonan Tegushi Yuuya kot tak silap [Makio panggil dia 'Sakura-nanto-ka' atau terjemahannya, 'Sakura-apa?' ... haha xD Tegushi ni ahli NEWS sama cam YamaP @ Yamashita Tomohisa]. Anyway, Sakurakoji tu menjelaskan yang dia dan ahli kelas diaorang yang lain dah give up nak kejar puding tu sebab kelas diaorang terletak paling jauh dari kantin. Tapi dia kagum tengok Makio yang berusaha mendapatkan puding walaupun mustahil. So dia bercadang nak tolong Makio.

Pelbagai rujukan dibuat oleh diaorang berdua, akhirnya, masanya telah tiba. Makio akan terbang dari blok kelasnya ke blok paling hampir dengan kantin! Bersyaratkan pecutan 12 saat [rasanyela... tak ingat xD] dan lonjakan 45 darjah bersertakan bendera sekolah sebagai 'sayap', Makio berjaya terbang!! xD Dia juga berjaya memotong pelajar-pelajar dari blok berhampiran dan akhirnya... puding terakhir dirampas dengan jayanya!! xD

Citer pasal sekolah yang sama best dengan GTO.Baru tengok 2 episod, dah terhibur gila-gila cam nih. Geng Yakuza Makio pun kelakar gak, terutama sekali penolong muda dia, Kazuya [lakonan Tanaka Koki, rapper KAT-TUN yang comey x3] yang sering kali naik angin setiap kali terdengar Sakurakoji panggil Makio sebagai Maki xD Kazuya memang comel! Dia yang tolong jahitkan jersi bola keranjang untuk pemain-pemain kelas 3-A, kelas Makio tu la xD Kazuya yang panggil Makio, ani-ki, terjemahannya abang, memang hormat gila kat Makio dan sangat berharap bukan Mikio yang take over kumpulan mafia tuh.

Ahhh... tak sabar nak tengok episod seterusnya! x3

Isnin, Januari 22, 2007

English entry~!! o(^O^)o

Special entry~!!

Today I went to check out my stats counter thingy. Was pretty amazed that people from other countries checked out this blog xD Too bad it was written mainly in Malay. Well, informal form of Malay to be exact (^_^) Sankkyu for dropping by anyway though it was just for 0 seconds. LOLz. At least you guys contributed in increasing the counter thingy numbers xD Sorry that I provide no translation what-so-ever to whatever's written in here (^_~) I have another blog for that though it's not that active xD

Got people from Morocco, UK, United States, Indonesia... sankkyu~! m(_ _)m If you're here for the links then feel free to roam around v(^o^)v Sankkyu for visiting my profile. The stats raised from a mere 32 to a sudden 75 [and probably ongoing? (^v^)b]. I so love the stat counter thingy~!! Umm no. I'm not stalking you guys what so ever ... (((((((((^_^)

If you're here as a BLEACH fan then yay~!! xD BLEACH fans unite~!! o(^O^)o I know I'm not using proper english. Basically I tend to use a much less tensed version. You know like, - wazzup! Whatcha up to? Kewl huh? - Sort of lingo (^_^) Probably some are gonna kill me for that (~,~) But seriously, I think it's more fun this way. My bloggie is not meant for serious stuff. No sireee~!! xD

Espadaaaa xD [xde kena mengena pun wohahaha!]

Sashiburi da naa, minna-san~!! (^O^) Sepanjang weekend ni habiskan masa baca Kreko yang tertangguh. Sebab utamanya... terlepas isu cover Jay Chou tu wohahaha xD Sanggup tu tangguh baca isu selepasnya semata-mata tunggu Pah pinjam dari Eid isu cover Jay Chou tuh (T^T)

Memandangkan manga Bleach keluaran Viz tak kuar lagi, so layan edisi melayu dalam Kreko jelah. Dah sampai part kemunculan puak Arrancar [dalam Kreko dieja Arankaru, mungkin dek sebutannya dalam anime (^_^)] dan Vizard [ke Vaizard ke camne tah ejaan sebenar dia xD]. Ohh... saya memang jenis malas download so sumber Bleach saya terhad ekekeke Tapi saya tetap sker surf site-site yang ada kat seksyen Gotei 13 saya (^_^)

Ikut pemahaman, Arrancar tu puak Hollow yang dah dapat kuasa shinigami. Kuasa dominan diaorang Hollow. Kira cam geng Aizen la. Dalam kata lain, geng jahat xD Contoh Arrancar cam Ulqiorra tuh.

Vizard lak shinigami yang dapat kuasa Hollow. Boleh kawal dengan jayanya lak tuh. Contohnya cam Hirako Shinji yang muncul untuk ajak Ichigo join geng Vizard. Ni sumer disebabkan Ichigo ada versi Hollow dia sendiri. Kira Ichigo lebih kurang cam Vizard la cuma tak sepenuhnya. Kuasa dominan puak Vizard still shinigami. Diaorang ada zanpaku-to gak cam shinigami biasa.

Malangnya, puak diaorang tak diiktiraf oleh shinigami mahu pun Hollow. Hollow reject sebab diaorang ex shinigami. Shinigami reject sebab diaorang guna kuasa Hollow. Jadinya, puak Vizard terpaksa jadi puaknya tersendiri cam puak Quincy. Jadi ada lebih kurang 5 puak aaa dalam Bleach nih. Shinigami, Quincy, Vizard, Arrancar dan tambahan dalam versi anime, puak Bounto.

Kemunculan Kurosaki Isshin sebagai bekas shinigami berpangkat kapten yang baru regain kuasa dan berjaya balas dendam terhadap Grandfisher dalam mode Arrancar yang pernah membunuh Kurosaki Misaki dulu sekali gus menyelamatkan Kon memberi debaran baru dalam ceciter Bleach yang akan datang. Huh. Cuba korang sebut dalam sekali nafas je ayat tuh haha xD

Papehal pun, saya ada gak baca spoiler yang Orihime di-kidnap. Ichigo akhirnya nanti cam terpaksa mintak bantuan puak Vizard dalam belajar cara nak kendalikan versi Hollow dia. Huhu... saya memang sker spoiler xDDDD Ryu-kun cakap Bleach dah sampai eppy ke 100 lebih. Lama dah tak tengok anime dia xD Stop tengok masa filler Bounto arc tuh sebab cam bosan sket. Eheh...

Diaorang terpaksa buat filler sementara menanti Kubo Tite buat cerita seterusnya kot (O_o) sebab dah terlajak lebih laju daripada versi manga xD Papehal pun, TV3 dah mula siarkan Bleach so nak tengok filler tu kat TV3 jelah xD Lambat lagi la pulak haha xDDD

Rabu, Januari 17, 2007

alo aloooo!! ^O^

Hari tu, bila tah, dah lupa lak. Dapat panggilan daripada seorang lelaki. Dia katalah nama dia sape and dia wakil daripada Majlis Ekonomi Negara. Saya pun cam uikslaa... Apa hal MEN nak dengan sayalah, kan? Cam glamer la pulak xP Dia pun cakaplah memandangkan dulu saya pernah berdaftar untuk skim graduan menganggur tu, so skang ada opening untuk offer kerja sumer tuh. Pastu dia tanya laa dah kerja ke lum. Cakap laa kat dia yang skang dah kerja.

