Khamis, Disember 14, 2006

Dilema tul... T^T

Semalam tidur lambat. Habislah. Mesti ngantuk tahap cipan kerja nanti xD Tu pun, nak nak jer tengok Champions League alang-alang masih lagi berjaga. Tapi Liverpool tak lawan. Arsenal dan Man U jer. So tak jadi nak tengok.

Semalam gak, abah and mak balik Bangi amek Pah untuk ke Nilai. Saya dan otouto masih remain kat Bangi. Abah sempat tanya, nak gi Kuantan tak nanti. Best nya. Outing satu family ke Kuantan. Tapi kaaaaannnn... kalau pergi Kuantan, bermakna tak pergi majlis perkahwinan kawan 25 Disember nanti...

Jadi, persoalannya di sini, mana satu lebih penting? Bersama keluarga or pergi menghadiri majlis kawan? Siapa yang perlu dikorbankan untuk memuaskan perasaan pihak lain? Kalau ikutkan, memang nak gi Kuantan huhuhu... bukan senang dapat gi sana.

Tah camne, terjawab kat abah, tak dapat kot sebab kawan kahwin. Iskkk... abah terdiam jap pastu angguk jelah. Iskkk... kalau masa boleh diputarkan semula, nak jer erase ayat tuh huhuhu... Dahlah tak ikut abah mak gi Kedah Jumaat ni lawat Lelidin. Iskkk...

Tu pun abah ada tanya tapi saya terpaksa decline sebab tak sempat dah nak mintak cuti. Abah mak rancang nak gi Jumaat pagi. Otouto pun terpaksa menolak gak untuk ikut disebabkan isu yang sama. Dia tengah praktikal sekarang.

Uhhh... tak ikut gi Kedah. Pastu tak ikut gi Kuantan... cam mengelakkan sebarang aktiviti bersama family jer... Iskkk... bukan camtu! Bukan! Huhuhu... nak sangat ikut... sedeynyer...

T^T

Rabu, Disember 13, 2006

Cuti jap xP

Entry kali nih pendek jer [agaknyalah haha...].
Setakat nak melaporkan :

Saya akan sibuk sikit mencari duit di Gaia jadinyer, blog nih akan terabai sikit ekekeke... tapi blog tetap akan di-update seiring dengan jurnal harian saya di Gaia.

Akses ke Gaia tak dapat dilakukan dari opis so memalam saya akan full dengan aktiviti mencari duit di Gaia. Ohhh dunia onlineku kembali hangat! xDDD

Target utama mencari duit adalah untuk membeli pancing lebih berkualiti untuk menangkap ikan-ikan lebih besar. Semalam telah membazirkan sebanyak 1k untuk baju dan seluar jer. HAMPES!!

Setelah pancing diperolehi, duit akan dikumpulkan lagi untuk menukar stylo rambut daripada hitam ke glossy rainbow. Ekekeke... masa tuh jugak, penetapan imej akan mula difikirkan. Semua ni perlu untuk penyediaan memasuki arena show off your avvy.

Di samping penetapan imej dan stylo, juga akan menjalankan editing pada layout profile untuk menarik commenters ^_^ Aktiviti merayau mencari sampah juga diteruskan.

Sekian laporan dari Gaia.

Hehe...

Sabtu, Disember 09, 2006

Gaia Online

New addiction!!

koro-chan!! Hehehe...Pah punyer... xD

Sekarang berhempas pulas mengumpul gold dalam dunia virtual GaiaOnline wahahaha xD Mende alah ni bukan online game yang biasa. Lebih kepada komuniti online. Ada forum, ada blog/jurnal... pendek kata memang site yang punya kelainan ^_^

Bila kita masuk jer GaiaOnline, sesape yang belum berdaftar akan kena regis dulula tapi mende ni percuma so don't worry bebeh! Pas dah regis, kita dikehendaki pilih avatar kita sendiri. Menariknyer tentang avvy ni, bukan sekadar gambar tempelan seperti forum-forum biasa. Tapi kita cam reka watak online kita sendiri! Wahaha~ best best! xD

Maksudnya, kita boleh pilih samade nak jadi lelaki atau perempuan. Bapuk mahupun tomboy tiada dalam pilihan yeee... Pastu ada fesyen rambut gegaya anime hehe... Pastu ada pilihan bentuk mata. Nak mata comel ke, mata blur ke, mata dingin semacam ke, terpulangla xD Last sekali warna kulit pelbagai pilihan.

Dah habis reka watak kita tu, activate account sumer tu, kita akan menjalani satu quest ala tutorial. Setiap kali complete sesatu quest, dapat reward berpatutan. Senang jer. Jangan bimbang. Mende alah tu untuk membiasakan kita dengan persekitaran GaiaOnline tu.

Bila dah complete quest tu, maka bebasla kita untuk merayau site tuh. Menariknyer tentang site tu, setiap kali merayau dari satu segmen ke segmen yang lain, kita akan dapat duit [gold]!! Pos dalam forum pun dapat gold. And kalau guna function pm dan jurnal entry untuk kali pertama, pun dapat gold! Gold-gold yang terkumpul, membolehkan kita pergi bershopping! Yay! Baju baru! Seluar baru! Cam shopping biasa. Cuma avvy kitala yang pakai baju sumer tuh xD

tukar style dan bebaju yang ada dalam inventori... sket jer baru huhuhu...

GaianOnline juga menggunakan konsep online gaming cam RO tapi takdelah seccanggih RO xP Maksudnya, kalau kita online and kawan kita pun online, kita boleh sesama masuk town-town dalam Gaia untuk menggoyangkan pokok, batu dan semak untuk mencari duit bersama hahah xD Tak lupa juga menangkap serangga dan pergi memancing ^_^

Kebetulan rumah saya memang ada LAN sebab kitaorang guna hub yang disambungkan pada router ADSL untuk connect 3 pc talian streamyx. So, saya dan Pah pun online sesama and had great fun merayau sesama dalam dunia Gaia tuh ^_^

Di samping goyang-goyangkan benda untuk keluarkan duit, mancing untuk dapatkan ikan yang boleh dijual serta serangga yang boleh ditukarkan dengan item lain, kita juga kena bersihkan bandar-bandar dalam Gaia tu daripada sampah-sarap ^_^ Sampah-sampah tu pulak boleh recycle jadi item lain cam topi ke apa ke. Promote alam sekitar tuuuu xD

Bonusnyer, kita boleh juga kutip bunga-bunga liar. Sekadar nak penuhkan inventori atau untuk diberi pada kengkawan sebagai cenderahati ^_^ Boleh juga ditukarkan dengan item lain. Best giler! xD

Memang addicted... @_@

Khamis, Disember 07, 2006

Tetel pauwaaa...!! - Da Return...

