Sabtu, Ogos 13, 2011

A Sakuragi Hanamichi Doodle~! (^3^)

[Fanart Slamdunk karya Koro yang terkini xP]

Tadi Koro bebosan sebab tak dapat akses Cafe World Dx So Koro whip out Koro nyer Bamboo and sketch si Sakuragi Hanamichi dalam mode sempoi xP

Tetiba rasa cam rajin nak mewarna so Koro kaler-kan la. Pastu terasa rajin nak up-kan ke devart dan kemudiannya ke fesbuk. Pastu tak lupa gak kat blog terchenta. Mwaha! xD

Sabtu, Ogos 06, 2011

Urutoramaaaaannn! Suwaaaaatchhh! xD

[Movie terbaru otromen Zero featuring Glenfire, Knight Mirror ngan Jan-bot]

Hihihi... tetiba semangat otromen datang menjelma lak. Ni kesan daripada layan movie si otromen zero la nih kekekeke... sequel kepada movie mebius yang ada si belial tuh. Belial otromen yang gempaks gak. Yelaaa... otromen suit hitam merah, mestilah nampak lebih machos xDDD~

Anyway, dalam sekuel nih, Mebius takde pulak muncul tulun si Zero. Kiranya memang nak fokus kat Zero la sebagai hero movie tuh sekali gus menamatkan persengketaan antara dia nyer fated nemesis dia si Belial yang tetiba kembali bangkit pastu guna nama baru lak ---> Kaizer Belial.

Dalam pada dok lelayan tuh, Koro teringin nak kaji cane perhubungan otromen-otromen nih. Secara asas, Koro cuma tau ada 9 urutora kyodai (ultra brothers/siblings). Okeh, kita mulakan dengan paling basic. Otromen berasal dari planet M78 atau dalam bahasa jepunnya, hikari segai (world/land of light). Tapi tak sumer otromen berasal dari situ. Cam kes Leo ngan Astra, diaorang dari planet L77 kalau tak silap aaa...

Diaorang dipimpin oleh Father of Ultra, merangkap commander space garrison aka komander segala otromen arr. Nama sebenar dia Ken. Father of Ultra lak ada bini, Mother of Ultra. Nama sebenar dia Marie. Dedua nama diaorang nih didedahkan dalam movie Mebius tuh (featuring otromen Zero yang wat penampilan pertama dia kat layar perak ecehceh xD).

Father ngan Mother nih ada anak kandung. Cuteka... cuteka! xDDD~ Kalau tak dapat teka memang hampes la huahua xD Sape lagi otromen yang ada tanduk sebijik cam Father of Ultra? Mestila si otromen Taro! (^O^) Yaaaaa.... betul. Taro adalah sesatunya anak kandung Father ngan Mother tuh. Tapi Taro ada adik angkat. Cuteka! Hahaha... tah cane, adik angkat dia si otromen Ace lak. Koro pun masih belum dapat kaji cane mende nih ble berlaku xD

Anywayz, si Taro nih juga merupakan tok guru pada otromen Zero. Zero dilatih secara personally oleh Taro sambil dibantu Leo ngan Astra. Sape lak si Zero? xD Otromen Zero nih kalau sekali pandang jek suit dia, dah dapat agak dia related ngan sape. Tentunya otromen Seven! xD

Yup yup... Zero merupakan anak kepada otromen Seven. Jangan ditanya bininyer sape sebab Koro pun tak tau wakakaka xDDD Pastu Zero bukan takat anak murid si Taro jek. Dia siap ada pertalian darah lagi ngan Taro ngan pasangan Father Mother Ultra tuh xD Sebab Seven dan Taro sepupu! (^O^) Mak Seven ada hubungan adik-beradik ngan Mother of Ultra tuh.

Skang kita patah balik ke Ultraman King lak. Rerata anggap dia ni raja segala otromen. BEKKKK! Salah! xD Ultraman King bukan raja. Dia pun bukannya dari planet M78 pun. Tapi dia sememangnya sorang ultra legend. Kira cam warrior yang disegani la. Dan otromen Zoffy dispekulasikan sebagai cucu otromen King nih. Astra dan Leo lak cucu angkat si King. Okay... ada nampak sket cane pertalian kuarga diaorang skang? xD

So... yang menjadi kemusykilan Koro skang nih, sape yang termasuk antara senarai 9 urutora kyodai tuh? (TAT) Yang pastinyer Seven urutora kyodai ketujuh. Pastu mungkin ada Ace. Taro pun. Pastu Ultraman. Dan mungkin Ultraman 80 yang ber-kapel ngan Yullian, puteri planet M78 (bukan anak otromen King harap maklum xD). Lagi 4 otromen lain? Dx

Dan Mebius nak selit katne? Nak kata dia sama umo ngan Zero... rasa cam tak sebab dalam movie tuh, dia panggil otromen Taro sumer tuh dengan panggilan "aniki" iaitu abang. Bukan pakcik. Dyna? Gaia? Tiga? Nexus? Max? Diaorang mau selit katne? Uhuhuhu... tuh lum campur lagi otromen omputih cam Scott, Chuck, Joe ngan otromen Great/Towards the Future.

Sungguh kompleks kuarga otromen nih xDDD~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...