Dia kata ooo kalau camtu, takperlah. Ingat dia nak letak gagang terus tapi dia sempat lak tetiba tanya. Pertanyaannya lebih kurang cam ni laa, 'sape pulak laki yang dok jawab hello hello tak dengar aaa cakap kuat sikit boleh dak?' masa saya call cik koro tadi tuh. Mati-mati ingat salah nombor!

Memula saya cam blur kejap. Laki? Pekak? Pastu tetiba laa saya menepuk dahi.

OH YAAAARRR!! Rupanyer dia dengar caller ringtone 'apek' hehehe... saya beli dari maxis 2 caller ringtone. 1 yang smeagoul LOTR tuh cakap pasal cincin dan masternya. 2 yang apek kekonon tak dengar sangat sore siapa yang tepon. Hua hua hua~!! Dah banyak kali orang tertipu dengan caller ringtone apek tuh xD Sampai dengan mak pun terkena kih kih kih... mak siap tanya, pesal lak nak tepon along tapi dapat orang laki pekak? Ingat ada orang curik tepon along xDDDD

Anywayz, berbalik pada si MEN tadi, dia tergelak bila dapat tau rupanyer sore laki tuh cuma caller ringtone. Dia kata laaaaaaaaa... ya ya jer dia ulang beritahu si 'apek' tuh nak cakap dengan saya dengan penuh beriya. Hahaha... Pastu dia siap kata menarik betul la. Boleh tak kalau dia nak tepon lagi and saya tak perlu angkat tepon. Dia nak dengar caller ringtone tu lagi sekali.

O_o


Gila apa! xD Daripada urusan formal, jadi perbualan kasual la pulak xD Pastu saya kata aaaa okee... [siap dengan efek muka cam pelik tapi mujur tepon tuh bukan 3G so tak nampak haha]. Ingatkan dia memain jer cakap camtu. Sekali dia buat betul-betul O_O

Aaa... rasa-rasa korang laa kan, pastu dia pergi subscribe caller ringtone apek tu tak? xDDDD

Selasa, Januari 16, 2007

Azumanga Daioh

Osaka showing off her neatly parted chopsticks
Semalam tido awal. Pastu bangun balik dalam pukul 12 lebih. Terus bukak pc untuk burn manga Battle Royale. Ezz nak pinjam baca ^_^ Sambil tunggu burn manga tu, bukak citer Azumanga Daioh yang dipinjamkan oleh Ezz. Memang dah lama teringin tengok citer nih tapi susah giler nak cari kat pasaran xD

Memang kelakar xD Walaupun citer nih takde motif, takde plot sangat, tapi kisah kehidupan pelajar sekolah tinggi disampaikan dengan penuh bersahaja dan kelakar xD Watak-watak utama perempuanla. Sakaki yang sedikit dingin tapi sukakan barangan comel dan kucing [walaupun kucing cam tak sker dia... eheh...], Tomo yang energetic teramat, Chiyo si genius berumur 10 tahun [kira lompat kelas la nih], Ayumu aka Osaka yang blur tak hingat, Yumi yang berkaca mata, Kaorin yang skerkan Sakaki sebab rasa Sakaki tu cool dan si athletic Kagura.

Even cikgu-cikgu pun entah pape xD Saya sker part Osaka, Chiyo, Tomo dan Yumi makan lunch bersama. Osaka makan ramen yang dibeli kat kafe tu. Yang lelain makan bento. Semua dah bukak bento memasing and bersedia nak makan tapi tercengang tengok Osaka renung chopstick dia penuh konsentrasi. Chiyo tanya apsal nih? Tapi Osaka balas diam diam dia perlukan a moment of silence. Setelah beberapa detik berlalu, dia berjaya pisahkan 2 batang chopstick tuh.

Sambil tersengih, dia panggil Chiyo yang dah nak start makan, "Chiyo-chan!". Chiyo pun pandangla dengan pelik. Boleh pulak Osaka sengih menunjukkan chopstick dia, "Heee...". Pastu dia panggil Yumi. Pun buat mende yang sama, "Heee...". Kat Tomo pun sama. Tetiga kawannya cam muka pelik xDDDD Comel tengok! Osaka cam Mr Bean pulak xDDD

Lagu comel ^_^ [Kalau dapat cari, nanti saya try upload]

" Cooking is so fun, Cooking is so fun, now its time to take a break and see what we have done."

"Hait, it's done~!!" xDDDD

Dah dapat!! ^O^




Tsukurimashou!

Image SongSung by: Tomoko Kaneda, Rie Tanaka, Chieko Higuchi, and Yuki Matsuoka (Chiyo-chan, Yomi, Tomo and Osaka)

Tsukurimashou, tsukurimashou,
Sate sate nani ga dekiru ka na.
Hai, dekimashita.

Nemurimashou, nemurimashou,
Sate sate dare ga ichiban ka na.
Hai, Oosaka-san desu ne.

Hashirimashou, hashirimashou,
Sate sate dare ga ichiban ka na.
Hai, yappari Sakaki-san!

Sawagimashou, sawagimashou,
Sate sate dare ga urusai ka na?
Tomo-chan desu ne.
To mottara, Yukari-sensei desu!

Oyogimashou, oyogimashou,
Sate sate dare ga ichiban ka na.
Hai, yappari, Kagura-san desu ne!

Kore de oshimai!

Oi! Chiyosuke!
Watashi ga detenai zo, watashi ga!

Nanda yo-! Yomi ni torie nanka anno ka yo-!
Nani--!?

Aaa, kenka wa yamete kudasai--

Eeto, eeto, eeto,
A,

Yasemashou, yasemashou,
Sate sate chanto, dekita ka na.
Are-?

Ma-ta shippai de-su!
Kono yaro- iwasete okeba--!

Utaimashou, utaimashou,
Minna de utaeba, tanoshii na. Ehe!

Chiyo-cha-n, atashi ni mo utawasete.
Oi? mochiron ii desu yo!

Hona, ikudee.

Tsukurimashou, tsukurimashou,
Sate sate nani ga dekiru ka na.
A......kore wa......
Taberareru you na, taberarehen you na......
Kore wa na, chaunen.

......Osaka-san. Watashi tabete mimashou ka......?
Chaunen!

CHANCHAN!!

Isnin, Januari 15, 2007

mai tetel~!! T^T

Pagi tadi, mak kejut. Seperti biasa, cam ganaz sket. Bayangkan pasukan SWAT nak redah masuk terrorist base. Takkan bukak pintu dengan sopan santun kan? Macam nak pergi beraya pulak. Hahaha... Tak sempat wat pape dah kena hujan peluru. Mestila diaorang bukak pintu dengan cara tendang tak hingat kan? Macam tula, mak. Bezanya, mak tak tendang. Mak belasah... err... ketuk pintu dengan penuh feel xDDDD

Anywayz, perkataan pertama mak kata bila nampak mata saya dah tercelik dengan mamainyer... "kekura ada bawah tu haa!".