Dah lama tak cerita pasal kekura hehe ^_^ Numlock dah 5 bulan bersama saya. Masih sihat bertenaga dan yang paling jinak O_o Dulu dia bukan main agresif. Agaknya dah biasa kot dengan kehangatan tangan saya cewah xD Dia yang paling tak banyak karenah. Dengan sayalah. Dengan orang lain terutamanya otouto-chan, dia takkan sejinak itu xD

Keyboard yang pernah merantau dan hilang selama 4 hari, masih tak biasa dengan tuannya uhuk... Delete yang sebenarnya dibelikan untuk otouto-chan, makin jinak. Tapi bebaru ni dia dua kali pergi merayau masuk bawah katil T___T Habis berhabuk satu badan. Bila berjaya dikeluarkan, rupa dah macam cotton candy daa...

Sekarang terrarium diaorang saya dah ubah sikit. Letak kain towel tak dipakai sebagai daratan untuk diaorang. Time makan jer baru bagi diaorang berendam dalam air. Dan nampaknya, diaorang memang suka cara hidup camtu O_o

Minggu lepas ada pergi pet shop kat MidV tu. Saje tengok-tengok kalau ada aksesori kekura. Ada memang ada tapi terrarium jelah. Tu pun mahal nak mampus xD Pastu tengok kot-kot ada kekura yang menarik untuk dibeli haha.

Dapatlah nampak spesies Star Tortoise yang shell dia kembung semacam cam mangkuk terbalik tu xD Rasa cam nak beli tapi setakat niat jela tanpa keinginan yang padu xD Lebih prefer spesies red-eared sliders. Terrapin comel berwarna hijau ^_^ Star Tortoise warna hitam kuning. Cam kumbang. Yaks... Lagipun mahal giler.

Pet shop tu pun ada jual terrapin gak. Kecik giler!! Comel sangat!! Mata bersinar-sinar nak tambah koleksi tetel di rumah hahaha... tapi sekali harga RM18 sekor. UIKS!!! Numlock and the geng pun saya beli dengan harga RM8 jer... T______T

Rabu, Disember 06, 2006

Meh kita bercerita sket

Dah lama tak update. Busy sikit eheh... Tapi rajin pulak tengok blog orang lain xD Anyway, kerja makin bertambah sebab dapat projek baru. Usahasama dengan sebuah bank terkemuka. Eceh~ceh... Tapi tak naklah cerita pasal kerja.

Bebaru ni citer korea kat AEC dah tamat. Tapi tak pernah tengok ahahaha xD Niat nak tengok tapi asyik tangguh jer. Last-last dah habis daa... Tapi takperla. Mungkin ada ulang tayang kot. Kalau takde pun, kena sambar cd jelah xD Actually, nape ekk lebih prefer cerita oriental berbanding melayu? Nape? Why? Naze???

Salah satu sebab mungkin tema kot. Korea jepun pelbagai. Takdenyer pasal bisnes-bisnes hartanah ker, engineer ker, arkitek ke... cite bisnes pasal barangan kosmetik pun jadi. Cam citer Jang Hyuk dan Jang Nara berlakon tuh [A Successful Story of a Bright Girl]. Ada gak citer pasal bisnes taman tema yang Jang Nara [lagi!], Kim Rae Won dan Kim Jae Won berlkon tuh [My Love Patzzi]. Kan lain daripada lain tuh xD

Tapi tak dinafikan, citer korea banyak klise pasal cinta tiga segi. Sebab tulah saya lebih prefer Jepun wahahaha xD Citer Jepun lebih menarik. Jangan marah aaa para peminat citer korea xP Mungkin sebab utamanya ada banyak cerita yang disadurkan daripada manga. KUROSAGI cerita pasal penipu. GTO citer pasal cikgu samseng tapi best giler. BATTLE ROYALE citer kontroversi pasal killing to survive. SHINOBI citer pasal ninja. NANA citer pasal persahabatan dua gadis nama sama tapi perwatakan berbeza. ICE WORLD citer thriller. POWER OFFICE GIRLS ragam pekerja pejabat kelas bawahan. NOBUTA WO PRODUCE citer pasal kita tak semestinya jadi orang lain untuk popular. ORANGE DAYS percintaan gadis bisu dan lelaki biasa. Banyak lagilah. Tak larat nak senaraikan semua!

Pendek kata, memasing ada minat sendiri dan sebab kenapa diaorang suka. Saya lebih suka cerita bergenre komedi with a little action. Nak jiwang boleh, tapi takmo meleret sangat. Dalam erti kata lain... tak berapa gemor citer cinta tiga segi. Tapi what to do kalau terpaksa ada adegan camtuh. Hmm... But then again, citer Melayu yang saya sker tengok adalah Inikah Cinta lakonan Fahrin Ahmad, Nasha Aziz dan Ako Mustapha. Cambest lak walaupun cinta tiga segi hahaha xD

Isnin, Disember 04, 2006

Deathnote Quotes

Some interesting convies I found at Deathgod.org.
Disclaimer : Everything belongs to them. I'm just copy-pasting. If you wanna credit, go credit them ^_^

"Light: What was it?
L: Nothing. Just another of Matsuda's unimportant idiocies
Light: Well Matsuda does have that natual ignorance.
Matsuda: Those two know that we can hear them right?" (38)

Near: "Thank you for your useful information. You two may go back now.
Aizawa: You heard that much and just say 'go back'"
Near (pouting): And so I thanked you for your useful information..." (80)

Near: "Rester could you come back one more time to command the center in New York?" (he's currently in Japan)
Rester: One more time?"
Near: I'm also going to Japan"
Rester: So during that time you want me to come to New York and stay watch?"
Near: No"
Rester: Then why do you want me in New York?"
Near: I've never experienced the first class procedures of riding a plane alone, so I want you to come back so we can go together." (89)

Near: "What is it L?
Light: Misa Amane and Mogi are missing"
Near: Yes. We have abducted them.
Light: Near...Nan no tame ni? (for what?)
Near: Nen no tame ni. (Insurance)" (95)

"Giovanni: if there is shinigami, I might die, right?
Near: Yes.
Giovanni:.....
Near: if you are scared, I'll ask Lester to go.
Lester: ............."

"Misa: Who touched my butt?
L: *sneaks hand behind back* How imprudent! That's unforgivable! I shall catch the culprit!"

Khamis, November 30, 2006

HEROES

montaj permulaan siri ni

HEROES. Satu siri cukup unik. Idea segar. Sama seperti Supernatural, siri ni mampu mencabar serials yang sedia ada. Pengikut makin bertambah. Fansites mula membuah. Sasaran audien bukan jer westerners tetapi juga Asians. Sarat dengan interracial. Pasangan Caucasian tak semestinya dengan Caucasian.

HEROES berkisarkan individu biasa yang terpilih. Kuasa terpendam mula bangkit. The calling of nature. Si geneticist tua mencari jawapan namun terkorban apabila mula mendekati kebenaran. Si geneticist muda rela dalam paksa memikul tanggung jawab menyelesaikan apa yang dimulakan. Si adik mencari siapakah dia dan apakah kurniaannya. Si abang menolak kebenaran yang sedia terbukti. Si ayah cuba menyatukan semula keluarga. Si anak paling memahami ibunya. Si ibu terdesak dalam identiti bercelaru. Si suami yang keliru dengan kematian yang sering mengiringinya.