Cam magik, saya terus melompat turun dari katil pergi ke ruang bawah. Nasib baik rambut tak serabai mana sebab sempat sikat sebelum tidur hahaha xD Ohhh!! Dah jumpa Keyboard!! Dia tersadai tepi dinding bawah tikar buluh. [Tikar buluh? Rumah jepun ke apa? O_O Kikiki...]

Segera hambik dia bawak naik atas. Pastu masukkan dia dalam cebok, isi air dan makanan tetel. Akhirnyer!! Keyboard dah hilang selama sebulan lebih O_______O Lama giler tuh!! Entah apa entah dia makan sepanjang perantauannya.

Pagi ni bawak dia pergi opis. Shhh... senyap! Senyap! Jangan bagitau orang lain tau ^_^

Selasa, Januari 09, 2007

duit... $_$

Dapat feedback daripada adsense. kata blog ni tak seswai nak bubuh mende alah tuh disebabkan language conflict. Hahaha xD Saje jer try request. Tak tau pun mende alah tu apa sebenarnyer. Dalam bebanyak apa yang diterangkan panjang berjela tuh, cuma satu mende jer yang menarik perhatian. You will be paid. K-ching!! $_$

Disebabkan paradisu tak boleh, maka saya beralih pulak apply untuk blog lagi satu yang memang fully english xP Huhuhu... mujur ada 2 blog ye tak? xD Pun dengan alasan yang sama. Saje je nak try ^_~

Beberapa hari yang lepas, Danny ada forwardkan email pasal numenmail. Entahlah. Katanya kita akan dibayar cuma untuk klik iklan-iklan yang akan dihantar melalui email ataupun akaun numenmail kita. Sebab saya takde paypal mende alah sumer tuh, boleh setkan pembayaran secara cek O_o

Ada tanya Danny, boleh caya ker mende alah nih? Dia kata try jer. Dia pun ada sign up. Pendapatan sampingan lah konon huhuhu... saya pun bantai jelah. Pape hal pun, ada geng kalo ada pape berlaku hua hua hua...

Isnin, Januari 08, 2007

Yasuhiro Kano strikes again~!! xD

Mx0 ... Emu x Zero ... EmuZero ... Pape jelah xD
Taipla kat net, sure susah nak cari info. Jumpa pun review daripada Baka Updates dan Wikipedia. Karya Yasuhiro Kano selepas Pretty Face ^_^ Best giler manga nih!!

Sankkyu Arena+Kreko~!! m(_ _)m

Setakat ni, sumer review citer pasal first volume jer. Watak utama, Kuzumi Taiga nak masuk sekolah tinggi. Masa sesi interview untuk masuk Shiritsu Seinagi Koko (Seinagi Private High School), dia ditanya apa yang akan dilakukan sekiranya dia ada kuasa sihir. Dia lak jawab untuk menguasai dunia. Jawapan yang menyebabkan seorang aweks cun sebelah dia gelak tak hingat. Seterusnya, Kuzumi fail kelayakan masuk sekolah tu.

Dia cam bengang aaa aweks tu gi gelakkan dia and salahkan aweks tuh atas kegagalan dia. Dia pergi Seinagi untuk beri kata dua pada aweks tuh. Kebetulan, Hiiragi sensei ternampak dia kat luar pagar dan salah sangka dia cuba nak memonteng kelas. Terus Kuzumi ditarik masuk ke dalam sekolah yang ada barrier sihir! Panik tengok sihir yang tak pernah dilihat, Kuzumi berusaha melarikan diri daripada Hiiragi sensei. Kelakar sangat masa Kuzumi terkena sihir skru tuh xD Kepala tercabut seakan skru. Yasuhiro Kano memang pakar buat lawak yang teramat xDDDDD

Kekecohan berlaku bila Hiiragi sensei baru dapat tahu Kuzumi bukan student kat situ. Kenalah tangkap Kuzumi and erase ingatan dia terhadap sekolah tu. Kuzumi lak, ambil kesempatan tu untuk cari Aika, aweks yang ketawakan dia dulu. Jumpa! Memula cam nak marah tapi dek kawaii sangat, Kuzumi terus jatuh cinta pandang pertama. Tak jadi nak marah. Tapi kerana masih dikejar Hiiragi, dia tak sempat cakap apa-apa dengan Aika.

Bersemuka dengan Hiiragi kembali, Hiiragi sensei segera menunjukkan sihir terkuat. Tapi Kuzumi bukan sembarangan orang. Walaupun tak tau sihir, dia tetap pakar membelasah orang dan Hiiragi sensei menjadi mangsanya. Setelah berjaya memangsankan Hiiragi, tetiba Aika meluru ke depan dengan cemas sambil berteriak, "Ayaaaaahhhh~!!"

Terus Kuzumi ternganga. HAPE??? Aika bengang giler kat Kuzumi yang memengsankan ayah dia, terus serang Kuzumi dengan meriam suara ^_^

Volume pertama dah sekecoh Pretty Face. Kelakar tak hingat!! Best giler manga nih. YK antara manga-ka favourite ^_^

Klik untuk tau pasal Mx0~!

Bleachness~!! ^O^

BLEACH ... manganime yang diobses selepas SlamDunk
WOHAHAHAHA~!! xDDDD *gelak cam orang giler*

Pukul 11 tadi [hari Ahad], bukak TV3. Rancangan apa? BLEACH!!! Anime pada waktu malam. Tanpa dub!!! Uwahhhh~!! xD Girang tak terkata!! Ternganga jap sebab tak sangka TV3 langsung tak buat dubbing melayu untuk BLEACH. Ohhhh... Ni yang nak kembali setia nih xDDDD

Eppy pertama Bleach malam tadi ^_^ Hmm hmm... nak tengok bila dah sampai filler Bounto ^_^ Tapi sekali-sekala nak layan gaklah sebab memang obses dengan BLEACH pun ngee~!! x3

Buat ombak untuk TV3~!!! m(_ _)m

// o m b a a a a a k k k //. // o m b a a a a a k k k //
// o m b a a a a a k k k //

Bunyi cam kamben la pulak O_o

Anywayz, papehal pun, nak beri penghargaan sesangatla sebab kekalkan suara para seiyuu ^_^ Aishiteru, TV3~!! xDDDD Trimas gak sebab pilih untuk siarkan BLEACH. Yokatta~!! Spread da BLEACH-ness!!

Rerasa cam ada iklan FMA gaks tapi cam movie yang Shambala tuh jer O_o Sebab rasa cam bukan Ed yang ditunjukkan tuh. Nampak cam Alphonse jer o_O Tapi tak surelah sebab kejap sangat iklan tuh eheh...

Filler Bounto dah habis!! Tak lama lagi Ichi and the gang akan jumpa puak Arrancar. Hmm hmm... berkeras takmo tengok eppy yang Ryu-kun download sebab nak beli cd-nyer ngee~!! xD Manga lak bergantung pada Kreko sebab malas gak nak bukak Bleachportal ekekeke...

Viz punyer cam lembab jer nak kuar ... T^T ... takmo beli yang nenipis tuh. Nampak cam cedok daripada Kreko jer T____T Nak beli novel graphic yang ori... ohhh... RM30++ untuk semanga? TIDAAAAKKKK!!

Viz, cepatlah cetak BLEACH tuh!! Uhuhuhu...