Si pelukis mampu meramal bencana. Si pekerja biasa berusaha menjadi wira seperti namanya. Si gadis pelayan genius dalam diam. Si ahli sorak tidak mampu tercedera. Si polis mengejar pangkat tertinggi mampu berkomunikasi secara maya tetapi terseksa dengan kehidupannya. Si wanita yang menjadi penenang antara mereka. Si lelaki pendiam pengubah minda. Si kejam meratah mangsa tanpa belas. Si lelaki misteri yang mempunyai kaitan dengan segala-galanya.

Watak yang ramai mula-mula terasing tetapi beransur saling berkaitan. Si adik mula memahami siapakan dirinya yang sebenar. Wira harapan semua...

Para pelakon dalam HEROES

Uhhh... skema giler ayat xD Tapi memang disyorkan tengok citer HEROES nih. Belum ditayangkan di Malaysia tapi rasanya Astro akan amek ^_^ Sker tengok kuasa watak yang ada. Contohnya Peter Petrelli, adik kepada Nathan Petrelli. Dia ingat kuasa dia boleh terbang. Rupanya cuma abang dia je ada kuasa camtu. Bila bersama dengan Isaac si pelukis, tetiba jer dia ada kebolehan melukis. Dia pun boleh regenerate tisu badan and pulihkan kecederaan. Tu pun bila dia hampir dengan cheerleader yang mempunyai kuasa macam tu. Kesimpulannya, kuasa dia yang paling cambest antara sumer!! Kuasa mimicking atau meniru kuasa orang lain. Absorb their powers. Save the cheerleader. Save the world.

Tula motto citer tuh hingga episode 9 [homecoming]. Cheerleader yang dimaksudkan tu Claire Bennett yang mempunyai kuasa memulih. Dia diburu Sylar, lelaki kejam yang sker bunuh mangsa dengan brutal nya. Kepala cam digergaji and otak dikorek keluar, setiap sendi badan ditikam dengan objek tajam, mayat dibakar hangus... pendek kata, memang kejam giler. Tak tau motif sebenar tapi sasaran utamanya mungkin diaorang yang ada power just to absorb their powers for his own ke atau untuk pastikan cuma dia jer satu-satunya yang ada power . Yang mangsa-mangsa dia sebelum tuh cuma untuk keseronokan.

Peter Petrelli dibawakan oleh Milo yang pernah melakonkan watak Jesse dalam Gilmore Girls. Memula tengok HEROES cam familiar je muka dia. Bila tengok senarai cast. ARGHHHH!!! Memang dia!!! xD Bestnya!! Jared, Jensen and Milo sumer dalam siri hit ^____^ Tak sabarnya nak tengok Supernatural season 2 uhuhuhu... Kalau Astro tak tayang lagi, kena mintak Ryu-kun tolong download dari bittorrent la iskkk...

Direkomenkan tengok HEROES!! Siri ni cam mengajar, walaupun kita tak jelas dengan matlamat hidup kenapa kita lahir ke dunia, but someday we will know that we're meant for something big. Cuma masalah the right timing jer ^_^

Selasa, November 28, 2006

kuak lentang hoh hoh...!!

Sambungan sikit lagi pasal a walk on memory lane xP Setiap kali ada perayaan kat Malaysia, semua student Malaysia dengan family masing-masing akan berkumpul di Malaysia Hall untuk meraikan sama-sama walaupun kitaorang nun jauh di England ^_^ Masa tu untuk bebudak ada acara sukaneka. Selalu gak masuk join bersama Ryu-kun dan adik beradik dia ekeke... Termasuk jugak Far. Masa tu rapat dengan Far tapi skang dah tak berapa. DIa dah kahwin dah pun. Tak tau bila ahaha... Tapi setelah sekian lama tak bersua muka, dia ada datang menziarah. Muka memang dah matured gila. Bini oranglah katakan xD

Masa sekolah kat Anderton Park dulu, setiap pelajar diwajibkan masuk kelas renang. Kolam renang tu pulak luar daripada bangunan sekolah so kalau ada swimming lessons, maka ada rombongan berjalan kaki ke swimming complex kat area Birmingham tu. Biasa saya pakai pelampung kat lengan tu and berenang kat kawasan cetek xD Tak suka berenang sebenarnya uhuhuhu... Biasanya setelah dua tiga lessons, akan ada ujian untuk tentukan tahap renang memasing. Kena berenang tanpa pelampung. Dekat kawasan dalam pulak tuh. Iskkk... selalunya saya akan gagal haha tapi Leli-imouto pernah dapat certificate kecemerlangan berenang.

Bila dia dapat macam tu, mula la jeles sket. Lalu minggu seterusnya, terus transform jadi orang yang terer giler berenang xD Cikgu pun ternganga besar. Eheh... rupanya saya boleh berenang cuma selama ni malas kot. Ahaha saya sendiri pun terkejut dengan keupayaan yang dijana semangat cemburu kat adik sendiri heeeeeeee... Dan seperti yang dijangka, saya pun dapat certificate yang sama tapi lebih up sketla daripada Leli-imouto punya. Puasnyer ati ohohoho... Tapi tula. Sebab masih kecik, so tak tau kepentingan sijil tu. Buat macam kertas biasa. Iskkk... kalau tak, dah lama ada dalam simpanan saya sekarang. Sedihnyaaaa...

Tapi sekarang dah tak reti berenang. Tak pernah praktikkan sejak kembali ke Malaysia so dah lupa teknik apungan badan semua tu. Leli pun sama. Lagipun, geli ahh nak berenang dengan umur camnih hahaha... Result nya? Pernah lemas kat Port Dickson masa darjah enam hahahaha... tu pun sebab nak selamatkan Leli-imouto. Podah cit betul. Dia yang berenang kat kawasan dalam. Saya kat kawasan cetek cuba tarik dia. Tapi mungkin sebab dia panik kot, dia tarik saya masuk kawasan dalam tu and seterusnya jadikan saya medium loncatan ke camne tah untuk berusaha kuar ke kawasan cetek. Caranyer dengan menolak saya ke dalam air untuk dapatkan momentum keluar air. Iskkk...

Bila dah rasa cam nak out jer, nak kata babai, world... ada satu tangan kaut saya ke atas. Rupanya si lifesaver yang cam Baywatch tu cuma dia takdelah pakai spender je ekekeke... Leli-imouto dah pun selamat berada kat tebing sebelum saya. Hmm... Tula pengalaman near death yang pernah dialami xD Uhhh... itulah rasanya kot. Nak tolong orang tapi diri sendiri tetiba tak pepasal dijadikan korban. Mungkin sebab tulah sedikit sebanyak, saya bengkek sket dengan Leli. Ahhhh well...

Isnin, November 27, 2006

Memory lane

Ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, rajin berlari ke kedai beli mainan dalam telur tu ^_^ Konsep yang sama macam mainan figura mini jepun tapi untuk barat punya, diaorang guna Mickey Mouse and the gang. Biasanya saya kumpul Donald Duck sebab tak minat Mickey. Tapi tu dulula. Sekarang mainan yang pernah dikumpul tu entah ke mana. Tercicir kot masa sibuk-sibuk packing barang untuk balik ke Malaysia. Dahla banyak ahahaha xD

Pastu kalau nak pergi sekolah, kena lintas jalan besar. Bahaya sikit untuk kanak-kanak. Tapi orang British memang fikirkan keselamatan kanak-kanak. Akan ada seorang lelaki tak kisahlah tua ke muda ke yang akan bertindak sebagai 'lolipop man' hehe... Lolipop sebab dia pegang Stop sign. Kan macam pegang lolipop besar tu kan? ^_^ Dia biasanya akan pergi ke tengah jalan sambil pegang sign tu and then gesa bebudak lalu cepat sementara kereta-kereta berhenti memberi laluan. Orang British memang mengutamakan pejalan kaki. Tak macam kat Malaysia... hmmm...

Sempat sekolah sampai tahap junior jer [7 tahun]. Start pulak dari tahap Infant. Tak sempat masuk tahap Nursery sebab terlebih umur haha xD Gaya pembelajaran diaorang tak formal macam kat Malaysia. Lebih kepada eksperimentasi. Ke sekolah tu jer buat gaya belajar camtu kot? Eheh... Anyway, eksperimentasi maksud saya cam kalau kita nak belajar pasal bayang-bayang, kita akan dibawa meronda pekan Birmingham untuk kaji kepelbagaian bayang yang ada. Giler ahhh!! xD Tu yang seronok belajar tu sebab kita cam tak belajar tapi sebenarnya belajar O_O

Field trip pun banyak. Yang paling best masa gi lawat farm. Busuk giler ahahaha tapi seronokla tetengok binatang kat ladang orang British. Cuma masa gi kandang babi tu, saya dan Ryu-kun tengok dari jauh jela. Mujur mak abah memasing sempat beri pesanan, papehal pun, jangan gi dekat menatang bernama pigs xP Pernah juga buat lawatan ke Stamford. Ingat nama tempat jer tapi tak ingat lak buat apa kat situ. Eheh... Pastu gi lagi. Dengan mak abah pulak ^_^

Sekolah tu ada gimnasium gak. Perghhh... gym untuk bebudak. Terer tuuuu!! Cuma takdelah alatan canggih untuk workout. Cukupla sekadar beberapa barangan untuk gymnast, tali untuk memanjat dan mende-mende khas untuk aktiviti ala militari tapi sesuai untuk bebudak. Saya paling suka panjat tali tu. Bila dah sampai atas, boleh nampak semua kat bawah. Tapi tali tu memang tinggi. Ryu-kun gayat xP

Kitaorang pun ada take part in several stage dramas. Pernah jadi bunga xD Takde dialog and sekadar menggoyangkan kepala ke kiri ke kanan. Kelakar tul xD Tapi bebudakla katakan. Dah ada atas pentas pun dah cukup excited walaupun watak tak penting langsung and sekadar penghias pentas xD Tapi sekali lagi abah mak bagi warning. Untuk pementasan waktu dedekat Christmas, jangan masuk. Tak paham apsal dulu tapi dah besar nih barula paham ^_^ Sebab pementasan tu biasanya dan selalunya akan berkisarkan tentang bagaiman Jesus lahir semua tu. Ohhhh...

And then ada gak prom night!! Giler ahhh... kekecik dah ada prom. Bezanya, cikgu dan mak bapak pun ada sekali xD Tapi mak abah saya tak pergi. Ryu-kun punya pun. Ingat lagi ada sorang budak laki ajak nari ehehehe... tapi Ryu-kun mencelah tak lama lepas tu. Jeles la kot xP Tapi tak nari pun. Sekadar tengok dia yang nari xD Malas arrr... Lagipun lagi berminat pergi lawat booth and main mainan kat setiap booth. Prom night ada booth? Ahahaha... kan untuk kekanak. Takkan nak sama sebijik macam yang high schoolers punya.

Hmm hmm... memang best. Ada banyak lagi tapi yang tu saya sambung lain kali jelah ek.

Sekian dulu buat masa ni ^_^

Jumaat, November 24, 2006

Anda pasti...?

Semalam saya lepak kat ruang tamu tengok GSI. Gerak S... err... apatah Intelek. Citer cam Gerak Khas jer tapi pelakon ada Fauzi Nawawi dengan Sheila Rusly tu. Zul Yahya jadi orang jahat. Geng dengan Jalaluddin Hassan xD First time tengok Zul Yahya jadi watak camtuh. Tak taula sebelum ni ada ke tak sebab tak berapa sangat tengok citer melayu. Yang GSI ni, tetiba jer tengok xD

Anyway, JH jadi ketua segala geng jahat dengan gelaran Tossai. Pelik dengar dia guna kata ganti nama ketiga cam Tossai tak tau pun bila masa korang upah Bidi ke... tak pun Tossai kata diam, diamlah! xD Tapi papehal pun, bila tengok JH, for sure teringat kat abah xD

Tahler. Bagi saya, muka JH cam nak dekat ngan muka abah. Hehe... bila Tanya Pah, dia pun cam setuju. Pernah sekali abah sesaje bergurau kata, "and pasti dengan jawapan anda?". Sebijik siot cam JH!! Siap dengan intonasi, mimik muka semua tuh xD

*sker lakonan Zul Yahya x3*

Rabu, November 22, 2006

tudung blues...

Pernah tak korang [yang perempuanla] berasa tensen ketika memakai tudung? Contohnya kita dah gosok sehabis baik dah. Takde langsung garis kedutan tapi bila nak pakai... iskkk... mencabar anger managament betul. Tak dapat dibentuk betul la itula inila. Tensen gak. Rasa cam nak mengamuk pun ada especially time kita nak cepat. Ahahahaha xD

Tapi sumer tu cuma dugaan kecik jer. Tensen tak tensen, tudung tetap dipakai ^_^ Kengkadang bila dah sampai tahap malas, biarkan jer tudung serabai ekekeke... tapi dek malu dilihat orang lain kot-kot diaorang ingat kita selekeh la plak, terpaksa juga gagahkan diri untuk betulkan.

Bukannyer nak nampak comel untuk ngorat pak cik sebelah ke apa ke. Tapi untuk penampilan. Kita kenalah sentiasa nampak kemas, ye tak? Tapi skang memacam gaya tudung ek? Memangla bagus sebab nak padankan dengan fesyen semasa tapi kengkadang tudung tuh cam bukan tudung O_o Especially gaya Bienda yang tudung gipsi tuh. Pakai tudung tapi cuping telinga terkeluar. Kekonon nak tunjuk subang. Iskkk... Pastu beralasan still tutup aurat sebab pakai turtle neck. Hmm... yang depan tu tak nak cover ke?

Rasanya zaman skang susah nak paham konsep bertudung yang sebenar kot. Kebanyakan ingat sekadar tutup rambut, dah cukup syarat bertudung. Tu yang siap pakai selendang dengan serkup je tuh xD Leher dah terdedah tu. Depan lagila xD Kang banyak cakap kang, diaorang kata yela yela pasni aku pakai purdah, puas ati? Ekekeke... Merajuk ker?