Jumaat, Januari 05, 2007

apdetto~! ^o^

Tak sempat nak tulis pepanjang. Tulis summary je dahla ekk? Lain kali baru panjang berjela wohahaha!! xD

1. Gomen nasai sebab lama giler tak update. Cuti sakanla katakan ohohoho~...

2. Nama anak sedara dah disahkan sebagai Nur Amira Balqis. Abah mak persoalkan nama guna Amira sebab anak Pak Teh pun Amirah tapi Lelidin cuma sengih and kata diaorang tertarik gak nak guna nama tuh.

3. Dah habis tengok Battle Royale 1. Gempak gak walaupun ada plot dan cara mati tuh berlainan sket dengan versi manga. Versi manga lagi ganaz. Ho yeahhh!! Disebabkan Kreko dah tak mo siar sebab graphical content yang melampau, sanggup tuuu download dari site Vietnam untuk dapatkan gak manga tuh. Wohahahah~!! Nasib baik versi english. Hmm hmm ^_^
[spoiler bagi diaorang yang tak baca : Mimuraaaaaaa...!! Uhuhuhu... Ko kejam Kiriyama!! T^T]

4. Dah jumpa cincin yang dikehendaki. Kat Warta jer!! xD Cesss... punyalah mencari jejauh. Tapi kaaaannnn... sedih!! Saiz pulak takde. Cettt... kata saiz 5 jer yang paling kecik diaorang ada. Memang nampak kecik so try sarungkan. Sekali melucut turun daaa... Ohhh!! Jariku begitu kecilkah??? Tak pun jari kurus hihihi... ehh tapi semalam cuba kat jari manis. Ohhh!! Nak beli gaklah! Pakai kat jari tengah [walaupun tak digalakkan ehehehe...]. Warta, nantikan kehadiranku di sanaaaa~!! xDDD

5. Lupa lak. Masa aidiladha dulu, solat raya kat masjid besar alor setar. Besar gak masjid tuh. Dekat dengan holiday villa, hotel kitaorang. Dapat solat saf pertama tuuuu xD Mak selang tiga sejadah daripada Sultanah Kedah O_o Bila habis solat, sumer perempuan gi kerumun bersalaman dengan Sultanah. Mak pun xD Cuma saya dan Pah jer memandang sepi. Cewah xDDD

6. Cadang nak adakan sesuatu majlis masa 07 / 07 / 07 ... uwahhh!! Lawa kan nombor? ^_^ Tahun lepas 666. Kononnyer nombor setan. Sempat gak tengok The Omen masa tuh hihihi... Tapi majlis tak kompem lagi aaa xD

7. Akhirnya dapat gak save profile dalam Splinter Cell Double Agent. Uhuhuhu... itupun setelah mintak izin Ryu-kun untuk delete file file WinE dia xD Game bola memang amek banyak memory U_U Best gak layan WinE tapi selalu kalah. Wohahahah~!! xD Cadang nanti nak beli Splinter Cell Chaos Theory kat Warta nanti. Hmm hmm ^_^

8. Kawan satu uni dulu dapat tawaran gi terengganu. Jaa naa~!! Semoga sukses kat sana~!! Gambatte~!! ^O^ Kenal dia pun melalui kelas english ahaha xD Kalau tak kerana kuliah english kat pusat bahasa tu, takdenyer boleh kenal dia ^_^ Anywayz, hope you're happy in whatever you do~!!

9. Kalo korang perasan aaa... ada beberapa perubahan kat bloggie nih. Kat pointer mouse tu cam ada swirling text. Perasan tak? Wohahaha~!! Promote nick sendiri ^_^ Pastu dah insert tracker kat bahagian Recruits. Dah lama nak letak tapi baru kali ni hajat kesampaian uhuhu... Lagu for this month pun dah tukar! Anywayz, sankkyu pada DynamicDrive untuk beberapa script yang cambest. Baru upload swirling text nih. Yang lelain, tungguuuuu... xD

10. Oh? Dah habis!!! xPPPP

Rabu, Disember 27, 2006

Weewong weewonnngg!!

Berita terkini...

Leli dah bersalin!


Dapat anak perempuan kalau tak silap.

Eheh... [lupa lak nak tanya jantina xD].

Semalam dapat berita [26 dec].

Cucu pertama buat mak abah ^_^


Tu pun daripada anak kedua ekekeke...

Papehal pun, tahniah buat Lelidin berdua~! ^O^

Selasa, Disember 26, 2006

royalty-ness!!

Sambungan dari entry sebelum nih...

Anywayz, abah mak and otouto balik dulu ke hotel. Pah dan saya jer tinggal untuk merayau lagi. Huhuhu... niat nak carik cincin kat situ tapi tak kesampaian. Jumpa cincin idaman hati! Namun dilanda kehampaan. Saiz untuk jari langsung tak ada! T^T Bukan rezeki kot kat sini.

24 December 2006

Bangun awal untuk makan buffet breakfast. Antara mereka yang terawal haha. Banyak gak makanan. Cuba rasa daging salai. Sedap gak. Otouto amek banyak giler O_o Tapi sarapan pagi tak lengkap tanpa koko krunch! xD Setelah makan sumer tu, abah mak kata bertolak ke kenduri kawen pukul doblas nanti. Sempat lak main One Piece Pirate Carnival masa bersiap tuh xD

Bila sampai kat tempat kawen tu, tengok orang ramai berkumpul kat luar. Pastu ada banyak giler polis. Pelik aaa. Bila dilihat betul-betul, ternampak satu kain rentangan di entrance dewan. DAULAT TUANKU. Oro? O_o Rupanya ada tetamu VVVVVVVVVIP xD Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan Menteri Besar Pahang. Uwaaahhh grand nyer majlis nih O_O Yang adakan majlis nih kawan kepada abah dan abah Ryu-kun. Pengantin laki [tak sure menantu ke anak ekekeke] member Ryu-kun ^_^ Bebaru nih ada pergi majlis kawen pihak err... tak sure pihak mana tapi kat Shah Alam laa xD Diaorang punya jugak. Terer tuuu... Pergi dedua pihak punya majlis xD

Kitaorang makan kat khemah jer. Lagipun takkan nak main redah masuk dalam dewan dengan staff royalty dalam tuh ^_^ Okay gak lauk dia. Dapat ayam bahagian dada. Tak sker bahagian lain. Ikut taste abah hehe... Sempatlah tengok Sultan and da geng berangkat pulang. First time tengok kerabat diraja up close. Secara live gitu. Memasing naik kereta sorang sebijik.

Lepas kenduri, singgah hotel tukar baju and amek otouto. Dia tak ikut gi kenduri so dia terlepaslah tengok Sultan xD Pastu kitaorang gerak ke Teluk Cempedak. Masa nih, terserempak dengan Ryu-kun dan abah dia. Siap bawak driver abah dia skali. Ohh Numlock pun ikut berjalan ke Teluk Cempedak xD Otouto sempat buli dia ... U_U Bagi Numlock berjalan atas pasir pastu curah lagi pasir atas dia. Iskkk... mentang-mentang tetel dia menghilangkan diri.