Dulu masa sekolah, pakai gak tudung selempang tuh ^_^ Tapi pakai camtu pun sebab sekolah tuh sumer perempuan. Anyway, seiring dengan tudung yang semakin memendek, pakaian pulak semakin mengetat xD Pelik gak tengok perempuan bertudung tapi berbaju ketat... kengkadang tanpa lengan pulak tuh! Err... bukan pompuan tu tak berlengan tapi baju dia xP

Tapi ada gak yang cam sempurnala jugak. Berbaju lengan panjang tapi adusss... slack la pulak kat suar! Ada yang jeans ketat dan lebih ramai yang sker low cut. So setiap kali tunduk, tayang spender secara free. Pastu pandai la plak tetarik atas balik nak cover. Apa daa... Yang sadisnyer, siap marah sesape yang dok skodeng. Iskkk... dah diaorang yang memandai nak tunjuk. Haizzz...

Kat sini ada artikel menarik untuk dibaca xD
Yayasan Dakwah Islamiah
Kontroversi!

Isnin, November 20, 2006

Star Decor

Untuk sepanjang minggu ni, saya akan berulang dari Nilai. Jauh sketla daripada biasa. Abah kata pepagi abah akan hantar ke komuter Batang Benar. Balik pulak, tepon abah and abah akan jemput, juga dari komuter Batang Benar. Mak kata kalau saya dapat permanent keje kat tempat sekarang, cam kena sewa driver je. Haha xD Itulah untungnya tak reti bawak keta? xDDDD

Bilik kat Nilai memang lebih besar daripada yang kat Bangi. Dahla bilik sendiri. Tak kongsi dengan sape-sape. Bilik kat Bangi dah macam stor hehe... Nak buat camne. Dah bilik tu kongsi dua orang. Barang-barang pun dua orang punyalah. Tu yang nampak sesak semacam tu xD

So dengan bilik sendiri kat Nilai, dapatlah buktikan siapa yang suka sepahkan bilik sebenarnya. Saya atau Pah. Haha xD Dalam bilik saya, banyak letak bebintang glow in the dark tu. Saje hobi ^_^ Tak perlu lampu tido sebab bebintang tu akan jadi lampu tido secara semula jadi. Jimat elektrik. Cantik lak tuh! Bila gi kedai cenderamata, nak beli stok lagi. Memang suka kumpul ^_^

Saya pun ada gantungkan mende alah yang bila ditiup angin, akan berbunyi cam loceng. Tapi mende tu bukan loceng. Yang batang besi bila bersentuhan akan keluarkan bunyi gemerincing ke camne tah nak sebut xD Bentuk bulan dan bintang. Ahaha... obsesi dengan bintang ^_^

Kat meja solek [takdelah menyolek pun hehe] letak burner lilin aromaterapi. Bentuk teko kecik berhiaskan bulan dan bintang [lagi!]. Pastu ada tempat letak hand phone berbentuk tree stump dengan menatang hitam bermata dari anime My Neighbour Totoro. Juga tabung duit berbentuk Shiro Bomberman [Bomberman putih]. Tak lupa juga tempat simpan barang berunsur Doraemon. Hehe tema anime berselang seli dengan bintang ^_^

Kat kepala katil lak letak Hidamari no Tami hijau yang saya beli kat KLCC dulu. Ada juga hiasan bintang glow in the dark ^_^ So bila tutup lampu pada waktu malam, kepala katil akan bersinar xD Hmm hmm memang menarik pemandangan di waktu malam ^_^

Rabu, November 15, 2006

teksi oo teksi

Vrooommm...

Ohh bukan saya yang bawak teksi ekeke... saje efek sebagai pembuka cerita. Saje nak citer pasal teksi. Pengangkutan awam yang kadar tambang patut ikut meter tapi jarang nampak si drebar guna pun. Hurmmm...

Kat Bangi ada macam-macam kaler. Tu belum termasuk keta sapu. Pesal ek panggil keta sapu? Takdelah nampak keta tu sapu apa-apa. Sapu pelanggan teksi kot. Entahlah... Ehh pesal lak melalut pasal keta sapu. Teksi!! Fokus utama entry ni adalah teksi!

Berbalik pada isu kita tadi... teksi ada macam-macam kaler. Ada oren. Ada hijau. Ada kuning. Tapi yang biasa nampak, dah tentulah merah. Ada jugak hitam tapi yang jenis lama la. Penah sekali naik. Huiii... antik giler xD Rasa cam kembali ke zaman dedolu.

Teksi ada gak yang baru. Ada yang lama. Penah gak naik teksi Waja. Best giler. Ekon kuat, radio gempak. Seat pun selesa. Barula katakan. Pak cik Melayu yang bawak. Penah juga naik teksi cam sket lagi nak kojol tengah jalan. Iskkk... seat lunyai, bau hapak... pendek kata, tak bes langsung! Bukannya nak kutuk tapi dah namanyer teksi... memberi perkhidmatan pengangkutan, kenala buat cara perkhidmatan. Lainla nak angkut sedara-mara sendiri. Iskk tak paham betula. No offence tapi yang bawak tu Pak cik India.

Kat Bangi, susah nak cari Pak Cik cina bawak teksi. Cukup susah! Alaaa... lagipun jarang nak nampak orang cina kat sini. Kira cam golongan minoriti la. Mungkin sebab banyak kat Kajang kot. Rasanyerlah. Hmm hmm... tapi yelah. Fokus kita bukan pasal populasi kaum cina. Teksi!! Apsal la sker sangat lari dari topik utama ni? Iskkk...

Anyway, kengkadang kita boleh ternaik teksi yang sama dua tiga kali. Cam ada perasaan ehh.. cam kenal jer pak cik teksi tu? Penah ku lihat muka dia tapi di mana ya? Rupanyer sebab kita penah naik teksi dia sebelum nih. Haha. Dia pun sama. Kata ehh... macam penah hantar minah ni gi memana tapi bila masa ekk?

Samala cam saya. Kat Bangi ada sorang pak cik teksi ni. Err... patut kata abang teksi tapi tak molaa... cam tak berapa selesa nak panggil abang hihihi... Penahla naik teksi dia dua tiga kali masa bulan pose haritu. Pastu untuk sehari dua ni, naik komuter gi keje. Nak balik rumah, kena naik teksi plak. Sebab dah lama tak naik teksi and komuter nih, [adala sebabnyer ekekeke...] so cam poyo jela cari pak cik teksi kat bawah nu haa... [rujuk stesen komuter ukm].

Sekali dari jauh nampak pak cik teksi bulan pose tuh. Haha ada ke bagi gelaran dia cam tuh. Kurang asamboi betul saya kan? xP Masa tu dia pun ternampak saya and muka dia cam berubah. Kira ekspresi cam ehhh aku kenal dia nih! Pastu dia tanyala, "teksi, dik?". Saya pun hanggukla.

Pastu cam biasala kan. Bila dah masuk teksi, mestila beritau destinasi. Saya pun cakap jela, "Jalan 1/***..." [hehe secret secret xP] pastu dia tetiba balas, "taaaaauuuu...". Uiksss... Dia hingat?! O_o Baru dua tiga kali naik teksi dia ahahaha xD Gitula adanya. Dalam tetiga hari straight naik komuter, tetiga hari straight saya naik teksi dia. Macam janjila plak. Ecehhhh... xD

Oh yer. Saya ada persoalan tentang teksi. Sebagai pemandu teksi, patut ke tak patut penumpang yang bagi arah? O_o Kalau kat England, biasanya kita cakap je nak gi mana, pak cik teksi tu dah tau kat mana nak bawak tanpa banya soal. Kira dia dah pro pasal jejalan nih sumer. Siap tau shortcut lagi. Kat Malaysia pelik sket. Kengkadang diaorang tak tau. Kita plak yang kena bagi peta.

Tu pun nasib baik kita tau. Kalau yang tak tau camne? Tak ke haru? Contohnyer cam orang dari kampung nak lawat sedara kat bandar untuk kali pertama. Sure dia tak tau jalan. Harapkan pak cik teksi jela. Tup tup pak cik teksi lak tak biasa dengar alamat yang diberi. Iskkk... Sianla kat si penumpang.

Lagi satu, nape kebanyakan pak cik teksi india sker bawak lelaju? Ke pak cik teksi india kat Bangi je yang bawak camtu? Cam racing formula one! Pastu main hentam jer langgar traffic rules. Saya yang takde lesen ni pun tau mana leh tetiba memecut dari lane straight tetiba masuk kanan sekali gus memotong keta yang memang sedia ada kat lane kanan nak masuk kanan. Biasa berlaku kat traffic light. Ehh... korang paham tak situasi tadi? tak paham takper. Tak penting sangat ekekeke...

Tapi penah berlaku camtu masa saya dan Ryu-kun kat KL. Ada keta BMW selamba badak jer potong keta Kancil camtuh. Depan polis trafik lak tuh! Giler ahhh!! Apa lagi. Nenong nenong... kena tahan. Cesss... mentang-mentang keta gabak yer. Ada hati nak buli Kancil. Tapi keta Ryu-kun Satria ekekeke... EHHHH!! Bila masa lak dah lari jauh giler dari topik teksi nih??? Arghhh!!

Kalo kat forum, nih dah kira spamming giler nih xD Offtopic yang melampau. Aaahh... dah lama tak berforum. Semuanya gara-gara leka blogging ekekeke....

Okay cukup!! Kembali ke isu teksi tadi... heharapla pemandu teksi lebih berhemah. Kalau boleh, hafal jalan. Hafal shortcut. Jangan saje nak caj lebih.Tau ada jalan shortcut tapi saje ikut jalan jauh. Pastu komplen pasal guna minyak banyak and jadi sengkek sebab nak kena beli minyak tapi harga minyak naik. HAMPES GILER. Rasa nak lempang jer orang wat cam tuh. Dah tu, sape suh guna jalan jauh??? Guna shortcut kan dapat jimat minyak. Penumpang pun epi sebab cepat sampai.

Bertemu kembali ... jiwang jiwang~...

Sikat rambut. Lalala... uiks... tersekat lak. Petang nanti nak syampula. Guna Rejoice Rich. Hehe... promo promo...

~ scrashh scrashh ~

Hurmm? Bunyi apa tu? Cam antu Kayako garu lantai papan jer. Aaahhh... sesiang mana ada hantu. Lagipun ni kat Malaysia. Pedulik. Baik teruskan upacara menyikat nih.

~ scrashh duk duk scrashh ~

Haiz. Potong stim betul la. Perasaan ingin tahu mencengkam jiwa la plak. Kejap. Kasi bukak telinga besar-besar cam Sakuragi Hanamichi. Kita try dengar. Mana datang bunyik tuh.

~ scraaaassshhh ~

Haa! Dah dikesan! Belakang kotak! Jeng je jeng...

Uiks!! KEYBOARD!! Uhuhuhu... mai fwen!!

* adegan jiwang tak hingat XOXOXOXOX *

Baru skang ko munculkan diri yer! Ohhh banyaknyer habuk! Ke mana ko merantau hah? Sian giler. Meh sini cuci badan ko. Ko lapar? Dah masuk empat hari ko tak makan kan? Itulaa... dok balik kampung tak mintak izin. Huhuhu...

* basuh basuh cuci basuh lap lap *

Okee... skang ko masuk bekas nih and makan. Jangan ngengada nak kuar. Iskkk...

...............

Rabu, 15 Nov, Bangi - Tetel yang dipercayai diculik telah pun selamat ditemui. Keadaannya agak bertenaga meskipun berpuasa enam di bulan Syawal. Apa pun, yang penting, dia dah kembali daa...

^_^

Selasa, November 14, 2006

End of career? o_O

Skang dah masuk bulan sebelas. Kontrak tamat bulan sebelas. Ohohoho~... pastu nganggur balikla nampaknya. Lainla kalau kontrak extend. Tak pun tetiba dapat permenant xD Tapi cam takde gaya nak perm jer ^_~ Tak kisahla. Keje kat tempat skang memang seronok. Content Writer... aaa... berbeza sket daripada status masa jadi apprentice dulu tapi tak kisahla.

Tapi skang saya jadi storyboarder jap. Setelah portal diserahkan pada subsidiary [sp] yang lain. Kena buat project baru. Memula kekok sket. Takut nak ubah content yang diberi besar-besaran so buat storyboard guna content yang tu jela tanpa sebarang penambahan mahupun kreativiti lay out hahah. Sebab sebelum nih, storyboard guna content sendiri. So bebas nak edit layout sesker ati. Tapi skang kena ikut CW lain plak. Bukan diri sendiri lagi dah. Sekali bila review kena kondem habis-habisan xD Banyak kena rejek. Adusss...

storyboard yang guna content asal ... hurmm...
Skang lantak. CW sker ke tak, pedulik. Saya edit balik storyboard ikut sker ati hohoho~... Pastu baru bagi dia untuk approve. Cuma kekalkan sketla inti pati content dia. Heharap dia sker. Kalau tak, mampus kena wat balik sumer. Hadoiiii...

storyboard yang guna content asal tapi diubah secara besar-besaran ... mwahahaha!!
Tapi saya dah dapat transfer letter masuk portal balik. Patut start 1 Nov yang lalu. Cuma tak dapat nak dilepaskan daripada projek skang. Kena tunggu 17 Nov. Itu pun kalau diaorang tak nego untuk pinjam dengan lebih lama lagi xP

Tapi tulaa... 31 Nov dah tak lama lagi O_o Hurmm... Agak-agak Kreko ada kekosongan lagi dak? Ahahaha... xD

Isnin, November 13, 2006

Splinter Cell

sape berangan jadi spy, blela main game nih uhuhuhu...
Semalam habiskan separuh hari main Splinter Cell. Game berkisahkan double agent. Menarik gak sebab game ni boleh dimainkan secara solo, berdua [coop] ataupun multiplayer [online]. Cuma untuk save, perlukan sekurang-kurangnya 1MB lebih. Nampaknyer kena beli MC baru iskkk...