Lepas tu pergi Pekan. Tengok-tengok kilang kereta dari jauh. Abah tunjuk lokasi istana Sultan Pahang kat Pekan tuh. Siap dengan pejabat diraja sekali. Ingat nak singgah muzium tapi dah masuk waktu tutup. Eheh. Bila dah berjalan, for sure lapar, so singgah makan kat satu restoran tepi jalan nama Phuket nih.

Pesan aa memacam. Sup daging pesan satu mangkuk jer. Tapi last-last cam tak cukup. Abah pesan tambah lagi dua mangkuk. Si waitress cakap okee. Tapi bila nasik dan lauk lelain dah nak habis, sup tambahan tak kunjung tiba. Pah kata mungkin diaorang terlupa pasal sup tambahan tu. Tunggu punya tunggu, memang sah diaorang lupa. Otouto dah malas nak tunggu. Dia panggil waitress mintak bil.

Dapat jer bil, mak terus meneliti isi kandungannya. Terus mak kata, "Ehhh!! Ni dia ada caj sup 3 mangkuk nih!". Abah dan otouto pun tengok. Yup. Diaorang memandai je caj T___T Abah pun kata, "ni yang nak jadi cam orang India semalam tu," sambil capai cawan dan hentak secara gurauan. Tak bunyi pun hehehe...

Mak terus panggil waitress tuh and persoalkan pasal kehadiran 2 mangkuk sup misteri yang perlu dibayar sedangkan kitaorang tak dapat pun sup tuh. Waitress tuh cam kekwat jer. Cam malas nak layan aduan. Dengan malasnyer, dia pergi jumpa tauke dia untuk tukar bil. Dan dengan malasnyer, dia kembali semula ke meja menyerahkan baki sebenar. Belum sempat mak cek bil baru tu, dia blah cecepat. Abah kata waitress camtuh cam nak perdajal tauke jer. Dengan layanan camtuh, sure punyer pelanggan akan lari. Tak pepasal perniagaan tauke lingkup. Dan abah pun ulang lagi sekali gaya orang India semalam menghentak cawan ke atas meja hihihi... Tapi tak bunyik pun xP

Masa sampai hotel, tengok ada orang buat christmas carolling. Ada Santa Claus kurus kat tepi diaorang gegoyangkan loceng. Santa Claus paling hudus eheh... muka dahla topeng. Badan lak kurus. Iskkk... Anyway, Pah dan saya sekali lagi gi megamall malam tu. Nak gak carik cincin! Tapi lain pulak yang dijumpai hehe... MY BOSS MY HERO!!! Wahahaha~!! Akhirnya dapat jugak cerita Tomoya Nagase tuh! Uhuhu... jauhnya cari sampai ke Kuantan!! T^T

Kuantan mariii~!! xD

Malam 22 Dec 2006

Balik keje dengan penatnyer. Huuu... rasa cam malas nak makan, mandi sumer tuh haha xD Otouto balik awal. Dia suh cepat bersiap. Malam ni gak nak ke Nilai. Waaahhh!! Pulun packing habis-habisan. Nasib ada baju sedia ada kat Nilai so takdelah bawak banyak pun. Tapi beg baju takde. Iskkk... jenguk bilik mak abah carik beg. Jumpa yang jenis ble tarik tuh. Gabak T^T tapi bantai jerlah xD Sumbat sumer sekali termasuk Numlock. Hmm hmm ^_^ Ehh... nanti jap. Cecepat selongkar balik and keluarkan Numlock. Ahahaha... ada ker letak tetel sekali dalam beg. Kejam sungguh xDDDD Sampai Nilai dedekat nak pukul 11 malam. Pah ada kat ruang tamu tengok NBA kat Starsports. Masuk tido awal sebab letih (_ _)zZz

23 Dec 2006

Bangun awal. Semangat nak gi Kuantan hoho. Sekali dedekat nak pukul 11 pagi baru bertolak daa T^T Itu pun sebab Pah ngan otouto siap lambat giler. Mak bebel habis-habisan. Bawak skali Numlock. Side info : yang lelain dah hilang!!! Uhuhuhu... Diaorang merayau tah ke mana tak bebalik. Cuma Numlock jer yang setia bersamaku. Iskkk... Anywayz, bertolak ke Kuantan dengan jayanya. Abah bawak keta sampai ke Temerloh. Pastu otouto take over. Sepanjang perjalanan, berhenti dua kali untuk makan xD

Sampai MS Garden. Nama hotel. Tak tau bape bintang tapi cam mewah jer O_o Cek in. Memula otouto kena share dengan mak abah. Skali ada bilik kosong. Gumbira la dia dapat konker sengsorang satu bilik ^_^ Masuk-masuk jer bilik, terus ternganga. Besau giler!! Luas yang amat!! Pastu cek toilet. Ada shower dengan bath tub. Letak Numlock dalam bath tub hehe... Pastu mula punggah keluar ps2. Ngeee xD

Otouto datang main ProEvo dan Fifa. Bila dah merangkak petang, abah mak datang bilik ajak pergi megamall kat sebelah. Kitaorang kata nak follow tapi lewat sket. Otouto dan Pah habiskan seround lagi ProEvo dengan Pah seperti biasa, kalah teruk xD Sebelum keluar, amek Numlock, letak dia dalam laci. Cover sket dengan stoking kasi dia hangat. Duduk dalam bath tub tadi rupanyer sejuk tak hingat!! Siannyer dia T^T Shhh... dalam hotel tak dibenarkan bawak pet ^_^ Tapi biasanyer pet tuh merujuk pada kucing dan anjing kan? Hehe...

Pergi merayau kat megamall. AKHIRNYER!! Berjaya mencari Battle Royale 1 yang sekian lama cuba dicari. Uhuhuhu... gumbiranyer. Bolehlah tengok kat Bangi nanti. Pah beli selipar otromen. Kira cam selipar rumahla xD Dan Pah pun jumpa mende idaman dia. MOONCHILD. Citer jepun yang membariskan GACKT, HYDE dan... LEEHOM??? Ohhh... Leehom jadi orang jahat ^_^ Apa-apa pun, tajuk yang sepatutnya MC dijadikan WATERBOYS O_o Err... Tu tajuk citer lakonan Tsumabuki Satoshi [Queen of Lunch Hour, Orange Days, Lorelai, Tokyo Drift]. Tapi takperla. Walaupun cover tak lawa and tajuk pun salah, Pah tetap beli sebab citer tuh memang susah nak dapat iskkk...

Sempat jugak beli beberapa game PS2 sebelum berpecah dengan otouto untuk merayau memasing. Last-last skali berkumpul semula dengan mak abah. Abah ajak makan Kenny Rogers O_o Wahsaiii~!... tak penah makan KR dengan famili xD Mak follow jer sebab nak merasa mende baru. Bebalik McD KFC PHut je kan? Skali skala layan KR bes gak nih. Tapi papehal pun, makanan KR memang mahal giler T___T Tengok mak abah order cam iskkk... rasa cam dah nak sampai seratus ringgit ^_^ Tapi abah cam tak kisah sebab mungkin first and last kot hehehe...