Anyway, masa tu takdelah teringin nak main game tu sebab tengah syok layan Shadow the Hedgehog. Game keluaran sega yang anti-hero ^_^ Boleh pilih sama ada nak jadikan Shadow musuh manusia ataupun penyelamat humanity. His fate is in our hands. Cewah. Pastu Pah ajak main SC dengan nada bersungguh-sungguh. Kata game tu best giler blablabla. Kamal-otouto yang promote. Pelik sebab dia bukan jenis gamerfan cam kitaorang. Game yang dia main pun biasa jer. WinE, Fifa dan ProEvo.

Ikut jela kehendak Pah. Untuk 1st mission SC tu, kitaorang kena keluar dari satu gudang untuk ceroboh internal base satu sindiket diketuai Raheem Kadir. Sapetah dia tuh tapi cam Arab jer bunyinya. Haizzz... orang Arab gak yang jahat, iyer, omputih sekalian? Bila main coop mode, ada sesetengah action perlu kolaborasi 2 orang. Tapi biasala. Misi dok asyik gagal jer bila dah berjaya keluar gudang tu xD

Semuanyer sebab asyik terjatuh dalam lubang yang dalam giler. Last-last baru tau kena guna "Tomoe Nagae" - satu aksi lontaran partner seakan menerbangkan dia. Khas untuk situasi di mana ada lubang atau curaman yang menghalang perjalanan daripada diteruskan. Memang menarik aksi-aksi militari yang dipaparkan dalam game nih. Daripada memanjat hinggalah melompat, menyerang hendap, menangkap tebusan... sumer cam aksi real. Macam SWAT + Marine + CIA + FBI + MI + aaahhh... banyakla! xD

Cuma yang lecehnyer, saya selalu terlupa kekunci menembak T___T Walaupun kekunci hampir sama dengan Dirge of Cerberus [tembak tekan R1, keluar senjata tekan petak], tapi saya tetap tersilap iskkk... biasanyer Pah yang akan amek posisi kat depan ekeke... secara tak langsung, tercipta karakter untuk watak kitaorang xD Pah sebagai Strife [nama sendiri] yang merupakan penembak pakar dan saya sebagai Fisher [nama asal watak SC] yang merupakan pakar taktikal dan IT xP

Bab-bab taktikal, serah pada saya. Formasi serangan sumer, saya rancang ekekeke... cuma bukan saya yang initiate sebab kes tak reti tembak la nih hahahaha xD Papehal pun, game Splinter Cell memang disaran habis-habisan ^_____^

Jumaat, November 10, 2006

Abducted!

Boo hoo~... dah dua hari mencari tapi tetap tak jumpa. Kehilangan Key dikesan petang dua hari yang lalu. Masa tuh baru balik keje. Seperti biasa, first thing buat masa masuk bilik adalah menjenguk diaorang bertiga. Skali bila jenguk, ada diaorang berdua jer O_o Cuma tinggal Num dan Del. Key langsung tak kelihatan. Panik jap. Mana dia???

Cecepat capai lampu suluh and suluh bawah katil. Cari merata tempat yang ble dijadikan tempat persembunyian tapi hampa uhuhuhu... Bila Pah masuk, soklan pertama dia tanya, "Along, mana lagi sekor?". Rupanyer dia dah hilang sejak tengah hari. Uhuhuhuh... camtu memang payahla nak jumpa dah. Dah jauh dah dia boleh pergi dalam tempoh tuh *monyok*

Sampai arini tak jumpa-jumpa. Redha jelah. Biarlah dia bebas meneruskan pengembaraannya... *efek muzik sedih sebagai latarbelakang* ...semoga dia selamat! Takmola kang kalo tetiba tengah syok-syok bersihkan bilik, tetiba terjumpa bangkai ke apa ke... iskkk... tak molaaa!! Tulaa... sape suh kuar. Kan dah sesat. Dahla sesat, makanan pun payah nak cari. Uhuhuhu...

Rabu, November 08, 2006

beta blogger?

Hmm... saje jer musykil mende alah nih apa. Bila baca kat dashboard blogger tuh, diaorang kata tak lama lagi seumer blog akan ditukarkan kepada betablogger tuh la. Bezanyer, dah tak beta la sebab dah bukan testing phase lagi. Ingat nak try out tapi bila baca sket lagi, ada tulis tak boleh tukar balik pada yang asal, terus kensel niat xD

Kebetulan ada akaun lama yang tak jadi. Saje je try test. Rupanyer akaun blog tuh masih hidup lagi ^_^ So yang tuh saya change pada beta. Saje nak tengok apa bestnyer berbanding blog biasa yang kita tengah pakai skang. Adala sket perbezaan. Biasa kalau nak ejas layout, kena ubah kat coding template tapi yang betablogger, dia guna konsep drag and drop. Mudah sketla. Tapi bagi yang terer html, cam takde cabaran ekekeke...

Jumaat, November 03, 2006

Raika~!! xD... // Ueki no Housoku

Law of Ueki - ''The ability of changing trash into trees...!!''
Huhuh... akhirnyer tamat gak tengok Law of Ueki [Ueki no Housoku]. Itu pun ada gak tengok sket kat cenel Animax tuh xD Memula tak bape paham ending tapi setelah diberi explanation oleh Ryu-kun, baru paham naper Ueki masih ada zai dia [zai = talent / kebolehan]. Ueki sama cam Luffy [watak utama One Piece]. Semangat berkobar-kobar demi persahabatan, bangang sket dan suka bertindak melulu tapi hati baik giler. Seiyuu Ueki : Paku Romi. Seiyuu yang paling glamer di jepun! xD

Ueki Kousuke - main chara

Lagi satu, diaorang ada ayat fave memasing. Ueki dengan "ore wa zutto ni make-nai desu!" ...ke camne tah dia cakap... tak ingat sangat ekeke... tapi kira cam dia kata dia akan tewaskan pihak lawan, takkan kalah dan seterusnya mencari kemenangan untuk 'segi' dia sama seperti Koba-sen. Segi tuh maksudnyer justice la. Luffy lak sker cakap, "ore wa kaizoku-dan ni naru!". Translationnyer : I wanna be the king of the pirates! xD [ekeke... informal english nyer translation... nyehh... xP]

Kobayashi sensei aka Koba-sen, Ueki's idol and umm... Mao... ekekeke... spoiler alert! Spoiler alert! xP

Koba-sen [sebenarnya Kobayashi-sensei tapi sumer orang ada nickname kan untuk memudahkan panggilan? xD] ni kira calon dewa/calon untuk the next kami-sama atau secara formalnyer, back-up deity yang mencari seseorang yang berfikiran demi keadilan. Oh yer... Kami-sama tuh actually bermaksud "god" so bila tengok anime nih, elakkan perasaan prejudis dan skeptikal. Ni cuma fantasi pencipta manganime nih. Anyway, sejak Koba-sen selamatkan Ueki daripada terjatuh dari bumbung sekolah, Ueki berazam untuk pertahankan keadilan sama seperti idolanya, Koba-sen. Tak kira apa saje yang berlaku. Seiyuu Koba-sen : Katsuji Mori.