Masa tengah tunggu hidangan sampai, terdengar bunyi cawan dihempas kuat tak hingat! Secara auto, sumer toleh ke belakang. Nampak satu famili India kat belakang. Si suami cam marah giler. Oooo dia ker yang hempaskan gelas tuh? Nasib tak pecah. Tak berapa dengar tapi adalah cam, "Ini servis hape ni?!" dan, "Saya tarak order makanan ni! Siapa suruh awak masuk ini dalam bill saya? Awak mau tipu saya ka?" dan, "Apa? Ingat saya takder duit ka nak bayar?".

Sumer tuh dinyatakan secara menengking dengan kuat. Si waitress terkial-kial nak defend-kan diri. Yelah. Orang yang amek order, tak sama dengan orang yang hidangkan makanan dan juga tak sama dengan orang yang kirakan bill. Lainlah kalau setiap waitress dikhaskan untuk jaga satu meja cam biasa caterer kat kenduri kawen T___T Hapalaaa... Kebetulan, waitress tu cuma bagi baki dan resit. Tak tau pun pasal order si India tuh sebab yang amek order dia waitress lain. Dia pulak yang kena fire. Siannyer. Dahler depan orang ramai. Sure dia malu tak hingat. Isteri dan anak si India tu tunduk semacam. Mungkin takut dengan si suami. Mungkin juga malu dipandang oleh orang ramai yang kurang senang dek diganggu ketenteraman dengan pekikan si India.

Setelah sumpah seranah berjela, dia pun bangun meninggalkan KR bersama familinyer. Staff KR sempat cakap, "thank you and come again to KR!". Entah perli atau memang protocol sebab diaorang takde pulak cakap camtu masa kitaorang nak balik ekekekeke... Apa-apa hal pun, abah ngan otouto dok ajuk-ajuk si India tuh bila dia dah blah. Eheh... ^_^ Satu insiden yang kitaorang satu famili akan hingat sampai bebila xD

Yang lelain bersambung dalam entry seterusnyer. Penat menaip wooo xD

Jumaat, Disember 22, 2006

bloggieventure~! xD

Walalala~ xD Yesterday, merupakan hari untuk melakukan aktiviti melompat dari blog ke blog. Usagi-chan desu~! xP Macam-macam cara orang mempersembahkan bloggie memasing. Ada yang jiwang. Ada yang ilmiah. Ada yang bersastera. Ada yang rojak. Ada yang bertema. Pendek kata, memacam gayalah. Dan yang paling menarik untuk dibaca adalah bloggies yang memaparkan kehidupan seharian diaorang dalam bahasa yang mudah ^_^

Interframe sket... Jelesnyer dengan Aegis85 yang terer jepuuuuunnnn... T^T
Tu pun baru tengok kat blogspot. Lum lagi kat xfresh. Iskkk...
Sorry dah lama tak jenguk Krekotaku ekekeke...
Tapi akan try atasi posting Treff yang beribu-ribu tak hingat tuh!!
Okay. Dah habis interframe... xD

Sila sambung semula. Sila. Sila... Tumpang lalu yer...

Ahem. So err... what caught my interest, usually bloggies yang fun, bersahaja dan kengkadang mampu membuatkan saya tergelak. Yang berat-berat, yang skema, umm... tengok mood ekeke. Mungkin sebab saya tak suka perasaan duka-lara. Hidup mesti ceria walaupun problem berlambak. Motto hidup ahaha xD Sebab tu kot interest saya lebih kepada mende-mende yang bagi orang lain, tak matang langsung xP Sker hatilah nak kata apa. Be-daaaaaaaaa!! xPPPPP

Anywayz, pape hal pun, semua orang ada citarasa tersendiri. Kan? Kan? Kan?

Khamis, Disember 21, 2006

hiyahhh!!

Semalam balik naik komuter. Tren ke Seremban delay 20 minit lagi. Ramai orang makin berkumpul kat stesen Serdang untuk ke Seremban. Kena berasaklah nampaknya. Sebab memang sedia maklum. Tren mesti punyer penuh! Biasa naik dedekat nak 6.30 punya. Tapi sebab delay semalam, dah dekat nak pukul 7 baru nampak muncung kepala tren huhuhu...

Seperti diramalkan, ramai nak serbu masuk tapi sket jer nak keluar. Terdetik perasaan hangin di hati tengok orang-orang nak masuk tuh, main terjah masuk tanpa bagi peluang orang nak keluar tu keluar. Iskkk... Biasa ada satu kaum tuh wat cam tuh. Umm pepandailah teka ekk... xD Tapi tulaaa... orang nak keluar lak cam terseksa nak keluar. Hampes punya orang-orang yang terjah masuk tuh. Taula nak dapat tempat tapi bertimbang rasalah sket. Dahulukan orang nak keluar dulu. Haparaaaa...

Teringat masa naik tren ke MidV. Pemandu dia siap bagi announcement kat setiap stesen, "sila dahulukan penumpang yang ingin keluar!". Ulang sampai dua tiga kali. Bagusnyer pemandu tuh ^_^ Siap dengan nada suara ala-ala geram ekekeke... mungkin dia pun tensen tengok orang-orang berebut masuk.

Berbalik kat citer tadi, akhirnya saya pun dapatla gak tempat. Tapi peliknyer. Ada satu ruang kat dalam tu lapang. Tapi semua yang masuk, menempek jer kat tepi pintu. Sesak semacam. Sanggup tuuuu! Takmo gerak ke dalam. Yang sedia ada kat dalam, tak nak berganjak daripada tempat asal. Saya jugak yang gi kat ruang tengah tuh. Selesaaaaa... xD Dan ohhhh... patutlah takde sape sudi ke situ. Takde tempat nak pegang rupanya xD Tak kisahlah. Yang penting, saya tak dihimpit sesapa. Ohohoho~... xD

Masa tren bergerak, memula slow pastu laju. Mujurlah saya jenis tak sker high heels. So saya dengan selamba dapat berdiri tanpa terjatuh. Kira menten aaa posisi dengan penuh machos.
Yang pegang tiang pun terhuyung hayang o_O Pelik. Patutnya saya yang camtuh sebab langsung tak pegang pape sebaliknyer bergantung pada kekuatan graviti badan sendiri xD Terer tuuuu...!! xD Tapi yang hampesnyer bila yang pegang-pegang tiang and kerusi mula menghimpit ruangan tengah tadi. Ohhhh maaaaaaaaanyyyyakkk cantik!! Tadi jual mahal... T_____T

Ohhh satu lagi perkara saya cukup anti masa naik tren ialah orang-orang yang sker konker tiang. Bolot sengsorang. Camler tiang tuh dia punyer T__T Selalu nampak orang [biasanyer pompuan iskkk especially yang ber-couple-couple-an termasuk minah indon] yang menyandar belakang diaorang kat tiang tuh. Kan susah orang lain nak pegang! T___T

Lagi hangin kalau dah ada orang yang memang sedia pegang dari awal. Pastu 'kumpulan penyandar tak makan saman nih' masuk. Then selamba derk gi nyandar. Tak pepasal orang tuh terpaksa lepaskan pegangan. Siannyer!! T^T Tapi ada jugak tak nak lepas [cam saya ekeke...]. Kalo laki tak lepaskan, nanti dituduh oleh diaorang menggatal sebab pegang belakang diaorang. Especially kat bontot. Tak ker hampes tuh? Sian laki-laki pemegang tiang yang innocent ekeke xD Kalau pompuan, diaorang lagi berani nak nyandar habis-habisan. Sampaila pompuan tu lepaskan. Kira victoryla T___T

Mende ni terjadi masa saya gi MidV harituh. Saya, Pah dan beberapa orang penumpang dari UKM, dah lama memegang tiang tuh sampaila ke Bandar Tasik Selatan. Sepanjang setiap stesen, akan ada pemegang baru yang join xD Bila tiba kat BTS, ada sekumpulan remaja laki dan pompuan masuk. Terus menuju ke tiang. Salah sorang pompuan selamba derk gi sandar kat tiang tuh!! Tak pepasal sumer yang pegang cam terpaksa lepaskan tangan sebab tak selesa tangan diaorang dihimpit badan minah bangang tuh.

Saya dan only a few tak. A few tu mencari posisi pegangan yang lain tapi saya kekal kat posisi asal. Selambanyer dia himpit tangan saya. Iskkk... Tren mula bergerak. Slow kendian laju sket. Saya mengira masa sambil merasai pergerakan tren. Tetiba dengan sengaja, saya memusingkan badan secara tetiba membuatkan beg Garfield terus menampar badan dia. Mwahahahaha~!!! Masa tuh plak tren dalam posisi membelok xD Dia cam terkejut and nampak marah tapi saya buat-buat bodo tak perasan beg terkena dia. Dia pun terus menyandar lagi. Bila belok lagi, sekali lagi saya buat mende yang sama tapi dalam arah berlawanan. Dan lagi untuk kali ketiga! xD

Akhirnya dia menjauhi tiang!! Mwahahaha~!! Rasa cam nak gelek gumbira xD Dan orang-orang lain yang sebelum ni memegang tiang, mula beransur untuk pegang kembali. Victory!! (^V^)v Pah siap tanya, "along, tadi beg along terkena dialaa...". Hua hua...!! xD Saya pun jawab, "ohh? ye ker? tak prasan pulak.." xDDDDD Tapi dari kerlingan mata, nampak penumpang lain cam tersenyum sinis tengok pompuan tadi makin menjauhi tiang xDDDD Ohhh saya telah berkhidmat untuk masyarakat pemegang tiang~!! ^O^

Moralnyer kat sini... berhati-hatilah dengan beg Garfield saya. Rowr...!

xO

Rabu, Disember 20, 2006

Kaomoji mania~!

Excerpt from maestrosync.com :

"Japanese-style emoticons (also known as anime emoticons, verticons, or kaomaji) differ from conventional emoticons because they are viewed vertically. These emoticons borrow heavily from the anime drawing style, with a lot of expression shown using the eyes. These emoticons are often abbreviated by leaving off the parentheses, so (^_^) will become ^_^. They can be further abbreviated by leaving out the mouth, so ^_^ becomes ^^. The longer the mouth, the stronger the emoticon's meaning."

o(^_^)o .... 'yes!' (hands at sides)

(*_*) / (O_O) .... amazed

m(_ _)m ... apologising (bowing)

(-_-)zzz / (z_z) ... asleep


Excerpt from writerresponsetheory.org :

"Kaomoji, (literally, "face mark") are a japanese lexicon of emoticons. Unlike emoticons however, kaomoji are primarily vertical rather than horizontal, and based on a rich component grammar, and this richness brings them much closer to ASCII art depictions of faces than the iconic shorthand of a smiley. The variety of kaomoji is staggering, and many make use of mixed western characters, hiragana, katakana, dingbats and more."

Some samples from harapan.co.jp :

Smiling

(^o^) ... ^-^; ... (^-^)

(^^; ... (^o^)/~~ ... (^.^)

(^o^; ... (^_^) ... (^-^;

(^O^) ... (^.^; ... (^0^)/~~

(^o^)/ ... (^_^; ...(^^)/

Kaoanis dari Ragnarok Online xD :
wtf?! ye..? ye..? ...umm... scissors! ???

Click for more kaomoji samples from tokai.or.jp~!

Papehal pun... idup kaomoji~!! Mwahahaha~!!! xD

~ s p r e a d i n g / / d a / / k a o m o j i n e s s ~


Sebenarnyer entry nih untuk wawarkan saya dah tukarkan smilies biasa dalam cbox tu kepada animated kaomoji ekekeke... tu jer... xP

Selasa, Disember 19, 2006

Spamz

Suka berforum? Saya suka. Especially kalau forum tu berkaitan dengan manganime. Tapi saya cukup anti dengan forum yang mempunyai tahap spamming melampau... T^T ... iskkk. Rasa cam nak baham sekor-sekor spammers tuh. Kanibal pun kanibal lah asalkan forum tuh bersih daripada spam.

Apa itu spam? Mende-mende ngarut yang tak berkaitan dengan topik perbincangan. Selain daripada spam mail, juga ada spam postings. Kalau dah lama jadi forumer, dah tentu biasa jumpa dengan spammers yang cukup hampes nih.

Identiti diaorang senang jer. Dalam sebarang thread perbincangan, tetiba terselit kekata cam "hello" ke "wazzup!!" ke. Tak pun pape ayat yang memang lari giler dari topik. Biasanya n00bs dipersalahkan. Tapi rasanya bukan semua newbie buat camtu. Poster veteran pun tumpang sekaki.

Ada juga spammers yang sekadar post smileys jer manjang dalam setiap posting. Takde ayat. Cuma smiley. Spammers cam nih yang hangin nih. Memberatkan thread dengan grafik yang tak perlu [sebab kengkadang spammers nih pun sker guna siggy besar gabak]. Urghhh... kalau takde mende nak cakap, tak perlulah post pape. Kan senang? T________T

Satu lagi jenis spammers adalah yang sker buat double, triple, dan seterusnya sampai ke sejuta ke kalau boleh, posting. Hangin gak nih. Lelebih lagi kalau dah sedia ada butang EDIT POST. Apa guna butang tuh kalau bukan untuk digunakan??? Posting bebanyak rajin pulak. Klik edit seciput tu malas. Grrr...

Spammers cam nih biasa muncul kalau forum tu ada sistem ganjaran. Cam setiap kali post dapat duit ker [gold, copper, kupang, zeny, blablabla...]. Dan mende tu boleh ditukarkan untuk keistimewaan seperti penambahan quota private message inbox ke, penukaran title nama ke, 'bayaran' untuk download manga 'sensasi' ke...

Gaiaonline punya forum pun bersepah dengan spammers. Sebab setiap kali post, akan dapat gold. Gold tu pulak boleh digunakan untuk beli kelengkapan avatar memasing. Cukup anti baca post-post yang ditulis spammers... T_______T

Mungkin sebab aura bekas supermod masih terasa maka muncul la perasaan hangin tuh hahaha xD Uhhh dah lama meninggalkan animechains sejak mula apprenticeship dulu. Pastu berjinak-jinak dengan Krekotaku tapi tu pun dah lama tak menjenguk muka. Dua tu jelah forum yang pada saya, bebas spam. Sayang forum-forum tuh xD

Animechains merupakan forum antarabangsa. Ahli-ahli terdiri daripada pelbagai negara dan bangsa. Adalah merupakan satu penghormatan dapat kepercayaan menjadi supermod kat situ ^_^ Sebenarnya dapat tawaran jadi mod jer. Tah camne tetiba naik pangkatlah pulak xP Dengan kuasa saya masa tu, banyak thread spam berjaya dibungkus. Mwahahaha~!! Kijam! Kijam! Spammers yang berjaya dikenalpasti di-ip-ban-kan. Setiap satu subforum ada sampai 5 atau lebih mod. Semuanya untuk memastikan Animechains bersih sebersih bersihnya. Siap ada subforum khas untuk spammers kalau diaorang gatal sangat nak mengganaz.