Mori Ai in Kinokumi Junior High female school uniform

Koba-sen tak berminat sangat jadi kami-sama. Dia lebih tertarik tengok keadilan yang akan dipertahankan Ueki. So dia kurniakan Ueki satu kebolehan. Tapi Ueki tak caya segala kekata ngarut dia so cabar jela Koba-sen untuk bagi dia kebolehan tukar sampah kepada pokok. Koba-sen pun bagila pastu Ueki pun testla power baru dia. Barula dia caya cecakap Koba-sen. Pastu bila Koba-sen tanya power apa dia nak, Ueki balas dengan selamba kebolehan ni pun dah cukup. Koba-sen ternganga jap sebab biasanyer kalo orang nak power, mestila nak power dedahsyat kan, cam tukar air jadi api ke, tanah jadi cannon ball ke... tapi Ueki pilih sampah kepada pokok.

Mori Ai - ''The talent to change...'' ...ekeke... now that would be a spoiler, no? xP

Anyway, watak utama seterusnya adalah Mori Ai, rakan sekelas Ueki yang anggap Ueki tu alien sebab dia pernah ternampak Ueki gunakan kebolehan dia [Seiyuu Mori : Tomoko Kawakami]. Tapi akhirnya setelah diberi penerangan oleh Koba-sen, Mori memutuskan untuk menjaga zai [kebolehan] Ueki yang lelain. Ini kerana bila Ueki menyerang non-ability holder [kira cam manusia biasa], satu zai dia akan hilang. Bila sumer zai dah hilang, Ueki pun hilang skali. Tapi kalau Ueki menyerang ability holder yang lain, dia punyer zai akan bertambah satu. Meh kita terangkan guna ayat matematik xD

Ueki :: attack :: Non-ability holder ==== - 1 zai

Ueki :: attack :: Ability holder ======= + 1 zai

Pastu Koba-sen pun terangkan la yang selain dia, ramai lagi backup deity dah pilih calon ability holder diaorang memasing. Sumer tuh sebab kalo ability holder tuh dapat tumpaskan sumer ability holder yang lain, dia akan dapat Kebolehan Kekosongan [blank talent] manakala backup deity dia dapat jadi kami-sama. Kebolehan kekosongan ni contohnyer cam, si A sker makan tapi tak nak gemuk. So kalau A kekonon dapat kebolehan kekosongan and dia mintak kebolehan makan banyak tanpa jadi gemuk, maka sebanyak mana pun dia makan, dia takkan jadi gemuk. Paham tak? xD Bayangkanler apa akan terjadi kalau blank talent tuh jatuh ke tangan orang berniat jahat. Itula perkara utama yang Koba-sen nak elak. Sebab tuh dia nak cari calon yang sanggup pertahankan keadilan walaupun sampai terpaksa mengorbankan nyawa ... dan Ueki Kousuke la orang tuh!! xD

Sano Seiichirou - ''My dream is to open a hot spring resort and to find the hotsprings a lot more easier, I'll definitely try to win the blank talent. Besides, I don't want it to fall into the wrong hands...''

Anyway, sejak bermulanya pertarungan, Ueki menghadapi pelbagai cabaran daripada ability holders yang lain. Memasing ada ability yang unik. Kita juga diperkenalkan dengan Sano Seiichirou, calon pilihan Inumaru, junior Koba-sen. Seiyuu Sano : Hoshi Soichirou - seiyuu glamer kat nippon nuu haa... xD Inumaru sama cam Koba-sen [cuma Inumaru lagi comel la ekekeke...]. Calon pilihan dia, Sano, seseorang yang sanggup pertahankan keadilan gak ^_^ Kebolehan Sano : tukarkan tuala kepada besi. Limit conditioner, untuk mengekalkan keadaan besi tuh, Sano kena tahan nafas. Ueki pun ada limit conditioner. Dia kena guna sampah untuk hasilkan pokok. Takde sampah, tak boleh la wat pokok.

Robert Haydon - Ueki's most toughest rival, besides Annon - also a Tenkai - ''I want to destroy humanity and restore this world of filth...!''

Best aa citer nih. Siap ada terselit tema hijaukan bumi lagi tuh xD Unsur recycle pun ada. Tapi tema utama semestinyer tentang keadilan. Dan saya memang yakin. Takkan ada orang yang akan pergi sejauh Ueki untuk pertahankan keadilan yang dia believe in... ^________^

P/s : Klik tajuk entry nih untuk pergi ke salah satu fansite on Law of Ueki nih xD

Lelain seiyuu glamer yang amek bahagian :
Hideyoshi = Yamaguchi Kappei
Inumaru = Ishida Akira
Rihou = Koyasu Takehito

Bonus!!
Klik untuk download lelagu opening Law of Ueki ^___^
Klikla untuk dapatkan stok lagu anda xD

Rabu, November 01, 2006

Tetel pauwaaa...!!

Hmm... pelik sungguh. Biasanyer bila balik Nilai, saya akan bawak skali tetel-tetel tu [Key, Num, Del]. Bawak dalam bekas aiskrim jer sebab malas nak bawak bekas tetel yang gabak tuh xD Tapi bila kat Nilai, tetel-tetel tu selalu nak panjat keluar dari bekas tu O_o Berjaya lak tuh. So, tetiap pagi sepanjang seminggu raya tu, operasi menjejak tetel sentiasa terpaksa dilakukan xD

Nasib baik diaorang jenis tak keluar dari bilik T__T Cuma sekadar merayau dalam bilik tidur. Heran sebab bila kat Bangi, tetel-tetel tu tak nak pulak keluar dari bekas tu. Apsal ek bila kat Nilai, diaorang terasa cam nak merdeka sikit? Mungkin ke sebab bilik nampak lebih luas and menarik untuk dijelajah? xD

Kengkadang terpaksa menyusup bawah katil untuk amek diaorang. Masa dah jumpa, badan diaorang dah kering ahahaha xD Kengkadang diaorang masuk tong sampah. Iskkk... O_O Tu pun sebab saya guna tong sampah jenis yang kena tekan guna kaki untuk bukak. Kebetulan, tong sampah saya tuh jenis berbentuk Kappa atau dalam bahasa Malaysianyer, sejenis makhluk air lagenda jepun ekekeke Kat kaki Kappa tu ada lubang so rasanyer Del menyusup masuk ikut situla.

Del dan Key yang paling kerap keluar dari bekas. Num lebih selesa berada dalam air sejak dulu lagi so dia memang tak keluar langsung ^_^ Tapi Key memang manja sket. Bila letak dia atas tangan, dia cepat je tidur O_o Selesa kot dengan 'tangan matahari' saya ahahaha xD Tangan saya memang panas xP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...