Tapi last-last kena ucap bye-bye sebab masa untuk melayari net makin terhad. Tugas diserahkan pada orang lain. Untuk Krekotaku, takde pegang pape jawatan. Tapi tak kisahlah sebab semua forumers kat situ tau jaga etika dan jugak benci spamming cam saya ^___^ Sebagai bekas mod, saya cukup suka dengan keadaan aman damai camtu xP

***NT SPAMZ***

Isnin, Disember 18, 2006

cak-cak-cak

Walalala~ xD Nampaknyer percubaan untuk menyelitkan lagu dalam blog berhasil dengan jayanya! Itupun nasib baik ada lagu tu hosting kat radio-blog. Tapi still tengah cari cara lain untuk uploadkan player yang mana lelagunya adalah pilihan sendiri. Dah dapat dah site tuh. Masalahnya nak ejas saiz player tu dengan column blog nih yang kecik teramat haha xD So, buat sementara waktu nih, kena berpuas hati dengan player kecik sumbangan radio-blog ^_^

Hari tu tinjau-tinjau J-Bleach dan dapat link ke promo movie terbaru Bleach. Cam menarik jer sebab Zaraki-sama dan Byakuya serta Renji-kun ada xD Memories of Nobody tajuknya. Tak sabar nak sambar xD Dahla dah lama tak tengok Bleach uhuhu... baca manga jer kat net ^_^ Tu pun belum sampai lagi part Arrancar tuh ke apatah nama puak tuh.

Minggu lepas sempat tengok Cicakman. Hmm memang kagum aa teknik CGI especially masa wat keadaan bandar Metrofulus tu. Overall, citer tuh okay. Karektor Aznil spoil sket sebab banyak sangat "haha-haha" nya... T^T ... Suka tengok Adlin Aman Ramli dan AC Mizal sebagai Ginger brothers. Spin off daripada The Matrix xD

Jalaluddin Hassan sebagai presiden Metrofulus memang tepat xD Comel tengok dia kena 'cabul' dengan Cicakman hahaha xD Yang si Fasha tu ehh... watak dia cam tak best. Tak tau motif apa dia perlu muncul. Mungkin sebagai penyumbang all access card tu? Ohh masa part tuh kelakar xD Nama Fasha dalam citer tu Tania Ashraf. Dia setiausaha Dr. Klon [Aznil] so diberi pas all access.

Kebetulan, Hairi [apek] dan Danny [Yusry] tengah cari jalan nak masuk opis Dr. Klon untuk menyiasat apa rancangan Dr. Klon sebenarnya. Hairi terlanggar dengan Tania kat stesen LRT dan amek kesempatan tu untuk mencilok card Tania. Bila sampai kat tempat pengesahan, Tania terpaksa ditahan sebab takde access card. Hairi kat belakang lak selamba derk lalukan access Tania kat komputer.

Pastu bila kedengaran suara komputer kata, "Tania Ashraf. All Access.", si Hairi sengaja batuk-batuk dengan kuat sambil berkata, "Tahniah! Tahniah ke atas saya sendiri kerana sampai opis!" ke camne tah dialognya tapi memang kelakarlah xD Nak cover nama Tania dengan tahniah xDDD

Sabtu, Disember 16, 2006

Karaoke bersama! xD



Tanaka Rie - Fields of Hope
Insert Song : Gundam Seed Destiny


konna ni tsumetai
tobari no fukaku de
anata wa hitori de nemutteru

inori no utagoe
sabishii nohara wo
chiisa na hikari ga terashiteta

anata no yume wo miteta
kodomo no you ni waratteta
natsukashiku mada tooku
sore wa mirai no yakusoku

itsuka midori no asa ni
itsuka tadoritsukeru to
fuyugareta kono sora wo
shinjiteiru kara
Fields of hope

umarete kita hi ni
dakishimete kureta
yasashii ano te wo sagashiteru

inori no utagoe
hitotsu kiete mata hajimaru
tayorinaku setsunaku tsuzuku

itsuka midori no asa e
subete no yoru wo koete
sore wa tada hitori zutsu
mitsukete yuku basho dakara

ima wa tada kono mune de
anata wo atatametai
natsukashiku mada tooi
yasuragi no tame ni
Fields of hope

natsukashiku mada tooi
yakusoku no nohara
Fields of hope
Fields of hope


Translation :

Beneath a veil so cold,
You deeply sleep, all alone
The melody of prayer; on the lonely fields,

a little light shinedI watched as you dreamed
You laughed like a child
So dear, and yet so far -

That is the promise of our futureThat one day, on a green morning,
One day, we will make it there
Because in this wintered sky
We still believe
Fields of Hope

On the day we were born, we were embraced
And now we search for those gentle hands again
The melody of prayer; one vanishes,

And all begins again; a powerless, painful continuation
One day, to that green morning,
We'll cross through all these nights

Because that is the place each one of us searches for
Now, within my own heart,
I want to keep you warm
So dear, and yet so far -
In the name of peace
Fields of Hope

So dear, and yet so far -
The fields of promise
Fields of Hope
Fields of Hope

Jumaat, Disember 15, 2006

oro?

Hmm... bebaru ni Ryu-kun ada forward link ke Youtube. Bukan amv anime cam biasa tapi video pasal real life issues. Couple couple kat Taman Cempaka Bangi. Bangi tuuuu...! Sumber dikatakan diperolehi daripada mykakis. Err... search aa sendiri kat google sebab saya malas nak bagi link ke site tuh xP

Anyway, perlu diingatkan, mykakis tuh site yang tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah. Banyak pasal paparan skodeng menyekodeng. Site tuh pun rasanya ada link dengan site yang umm... pepahamlah xD Tapi saya tak sure sebab tak explore mykakis. Saya cuma tengok kat apa yang dihidangkan dalam Youtube.

Tag untuk mencari, senang jer. Tulis la tudung, melayu, couple. Akan keluarla senarai video pasangan melayu yang kebanyakan perempuannya bertudung, bercanda-candaan di taman Cempaka tuh. Memacam gaya O_o Ohhh... Bangiku dah tercemar... T^T ... ni yang rasa cam nak jadi budak Nilai terus ekekeke...

Anyway, pas tengok sedikit sebanyak, saya pun jadik bosan. So cari tag lain. AMV anime dan lelagu j-rock hahaha xD Sker tengok band Psycho Le Cemu yang comel. Padahal diaorang J-rockers xP Layan rock band jepun lagi best daripada tengok mende alah tuh uhuhuhu...

arah jam dari kiri : lida, yura-sama, aya || depan diri : daishi || duduk : seek
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...